Chapter 7.

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Harini, aku terpaksa ikut mama untuk pergi photoshoot serta mengambil sijil kursus on the spot. Nak tak nak aku kena dengar arahannya.

Memandangkan hari ini hari sabtu, terpaksalah aku korbankan untuk mama. Lagipun dia nak sangat aku dengan Eizzlan ambil photoshoot bersama.

Fikiran aku tetiba berubah menjadi buntu sekiranya bagaimana kalau Asmida dapat tahu perkara hal yang sebenar. Aku makin bertambah bercelaru.

"Macam mana aku nak bagitahu Asmida kalau dia dapat tahu aku kahwin dengan Eizzlan?" Tiba-tiba aku bayangkan mungkin Asmida akan campak aku di Lautan Hindi.

Majalah yang berada di atas meja aku tenung lama. Kejadian pagi tadi mengingatkan aku semula.

Badan Aulia mengiring sambil memeluk bantal disisi. Aulia berkerut kerana kulit wajahnya disapa deruan nafas yang hangat. Dia berkerut hairan, siapa pula yang bernafas dekat dengannya?

Mata masih lagi tertutup. Tangan mula meraba keseluruh arah. Takkan lah bantal peluk ada hidung? Pantas Aulia membuka mata. Alangkah terkejut Eizzlan berada disisinya.

"Argh... maksiat!" Jeritnya sehingga menendang lelaki itu terjelepuk jatuh di atas lantai.

"Aduh!" Eizzlan mengaduh sakit dan mengusap belakang tubuhnya.

Aulia melihat ke dalam selimut. Dia terasa lega kerana baju masih tersarung pada tubuh. Maksudnya dia masih lagi sesuci murni.

"Kau apahal?" Riak wajah Eizzlan tampak geram. Kalini, mukanya lebih ketat. Mana taknya pagi-pagi sudah dapat tendangan penalti.

"Asal aku boleh ada dekat atas katil kau?" Tona suara Aulia sedikit meninggi. Dia memandang ke arah Aulia dengan pandangan setajam sebilah pedang.

"Kau tahu tak semalam kau jatuh dari sofa? Pastu, kau nak marah-marah aku. Kira bersyukur aku angkat kau. Daripada aku campak kau kat tengah jalan?" Dengus kasar sebelum dia duduk di birai katil.

Aulia mencebik, dia tidak tahu perkara semalam yang dia tahu selepas je keluarganya pulang. Dia terus ambik bantal dan baring di atas sofa. Namun, meleset selepas dia bangun ternyata dia tidur di atas katil bersama Eizzlan.

Aulia melirik mata ke arah jam loceng di atas meja di sisi katil. Tangan mencapai jam dan terlihat sekarang menandakan pada pukul 6:30 pagi. Dalam sejarah Aulia Arisha bangun awal harini.

"Jom solat jemaah. Jangan banyak songeh," jelingnya sebelum beransur pergi.

"Eee.. mamat ni nak jeling-jeling pulak."

Selesai Eizzlan sudah ambil wuduk, Aulia bangun malas kerana mahu memandang muka suaminya yang dia benci itu. Aulia terasa ditumbuk berkali-kali, biar puas hatinya.

Dia rasakan memandang muka bangla jual carpet itu lebih baik daripada melihat wajah suaminya. Tak sakit hati!

Eizzlan melentang sejadah untuk mereka berdua. Aulia memakai telekung pemberian daripada mama kerana bajunya semua akan dihantar pada harini oleh ayahnya. Eizzlan membacakan iqamat dan mereka berdua solat berjemaah bersama.

Selepas aminkan doa, Aulia menyalam tangan Eizzlan dengan wajah masam mencuka. Dia membuka telekungnya dan melipat semula. Namun, tiba-tiba dia terdengar bunyi loceng dan terlihat kucing berwarna coklat seakan jingga itu mendekati ke arahnya.

Dia mula menjauhkan diri dan menuju ke arah riba Eizzlan sambil berpeluk leher suaminya. Takut dengan kucing sehingga dia terlupa ruang antara mereka terlalu rapat. Aulia memang sangat takut dengan kucing selepas peristiwa dia pernah kena cakar dimuka. Habis setahun dia memulihkan wajahnya untuk baik.

Eizzlan yang tidak tahu apa-apa menjadi sasaran. Dia agak bingung kenapa Aulia tiba-tiba memeluknya.

"Kau apahal?"

"I..itu warna coklat t..tuu," jari menunding ke arah kucing yang tidak jauh dari mereka. Terhambur ketawa Eizzlan pagi-pagi buta kerana Aulia.

"Dengan kucing pun nak takut ke? Ceh, nampak gangster tapi takut kucing."

Aulia hiraukan kata-kata Eizzlan kerana dia lebih pentingkan dirinya saat ini. Dia tersepit kerana kucing itu betul-betul dekat dengan mereka.

"Bangunlah, dahlah berat. Dah kebas riba aku ni," kata Eizzlan, geram.

Aulia mengetap bibir dan melepaskan rangkulan pada lehernya. Gadis itu menjauhkan diri selepas kucing itu mula keluar dari dalam bilik kerana Eizzlan cuba halaunya keluar. Aulia memasam muka bila dia lihat Eizzlan di depan mata.

"Aku berat? Excuse me, berat badan aku baru 47 kg. So, mulut kau tu jangan nak biadab sangat!" Aku menjulingkan mata sebelum bangun untuk masuk ke dalam tandas.

Belum sempat gadis itu pergi, dia terlebih dulu menarik Aulia duduk ribanya semula. Dia senyum nakal ke arah Aulia membuatkan isterinya itu berkerut.

"Rasa best pula bila kau duduk atas riba tadi," dia gigit hujung bibirnya buatkan Aulia memukul bahu Eizzlan.

"Eee... Dasar lelaki gatal! Euw, dah aku nak mandi! Awas kau eh nak gatal-gatal dengan aku! Jangan dekat!" Aulia melarikan diri dan masuk ke dalam tandas.

"Lia? Ni pergi pakai baju ni," kata mama membuatkan aku kembali sedar. Baju itu sudah bertukar tangan dengan aku. Aku angguk dan menuju ke dalam fitting room.

Eizzlan dari sejak tadi tak habis-habis dengan telefon pintarnya. Langsung tidak kisah pasal sekililing. Daripada tadi tidak lepas bermain telefon. Rasa macam dia sorang je boleh main.

Aku meneliti baju gaun pengantin itu sudah tersarung elok pada tubuh. Agak cantik kerana baju yang dihiasi manik-manik kecil yang tidak terlalu menonjol hanya nampak simple. Kain yang panjang dibahagian belakang. Macam tema ala-ala putera raja gitu.

"Lia? Dah siap ke belum?" kata mama dari luar. Aku sahut laungannya. Aku menghela nafas sebelum membuka tirai langsir itu dengan luas.

"Wah! Lawanya menantu mama ni."

Mama seakan terkedu melihat aku dengan memakai gaun pengantin itu. Dia tersenyum senang melihat kecantikan pada baju itu memberi seri kepada wajah aku.

Eizzlan yang berada di sofa menoleh saat mendengar mama memuji aku. Dia memandang aku lama dengan pandangan sukar untuk ditafsir. Tapi aku endahkan, tidak kisah dengan pandangan murah.

"Lawanya menantu Datin Rozza ni," celah Uncle Rizman.

Rizman memang pemilik butik ini dan dia juga kawan rapat kepada mama. Dialah yang aturkan segala photoshoot aku dengan Eizzlan. Nama butik ini pun sangat gah dan terkenal. Nama pun Rizman Ruzaini, siapa tak kenal you alls?

"Eh Rizman, mana Ruzaini?"

"Ruzaini dia ada khusus dekat jepun. So, i lah yang uruskan butik ni," senyumnya manis.

"Ingatkan tadi you takda. Sebab personal assistant you kata you keluar."

"Haah, tadi memang keluar sekejap. Ada hal dengan client."

Aku yang berdiri tercegat di situ hanya berikan sekuntum senyuman. Cramp juga asyik nak senyum dari tadi melihat mereka berdua berborak dengan rancak.

"So, Aulia right? You choose this one?" Angguk Aulia seakan berkira-kira untuk tunduk atau tidak.

"Datin, suruh anak lelaki datin tu pakai suit. Kejap lagi kita nak pergi ke set photoshoot."

"Okay sure."

Mama memanggil Eizzlan, lelaki itu menoleh dan dia bangun untuk cuba sepadan atau tak baju itu dengannya. Akhirnya, dia masuk ke dalam fitting room dan ditolong oleh Uncle Rizman sendiri.

Aku pula menjulingkan mata, Eizzlan ni memang macam ni ke selalu kalau keluar shopping? Macam takda vibe energy langsung!

---

Aku memerhati tuxedo itu dengan lama. Baju sangat kemas dan menarik bagi pandangan mata aku. Blazer hitam dan dipadankan dengan kemeja putih di dalam. Entah kenapa, mama nak sangat aku photoshoot dengan Arisha. Aku tahulah aku hensem tak payahlah nak ambil gambar sangat.

"Eizzlan? Dah siap ke?" Panggil mama. Terhenti terus lamunan aku apabila dicantas oleh mama sendiri.

"Done ma, wait," Tanganku menyelak langsir sehingga terbuka luas. Aku mengemaskan sikit dibahagian blazer.

"You look so handsome, dear." Kata Uncle Rizman kepada aku. Aku tersenyum senang. Memang aku hensem pun.

"Eh saya biasa-biasa je," balas aku dan tangan menggaru kepala yang tidak gatal. Kita kena mengamalkan bersikap rendah diri.

"Should we start for a photoshoot, now?"

"Okay sure," balas mama. Kami semua bersiap sedia untuk pergi mengambil gambar.

Aku pun turut mengikuti Uncle Rizman dan diiringi dengan mama dan Arisha. Aku dapat rasakan badan Arisha mula kekok setelah memakai kasut tingginya.

Tetiba tubuhnya hilang imbangan membuatkan aku merangkul pinggangnya dengan pantas. Kemudian, mata kami berdua bertaut lama.

"Lain kali kalau tak pandai pakai. Jangan acah-acah pandai, faham?" kata aku, tegas kedengaran. Dia menolak aku dengan kuat sehingga terlepas rangkulan aku pada pinggangnya.

"Aku tahulah! Tak payah nak jadi hero sangat," dia terus beransur pergi meninggalkan aku.

"Sombong but i like it. Its okay darling. You wait and see."

---

Aku terpukau melihat pelaminnya begitu cantik dengan corak rekaan yang sungguh fresh bagi aku. Pelaminnya berwarna putih dan dihiasi berlian yang berjuntai di atas dan ditambahkan pula bunga ros berwarna red and white.

Memang kena sangat dengan tema ala-ala inggeris. Patutlah mama suka sangat dengan butik Rizman Ruzaini. Memang tip top habis!

"Kamu berdua boleh pergi touch up dekat bilik sana," dia menunjuk ke arah bilik. Aku menuju ke bilik tapi terhalang oleh mamat poyo.

Kemudian, tangan aku dicapai oleh Eizzlan sendiri. Aku berkerut dahi tanda tidak suka. Memang suka halang orang eh si Eizzlan ni?

"Kau nak apa setan?"

"Weh minah senget, boleh tak lain kali kau cakap elok-elok? Kau tahu tak dengan siapa kau bercakap sekarang ni?"

"Siapa? Bangla?" Aku meletakkan arang api dalam hatinya.

Malas aku mahu berbahasa-basi, aku menyusun langkah masuk ke dalam bilik untuk bersiap. Segenap ruang bilik menjadi tatapan mata aku. Cantik, banyak meja makeup dekat sini. Maaflah, jakun tak pernah nampak.

"Assalamualaikum cik? Uncle rizman suruh cik makeup kan saya," kata aku dengan nada lembut.

Perempuan yang sedang sibuk mengemas menoleh menghadap aku. Aku menelan air liur sesungguhnya perempuan ini bukanlah ori namun copy paste. Aku terasa janggal melihat kerongkongnya agak menonjol. Ya Allah, apakah?

"Hei! Siapa cik ha? I muda lagi. Berapa umur you?" Marahnya berkerut kan muka. Kalau lawa takpalah juga.

"Hello? I cakap ni berapa umur you. I penatlah nak repeat banyak kali," gerbang rambutnya kebelakang. Kau fikir kau artis?

"Umur saya 17 tahun."

"Never mind, you call me sis jojie. I dah lama kerja kat sini. I profesional makeup artis."

"Kau profesional makeup artis ke? Apa ke? Ada nampak mami kisah?" Desis hati aku seraya membuat mimik muka.

"So, your name's Aulia right?" Dia sudah mengeluarkan barang soleknya. Sekejap lagi, dia akan menconteng muka aku. Tapi aku rasa macam percaya nak taknak kerana aku akan solek dengannya.

Aku harap muka aku tak ikut macam dia perempuan copy paste ops!

"Ya, nama saya Aulia."

"Duduklah. Kenapa tercegat lagi kat situ? I tak suka lah membuang masa sebab itu lah Rizman Ruzaini pilih i jadi makeup for butik dia orang," lagaknya sambil bercekak pinggang serupa labu sayong bentuknya.

Jauh beza betul dengan sajat.

Aku menghela nafas panjang sebelum duduk. Kalau nak ikut hati, nak je aku campak kasut tinggi kat muka dia tu, menyampah.

Akhirnya, aku melelapkan mata bila dia mula solekan wajah aku. Tangan dia lebih lembut daripada perempuan. Speechles.

"Done, you can open your eyes."

Aku terkejut saat meneliti muka aku pada cermin. Walaupun dia ni perempuan copy dan kerek pulak tu. Tapi, apa yang dia katakan itu betul. Dia memang profesional bab makeup. Wajah aku sangat cantik dengan sentuhannya. Kena dengan english theme.

"Lagi satu i nak bagitahu. I tahu you budak sekolah cuma muka you ni berminyak. Muka putih but berminyak. Suami you mana? Mesti dia hitam or gemuk kan?sebab orang macam tu pilih perempuan macam you ni."

Fuh panas beb! Dia kata muka aku ni tak laku? This is too much. Bila aku saja aku mahu bersuara, pintu diketuk dan dibuka dari luar ternyata Eizzlan.

"Dah siap ke?" Soalnya yang sedang menghampiri aku. Aku menjulingkan mata, dua orang ni sama saja buat aku sakit hati!

"Dah siap dah," katanya seakan gedik. Amboi tadi punya kerek sampai je Eizzlan geletis. Bak peribahasa ulat bulu naik daun.

Tanpa berlengah, aku mengangkat punggung untuk pergi tanpa sebarang kata malah pandang pun tidak.

Lantaklah, yang penting aku tak nak duduk lama-lama dengan orang yang buatkan aku sakit hati. Panas je tengok muka dia orang daripada aku maki better aku berambus. Senang!

---

"Asal Arisha macam takda mood?"

Namun, terhalang bagi Eizzlan untuk melihat figura Aulia sehingga keluar dari dalam bilik kerana perempuan copy itu terlebih memanggilnya dulu.

"Hey, i'm jojie or you nak panggil i baby pun boleh," dia menghulurkan tangan namun aku sambut dengan senyuman kekok.

Aku mula rasa tidak selesa apabila tangan aku diusap-usap lembut olehnya pantas aku tepis lembut sebelum dia buat lebih lagi daripada itu.

"Should we start?"

"Okay sure!" Dia menarik tangan aku sehingga duduk di kerusi.

Terpaksa aku biarkan dia menarik tangan aku. Kalau tak, dah lama aku terajang lelaki ni. Aku pun mula menadah kan muka saat dia mula solekan pada wajah.

"You ni macam pelakon daniel padilla lah. Alah.. yang berlakon cerita pengako sa'yo tu. But you ada lesung pipit itu yang membuatkan you ni seksi," katanya sebelum menggigit bibir bawah. Aku mula berasa janggal, ada juga kena lempang dengan aku.

"Tapi kan kalau you bukak kolar ni lagi seksi," sambungnya lagi bagi membuka kolar kemeja sampai menampak sedikit lurah dada aku malah rambut aku pula dibetulkan macam artis korea pun ada.

"Handsome!" Jeritnya sehingga mengipas-ngipas kan wajah. Aku bangun tidak sanggup duduk sini lama-lama. Mahu jadi gila aku dibuatnya.

"Okay thanks. I keluar dulu," aku mula beransur pergi namun dia memanggil aku membuatkan langkah aku terhenti, apa lagi dia nak?

"Eh you ni. Sabarlah. I nak tanya, you model baru ke kat sini?" Soalannya membuatkan aku berkerut pelik.

"No."

"Then? Why are you here?" Soalnya lagi.

"I suami kepada Aulia," kata aku dengan riak selamba. Mukanya mula terpinga-pinga setelah mendengar kata-kata aku tadi.

"Euw! Perempuan kolot tu yang you pilih? You ni buta ke apa?" Dia membuat muka tidak suka, aku yang kahwin kau yang panas dah kenapa?

"Yup. You know what?"

"What?"

"Dia perempuan sejati. Boleh mengandung. Daripada you? Boleh ke you bagi zuriat? Lagipun nabi tak mengaku umat bro. Thinking about that. Tata," senyum aku selamba sebelum aku beransur keluar dari dalam bilik.

---

Mama daripada tadi tidak senang duduk dibuatnya. Yalah, lambat sangat Eizzlan ni bersiap kalahkan perempuan. Aku yang perempuan ni pun takdalah lambat macam tu sekali. 

"Mana Eizzlan? Dah lambat dah ni." Kata mama yang sudah mengerling jam ditangan. Aku pun angkat kedua tahu tanda tidak tahu. Tak kuasa aku nak menjaganya macam aku pula bodyguard peribadi.

Entah-entah dia tengah berasmara dekat dalam bilik bersama perempuan copy tu tak? Euw... Kunyit!

Tidak lama itu, Eizzlan berlari anak menuju ke arah kami yang tidak jauh darinya. Dia mula berlari anak datang ke arah kami.

"Sorry ma.  I'm late," rambutnya yang sikit itu dia menyelak ke tepi bagi membetulkan. Aku agak tercengang kerana harini penampilan dia agak berlainan. Kacak betul dia harini.

Mukanya baru aku teringat salah seorang pelakon Filipina seiras dengan Daniel Padilla. Pelakon lelaki kegemaran aku!

"Aulia? Hei Aulia. Hello?" Dia melambai-lambai tangan di depan muka aku. Cepat-cepat aku bangun dari tempat duduk dan Uncle Rizman seakan ketawa kecil melihat gelagat aku.

"Uncle tahu suami you ni handsome tapi tak payahlah termenung macam tu sekali," gelaknya. Pipi aku merona merah dan menunduk kepala ke bawah. Malu weh!

"Okay, let's start. Camera, lighting on!"

Aku dan Eizzlan duduk di atas pelamin yang sudah siap khas untuk kami berdua. Duduk kami hanya jarak satu meter membuatkan Uncle Rizman berkerut pelik seakan hairan dengan tindakan aku dengan Eizzlan. Memang taklah aku nak rapat-rapat dengan dia.

"Aulia, rapat sikit dengan Eizzlan then you put your head on his shoulder, all right?" Arahnya.

"What? No way! Never," aku berpeluk tubuh seakan tidak mahu mengikut arahan daripada Uncle Rizman. Gila ke apa aku nak sweet macam tu dengan dia. Tolonglah, lambat lagi.

"Alah... Bukan suami orang lain, suami Aulia sendiri kan?" Usiknya nakal membuatkan yang lain juga turut mengusik kami berdua. Aku berkerut seakan tidak mahu. Ini semua bukan kemahuan aku. Ini dah boleh kes memaksa!

"Ma.. apa ni? Tak nak," suara aku merengek tidak mahu. Mama tergelak kecil manakala Eizzlan sudah mula merapat kedudukannya dengan aku. Aku terdiam.

"Buat je boleh tak? Jangan nak banyak songeh sangat. Kalau tak..." Dia sengaja memanjangkan ayat terakhirnya. Fikir aku takut ke dia punya kalau tu?

"Kalau tak apa?" Siapa tak kenal Aulia yang tidak mahu mengalah dan keras kepala.

"Kalau tak malam ni, aku akan jalankan tanggungjawab aku as a suami. Kalau tak nak lebih baik kau buat," ugutnya.

"Eee.... Tolonglah! Aku taknak, dasar gatal," suara aku agak kuat kedengaran. Kenapa lelaki ini semuanya gatal-gatal?

"Cepatlah mangkuk! Aku nak balik ni. Aku dah penat," dia sudah berkerut dahi seakan marah kepada aku. Aku hanya menjulingkan mata ke atas.

Dia terus menolak kepala aku dan letakkan di atas bahunya tanpa banyak bunyi. Aku tergamam apabila dia buat demikian. Aku nak jerit tapi kamera sudah ready, jadi aku hanya mampu tersenyum palsu melihat lens di depan.

"Haih.. dah kahwin pun still nak bergaduh," mama mengeluh sambil menggelengkan kepala. Uncle rizman turut tergelak kecil melihat gelagat kami berdua.

"orang tua-tua kata jangan benci nanti benci tulah jadi suka. Nanti yang padahnya kita. Tak gitu datin?" Usiknya lagi. Mama turut mengangguk setuju.

Aku malas nak layan drama semua ini. Dari tadi ada je Eizzlan ni cuba cari gaduh dengan aku. Boleh takda mood tau!

"okay good but Aulia please smile," kata abang photoshoot itu kepada aku. Aku pun turut memberikan senyuman yang paling manis seperti semanis bak gula.

"Okay done. Eizzlan dengan Aulia boleh bangun dan menghadap sesama sendiri."

Aku dan Eizzlan bangun dan menghadap sesama sendiri. Aku menjeling apabila bertembung mata dengannya. Dia pula asyik dari ejek aku dengan ketinggiannya. Tidak dinafikan, Eizzlan memang tinggi daripada aku. Cubalah bayangkan, dia 175cm dan aku pulak 155cm. Tak jauh gitu?

"Okay Eizzlan rapat sikit and then peluk pinggang Aulia!" Laung Uncle Rizman. Semua pekerja disitu termasuklah juru gambar mula tersenyum kecil. Ya Allah, tolonglah hamba mu ini!

Lalu, Eizzlan merapatkan tubuhnya ke arah aku sehingga terlalu. Langsung tiada ruang di antara kami. Minyak wangi dia mula menusuk ke rongga hidung.

Tangannya mula memegang pinggang aku dengan lembut manakala aku meletakkan kedua tangan di atas dadanya. Memang tak boleh nafikan harini dia memang seksi dan tersangatlah seksi. Gadis mana yang tak tertarik dengannya. Semua akan tergoda bila melihat kekacakan pada wajahnya.

Stop Aulia, stay focus!

Ya Allah, handsome nya. Ish apa kau mengarut ni Aulia? Euw no!

"Piwet!" Kata salah seorang pekerja di situ. Pipi aku mula merah ambil menundukkan kepala ke bawah. Malunya sungguh tak terkata.

"Tak payahlah nak tunduk. Buat biasa je," kata Eizzlan, selamba. Kenapalah dia ni asyik rileks je? Macam takda perasaan mamat ni.

Setelah menangkap beberapa gambar, semua boleh bersurai. Aku pula menarik nafas lega kerana tidak lagi buat aksi keterlaluan dengan Eizzlan. Malu tau even dia dah jadi suami aku!

"Okay done. Good job guys gambar semua lawa-lawa! Don't worry okay and thanks beri kerjasama," Uncle Rizman mengucapkan terima kasih kerana sudi mengambil pakej perkahwinan daripadanya. Aku turut mengucapkan terima kasih kerana membuat pelamin yang sangat cantik untuk aku.

Kami semua bersurai sebelum membuat pembayaran bil di kaunter.

---

Eizzlan sudah menukar bajunya yang asal semula dan pulangkan kembali baju tuxedo dikaunter. Namun, muka Datin Rozza agak cemas bila dia datang ke arah anak lelakinya itu.

"Kenapa ni ma?"

"Aulia dia..." Masih lagi tercungap. Datin Rozza seakan risau dengan keadaan Aulia. Lelaki itu berkerut risau kenapa tiba-tiba mamanya cemas semacam.

"Kenapa dengan Aulia?" Soal Eizzlan, risau. Hatinya berdebar laju, suspen betul dia rasakan sekarang ini.

"Dia jatuh tangga!" Sekali lafaz ayat yang di keluarkan oleh Datin Rozza. Lelaki berubah muka dan membuka langkah untuk lari mencari isterinya di tangga.

Lelaki itu mencari segenap tangga sampai saja di tangga kedua bawah, dia terlihat Aulia sedang duduk sambil mengurut kaki yang sakit. Mahu tercabut nyawa lelaki itu dibuatnya. Dia sumpah tidak boleh bernafas kalau terjadi apa-apa dekat Aulia.

"Ya Allah, kenapa ni Arisha?" Soal Eizzlan apabila sudah sampai di depan Aulia. Gadis itu menarik tangan Eizzlan kerana kakinya terlalu sakit untuk bangun. Datin Rozza tidak larat untuk angkat Aulia sebab itu dia cari anaknya di atas untuk papah Aulia bangun. Sementara dia menguruskan lagi beberapa bil untuk dibayar.

"Padanlah muka kau," ego sudah mengusai lelaki itu semula. Dia tak nak nampak dia ambil berat tentang Aulia dan dia mahu kenakan Aulia kerana gadis ini betul-betul degil.

Boleh saja dia menunggu di atas, nak juga tunggu dalam kereta.

"Itulah, lain kali kalau rasa tak pandai pakai kasut tumit mintak tolong orang pegangkan. Ini tidak, kan menyusahkan," kata Eizzlan sedikit tegas. Muka berubah masam mencuka.

"Aku pun tak inginlah nak susahkan kau," nadanya kedengaran separuh merajuk.

"Yalah-yalah. Alolo, siannya dia muka merah-merah kenapa nak kaki ke?" Sindir Eizzlan, sengaja dia tekankan perkataan 'kaki'. Aulia menjeling tajam ke arah Eizzlan sebelum berpaling muka.

"Amboi jeling nampak. Tak nak lah tolong." Mahu saja Eizzlan bangun dari mencangkuk, dia terlebih dulu menarik lengan lelaki itu semula.

"Ish yalah-yalah! Tolonglah!"

"Nak tolong bukan free tau," kening lelaki itu jungkit berkali-kali. Aulia mendengus perlahan.

"Ish nanti aku bayarlah!" Katanya acuh tak acuh. Eizzlan mula tersenyum sinis.

"Setakat duit, aku tak inginlah. Aku pun ada."

"Habis tu? Nak apa? Kaki?" Kali ni, Aulia sindir lelaki itu kembali. Eizzlan lagi marakkan api dalam hati Aulia.

"Huish garangnya... Tak nak tolong nanti baru tahu," balas lelaki itu dengan mimik muka.

"Apa dia?" Soalnya kasar.

"Aku nak kau cakap elok-elok."

"Aku dah cakap elok-elok kan? Nak apa lagi?" Soalnya, nada sedikit meninggi.

"Kau nak aku tolong kau ke tak nak?" Soal Eizzlan, tegas. Dengus Aulia dengan kasar sehingga Eizzlan dengar keluhan gadis itu.

"Hm.. cepatlah apa dia?"

"Aku nak kau cakap 'biy, tolong sayang please' pastu dengan senyuman yang paling manis." Eizzlan tertawa kecil. Aulia pula membuat muka jijik di depan lelaki itu.

"Kau gila ke apa?"

"Kau nak aku tolong ke tak nak? Kalau tak nak takpalah bye," kata Eizzlan seakan pura-pura untuk pergi.

"Okay fine!"

"B..biy, tolong s..sayang please?" Aulia berkata lembut dan dia maniskan senyumannya di depan Eizzlan. Lelaki itu sudah cair dengan gelagat Aulia. Comel betul!

Eizzlan mendukung tubuh Aulia dengan erat. Dia menyuruh Aulia pegangkan kasut tumitnya sendiri. Mereka berdua turun sehingga masuk ke dalam perut kereta.

Cukup lah kan? ❤️

For those nak tahu siapa Daniel Padilla. This here picture. Thankyou.

Continue.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro