Chapter 10.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Nah makan."

kata Eizzlan sambil hulur bungkusan nasi goreng. Aku mencebik. Aku tidak memandang wajahnya. Sakit hati lama sangat aku tunggu. Dia nak aku mati kat dalam rumah ni ke? Bukan aku tak reti sabar tapi lama sangat. Setakat pergi sekejap tu aku tak kisahlah.

Ini 2 jam! Kau rasa tak sakit hati ?

Perlahan-lahan dia mula duduk bersebelahan dengan aku. Dia mengukir senyumnya nakal, aku masih mengekalkan wajah dengan masam mencuka.

"Dinda, tolonglah bersantap bersama kanda. Penat tau kanda membeli makanan semata-mata untuk dinda yang kanda sayangi," lelaki itu mula buat muka comel dihadapan aku.

Kau apahal setan?

Kata-katanya buatkan aku terasa geli. Kau ingat ni zaman purba ke? Ceh, kau nak main ayat geli-geli kan? Meh!

"Kanda.. kanda tahu tak yang dinda tunggu kanda lama? Sampai boleh kering dinda dalam ni. Kanda tak kesian ke?" Balas aku dalam lakonan. Dalam hati tergelak kecil. Kau pun layan je dengan perangai mereng Eizzlan ni.

"Kanda meminta ampun dengan sikap lambat kanda terhadap dinda. Please dinda bersantap dengan kanda. Ke.. nak suruh kanda suap kan?" Keningnya terjungkit berkali-kali. Aku mendengus kasar. Geli pulak aku dengar dinda kanda euuww.

"Cepat dinda buka mulut, nasi goreng dah nak sampai ni," dia menyuakan nasi goreng itu di depan bibir. Aku terhambur ketawa.

"Tak payah lah nak kanda dinda bagai, geli tahu tak?" Balas aku sambil berpeluk tubuh. Dia tersenyum. Alamak cair lah pulak!

"Ish kau tak boleh cair dengan senyuman dia. Nope Aulia! Nope!"

"Aduh baru nak buat teater, hm cepatlah," katanya ringkas.

Terpaksa aku membuka mulut lalu dia menyuakan nasi itu ke dalam mulut aku. Kenapa dia harini baik sangat? Pelik gila aku dengan perangai dia hari ini. Sekejap okay sekejap tak? Entah-entah aku yang gila kejap lagi.

Habis satu bungkus aku seorang yang habiskan. Pelahap betul aku ni. Yalah, lapar nok!

"Esok kau tak pergi sekolah kan?" Katanya sambil mengemas bungkusan tadi. Aku mengangguk sambil meneguk air teh tarik ais. Lega rasanya tekak aku.

"Oh okay, kejap lagi kita solat maghrib jemaah," dia bingkas bangun dari katil. Aku hanya mengangguk dan terleka dengan air teh tarik. Aduhai dah lama rasa tak minum.

Serta-merta Eizzlan keluar dari bilik untuk membuang bungkusan tadi. Dalam hati aku gembira. Hari ini Eizzlan layan aku macam permaisuri. Aip! Jangan terlalu berangan sangat ya Aulia. Si Emylin itu nak campak mana?

"Sedarlah wahai Aulia Arisha. Kau takkan ada tempat ruang dekat dalam hati dia."

---

Eizzlan turun sehingga ke dapur. Dia mahu membuang bungkusan nasi tadi ke dalam tong sampah. Namun, telinga menangkap bunyi di luar pintu dapur. Ruang tamu pula agak sunyi mungkin mamanya sedang berehat di bilik atas. Lelaki itu mula periksa keadaan di luar tingkap dapur.

Dalam sudut hati, dia rasakan hanya kucing berkeliaran. Dia menoleh ke arah sangkar kucingnya bernama Tom. Sejak Aulia duduk sini, Eizzlan memang kurungkan Tom dekat sangkar. Maklumlah, Aulia memang penakut orangnya.

Selepas membasuh tangan, tombol pintu dapur kedengaran dibuka oleh seseorang membuatkan aku berkerut. Cepat-cepat aku mengambil kayu panjang yang berada dibelakang pintu. Cuba untuk bersedia sebarang kemungkinan.

Lelaki itu menunggu di balik pintu dapur. Firasat hati mengatakan betul ada orang cuba menceroboh rumahnya.

"Cepatlah gila! Nanti ada orang nampak kantoi nanti." Nadanya separuh berbisik.

Kawannya pun turut mengekori lalu mereka berdua berjaya membuka pintu dengan perlahan. Eizzlan yang berada dibelakang pintu menarik nafas. Takut kerana mereka berdua akan tahu kehadirannya. 

Dua perompak itu sudah menapak kaki ke dalam rumah. Dengan pantas Eizzlan menghayun kayu dengan kuat ke arah mereka berdua. Tepat kena dikepala. Mereka tersungkur jatuh di atas lantai.

"Sakit lah!" Kata salah seorang sambil usap lembut bahagian kepalanya.

Pantas mereka berdua menyerang Eizzlan namun lelaki itu lebih pantas menepis dan lawan sehingga mereka berdua mengerang sakit ke atas lantai.

Lantas, lelaki itu mengeluarkan telefon pintar untuk hubungi pengawal peribadinya. Namun, dua perompak tadi sudah bangun sambil hayunkan pisau ditangan. Eizzlan kebelakang tidak sempat membuat panggilan.

"Eizzlan!" Datin Rozza yang baru saja turun ke bawah melihat pertengkaran dimana dua orang perompak dengan anak lelakinya, Eizzlan.

Dua perompak tadi sudah terasa cemas. Mahu saja aku mengambil pisau ditangan, dia menghiris pisau ke arah tangan aku. Aku mengerang sakit, darah terlampau banyak mengalir. Mereka berdua berjaya larikan diri tanpa tinggalkan sebarang jejak.

"Ya Allah, anak mama!" Datin Rozza menghampiri anak lelakinya dengan cemas.

Dalam masa yang sama, anak perempuanya iaitu Elina turun sehingga ke dapur. Dia terkejut apa yang terjadi di depan mata.

"Ma kenapa ni?" Soalnya dengan panik.

Elina mencapai telefon abangnya yang berada di atas lantai. Dia membuat panggilan untuk telefon Dato Alif.

"Papa kena datang cepat! Abang kena toreh pisau dengan perompak!" kata elina dengan cemas.

"Apa? Ya Allah, papa balik. Tunggu!"

-

Aulia terasa pelik, lama sangat Eizzlan membuang sampah padahal dapur tidak jauh pun tapi ibarat macam nak pergi Paris gayanya. Telinganya tadi seakan terdengar jeritan suara dari bawah namun dia harus bersikap positif mungkin Elina atau Datin Rozza sedang tengok movie seram?

Satu jam sudah berlalu membuatkan gadis itu terasa susah hati. Dia mendengus perlahan apabila dia tunggu Eizzlan lama di dalam bilik. Katanya dia mahu solat jemaah sekali tapi langsung tidak nampak batang hidung.

Dengan segala kudrat yang ada, Aulia gagahkan diri mengambil wuduk untuk solat. Dia terpaksa solat dulu memandangkan Eizzlan lama lagi untuk naik ke atas. Dia menghincutkan kakinya dan gerak ke dalam tandas.

Selesai solat, Aulia membuka telekung dan melimpat kembali. Letak di palang besi. Pintu terbuka terlihat tangan Eizzlan berbalut membuatkan Aulia sedikit terkejut.

"Pa kenapa ni?" Soal gadis itu cemas. Aulia berkerut dahi menanti jawapan dari Dato Alif.

"Tadi..." Mahu Dato Alif membuka mulut Eizzlan terus memotong percakapannya.

"Tadi aku jatuh motor."

"Kenapa kau boleh jatuh motor ni?" Soalnya ingin ambil berat. Eizzlan tersenyum lemah.

Aulia baru tahu Eizzlan ada motor superbike. Tapi, Eizzlan sendiri tidak pernah tunjuk dia bawa ke sekolah. Mungkin, kalau dia bawa mahu panjang beratur perempuan nak mengorat dia!

"Alah excident sikit je. Lama-lama okay lah ni. Kau jangan risau lah."

Aulia terasa senyuman Eizzlan hanya senyuman hampa. Dia dapat rasakan lelaki itu ada sembunyi sesuatu darinya.

Eizzlan terbaring lemah disebelah Aulia. Jam menandakan sudah masuk pukul 8:45 malam. Lelaki itu menarik lengan Aulia untuk memapahnya. Gadis itu berkerut pelik.

"Nak buat apa kat dalam bilik air?"

"Solat isyak Arisha," balasnya lemah. Gadis itu angguk faham, dia terus mengambil wuduk untuk solat Isyak bersama.

Usai solat berjemaah, Eizzlan hulurkan tangan dan teragak-agak Aulia menyambut lalu dia menyalam tangan Eizzlan dengan lembut membuatkan lelaki itu mengerang sakit.

"Eh sorry. Aku tak sengaja."

"Aku okay lah, kau pergi tidur."

"Tapi aku nak seterika baju sekolah kau. Tangan kau kan sakit." Katanya ingin bantu namun lelaki itu membantah.

"Tak payah biar aku buat, kau baring je atas katil."

Gadis itu tetap dengan pendirian. Dia agak susah hati bila Eizzlan buat sendiri dengan tangan berbalut. Dia masih lagi ada sikap kemanusiaan dalam diri. Belum kejam lagi dia tak nak bantu orang yang perlukan bantuan.

"Kau mana boleh gosok baju sendiri. Tengok tangan kau still nak buat juga ke?" Soal gadis itu geram. 

"Nak jadi isteri derhaka ke?" Keningnya dijungkitkan. Aulia mendengus perlahan sebaik saja mendengar kata-kata Eizzlan. Baginya lelaki itu memang keras kepala!

Aulia mengeluh setelah Eizzlan memapah dirinya hingga ke katil. Gadis itu hanya abaikan Eizzlan. Dia malas mahu berbahasa-basi dengan lelaki itu. Buat sakit dan tambah bergaduh je nanti.

Aulia perhatikan Eizzlan daripada tadi. Walaupun erang sakitnya perlahan tapi masih dapat dengar. Dia tidak faham kenapa lelaki itu masih nak tunjuk kuat di hadapannya?

Setelah siap bajunya, lelaki itu pergi ke arah katil dan mengambil bantalnya untuk pergi ke arah sofa.

"Eh? Kau nak pergi mana?" Soal Aulia, hairan.

"Tidur atas sofa lah," balasnya ringkas.

"Eee.. degil juga mamat ni!" Aulia mengomel sendiri, tidak suka cara Eizzlan yang berlagak tunjuk kuat.

"Tak payah, tidur sini atas katil. Tangan kau kan sakit."

"Tapi.. " Aulia terus memotong kata-katanya.

"Please Eizzlan, kali ni je kau dengar cakap aku," balas Aulia, tegas. Eizzlan pun turut berbaring di sebelah gadis itu. Sedar tidak sedar mereka berdua tertidur dengan nyenyak.

---

Aku meregangkan semua otot-otot badan. Jari aku gosok bahagian mata akibat sinaran matahari sudah mula terpacak atas kepala. Aku melihat di sebelah memandangkan Eizzlan sudah tiada. Untunglah pergi sekolah, aku ni? Terperap dalam bilik, bosan!

Perlahan-lahan aku bangun dan mengalihkan tubuh untuk ke tandas. Namun, tiga kuntum bunga ros terarah di depan mata aku secara tidak sengaja. Aku berkerut dahi dan mengambilnya.

Secara kebetulan, sepucuk surat jatuh di atas riba. Mungkin itu surat daripada Eizzlan. Takkan mamat ni bagi dekat aku? Tangan aku membuka surat itu dan meneliti isi kandungan itu satu-persatu.

Assalamualaikum isteriku bernama arisha, ni aku nak cakap, bangun awal sikit jangan lambat, jangan tahu nak berdengkur je. Aku yang penat. Kau yang berdengkur ewah-ewah sedapnya kau and lagi satu balik ni, aku balik petang sebab ada sukan. So, jangan risau tentang aku. Aku kuatlah bukan macam kau lembik (gurau je jangan marah. Aum). Ingat makan ubat ikut time and makan! Jangan tak makan pulak. Aku balik nanti kalau mama kata kau tak nak makan siap kau, aku kerjakan. Nanti tapak kaki hinggap kat muka kau, nak? Kalau tak nak lebih baik makan, okay? Bye bye Arisha si busuk pengarang jantung hatiku auch!

Aku mula tersimpul malu. Pagi-pagi lagi sudah buat aku kembang kempis. Dia mimpi apa semalam? Dah kena demam kus kus ke?

Lalu sepucuk surat itu aku selitkan dibunga ros. Perlahan-lahan tangan aku letakkan bunga tadi di atas katil. Tersenyum tidak habis kengkang dari bibir. Aku mula bangun lalu menuju ke arah kamar mandi sambil jalan terhincut-hincut.

Continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro