Chapter 21.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Arisha!"

Laung aku yang berada di atas tangga. Kepala menjenguk ke bawah melihat sosoknya takut-takut ada di ruang tamu. Aku mencari kelibat gadis itu di bilik tiada. Awal pula gadis itu bangun hari ini.

Hari ini merupakan hari ahad. Biasanya semua orang akan bangun lambat. Jangan cakap dengan aku kau orang bangun awal eh. Itu semua auta semata-mata.

Bila mana aku sampai di bawah, hidung aku menangkap bau wangi datang dari arah dapur. Nampak baunya sedap, fuh memang tak nafikan masakan Makcik Ani memang power.

Kaki aku berjalan menuju ke dapur dan terlihat dua sosok tubuh mereka rancak bersembang sambil tangannya ligat membuat kerja. Kat sini rupanya perempuan ini.

"Wah... Sedapnya bau!" Aku menghidu lauk asam pedas yang berada di dalam periuk. Nampak enak ya untuk dimakan.

"Siapa lagi masak isteri kamu ler," usik Makcik Ani. Arisha pula sedang memotong sayur. 

"Of course lah, isteri saya kan pandai masak," puji aku, spontan. Aku melihat Arisha masih tekun memotong sayur-sayur di depannya. Lupa sudah suaminya yang dekat sebelah ini.

Dasar.

"Jangan nak membodek dah pergi duduk depan. Sibuk je orang nak tengah masak."

"Alah... Aku nak tengok je tak salah kan? Tak dosa kan? Please," aku sudah membuat muka comel berharap agar dia membenarkan aku sekali bersama mereka.

"Jangan nak mengada!"

"Ish kau orang ni. Cuba lah panggil hubby ke? Darling ke? Kan elok dengar," tegur Makcik Ani yang sibuk hidangkan makanan di atas meja makan.

"Saya okay je Makcik Ani. Tuan badan ni je yang tak nak. Nak buat macam mana," kata aku seakan sindir. Dia mengherot bibir seakan membuat muka. Kang, bibir tu kena cubit padan muka.

Jari Arisha cepat saja mencubit lengan kanan aku dengan kuat. Cepat-cepat aku mengusapnya, sakit!

"Auch! Sakit lah."

"Lia dah siap dah potong sayur?" Soal Makcik Ani yang mula mendekati ke arah Arisha. 

"Dah siap dah." Dia letakkan sayur-sayur yang sudah dipotong tadi letak ke dalam mangkuk. 

"Ha.. ni asam pedas dah siap. Makcik ani dah sediakan dekat atas meja makan. Pergi lah makan. Ajak suami kamu makan sekali," arah Makcik Ani. Arisha hanya akur lalu menarik lengan aku untuk pimpin hingga ke meja makan. Ceh, terasa seperti putera diraja mahu bersantap bersama permaisuri tercinta.

"Dah makan. Aku nak naik atas jap," dia mencedok kan nasi ke atas pinggan lalu diberikan kepada aku.

"Alah... jomlah makan sekali."

"Ish! Tak payahlah nak mengada. Aku pergi sekejap je," decitnya geram membuatkan aku merengek manja persis budak tiga tahun. Sudah berbaik ni mana boleh renggang nanti rindu!

Arisha pergi tanpa bertanyakan apa-apa. Aku mencebik merajuk dengan sikap Arisha yang sambil lewa meninggalkan aku. Cis! Aku suami yang tersakiti sebab tak dapat nak suap tau. Sedih hidup aku macam ini.

---

"Weh! Kita dah dapat di approved masuk dance performance tu!" Adam seakan teruja apabila pendaftarannya sudah diluluskan. Jadi, mereka kena cepat untuk buat choreography untuk kemasukan nanti.

Setiap pertandingan ada tahapnya. Seperti
Level satu dan sampai diperingkat akhirnya final battle. Jadi, mereka kena fikirkan macam mana untuk lepas dari level satu.

"Serious lah?" Soal Syam yang sedikit terkejut dengan khabar berita yang disampaikan oleh Adam sendiri. 

"Ya, bukan senang nak masuk dance tu. Aku nak call Eizzlan mesti dia suka punya lah."

"Lepas ni, makin hot lah Pian nanti perempuan semua panggil dia Abang Pian i love you!" Syam tergelak kuat apabila dia mula terbayang peminat-peminat yang akan memanggil lelaki itu nanti.

"Ish! Buat apa perempuan. Kalau lelaki takpalah jugak," bibir bawahnya digigit lembut membuatkan Syam kembali memajukan diri daripada lelaki itu. Dia mula rasa seram sejuk kerana penyakit kunyit nya sudah datang semula.

"Kau apahal setan?" Kata Haikal, mencelah. Dia menolak bahu Pian sehingga lelaki itu terjatuh. Alah, ngada tolak sikit ngembeng.

"Janganlah marah," dia mula mencebik dengan tindakan Haikal tadi lalu dia menutup muka pura-pura merajuk.

"Pian bawaklah bertaubat, kunyit ni dosa Pian. Kau kena tahu nabi tak mengaku umat," Iwan memeluk bahu Pian rapat dengannya dan memberikan nasihat kepada kawannya itu.

"Ish! Aku ni lelaki sejatilah. Tapi, itulah ada ke nak kat aku?" Sedih apabila dia mengenangkan kembali. Iwan kembali merapatkan kedudukan mereka. Dia yakin Pian ini hensem dan segak. Siapa je tak nak? Cuma perangai kunyit dia je perlu diubah.

" Ada, cuma kau je yang jual mahal." Kata Iwan dengan lembut. Pian menghela nafas, mula sudah drama sinetron.

"Ha... Apa kata kita pergi rumah Eizzlan? Lagipun boleh kita bincang pasal lagu dengan tema," cadang Pian membuatkan mereka yang lain bersetuju. Pantas Adam mencapai telefon pintarnya di dalam saku seluar dan membuat panggilan bersama Eizzlan.

"Weh Eizzlan!"

"Apo?" Nyahutnya dihujung panggilan. Adam mula sudah tersengih suka.

"Weh kau free tak? Kita orang ingat nak datang rumah kau."

"H..ha! Rumah aku. N..nak buat apa?" Soal Eizzlan agak cemas membuatkan Adam berkerut pelik pada dahi.

"Ni, kita dah dapat masuk pertandingan dance club tu."

"Oh alhamdulillah. T..tapi tak boleh lah aku d..demam."

"Demam pebenda? Dengar suara kau okay je. Dah jangan nak mengada. Kejap lagi kita orang sampai rumah kau. Okay cau!" Adam mematikan panggilan dan masukkan semula telefon ke dalam kocek seluar.

"Jom, kita pergi rumah Eizzlan," Adam mula melangkah pergi naik ke superbike miliknya juga yang lain turut serta. Masing-masing memakai helmet dan bergegas pergi ke rumah Eizzlan.

Memandangkan mereka melepak dimamak tak jauh dengan tempat rumah Eizzlan. Jadi, dekat saja kalau nak pergi.

"Dah lama i tak jumpa boyfriend i. Ish! Tak sabarnya!" Pian seakan terkinja-kinja untuk berjumpa dengan Eizzlan membuatkan yang lain terasa meluat.

"Dah-dah lah tu kunyit kau, Pian. Menyampah aku," kata Haikal yang mula menghidupkan enjin motornya lalu dia orang pertama yang memulas laju meninggalkan mereka yang lain.

"Kal! Tunggu!" Adam serta yang lain memulas laju mendapatkan Haikal yang sudah pergi jauh dari mereka.

Pian yang masih terkial-kial memakai helmet ke atas kepala mula rasa gelabah dan sempat dia mengejar laju ke arah belakang mereka semua.

"Setan lah sial tinggalkan aku!" Jerit Pian yang berada dibelakang.

-

Lelaki itu daripada tadi tidak duduk senang. Ke hulu ke hilir dia berjalan memikirkan macam mana dia mahu sembunyikan statusnya bersama Aulia.

"Kau dah kenapa ke hulur ke hilir?" Tegur Aulia yang berada di sofa. Dia dari tadi perhati gerak-geri Eizzlan yang serupa orang hilang anak. Lelaki itu mula melompat duduk disebelah Aulia. Gadis itu terkejut dengan tindakannya.

"Kau ni dah kenapa?" Aulia berkerut dahi pelik dengan suaminya dari sejak tadi. Rasa macam ada sesuatu yang Eizzlan sembunyikan.

"Weh! Kejap lagi member aku nak datang!"

"Ha! Habis itu m..macam mana ni?" Kali ini, gadis itu pula yang mula cemas seakan terkejut dengan berita yang disampaikan oleh Eizzlan sendiri.

"Aku manalah tahu!"

"Apa kata kita terus terang jelah," cadang Eizzlan membuatkan Aulia berkerut tanda tidak suka.

"Hotak kau! Mana boleh!"

"Okay, macam ni tarik nafas hembus. Tarik nafas hembus. Weh tak boleh tak boleh! Macam mana ni!" Eizzlan mula gelabah. Dia sudah mati akal untuk berfikir cara bagaimana untuk sembunyikan.

Kepalanya sudah terfikir bukan-bukan selepas kawan-kawannya akan datang sekejap lagi.

"Ish! Kau ni rilekslah. Okay tarik nafas hembus. Tarik nafas hembus. Weh! Aku pun tak tahu! Kita lari jelah!" Kata Aulia, cemas. Eizzlan tunjal lembut pada dahinya. Tadi suruh Eizzlan bersabar kali ini dia pula tidak boleh duduk dengan tenang.

Semua ini jadi dalam satu masa, otak tidak boleh berfungsi! 

"Hotak kau nak lari! Ish, mengarut lah idea kau," balas Eizzlan tidak puas hati dengan cadangan yang diberikan oleh Aulia sendiri. Namun, tidak lama kemudian bell berbunyi dari dalam rumahnya. Ternyata, kawan-kawan Eizzlan sudah datang tepat pada waktu.

Dindong dindong!

"Okay, macam ni. Kau pergi duduk bilik sekarang!" Arah Eizzlan dengan kelam. Gadis itu terus melompat daripada sofa dan dengan pantas dia naik ke arah tangga sehingga duduk di dalam bilik.

Pantas Eizzlan berjalan sehingga ke pintu utama apabila loceng berkali-kali ditekan. Dia sudah dapat mengagak ini semua angkara si Pian. Lelaki itu seorang saja yang tidak reti sabar.

"Hoi! Kau ni pekak ke Eizzlan! Panas ni dok luar. Bukalah!" Rengek Pian tidak puas hati kerana Eizzlan lambat sangat membuka pintu untuk mereka. Dia mengipas mukanya menggunakan tangan kerana hari ini agak panas membahang.

"Sorry sorry. Tadi, aku kat dapur. Masuklah," pelawa Eizzlan memberikan laluan kepada mereka semua untuk masuk ke dalam. Hatinya sudah berdebar risau macam mana riaksi mereka selepas dapat tahu dia sudah kahwin tanpa memberitahu kepada mereka.

"D..duduklah. Aku pergi buat air jap."

Eizzlan sudah ke dapur untuk menyiapkan air dan gelas untuk mereka minum. Mereka semua sudah duduk diruang tamu yang kedua. Sebab biasanya kalau ruang tamu pertama itu agak luas jadi mereka lebih selesa dengan ruangan kecil. Sebelum ini pun kalau time study mereka akan duduk di ruang tamu yang kedua.

"Eh kawan Eizzlan pun ada," tegur satu suara terlihat Makcik Ani mendekati mereka.

"Makcik Ani buatkan air untuk dia orang boleh? Eizzlan nak naik atas kejap," bisik Eizzlan, Makcik Ani angguk faham dengan maksud lelaki itu.

"Weh kau orang aku naik atas jap. Sekejap je nanti Makcik Ani hidangkan air," Eizzlan menyusun langkah untuk naiki tangga sehingga ke bilik. Mereka yang lain angguk faham.

"Member kau dah sampai ke?" Soal Aulia yang nampak Eizzlan baru saja tapakkan kaki masuk ke dalam bilik. Gadis itu sudah terlebih awal lagi menyarungkan tudung.

"Ha ah."

"Aku rasa dah sampai masa kot kita bagitahu kat dia orang pasal kita," kata Eizzlan, lemah. Dia terasa beban apabila dia sorokkan lagi perkara ini daripada sesiapa termasuk kawannya.

Dia memeluk pinggang Aulia dengan lembut dan gadis itu turut memeluk leher Eizzlan. Jurang di antara mereka sangat rapat langsung tiada ruang.

"Kau dah bersedia ke?" Soal Aulia yang teragak-agak. Eizzlan tersenyum manis dan mendekati dahi untuk berlaga dengan dahi Aulia.

"Aku dah bersedia," senyum Eizzlan kelihatan sudah pasrah. Aulia turut tersenyum senang apabila lelaki itu sudah buat keputusan untuk berterus terang.

"Weh Eizzlan asal lama sa.." Pian membuka pintu saat bertembung mata dengan mereka berdua. Lelaki itu berjeda dan terdiam seketika saat melihat Eizzlan bersama dengan seorang perempuan. Mulutnya dari tadi melopong dengan luas.

Eizzlan dan Aulia cepat-cepat meleraikan rangkulan tadi dan menyepi seakan lidah kelu untuk keluarkan ayat.

"A..apa ni Eizzlan?" Soal Pian seakan tidak percaya apa yang dia lihat.

"S..sebenarnya Arisha isteri aku."

Eizzlan memandang silih berganti dengan isterinya. Dia memeluk bahu Aulia untuk rapat dengannya. Aulia pula sudah memerah masam kerana malu apabila kawan Eizzlan sudah tahu hubungan mereka.

"K..kau dah kahwin?" Mulut Pian seakan gagap. Dia pun mati dek akal kerana tidak tahu apa lagi untuk dipersoal. Seakan mindanya dikawal.

"Weh asal lama sa..." Adam mula masuk dan dia pun turut terkejut apabila Eizzlan memeluk bahu Aulia dengan rapat.

"Okay, kau orang jangan salah faham. Aku dengan Arisha dah lama kahwin. Sebab masa tu aku nak berahsia dulu. Kita orang berdua masih tak ready masa tu. Maafkan aku."

"Takpalah Eizzlan, aku faham. Kita kan dah lama kawan. Dah ahh jom turun bawah bawak Arisha sekali," Adam memeluk bahu Eizzlan bagi lelaki itu rasa tenang. Lagipun, dia sudah dapat teka yang Eizzlan ada cuba sorok sesuatu daripada mereka semua.

"Eizzlan! Kau curang dengan aku! Jahat kau tak bagitahu aku. Kau dah kahwin!" Pian membuat mimik muka seakan kecewa kerana dia rasa dirinya menduakan oleh Eizzlan.

"Kau gay, Eizzlan?" Dahi Aulia mula berkerut sudah mula berlakunya salah faham.

"Eh jangan salah faham, Eizzlan ni dia straight bukan gay!" Balas Adam yang sengaja tekankan perkataan 'gay'. Dalam hati nak je bantai Pian ni sampai lunyai. Dia fikir anak orang je!

"Pian ni memang macam tu, terlebih ketum orang kata," sambung Adam lagi, Aulia mula tergelak kecil sudah faham sekarang yang Pian memang perangainya begitu.

"T..tapi Eizzlan.."

"Dah jom! Jangan sibuk hal rumah tangga orang," Adam memeluk kepala Pian sehingga turun ke bawah. Kalau dibiarkan lelaki itu duduk lama-lama, jadi lain dah cerita ini.

---

"Kalau Arisha nak tahu. Eizzlan ni dulu kedekut taik hidung masin nak mampuih!" Gelak Adam, sakan. Aku turut ketawa. Sporting juga kawan-kawan Eizzlan ini. Kenapa dari dulu aku pernah tahu perangai mereka? Yang aku tahu, memang aku anti dengan mereka semua. Hehe maaf ya? Itu dulu mah.

"Kau ni malu lah aku depan isteri aku," Eizzlan mula membuat muka seakan tidak puas hati dengan Adam. Suka je nak tahu lagi pasal Eizzlan biar aku tahu sikit perangai dia macam mana kan?

"Ni, kita orang nak bincang pasal tema and lagu untuk performance kita," Haikal mencelah. Sebelum mereka membuka topik melalut sampai ke luat Afrika. Baik dia menyoalkan kembali niat mereka datang ke sini. 

"Tema dia bebas ke?" Soal Eizzlan ingin tahu. Adam angguk kepala.

"Ha! Apa kata kita pilih get ugly macam Park Jihoon. My hero," cadang Pian membuatkan yang lain tidak setuju. Lelaki minat korea juga eh? Nasib dia tak ambik Bae Jinyoung aku!

"Lagu lain lah," Kata Syam, mendatar. Dia sudah bosan dengan lagu itu banyak kali dia dengar Pian memasangnya berulang kali tidak pernah berhenti dari mendengar.

"Ha!" Sergah Pian. Aku terkejut sedikit dan tergelak kecil. Pian memang macam ini ke?

"Ish kau ni! Terkejut aku je," Syam menepuk bahu Pian dengan laju. Lelaki itu sudah menayangkan wajah suspen dan keningnya terangkat berkali-kali.

"Ha apa dia?" Soal Eizzlan, ingin tahu. Aku hanya diam dan memerhati gelagat mereka semua. Terasa lucu pula melihat perangai masing-masing. Best nya bila dapat geng satu kepala!

Pian segera bangun dari duduknya di atas sofa dan meluru jalan ke satu tiang yang berdekatan dengan tangga. Kami semua berkerut dahi dengan tindakannya itu. Apa yang dia cuba nak buat?

"Berlari berkejaran," dia menunding jari ke arah Syam kerana dia menyuruh lelaki itu sambung nyanyiannya.

"Seindah bunga di taman!" Kata Syam sambil berlari mendekati ke arah Pian. Aku mula tergelak besar.

"Bak burung yang megah, Kandaku puja.." kali ini, Iwan pula menyambungnya.

"Bahagia kita berdua..." Adam mula bangun remote televisyen menjadi sasarannya.

"Dinda!" Eizzlan berlari ke arah Pian yang berada di tiang.

"Kanda!" Pian memeluk badan Eizzlan setelah lelaki itu datang berlari mendekatinya.

"Burung pun turut menyanyi," Adam menari gerakan retro zaman 90an. Mereka yang lain turut mengikut menyanyi. Sumpah terasa best semua sudah masuk air dalam kepala.

"Ketawa!" Kali ini, Pian menunjukkan aku supaya aku sambung nyanyiannya.

"riang!" Nyanyi aku dengan nada yang tergelak kerana aku tidak menahan dengan kepala air mereka semua.

"Cinta kita mula bersemi!" Iwan dan Syam memeluk sesama sendiri seakan dunia ini milik mereka berdua. Haikal pula hanya duduk diam dan melihat gelagat mereka dari jauh.

"La.. la.. la.. la.. la.. la! La la la la la la la..." Haikal menyambung membuatkan lain terkejut dengan tindakannya namun kami semua turut nyanyi bersama sambil tergelak tak ingat dunia.

"Bangang do kau, Pian."

Kata Eizzlan seakan mengah apabila semua sudah berhenti tergelak. Aku juga sudah tak boleh kawal lagi ayu aku. Memang sumpah habis gelak ketawa aku kalah langsuir!

"Okay apa lagu tu, kan? Susah sangat ha hambek!" Katanya seakan cara diva AA. Aku tergelak kecil sudah terasa terburai perut aku dari sejak tadi ketawa. Aduhai.

"Ha apa kata kita pilih lagu korea. Gempak sikit," aku mula bersuara beri pandangan. Mereka semua memandang ke arah aku. Ha sudah, aku salah cakap ke?

"Bagus jugak idea tu," Pian setuju dengan cadangan aku. Memang yalah sebab dia pun minat kpop.

"Tapi nak dance lagu apa?" Soal Syam ingin tahu. Dahinya berkerut memikirkan lagu korea apa yang patut mereka bawak.

"Big Bang!" Kata aku seakan kuat. Aku terlalu teruja kerana mereka semua pun sporting jadi tidak rasa kekok bila bersama dengan mereka. Dulu aku fikir mereka ini semua sombong macam Eizzlan. Tapi silap sama sekali, mereka tidak sama dengan apa yang aku fikirkan.

"My bae. Taeyang. Ommo," kata Pian seakan teruja. Syam mula menggeleng kepala kalau bab korea Pian memang nombor satu. Maklumlah, Pian juga salah satu fanboy. 

"Kalau korea. Lagu dia fast. Kau orang boleh ke?" Adam seakan ragu-ragu untuk membawa lagu tersebut. Memang lagu korea agak rancak dan laju untuk mengikut tempo.

"Aku bukan nak berlagak. Bab-bab menari ini aku lah pakar orangnya," lagak Eizzlan penuh bangga. Aku mengherot bibir seakan menyampah dengan sikap poyonya. Ish suami siapa ni?

"Lagu nanti kita bincang lain kali lah. Eh aku nak balik ni. Nanti ayam aku siapa nak jaga," kata Syam setelah melihat jam sudah menunjukkan sudah masuk pukul enam petang. Aku berkerut dahi dekat Kuala Lumpur ni ada eh bela ayam.  Menarik sungguh.

"Haah lah. Aku nak jaga lembu aku, kesian lembu aku semua," Iwan juga turut bangun dari sofa. Aku tergelak menggeleng kepala dengan alasan mereka semua.

"Ha kita orang balik dulu lah kalau macam tu," pinta Adam sambil berundur diri. Mereka semua sudah melangkah pergi ke pintu utama.

"Lain kali kita orang datang lagi. Okay lah Eizzlan. Ingat kita orang akan bersihkan nama kau. Dont worry. Okay, gua gerak luh," Adam melangkah pergi ke arah superbike miliknya. Aku seakan tercengang kerana mereka juga memiliki motor seperti Eizzlan.

Dia orang semua ini kaya-kaya belaka ke?

"Gerak dulu!" Laung Haikal dan menekan punat hon untuk memberi isyarat kepada Eizzlan.

Mereka semua sudah meluncur laju bergerak keluar kawasan dan mereka juga hilang dari pandangan mata. Aku dan Eizzlan masuk ke dalam setelah mereka semua sudah pulang. Aku terasa sangat bahagia selepas mengenal lagi hati budi Eizzlan dan dia orang semua.

Nampaknya, aku tak salah pilih suami kan?

Continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro