Chapter 103 | Explain

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Eryl POV

"Apa yang jadi sebenarnya ni Ryl?"

Keluhan berat aku lepaskan saat Eldera menampak masuk ke dalam bilik aku. Kedua-dua tangan naik menekup wajah. Aku tak tahu nak terangkan macam mana dekat dia sekarang.

"Come on bud. Kau tahu aku boleh jadi pendengar kau kan?" Pujuknya lagi dan kali ni punggungnya elok dilabuhkan diatas katil. Wajahnya tenang tanpa secalit perasaan.

"Entah lah El. Bukan benda besar pun."

"Tak besar lagi sampai ayahanda kau boleh mengamuk? Hebat betul alasan kau. Aku kagum. Akhirnya Putera Eryl Ryuzaki berfikir. Wow." Ujar Eldera dengan datar bersama tangan yang ditepuk. Mamat ni lah..

"Stop the sarcasm please?"

"I never make one , so why should I?"

"Urgh.."

Apa yang aku fikir untuk berharap dia berhenti bersarkastik? Tapi ini tak buat aku rasa elok. Lagi aku murung adalah. Urgh, i want to cry.

Aku memusingkan badan dengan keadaan tertiarap. Bantal aku ambil dan peluk. Kepala aku elok terbenam dalam batal gebu itu. Namun, telinga aku masih menangkap keluhan berat Eldera.

"Alright, alright. Aku cuba kawal mulut aku. Come on. Cerita lah."

"Janji kau jaga mulut?"

"Ya.. Probably."

"Probably? Okey kau boleh keluar sekarang."

"Fine. Aku janji."

Terus aku bangun dan menghadap muka batu tu. Sejujurnya aku tahu nak percaya ke tak dia sekarang ni. Muka tak ada perasaan dia buat aku tak boleh tembak apa dia fikir walaupun kami dah lebih setahun berkawan.

"Apa? Ada benda tak kena dengan muka aku?"

"Ha'ah. Macam mana kau boleh maintainkan muka tak ada perasaan tu tiap hari eh?"

"Natural. Tapi tu tak penting sekarang. Kau ni, cepat lah cerita."

"Yelah."

Nafas di tarik sebelum dihembus.

"Macam ni.."

***

Beberapa jam yang lepas..

"Urghh.. Aku benci katak. Dasar mahluk derhaka. Suka hati landing atas kepala aku."

Lama aku membebel tak puas hati dengan mahluk dua alam itu sehingga lah mata aku ternampak bidadari dunia. Laju aku berlari kearahnya sebelum berhenti sekerat jalan. Eh, mana boleh peluk dia dengan bau aku macam ni. Nanti hilang bau wangi Akira!

"Okay! Kena mandi!"

"Eryl?"

Alamak bidadari panggil.

Terus aku toleh ke belakang dengan sengihan. Akira datang merapati sambil mengusap kepala seekor kucing. Lama aku tenung kucing tu.

Suka hati aje sentuh milik aku.

"Mana dapat kucing tu?"

"Hurm? Oh ni? Adik lelaki awak yang bagi. Siapa eh? Urmm. Ah! Eldan!"

"Eldan? Apahal pulak?"

Shit. Suara aku dah macam orang cemburu. Tapi memang aku cemburu pun. Dengan kucing tu satu, dengan Eldan pun sama. Suka hati aje kasi hadiah dekat bidadari ni.

Okay, memang ada benda tak kena dengan kau Eryl Ryuzaki. Sejak bila aku cepat cemburu ni?

"Awak dari mana ni Eryl? Tak apa ke masuk istana macam ni?" Soal Akira seraya menilik aku yang agak basah kuyup. Harap tak tanya fasal bau katak yang melekat ni.

"Dan kenapa bau katak?"

Curse you author.

"Panjang ceritanya. And jangan risau, ayahanda tak kesah pun kalau aku masuk macam ni. Nanti ada orang bersihkan istana selalunya."

Terus Akira tarik pipi aku membuatkan aku terjerit sakit. Ini memang serupa bonda ni. Tangan cam ketam!

"Aww, what was that for?!" Soalku sebelum mendapat jelingan tajam Akira.

"Memang lah ada orang tolong bersihkan istana. Tapi tak bermakna awak boleh sesuka hati aje buat sempah segala. Dah-dah. Pergi mandi. Lepas tu awak kata nak bincang fasal something kan?"

"Huh? Oh ya. Fasal kuasa kau. Nanti kau jumpa aku dekat taman istana. Kita bincang."

"Hurmm."

"Okay, aku mandi dulu sayang! Jangan rindu! Muah!" Terus aku cabut lari sebelum kena marah dengan Akira sebab cium pipi dia. Hahaha. Sempat jugak aku curi kucing dia.

Eyy, tak caya aku dengan kucing ni. Mana tahu gatal?

"ERYL!!!"

***

"Okay, kau duduk sini atau merayau aku tak peduli. Tapi dekat dengan bidadari aku, aku hantar kau dekat kedai haiwan. Faham?"

Macam faham aje aku cakap, kucing tu terus angguk sebelum beredar. Asal macam bangang aje aku hari ni? Ah lantak situ.

Bukak aje pintu, terus aku meluru masuk dalam bilik air. Yuck! Memang bau katak dekat baju aku! Sebab tak tahan sangat, aku bakar terus baju tu sekali seluar. Heh, kan senang kalau macam ni. Boleh terus mandi.

Lepas setengah jam aku bersihkan diri, baru aku keluar. Siot lah katak-katak tu. Bau diorang dekat rambut aku nak hilang pun makan 20 minit. Dah lah hidung aku makin sensitif sejak akhir-akhir ni.

Bam!

Terus kepala aku berpaling kearah pintu. Selamat dah pakai seluar, kalau bertuala aje memang malu aku. Namun, senyuman nakal aku ukir apabila Akira seakan kaku dimuka pintu.

"M-maaf saya tak tahu pulak awak baru habis mandi." Ujarnya seraya cuba menutup pintu. Namun sempat aku halang bersama sengihan.

"Tak apa. Tapi asal kau kat sini?" Terus aku bukak pintu seluasnya. Akira seakan tergamam lalu wajahnya berubah merah terang. Lahai comel.

"P-pa-pakailah baju dulu gila!"

"What? Tak nak lah. Panas. Pakai macam ni pun okey apa?" Usik aku membuatkan wajahnya bertambah merah.

"Ikut suka awak lah. Bonda awak ajak turun. Katanya dah nak malam. Dia mintak awak panggilkan Tuanku Shiro." Terangnya sebelum beredar. Namun sempat aku tarik pergelangan tanganya membuatkan dia berhenti.

"Kenapa?"

"Err.. Kejap."

Tak berlengah, terus aku meluru kearah salah satu meja belajar yang ada dalam bilik aku. Botol kecil yang mengandungi kacang pemberian Heira aku ambil sebelum berjalan kearah Akira.

"Nah. Aku malas nak pegang ni lama-lama. Jadi aku rasa tak salah kut bagi sekarang?"

Dahi Akira jelas berkerut saat menerima botol itu. Sesekali dia membelek sebelum kembali menatap aku.

"Kacang apa ni?"

"Tak tahu. Heira kata boleh kembalikan kuasa kau kalau kau makan. Sebab kau kan ada darah Immortal? Jadi kacang tu mungkin berfungsi. Try lah makan."

Aku tak tahu lah betul ke tak aku terangkan. Ingat-ingat lupa jugak apa yang Heira cerita hari tu. Akira memandang aku sekilas sebelum mengunyah kacang pemberian Heira. Apabila dia habis menelan semuanya, terus aku mengerut dahi.

"Macam tak ada apa pun?" Soal aku dan dia serentak. Terus aku melepaskan keluhan berat.

"Minah tu tipu ke apa?" Rungutku membuatkan Akira tersenyum kelat.

"Lambat sikit kut kesannya. Nanti kalau saya rasa apa-apa , saya kasi tahu awak."

"Janji eh?"

"Iya, Eryl Ryuzaki. Dah, awak tu cepat lah siap. Nanti semua kebulur tunggu awak aje."

"Nahh, aku pakai macam ni pun dah boleh."

Aku tarik sengih apabila Akira mencerlu tajam.

"Awak jangan macam-macam. Awak ingat maid dekat sini tak teliur ke dengan badan lekuk awak tu? Tahu lah hot, tapi tak payah lah tunjuk sangat!"

"Aku hot?"

Terus Akira terdiam bersama wajah yang merah. Tawa aku terlepas apabila dia seakan malu-malu di hadapan aku. Oh dear Lord, this is hilarious. Ini bukan Akira yang aku kenal but i don't give a single shit about it. Aku suka dia macam ni. Hehe.

"Alright, alright. I think it's enough. Now, go. Aku datang nanti."

"Hurmm."

Akira beredar meninggalkan aku membuatkan aku tersengih. Saat aku menutup pintu, tiba-tiba sahaja aku terdengar seakan sesuatu jatuh. Dahi aku berkerut sebelum pintu kembali dibuka. Apabila aku keluar, hampir sahaja jantung aku terhenti apabila Akira hampir tumbang kalau bukan sebab dinding menjadi tempat dia bersandar.

"Akira!"

Tubuh itu aku rapati lalu dicempung masuk ke bilik. Perlahan-lahan aku melabuhkan dia diatas katil. Dahinya seakan berkerut-kerut menahan pening. Ini yang buat aku risau ni.

"Kau okay tak ni? Boleh jalan? Kalau tak boleh, aku mintak maid hantar makanan dekat sini aje." Ujarku risau seraya mengelap peluh yang mula turun didahinya.

"Sa-saya okay. Pening."

"Okey apa kalau pening kau ni..? Haiih. Dah tidur. Nanti aku mintak maid hantar makanan."

Terus aku baringkan dia diatas katil. Batal dikepala aku betulkan agar Akira lebih selesa. Selepas tu terus aku ke almari untuk menyarung baju. Baru beberapa tapak melangkah, badan aku terus ditarik kebelakang dan terjatuh di atas katil. Mata aku membulat tak percaya apabila Akira berada diatas aku. Glup.

"Eryl Ryuzaki.."

"Urmm. A-Akira aku rasa ada benda tak kena ni. Apa kata kau-"

"Kenapa tak kasi tahu awak cium perempuan lain? Hic.."

"Eh?"

Terdiam aku dengan persoalan yang satu itu. Muka aku mula memucat. Mana dia tahu? Dan kejap, hic? Damn.

Akira mabuk.

Jangan cakap kesan kacang tu?!

"Iyalah! Hic! Kalau Ayrez tak citer hic.. Mesti saya tak tahu! Hic.. Awak tahu tak.." Tangan Akira mula menjalar ke leher aku membuatkan aku teguk liur.

Hasutan syaitan dah mula bisik ni.

Shit. Shit. Shit.

"Awak.. Hic.."

"Akira stop."

"Saya..Hic.."

"Ta-tangan kau Akira!"

"PUNYA!"

Tak sempat aku nak tarik tangan dia yang dah turun dekat dada, bibir aku disambar olehnya. Darah merah mula menyerbu dan naik ke wajah. Bau wangi yang masuk ke dalam hidung aku, buatkan aku sesak nafas. Apabila Akira melepaskan ciuman, terus aku menukar posisi kami bersama nafas yang tak teratur.

Bahaya, sumpah bahaya.

"Haaa.. Tolong lah jangan uji aku Akira. Gatal-gatal aku, tak pernah lagi aku buat benda tak elok dekat kaum kau. Perempuan dilindungi, bukan disakiti. Aku tak suka ambil sesuatu dengan cara tak bertamadun, jadi stop uji aku okay?" Rayu aku apabila Akira mula tersengih menggoda.

Damn.

Apa salah aku berada dalam situasi ni?

Tisu mana tisu? Nak nangis wehh.

"Boleh.. Hehe. Tapi awak hic.. Jangan kasi sesiaaaapa pun tengok..Hic..Badan menggoda awak ni ya? Hic.."

"Ya! Ya! Jadi stop goda aku okay?"

"Hurmm? Okiee."

Aku pandang dia dengan perasaan was-was sebelum melepaskan cengkaman pada tanganya. Akira pula hanya tersengih dan hanya diam diposisi. Perlahan-lahan aku bangkit nak keluar.

"Ah .. Panasnya. Bukak baju lah."

"AKIRA NO!"

Kelang kabut aku jadinya apabila Akira mula membuka butang baju. Matanya mencerlu tajam pada aku apabila aku cuba menghalangnya. Tangan dia mula menampar-nampar aku bersama lelehan air mata.

"Eyy jangan lah kacau! Hic hic.. Panas lah ! Tepi ! Tepi!"

"Oh dear Lord, give me strength for this.." bisik aku seakan pasrah sebelum memeluk Akira sehingga gadis itu mula senyap. Kuku yang mencakar di belakang badan, langsung aku tak peduli.

Sakit memang sakit, tapi kalau aku sekali nangis, apa tak jalan.

"Akira? " Aku memanggil dan meleraikan pelukan. Tangan aku naik menyentuh pipinya. Dia hanya tersengih seperti tadi tetapi air matanya tetap mengalir.

Note untuk aku. Jangan kasi Akira mabuk. Emosi dia sumpah tak stabil gila.

"Yes darling~."

"Okay. Kau okey , tapi otak tak."

"Apa?! Hik.. Hik..Sampai hati! Warhhh!"

"Erk!! Ke-kejap! Apahal-"

"YA TUHAN! ERYL RYUZAKI!!"

Terus aku memandang keluar bilik. Wajah aku serta merta memucat apabila bonda dan ayahanda berdiri dihadapan pintu dengan wajah yang merah seakan menahan marah.

Great. Aku tak pakai baju. Akira serabai. Dia menangis. Kami atas katil aku. Ayahanda dan bonda nampak tanpa tahu pangkal cerita.

Memang hari yang sangat bertuah bagi aku.

"Err.. Opss?"

"Opss?! Sini aku kasi kau Opss!!"

BAMMMMMMM!

"Arghhhhhhh!!"

***

".. Dan kau nampak selebihnya. Aku melutut depan ayahanda, majlis kena awalkan dan yeah, memang tragis sikit hari ni."

Terus aku tamatkan cerita. Wajah poker Eldera aku pandang sambil menunggu balasanya.

"Honestly, aku agak suka dengan hari kau." Balasnya dengan senyuman. Yang buat aku bengangnya kelipan cahaya dengan sekeliling wajahnya.

"You damn sadistic, just how much you enjoy my suffering?"

"Asal kan tak libatkan nyawa kau? "

"Shit."

Eldera hanya angkat bahu sebelum merosakkan rambut aku. Dia bangkit lalu berdiri disebelah katil .

"Tak payah lah kau menyumpah aku. Bukan dapat apa pun nanti."

"Tapi at least kasi lah sikit kata-kata semangat.." cebik aku geram. Eldera senget bibir.

"Buat lah 'love' lepas kahwin nanti. Tak lama pun kena tunggu. Seminggu aje okay abang Eryl?"

"Setan lah kau."

Eldera ketawa sebelum selamba keluar dari bilik aku. Keluhan kasar aku lepaskan. Tenang sikit hati lepas dapat cerita dekat Eldera. Tak lah teruk sangat rasanya.

"Oh, ya. Kalau rasa horny lagi kau cepat-cepat masuk bilik air ya? Jangan lah masuk bilik Akira pulak. Takut esok pulak bapak kau suruh kahwin."

"Eh berambuslah setan lahanat!"

Aku tarik balik kata-kata aku. Memang teruk bila cerita dekat Eldera. Menganjing aku lah ni.

Lama aku mengeluh lalu smartphone dicapai. Nombor seseorang aku cari sebelum membuat panggilan.

"Ah Akira. Kau dah tidur? Kepala kau macam mana? Okey?"

"Ya dan urmm.. Maaf fasal.."

"Tak apa. Kau pun tak sedar masa tu."

"Hurmm. Tapi Eryl, ada benda penting yang saya nak kasi tahu."

"Apa dia?"

"Saya dah dapat kuasa saya balik."

"For real?!"

***

"Jadi immortal yang makan kacang tu akan jadi mabuk? Asal tak warning awal-awal kau ni?" Keluh Shiro seraya memicit pelipisnya. Badan elok tersandar di sofa pejabatnya.

Ayrez angkat bahu sahaja sambil mengunyah buah didalam bakul berdekatan meja kerja Shiro. Patut lah boleh tak keluar bilik dua tiga hari, ada makanan dah dalam ni. Air pun ada.

"Aku pun baru tahu. Heira lupa lah kut nak pesan."

Shiro menggeleng kepala lalu bangkit. Ayrez hanya memandang tanpa berkata apa. Kini hanya ada mereka berdua sahaja didalam bilik itu.

"Anyway, asal kau panggil aku ni? Nak aku buat kerja percuma lagi? A big no for that!"

"Guhh. Itu pun berkira."

Terus terjegil mata Ayrez. Ada jugak dia kasi kaki kang. Suka hati aje kata dia berkira. Dia pun dua darab lima!

"Nanti kau ambil lah bayaran kau dekat Luke. Aku panggil kau bukan sebab apa pun.."

"Saja-saja lah ni?"

"Not really. Just kasi ni dekat Heira boleh?" Shiro menghulurkan sepucuk surat kepada Ayrez membuatkan lelaki itu berkerut dahi. Matanya naik memandang Shiro dengan pandangan hairan.

"Apa ni?"

"Kau tak payah tahu. Surat antara raja aje."

"Sure..? Bukan surat melamar kakak aku en?"

"Last kau kena panggang bila?"

Ayrez mencebik sebelum mengangguk. Kemudian, dia menghulur tangan seakan meminta sesuatu. Kening Shiro terangkat sebelah.

"Abenda?"

"Bagi balik isteri aku sial. Mana kau culik dia hanat?"

"Alah, baru nak bela."

"Tengkorak kau!"

Siapa rindu Eryl POV? Nope?

Eryl : Nahhh, mesti ada punya. Siapa aje yang tak rindu lelaki paling hot, kacak, seksi, ber-

Dipersilakan untuk menendang mahluk fiction ini. Mati pun tak apa sbb bukan dia bolh mati pun haha.

Eryl: Oi!

Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro