Chapter 10 | Shawn

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adrea mengeliat diatas katilnya. Mata dikelip beberapa kali sebelum menguap besar. Sungguh, hilang segala sifat keperempuanannya. Dengan rambut yang tak serupa rambut. Air liur basi pun ada! Euuw!

"Pukul berapa dah ni? " soalnya mamai seraya mengambil phone diatas meja kecilnya.

"Baru 6:30 pagi? Hurmm.." Tersengguk-sengguk kepala Adrea. Sudahnya jatuh juga kepalamya diatas bantal. Menyambung tidur.

BAMM!!

"PRINCESS!!! "

"Arghh!!! "

BUUKK!!

Eryl menutup matanya, apabila seperti dapat merasai kesakitan Adrea yang jatuh daripada katil. Eryl sengih tak bersalah sebaik sahaja Adrea kasi dia pandangan membunuh. Terkulat-kulat Eryl dihadapan pintu.

"Err.. Hehe.. Sowwy..! " Pohon Eryl dengan mimik muka tak bersalah. Comel sangat! Tak sampai hati pulak Adrea nak marah! Adrea mengeluh seraya bangun daripada jatuhnya. Kepala digaru sebelum matanya membulat luas.

"Why the hell you in my house Eryl?! "

Terus Eryl angkat kedua belah tangannya apabila Adrea mula berubah berang. Air liur diteguk payah. Bibirnya cuba disenyumkan walaupun mungkin kelihatan kelat.

"Err.. Panjangn ceritanya, tapi Eldera pun ada!"

Sebaik sahaja nama Eldera disebut, berdesup Adrea hilang. Eryl pula terkebil-kebil dimuka pintu. Tercebik dia di situ apabila Adrea terus cari Eldera dan membiarkan dia keseorangan.

"Tak guna punya Princess. Hurm.. Agak-agak Princess marah tak, kalau dia tahu apa yang Eldera dah buat dekat pintu belakang tu? "

"ELDERA!!!! "

Terhinjut bahu Eryl dikala suara Adrea menyinga tetiba. Eryl ketawa janggal seraya menggaru belakang leher.

"Ahaha... Pepandailah kau jawab Eldy. "

***

"Geez, Kau ni kecoh lah Bell. Pintu aje pun. " Ujar Eldera yang elok menghadap Adrea sambil memakai apron hitam. Tanganya naik menyisirkan rambut ke belakang. Muka tak berperasaan seperti selalu. Adrea berang.

"Pintu aje? Pintu?! Weh sakai! Kau tahu tak pintu belakang tu mahal kalau nak baiki? Kau ingat aku ni kaya sangat ke nak betul benda alah tu?! "

Tangan Adrea naik menunding pada pintu yang terletak tidak jauh daripada dapur gasnya. Dada berobak kencang dek amarah. Tahu tak pintu rumah dia tu dah tak serupa pintu? Hancur!

Eldera buat muka bosan. Bertambah bosan apabila matanya memandang pintu yang ranap dikerjakan olehnya semalam. Nak bukak tak boleh, sudahnya dia 'belasah' aje si pintu tu! Penghalang hidup betul!

"Dah tu, aku nak masuk rumah kau macam mana? Siapa suruh kau tidur tak bangun-bangun? Aku kejut bukan main payah, tapi kau kasi air liur dengan dengkuran aje. Euww.. Geli tahu tak geli? " Eldera buat muka jijik dia. Geram aje Adrea tengok Eldera. Rasa nak kasi flying kick aje!

"Aku tak suruh kau masuk rumah aku pun! Dan apahal pulak kau nak masuk rumah aku?!" Marah Adrea. Tak mahu kalah! Eldera dah pandang Adrea kau-tak-ingat-ke-setan? Adrea pula membalas dengan sebelah kening yang terjoket seperti kau-pahal?Sudahnya Eldera menguling mata keatas. Lembab jugak minah ni. Terus tangan Eldera naik menjentik dahi gadis berambut violet itu. Terjerit Adrea dengan tindakan spontan Eldera.

"Sakitlah! "

"Cuba kau ingat apa jadi semalam? " Rungutan Adrea dibiar sepi. Eldera berpeluk tubuh dengan poker facenya. Adrea mencebik seraya mengusap dahinya. Berkerut-kerut muka Adrea cuba mengingati.

First, Eldera hantar dia balik. Hampir kena langgar basikal pink. Kena angkat macam guni. And lastly mata dia kuyu and tertutup.

Setelah gadis itu mengingati semuanya, dia tersengih-sengih tak bersalah. Eldera angkat kedua-dua kening sambil memandang Adrea yang dah berubah macam bidadari yang jatuh daripada langit. Heh, malu lah tu.

"Dah kenapa macam tak ada tulang belakang ni? Malu? " Sindir Eldera seraya mendekatkan mukanya dengan Adrea yang dah berubah tona.

"Ma-Maaf dan... " iris mata yang berwarna violet sengaja dibesarkan seperti berair. Kedua belah pipinya merah. Ibu jari kanan pula naik ke bibir seperti mengigit kuku. Tangan kiri pula mengenggam hujung baju.

".. Te-Terima kasih. " halus sahaja Adrea menutur kata. Sekelilingnya pula, seperti ada kelipan-kelipan cahaya. Eldera terdiam dan dalam masa yang sama dia juga tergamam.

"Whatever. Dah blah! Pergi makan! Aku dah siap masak baru nak bangun. Dasar pemalas!" Eldera menekup muka Adrea lalu ditolaknya gadis itu sehingga terdorong kebelakang. Adrea mencebik seraya menepis tangan Eldera. Sempat dia menjelir lidah bersama mata tertutup sebelum beredar ke meja makan. Lupa terus fasal pintu.

Eldera yang berwajah kosong beredar ke dapur. Apron yang tersarung dibadan, dibuka lalu disangkutkan pada dinding. Dia berdiam diri sambil menghadap dinding didepanya.

"Weh Eldy, kau dah-"

DUSSHH!!

DUSSHHH!!

Macam nak gugur jantung Eryl apabila Eldera menghentak kepala pada dinding! Muka dia dah macam tengok film horror aje! Tergopoh-gapah dia menghampiri Eldera dan menjauhkan lelaki berambut emas daripada dinding itu. Dek kerana geram, badan lelaki itu ditolak kasar sehingga menghempas dinding dibelakangnya. Eldera berdecih sakit.

PANG!

"Kau kenapa gila?! Nak jadi tak betul pun janganlah pagi-pagi! " Marah Eryl selepas satu tamparan padu dihadiahkan pada pipi Eldera. Eldera pula terkebil-kebil seraya mengusap pipi yang terasa sengal.

"Bukan mimpilah weh.. "

Bisiknya sendirian. Eryl menguling mata keatas.

"Ya-ya ini bukan mimpi tapi realiti. Apa kau buat tadi Eldy? Hantuk kepala dekat dinding macam tu? Kau nak jadi bodoh ke apa? Kalau nak jadi-"

"Cium aku Ryl? "

Nak tersedak air liur Eryl dibuatnya apabila Eldera tanya soalan yang dia rasa amat bodoh sekali. Sah Eldera tak berapa sedar sekarang! Kedua belah sisi kepala Eldera dipegang. Lalu digoncang sekuat hati!

"Dey mambang-mambang yang ada dalam tubuh lelaki bodoh ini! Keluarlah anda semua sebelum aku bakor seko-seko! ManderemajahAjajshsbjskabakmabakak!! "

Naik pening Eldera dibuatnya apabila Eryl makin menguatkan goncangan dikepalanya. Dah lah dia tak faham apa yang Eryl cakap! Dek kerana tak tahan, terus di menolak badan Eryl dengan kasar.

"Kau pahal?! " marahnya. Eryl pula dah pandang dia atas bawah.

"Ni Eldera kan? Bukan mambang kan? " soal Eryl ragu-ragu. Eldera menguling mata ke atas.

"Rupa aku ada macam mambang ke? " soal Eldera jengkel. Eryl mengangkat bahu dengan muka bosan.

"Bukan mambang, tapi jembalang! "

"Oit. "

Eryl dah cabut lari awal-awal. Nanti tak fasal-fasal dia kena smack down dengan si Eldera ni. Bukan boleh caya. Kalau mood gila Eldera aktif, macam-macam boleh jadi. Ambil lah pengajaran daripada Adrea yang kena cium paksa dengan Eldera hari tu. Huhu..

Eldera mengeluh seraya meraup mukanya. Pipinya merah sedikit.

"Urgh.. That girl really kill my insanity. Aku hampir tak boleh kawal diri sebab muka comel dia! " bisik Eldera apabila terkenangkan muka comel Adrea yang memohon maaf dan mengucapnya terimah kasih tadi.

Eryl yang memerhati disebalik dinding, mengambil gambar Eldera yang merah mukanya itu. Tersengih-sengih Eryl dibuatnya. Comel! Sebenarnya, dia dah lama perhati Eldera dan Adrea. Muka comel Adrea pun dia dah tangkap! Tanduk setan tumbuh atas kepala. Kamera yang ada gambar Adrea dan Eldera dicium.

"Just you wait, aku akan buat korang jatuh cinta antara satu sama lain! That time, Bolehlah aku usik korang ! Muehehehe.."

Maka bermulalah rancangan hanet seketul Eryl Ryuzaki. Susah dapat member 'sebaik' Eryl ni. Hargailah kalau ada. Bukan selalu boleh angkat parang lepas tu kejar mereka sambil menyumpah-saranah, ya dok?

***

Sementara itu, Eriana yang duduk dilaman rumahnya, menghurmm seperti nyanyian kecil sambil ditemani haiwan-haiwan dihutan itu. Walaupun tiada suara, Eriana hidup bahagia. Selagi Eldera ada, selagi tu dia akan hidup.

Kemudian seekor arnab comel datang menghampiri sambil mengigit lobak. Eriana ketawa kecil lalu mengangkat arnab itu. Wanita berambut emas itu mencium pipi arnab itu lalu mengusap badanya.

"Eri.. " sapaan suara garau menyentakkan Eriana. Arnab di ribanya lari ke hutan. Liur diteguk. Perlahan-lahan kepala ditoleh ke sisi. Matanya membulat apabila bibirnya tiba-tiba disambar seorang lelaki berambut hitam. Tak lama kemudian dia ketawa seraya membalas ciuman si lelaki.

"I miss you.. " bisik lelaki itu apabila ciuman dilepaskan. Eriana tersenyum senang apabila tangan lelaki itu naik mengusap pipinya. Eriana mendekatkan kepala dengan sang lelaki. Cahaya muncul disekelilingnya, begitu juga pada lelaki itu.

'I miss you too, Shawn.'

Lelaki itu tersengih apabila Eriana mengunakan magik fikiran untuk berbicara denganya. Senang cakap, dia malas nak belajar bahasa isyarat. Jadi dia ajar magik tu pada Eriana, dan hanya boleh digunakan apabila bersamanya sahaja.

"Maaf aku lambat balik. Kau dengan anak-anak okey aje kan? " soal Shawn seraya melabuhkan duduk di sisi Eriana. Pinggang sang wanita dirangkul daripada sisi.

'Okey aje. Eldera masih dengan sifat batu dia dan Eryl dengan sifat playboy durjana dia. ' balas Eriana dengan ketawa kecil lalu melentokkan kepala pada dada Shawn.

"Then mana diorang? Aku tak nampak pun daripada tadi. Alter dengan Alzer lagilah. " soal Shawn. Serta merta badan Eriana mengeras. Liur diteguk susah.

'Abang.. ' badan Shawn ditolak perlahan. Shawn mengerut dahi dikala Eriana menundukkan padangan.

"Hey.. " Dagu wanita itu dipaut lalu didongakkan untuk melihat dirinya.

"Eri ada sorokan something daripada aku ke? Cerita aje. Kan aku dah janji untuk jaga kau sejak aku kembalikan kandungan kau dulu?"

Eri mengangguk dengan air mata yang mula bertakung. Shawn yang kembalikan kandungan dia 18 tahun dahulu. Shawn yang jaga dia. Shawn yang berada disisi dia. Shawn yang mengahwininya walaupun dia tahu, Eriana tak serupa gadis yang lain dan Shawn jugaklah yang sentiasa mengajarnya erti cinta.

Selain Eldera, Shawn juga lelaki yang paling dia sayang separuh mati. Spontan badan Shawn dirangkul erat lalu tangisanya pecah. Shawn tersenyum kelat lalu membiarkan wanita itu menangis didalam rangkulanya. Belakang badan si isteri diusap lembut bagai mendodoikan. Dia membaca mentera dan sekeliling mereka bercahaya keputihan pula.

Shawn menutup matanya dan serta merta ulang tayang penemuan seorang wanita berkerundung putih dan seorang lelaki berbaju hitam bermain difikiranya. Semuanya memori milik Eriana. Tak lama kemudian, cahaya putih itu hilang. Satu keluhan terbit dibibirnya.

"Sebab tu mereka tak ada ya? "

'I'm sorry. I'm sorry. '

''Shh..Everything gonna be fine. Aku tak kesah pun. "

Persoalanya, apa yang dibincangkan Eriana dengan dua susuk tubuh itu sehingga Eldera dan Eryl pergi ke Academy Nightfall?

______________________________________________________________

Shawn dah muncul pada awal2 prolong kalau korang ingt. Yg lelaki kabus tu.

Saje update awal sbb takut minggu ni x bolh update ats alasn trtentu😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro