Chapter 24.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Weh Eizzlan! Bangunlah nanti lambat nak pergi sekolah," kata Aulia yang sudah menyarungkan tudung sekolah pada kepala. Eizzlan beritahu kepada Aulia selepas solat subuh dia mahu pejamkan mata.

Namun, siapa sangka sudah nak masuk pukul 6:45 pagi. Buat pertama kali lelaki itu bangun dan bersiap lambat!

"Kejaplah, aku ngantuk lagi ini."

Aulia berhenti dari kejutkan Eizzlan lalu gadis itu mula muncul idea jahat dalam kotak fikiran. Dia pergi ke bilik air dan dia mengambil gayung lalu diisi dengan air sehingga separuh.

Gadis itu kembali dekat ke arah Eizzlan yang sedap tidur di atas katil bersaiz queen milik Aulia.

"Eizzlan... Kalau kau tak nak bangun aku nak bagi something ni," Aulia tersengih jahat dengan tanpa berlengah lagi dia terus simbah air dalam gayung tadi ke arah Eizzlan.

Lelaki itu bangun dalam keadaan terkejut habis baju dah cadar katil basah dek terkena air. Eizzlan berkerut dahi tanda tidak suka.

"Padan muka!" Gadis itu mula mengekek ketawa suka apabila kenakan Eizzlan.

"Aulia Arisha!" Eizzlan melangkah untuk mengejar Aulia lalu dia mencempung badan Aulia sehingga masuk ke dalam bilik air.

"Eee... Lepaslah!"

"Mandi dengan aku," Eizzlan mula tanggalkan baju ni tapi sempat disepak oleh Aulia sendiri. Lalu, gadis itu terus keluar dengan tanpa banyak bunyi.

Dasar merenyam!

"Eizzlan gatal!" Jeritnya kuat dari luar. Lelaki itu tergelak suka, dia terasa puas bila kenakan Aulia semula. Baru dia tahu langit itu tinggi ke rendah.

-

Eizzlan dan Aulia sudah bersiap untuk pergi ke sekolah. Mereka mula keluarkan langkah dari dalam bilik. Eizzlan mencebik tidak suka apabila dia kenangkan kembali dirinya disimbah tadi. Masih sakit hati!

"Kau kena minta maaf dengan aku pasal tadi," lelaki itu cemberut tidak suka dan langsung tidak memandang wajah Aulia. Dia memeluk tubuh untuk menunggu gadis itu meminta maaf kepadanya.

"Yalah, aku minta maaf. Dah jom turun," Aulia menjulingkan mata belum sempat dia melangkah untuk turun pantas Eizzlan menahan.

"Tak ikhlas, lagi sekali."

"Ish! Kira ikhlas lah jugak kan? Eizzlan kita dah lambat tau!" Aulia merungut sehelai dengan nafas yang kasar yang keluar dari dalam mulutnya. Dia mengerling mata pada jam tangan sudah hampir pukul tujuh pagi.

"Tak ikhlas."

Aulia menarik nafas dalam sebelum dia menghela nafas panjangnya. Sesungguhnya, dia perlukan kumpul kesabaran yang amat tinggi apabila bersama dengan si Eizzlan. Banyak bersabar banyak pahala. Gadis itu memejamkan mata sebelum dia bercakap.

"Eizzlan... Intan payung hatiku. Aku minta maaf ya atas sebab aku simbah air dekat kau tadi. Maafkan saya," Aulia menayangkan senyuman palsu sehingga ke cuping telinga. Eizzlan dari tadi cuba berlagak cool untuk menahan dari terhambur ketawa.

"Good girl. Okay, kali ini aku maafkan kau."

"Tapi ingat, lepas ni kalau kau tak bangun lagi jangan tanya kenapa aku guna air sabun nanti. Senang terus kau mandi," Aulia cuba ugut Eizzlan membuatkan lelaki itu memandangnya semula.

"Apa kau cakap?" Jari lelaki mula mencuit pinggang Aulia. Gadis itu tergelak kerana dia terasa geli apabila Eizzlan berbuat begitu. Tempat sensitif!

"Okay okay, aku minta maaf! Geli lah," gelaknya membuatkan Eizzlan juga tergelak malah mengejar Aulia sehingga turun dianak tangga.

Apabila mereka berdua sudah sampai dibawah, terlihat semua berkumpul termasuk Emylin dan keluarganya sendiri. Berkumpul pagi-pagi buta? Not make sense!

"Mama, papa? Kenapa datang dan kenapa semua berkumpul ni?" Soal Eizzlan, dahinya berkerut. Aulia juga agak pelik dengan kehadiran mereka semua. Rumahnya menjadi sasaran mesyuarat pagi-pagi buta.

Apa dah jadi?

"Eizzlan bagitahu kat mama, sepanjang ketiadaan kami di sini apa yang kamu buat?" Kata Datin Rozza, tegas. Jelas tampak wajah dingin yang dipamerkan. Namun, tidak lama air matanya berjurai jatuh ke pipi.

"Ha? Eizzlan tak buat apa-apa pun. Apa ni? E..Eizzlan tak faham," lelaki itu terpinga-pinga, tidak tahu apa yang telah berlaku sekarang ini.

"Kurang ajar!"

Pang!

Eizzlan terkena tamparan hebat dari papanya sendiri. Dato Alif sungguh kelihatan berang terus saja dia naik tangan pada permukaan wajah Eizzlan dengan tanpa banyak bunyi.

"Papa tak sangka perangai kamu yang jenis jantan tak cukup satu Eizzlan!"

"Pa! Apa papa cakapkan ni? Eizzlan buat apa haa!" Kata Eizzlan separuh menjerit. Keadaan mula menjadi hening, tiada suara hanya sunyi sepi bertemankan bunyi kipas di atas syiling. Aulia sudah memeluk ibunya yang berada di atas sofa. Dia pun terkejut apa yang telah terjadi.

"Apa yang kamu dah buat dekat Emylin. Tell me now!" Jerkahnya. Kelihatan urat mula timbul disekitar leher dan pada tepi dahi. Jelas, Dato Alif sangat marah terhadap anak lelakinya itu.

"Emylin? Buat apa? Eizzlan tak buat apa-apa pun!" Lelaki itu masih mempertahankan dirinya lagi. Dia tahu dia tidak buat benda yang salah.

"Cakap Eizzlan please. Ustaz muin dah cakap semuanya. Tell me now!"

"Okay honestly, ini semua fitnah. Eizzlan tak pernah pun buat dekat mana-mana anak dara orang pa! Please, percayakan Eizzlan," rayu Eizzlan, lemah. Ini semua fitnah. Dia tidak pernah meniduri atau berlaku benda yang tidak senonoh terhadap perempuan.

"Bohong! You rogol i!" Emylin bersuara bagi mempertahankan dirinya. Dia menangis teresak-esak sehingga memeluk mommy nya dalam dakapan.

"No! Perempuan ni menipu pa! Eizzlan dah ceritakan semuanya kat Lia!" Kini Aulia bersuara. Dia mahu mempertahankan suaminya yang tidak berbuat perkara sekutuk itu. Ini semua angkara kerja Emylin. 

"Eizzlan tak pernah sentuh mana-mana perempuan. Lia percayakan dia!" Kata Aulia, tegas. Dia memandang Emylin dengan pandangan tajam. Tidak kira, dia harus pertahankan Eizzlan walau cara mana sekalipun!

"Tak! Ini semua penipu! Eizzlan rogol Emylin. Dia yang nak kan emylin. Dia kata dia sayangkan Emylin sampai dia ragut kesucian Emylin," tangisnya berpura-pura itu semua dia hanya letak eye more kerana mahu lakonannya menjadi serius.

"Kau kan kalau bab berlakon nombor satu!" Aulia menarik rambut Emylin. Dia tidak kisah sekarang ini, dia terlalu geram dengan tuduhan Emylin sendiri. Perempuan itu sudah melampau.

"Auch! Sakit! Lepaskan!" Emylin cuba untuk tahan sakit dari cengkaman Aulia yang cuba menarik rambutnya.

"Stop!"

"Please jangan gaduh dekat sini. Sit down!" Dingin sekali wajah Dato Alif membuatkan Aulia dan Emylin terlerai dari pergaduhan. Lelaki separuh usia itu mula mengusutkan rambut seakan terasa keadaan ini terlalu menghempap kepalanya.

"Ustaz Muin, Ustaz Muin pasti ke anak saya rogol Emylin?" Soal Dato Alif, lemah. Dia kelihatan serabut kerana kusut memikirkan perangai anak dan menantunya itu.

" Ya, masa tu saya pun tak percaya jugak yang Eizzlan ni tergamak buat macam tu. Tapi, Aina bagitahu pada saya dan saya sendiri nampak dengan mata kepala saya sendiri."

"Saya dah check cctv tapi masa tu cctv rosak pulak dekat area di situ. Saya rasa hal ni tak boleh dibuat main-main. Ini bukan perkara remeh," terangnya panjang lebar. Dia pun terasa sedih dengan keadaan pelajar-pelajarnya. Lagipun, dia juga harus memikirkan pasal rekod sekolah.

Kalau berterusan macam ini akan jadi teruk dan rekod sekolah akan jadi buruk.

"Ha! Rosak? No ustaz. Saya rasa mesti ada something wrong. Takkan cctv tu boleh rosak dengan tiba-tiba?" Kali ini, Eizzlan mencelah seakan tidak percaya. Dia rasakan sesuatu rasa seperti sudah dirancang.

"Ya Eizzlan, ustaz cuba betulkan balik dan cctv tu tetap sama rosak. Saya dah tak boleh buat apa-apa melainkan awak ada saksi yang mengatakan awak tidak buat semua perkara itu."

Eizzlan terasa kusut dikepala. Dia meraup wajahnya berkali-kali sebelum dia melabuhkan punggung di atas sofa. Aulia pula sudah berdebar kencang, jantungnya tidak berhenti untuk bertenang. Terasa nyawa kini rasa mahu tercabut kerana terlalu takut.

"Eizzlan kena kahwin dengan Emylin sebab Emylin dah mengandungkan anak Eizzlan," kata Asyura bagi memastikan Emylin terbela. Dia risau kalau-kalau anaknya nanti melahirkan anak tanpa seorang bapa.

"No! Itu bukan anak Eizzlan. Apa bukti itu anak Eizzlan?" Muka lelaki itu sudah memerah menyala kerana dia menahan marah. Kalau nak ikutkan, dia nak saja campak Emylin dari dalam rumah ini. Tapi dia tidak mampu buat kerana dia akan tahu perempuan itu akan dapat back-up dari semua orang.

"Ya! Eizzlan kena kahwin dengan Emylin. Saya ada bukti!" Kata Aina yang baru saja melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak boleh duduk diam lagi apabila mendengar mereka bertengkar dari dalam. Dia sudah dengar semuanya!

Semua yang berada di situ terkejut dengan kehadiran gadis itu. Lalu, sampul surat berwarna krim coklat diserahkan kepada Dato Alif kini surat itu sudah bertukar tangan. Dato Alif membuka alangkah terkejut banyak gambar aksi panas Eizzlan bersama Emylin membuatkan lelaki itu terasa bahang.

Gambar berada ditangannya tadi dihempas kuat ke atas lantai. Habis berselerak semua gambar aksi panas itu. Aulia dan yang lain terkejut pada gambar tersebut seolah-olah gambar itu seakan real bagi mereka semua.

Eizzlan hanya diam terkedu, dia terasa hina dengan semua fitnah mereka lemparkan kepadanya. Dia terkesima dan tidak mahu mengutarakan kata-kata zahir pada mulut. Dirinya langsung tidak terbela.

Air mata jantannya mengalir seakan sakit terasa sebak didada. Buat pertama kali dia nangis benda yang sekutuk ini. Mereka yang lain hanya diamkan diri. Aulia pula sudah menekup mulut dan air matanya tidak berhenti. Akhirnya, gadis itu kembali melangkah masuk ke dalam biliknya.

Nenek Jamilah meminta izin naik ke atas untuk memujuk cucunya. Dia terasa sayu melihat perkara yang berlaku di depan mata. Kamal selaku bapa kepada Aulia agak terkesan apa yang berlaku tapi dia tidak mahu masuk campur akan jadi lagi besar kes ni nanti. Jadi, dia buat keputusan untuk diamkan diri begitu juga dengan Rozita.

"Eizzlan... Papa nak kamu kahwin dengan Emylin," selafaz ayat yang keluar dari mulut Dato Alif. Dia selaku ketua keluarga hancur hati kecewa dengan sikap Eizzlan sendiri. dia tidak mampu untuk katakan apa lagi, bukti sudah di depan mata.

"Yes, you're mine Eizzlan," desis Emylin di dalam hati. Senyuman sinis mula terukir pada bibir. 

-

Nenek Jamilah mengetuk pintu beberapa kali sebelum dia membukanya. Dia terlihat Aulia berbaring di atas katil dan terdengar esakan pada gadis itu.

Nenek Jamilah masuk dan meluru ke arahnya dengan hati yang berbelah bagi dia tidak tahu samada perkara ini betul atau tidak. Baginya, masih belum kukuh bukti itu ada lagi benda yang tidak kena.

Wanita makan usia itu duduk di birai katil, dia dekati cucu perempuannya. Dia mengusap kepala Aulia dengan perlahan. Secara tidak sedar, air matanya juga mengalir.

"Ya Allah, kau permudahkan urusan mereka berdua."

Continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro