Chapter 22.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aku duduk di bawah shower air yang mengalir membasahi badan aku. Aku memeluk tubuh seakan terasa jijik dengan badan aku sendiri. Tidak sangka, apa yang aku ingin kini musnah gara-gara kejadian semalam. Mata aku kabur seolah-olah kepala aku seakan berat dan nafas aku tidak teratur kerana aku baru dapat tahu aku sudah tiada dara.

Hari ini masuk hari ke dua aku berada di hotel sebab aku terlalu takut untuk balik ke rumah. Fikiran aku sudah terasa seakan kaset yang rosak. Buntu apa aku harus buat selepas ini.

Hidup aku tidak sempurna!

Tangan memicit kedua kening terasa sakit menjalar di kepala. Sakit sangat akibat minum alkohol terlampau banyak. Emylin bangun daripada tidur apabila terasa seakan tangan seseorang menghempap pada perutnya.

Matanya dibuka dengan perlahan dan terlihat sekujur tubuh seorang lelaki berada betul-betul disebelah nya yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Emylin membulatkan mata terlihat Danish berbaring disebelah tanpa seurat benang.

Malah dia terkejut dirinya juga tanpa pakaian. Semua pakai dilucutkan pada tubuhnya. Dia terlihat baju dress merah yang dia pakai semalam juga baju Danish berterabur di bawah lantai.

"Apa kau buat ni, Danish!" Emylin menengking Danish dengan kuat. Dia perbetulkan comforter pada tubuhnya yang agak terdedah.

"Good morning, baby. How yesterday? You feeling better?" Danish masih mamai. Dia baru saja bangun daripada tidur setelah mendengar jeritan oleh Emylin. Suaranya agak serak-serak basah dan dia masih lagi boleh berlagak tenang dengan apa yang sudah berlaku.

"Kau buat apa dengan aku semalam? Tell me the truth! What you doing to me, Danish!" Air mata sudah mengalir dengan deras. Danish terus saja bangun dari mamanya.

"Rileks honey, semalam you okay je layan i. Kenapa ni, hm?" Dia mencium sekilas bahu Emylin yang agak terdedah itu. Lalu, tangan gadis itu laju saja menampar kuat pada pipi Danish.

"You blah! I taknak tengok muka you! Get lost! Arghh! Pergi kau jantan tak guna!" Jeritnya seperti histeria. Danish terus bangun apabila badannya dipukul oleh Emylin dengan agak kuat.

"Okay fine. I keluar. Tapi, you kena ingat Eizzlan takkan bertanggungjawab atas kandungan you. Sebab i dah teb*k you sayang.." Danish mengelus lembut pada pipi Emylin namun gadis itu menepis dengan laju. Danish tersenyum sinis sebelum dia kembali mengambil bajunya yang berada di bawah.

Dia memakai semula baju pada tubuh lalu dia memberikan senyuman sinis buat kali terakhir pada Emylin. Gadis itu membaling bantal ke arahnya dan lelaki itu bergegas keluar dari pintu bilik hotel.

Emylin memeluk lutut. Badannya menggeletar hebat. Dia rasakan hidupnya akan berakhir. Dia sudah tidak sempurna lagi menjadi seorang wanita kerana kewanitaannya sudah dirampas tanpa rela. Dia masih menangis dia mencapai telefon pada porche miliknya. Dia mendail nombor Aina. Dia berharap agar gadis itu dapat menolongnya.

"Aina... Help me please. You dekat mana?" Emylin suaranya agak tergetar menahan rasa takut dan sebak.

"Beb, asal ni?" Soal Aina, risau.

"Aina... Please beb datang dekat hotel. I takut please..." Katanya merayu-rayu meminta tolong.

"Okay beb, kau send location nanti aku datang okay?"

Aku termenung jauh saat melihat air yang mengalir pada badan aku. Selepas ini, aku sudah tidak suci lagi. Pasti, Eizzlan takkan terima aku. Apa aku nak buat? Aku sudah buntu apa yang sudah berlaku.

"I hate you, Danish!"

---

Hari ini keluarga Aulia dan Eizzlan sudah pulang dari Umrah. Perasaan bercampur baur rindu dan teruja kerana mereka dapat berjumpa sekejap lagi. Sudah genap dua minggu mereka berada di sana.

Aulia melihat Eizzlan yang berada disebelah sedang leka bermain game. Dari sejak tadi dia dengar perkataan 'maniac' yang berbunyi dari permainan video itu. Gadis itu menjulingkan mata ke atas dan menggoncangkan lengan Eizzlan sengaja dia buat begitu.

Saja nak kacau!

"Eizzlan, lama lagi ke dia orang nampak sampai?" Soal Aulia penat dari pukul sembilan pagi tercongok duduk disini.

"Ish kejap lagi lah tu dia orang datang. Sabar lah," matanya masih fokus kepada skrin telefon langsung tidak menoleh. Gadis itu hairan bagaimana lelaki itu dapat jadi pelajar contoh terbaik sedangkan takda special sangat pun yang lelaki itu buat. Selain main game, makan dan tidur.

"Ish! Aku ngantuklah."

"Tidurlah kejap lagi dia orang dah datang aku kejutkan lah," balas Eizzlan.

"Eee... aku penat tau dari semalam tak tidur!" Omelnya. Dia terasa mengantuk kerana dia begitu teruja untuk berjumpa dengan keluarganya.

"Siapa suruh tak tidur?"

"Sebab aku excited yang dia orang nak balik malaysia. Aku penat lah Eizzlan!" Rungut Aulia persis budak tiga tahun. Membebel dari sejak tadi sebab tidak dapat tidur.

"Meh sini," tanpa banyak bunyi, tangan Eizzlan menarik kepala Aulia melentokkan kepala ke atas bahunya.

"Dah tidur, jangan banyak bunyi. Kau banyak bunyi aku cium kau dekat depan public ni," dia meneruskan kembali bermain permainan video dalam telefonnya. Aulia menjengkelkan mata, lelaki itu tidak lepas langsung dengan telefon bimbit. Menyampah!

Gadis itu malas mahu berbahasa-basi dengan Eizzlan. Dia tidak mahu bergaduh karang berjela topik ini sampai ke esok. Jadi, dia buat keputusan untuk diamkan diri dan lelapkan mata di atas bahu Eizzlan. Dia terasa senang hati kerana Eizzlan memberikan bahunya untuk tempat dia meletakkan kepala.

Sweet!

-

"Arisha bangun," bisik Eizzlan ditelinga membuatkan gadis itu menggosok mata berkali-kali dan dia menggeliat kan semua anggota tubuhnya.

Namun beberapa detik kemudian, mereka yang lain sudah tiba pada masanya. Aulia terus terasa segar kerana dia melihat mereka yang lain mula mendekati ke arah mereka berdua.

"Lia!" Laung Nenek Jamilah membuatkan gadis itu cepat-cepat datang dan memeluknya erat. Rindu!

"Nek... Lia rindukan nenek!" Rengeknya persis budak kecil. Sikit-sikit mengadu rindu yang tak pernah habis.

"Ish kamu ni, dah besar pun nak merengek macam budak-budak," tangan terus mencuit pada bahu cucunya itu. Aulia mencebik seakan tidak suka.

Tidak lama selepas itu, pelukan tadi beralih ke arah Puan Rozita. Aulia memeluk ibunya dengan erat seakan tidak mahu lepas. Kamal iaitu ayahnya dia salam cium tangan dan memeluknya dengan erat. Dia sangat rindu dengan mereka semua. Turut Dato Alif serta Datin Rozza memeluk Aulia dalam dakapan.

"Akak tak rindukan Elina ke?" Elina sedikit berdehem dengan kuat membuatkan Aulia tersedar dan terus memeluk bahu Elina dengan rapat.

"Ish gila tak rindu!"

"Ha, kalau macam tu jom kita balik. Yang lain semua mesti penat kan?" Dato Alif mencelah. Kami semua angguk setuju dan mempimpin pergi ke kereta.

Belum sempat mereka melangkah pergi. Aulia meminta izin untuk tidur dua malam di rumahnya kerana dia terlalu rindukan katil dan bantal busuk miliknya.

Dato Alif angguk setuju tanpa banyak membantah dan Eizzlan pula hanya iya kan jawapan gadis itu. Aulia teriang suka apabila dia diizinkan tidur di sana. Nenek Jamilah menggeleng kepala pening dengan perangai cucu perempuannya itu. Masih tidak berubah!

Mereka semua sudah sampai di rumah agam milik Dato Alif dan Aulia bergegas naik ke atas untuk packing skincare barang miliknya. Kerana baju sudah ada di rumah sana jadi tak payah susah-susah nak bawa beg bagasi.

Usai siap, Aulia dan Eizzlan menuruni tangga untuk bersedia masuk ke dalam kereta. Namun, satu suara menyapa mereka berdua apabila mula tapakan kaki ke ruang tamu.

"Aulia... Dah nak pergi ke?" Sapa Datin Rozza.

"Ya ma, sorry tapi Aulia rindukan nenek dengan ibu. Mama dengan papa Lia rindu jugak," suaranya terasa seakan serba salah.

"Takpalah, kita orang faham. Ha Eizzlan kat sana jangan nakal-nakal okay?" Datin Rozza memberi amaran. Eizzlan hanya angguk malas. Sesungguhnya dia betul-betul malas mahu bercakap.

"Ha abang, sejak kita orang takda ni abang nakal dengan Kak Aulia ke?" Usik Elina, nakal. Namun, sempat satu cubitan singgah dibahu Elina.

"Haah.. siap dapat kiss lagi kau ado?" Selafaz ayat yang diturunkannya. Aulia membutang mata laju saja tangannya menampar bahu Eizzlan dengan kuat. Malu saja mukanya saat ini!

Padan muka!

"Ma, kita orang pergi dulu," Aulia meminta diri dan menghulur tangan untuk menyalam tangan perempuan separuh usia itu.

"Take care, okay?" Celah Dato Alif sebaik saja dia mendekati ke arah kami.

"Bye!"

Lambaian mereka dari luar tingkap Aulia sambut. Dia turut melambaikan tangan sehingga mereka berdua keluar dari perkarangan rumah.

---

"Weh Emylin, aku nak pergi check out jap. Kau duduk sini, okay?" Aina terus pergi ke arah reception untuk membuat bayaran hotel yang ditempah oleh Emylin.

Dia tersenyum sinis apabila dia tahu perkara ini juga dia sudah bersubahat bersama Danish. Kerana apa? Kerana dia menyampah dengan sikap perempuan itu selalu saja nak menang.

Kan sudah mendapat balasan!

Tidak lama dengan itu, Aina kembali melangkah mendekati ke arah Emylin yang menunggu diruangan lobi hotel. Dia memapah tubuh Emylin sehingga masuk ke dalam kereta.

Emylin seakan rasa tubuhnya melayang akibat terlalu banyak minum turut dia rasakan hidup dia tidak bermakna lagi. Namun, apakan daya dia harus balik takut-takut kalau papanya berada di rumah.

Kemudian, Adam memberhentikan motor saat dia mahu mengeluarkan duit dari dalam bank. Tapi, alangkah terkejutnya dia ternampak di seberang jalan seakan figura dia amat kenali.

Tapi siapa?

Dia cuba mengeluarkan telefon pintar untuk zoom in dari jauh. Mulutnya melopong seakan tidak mahu menutup kembali. Itu kalau lalat masuk pasti dia tidak perasan.

"Eh! Jap, itu macam Emylin dengan Aina. Apa dia dah buat kat situ."

Hatinya mula terdetik untuk tahu apa mereka berdua buat di dalam hotel. Dia ternampak seakan Emylin lemah kerana dipapah oleh Aina sendiri. Adam mula rasakan sesuatu yang tidak kena. Dia harus siasat kes ni dengan lebih dalam.

Dia menunggang motornya sehingga pergi ke hotel tadi dimana dia terlihat Emylin bersama Aina. Jadi, dia buat keputusan aku siasat kenapa mereka berdua boleh ada dekat sini dan apa kena mengena dengan mereka.

Dia pergi lagi dekat setelah mereka berdua tadi sudah masuk ke dalam kereta. Adam menarik hoodie sehingga menutup wajahnya. Dia tak nak kalau-kalau Emylin dan Aina akan perasan kehadirannya di situ.

"Selamat pagi encik. Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Sapa salah seorang pekerja di kaunter. 

"Saya nak tanya ada tak nama Nur Azra Emylin yang check in di sini. Boleh saya tahu dia check in bila and dengan siapa?"

"Oh sekejap ya."

Adam mengangguk faham dan dia menunggu jawapan daripada pekerja lelaki itu. Dia harap dia dapat bukti dan jawapan yang kukuh. Dia rasa mesti ada yang tak kena. Confirm!

"Encik... Ada dia dengan seorang lelaki bernama Danish dia orang check in kelmarin dari pukul satu pagi. So, tadi dia baru check out baru je." 

"Oh takpalah kalau macam tu, saya pergi dulu terima kasih," Adam memberi senyuman sebelum dia beredar pergi ke motorsikalnya semula.

"Apa mengena kau dengan Danish then boleh pulak ada kat hotel ni? Aku rasa Eizzlan kena tahu perkara sebenar ni."

Continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro