Chapter 2 | Wizard

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Gadis yang pengsan dihadapanya dipandang sepi. Dia mengeluh seraya menyisirkan rambut emasnya kebelakang.

"Apa bendalah minah ni. Dah lah intai aku mandi, lepastu pengsan pulak lepas tengok aku. Nak kata aku tak pakai apa-apa. Ni tuala yang lilit dekat pinggang benda apa? Haiih..Menyusahkan betul! "Bebel lelaki itu dengan nada geram.

Kemudian, matanya jatuh pada seekor tupai putih yang menjilat-jilat pipi gadis itu. Sebelum sempat dia membuat apa-apa tindakan, bunyi orang menjerit dibelakang menyentakkan dirinya. Terus badan dikalih kebelakang.

"A-aku tak sangka.. " lelaki berambut hitam pekat itu undur kebelakang. Tangan naik kedalam mulut yang ternganga. Air mata juga kelihatan di sisi matanya.

"Kau kenapa Eryl? " soal lelaki berambut emas bersama kerutan didahi. Dah kenapa mamat ni? Tiba-tiba, hari telunjuk Eryl naik menunding kearahnya. Terjongket kedua-kedua belah kening Lelaki berambut emas.

"K-kau! Kau memang lelaki tak budiman! Sanggup kau perkosa wanita jelita didalam hutan! "

KEDUSHHH!!

Tak semena-mena muka Eryl elok menjamah satu hentaman daripada batu yang sebesar tapak tangan!

"Kau dengan otak miang kau boleh pergi mampus! Jangan nak buat konklusi yang gilalah, gila! " marahnya.

"Aduhh.. lor, manalah aku tahu? Kau tu. Dahlah pakai tuala paras pinggang hingga lutut. Pastu ada perempuan pengsan. Memang aku fikir bebukanlah. Eldera kan? Mana kita tahu apa yang dia fikir. Adeh..Kuat gila mamat ni baling. " balas Eryl selamba seraya mengusap mukanya. Sakit siot!

"Yang pasti aku tak ada fikiran kotor macam kau. Kaki rogol. " bidas Eldera.

"Woi! " marah Eryl bersama mata yang terjegil. Mak aii budak ni! Mulut tak pernah nak baik! Aku yang muka suci ni dia kata kaki rogol? Huh! Tak guna punya member. Kalau namapun Eldera, hati memang kena kental duh..

"Dahlah, nah. Ni baju kau. Tulah, lain kali nak mandi tasik tu bawaklah baju lebih. Tak fasal-fasal aku kena skip date dengan girl-girl aku."

Eldera menguling mata keatas. Tahu sangat maksud 'girl-girl ' Eryl Ryuzaki ni. Dia kalau berdate bukan dengan seorang perempuan, tetapi lebih! Kekadang tiga atau empat orang sekali gus! Dasar playboy durjana.

"Apa-apa jelah. Aku doakan kau kena sepak terajang suatu hari nanti dengan diorang. Ada jugak hiburan untuk aku nanti. " baju yang dihulur Eryl diambil. Eryl pula buat muka seraya menumbuk bahu lelaki itu.

"Apa punya mulutlah kau ni. Suka sangat doa bebukan. " rajuk Eryl.

"Merajuklah tu. Pandai merajuk pandailah kau pujuk . Tak kuasa aku nak layan. " ujar Eldera datar. Badan dikalih kebelakang dan berjalan kearah Adrea.

Eryl dibelakang dah muncung sedepa. Smartphone miliknya dikeluarkan daripada dalam poket dengan muka yang masam mencuka. Satu nombor didail.

"Senri tengok Eldera! Dia tak nak pujuk abang!" Ajuk Eldera dalam nada jengkel. Eryl yang mendengar mula bengang. Kaki dihentak. Tak cukup dengan sindiran Eldera, adiknya Senri Ryuzaki tidak pula menjawab. Mesti tengah tidur dalam bilik ni!

"Bencilah! " ajuknya lagi.

"Anda sungguh cilaka. " ujar Eryl yang memang dah bengang habis.

"Baru tahu? " balas Eldera yang berwajah selamba. Badan gadis itu dicempung. Puyu pula, memanjat badan Eldera lalu duduk diatas dada Adrea.

"Kau jangan risau. Aku nak hantar kau dengan minah ni balik. " ujarnya tanpa sebarang nada.

"Kejap Eldera. "

Eryl datang menghampiri. Sehelai kertas yang berada tidak jauh daripada tempat gadis itu pengsan dikutip.

"Dia Wizard Upahanlah. " ujar Eryl sebaik sahaja melihat request itu. Membutang matanya apabila ternampak satu bintang merah dihujung kanan kertas.

"Tahap Alpha? Seriuslah minah ni?! "

"Wizard Upahan? Tahap Alpha? Apabenda kau ni? " soal Eldera yang sudah kerut seribu. Eryl menjongket sebelah kening.

"Kau tak tahu? " soal Eryl tak percaya. Eldera mengelengkan kepalanya.

"Haiih.. kau ni. Okay macam ni, Wizard upahan maknanya diorang berkerja untuk Guild dibandar. Guild pulak satu organisasi untuk wizard cari makan. Orang request, diorang buat. Tapi request ni ada tahap-tahap dia. "

Kertas Request diangkat dan jari telunjuk diletakkan diatas bintang merah itu.

"Kalau dekat request tu ada simbol ni, maknanya tahap Alpha. Tahap Alpha antara tahap yang susah. Selalunya Request ni wizard yang berpangkat S yang akan buat. Tapi kalau Request yang senang pulak, tahap Omega atau Beta. Yang tu request dia tak ada bintang, tetapi dekat hujung atas dia ada tulis O atau B."

"Dapat upah tak? " potong Eldera. Eryl pula pandang blur aje pada rakanya.

"Kau tahu tak maksud Sum stultus? "

"Tahu. Bahasa bunian. Maksudnya, Aku bodoh. "

"Ouuh.. patutlah kau tanya soalan tu. Sorry aku tak tahu. "

Sinis nada Eryl ketika itu. Eldera pula buat muka blur. Beberapa saat kemudian baru Eldera dapat tangkap.

"Tak gune. "

"Dah tu? Yang kau pergi tanya soalan tu kenapa? Sah-sahlah diorang dapat, bangang!"

Marah Eryl geram. Kemudian dia berdehem dan meneruskan 'nukilan ceramahnya'.

"Jadi Wizard Upahan ni ada risiko dia. Kalau kau mati, guild tak akan dikenakan apa-apa tindakan. Sebab, nak jadi ahli Guild ni ada peraturan dia, dan salah satunya kematian kau tak boleh dituntut haknya. Maksudnya ahli keluarga dia tak boleh nak mintak ganti rugi or what lepas kau mati. "

Eldera hanya kusyuk mendengar..

"Selain tu.."

kroonggg

Krik, krik, krik

Eryl sengih tak bersalah. Eldera pula dah pandang dia blur.

"Hahaha.. Nantilah aku citer. Jom date dengan makanan nak? Perut aku tak sabar nak jumpa awek merecik ni! Uuuu... Ayam panggang kuu..! "

Eldera guling mata keatas. Kacau daun betul lah perut ni! Baru kusyuk nak dengar, huh!

***

"Urmm.. "

Adrea yang baru tersedar, memisat matanya. Penglihatan yang pada awalnya agak kabur berubah terang. Mata dikelip beberapa kali sebelum memerhati kawasan sekeliling dengan wajah bingung.

"Bukan ni hutan yang tok ketua tu tunjuk dekat aku ke? " soalnya sendiri. Dia meraba tanah disekelilingnya kejap. Bulu?

"Puyu! "

Tupai putih yang elok tertidur terus terjaga apabila badanya tiba-tiba diangkat. Jelas mukanya mengantuk tak terkata. Sudahnya dia tidur balik. Lantaklah tuannya nak memekak macam ayan jantan sekalipun. Yang penting dia nak tidur! Yeay Puru!

"Puyu? Hey Puyu! Bangunlah! Ala... Janganlah tidur! "

Tubuh kecil itu digoncang. Puyu sekadar mengeluarkan lidah kecilnya. Tanda tidur mati.

"Puyuuuuuuuuuu......!! "

Kali ni Puyu membuka mulut kecilnya. Sudahnya Adrea mengeluh aje. Lidah Puyu dia tolok masuk dengan jari telunjuk lalu mulut tupai itu ditutup. Badan Puyu di gendong seperti bayi.

"Baik aku balik ke kampung. " bisiknya. Dalam masa yang sama, dia terasa seperti lupa sesuatu.

"Arh.. nanti aku ingatlah. "

***

"CIK ADREA!! "

Hampir gugur jantung Adrea apabila semua penduduk Kampung Kitahara menyerbu dirinya. Puyu yang jelas terkejut melompat terus naik ke atas kepala Adrea dengan bulu yang mengembang. Takut woi!

"Ke-kenapa ni? "

Soalnya gabrah. Teguk liur. Aku buat salah apa ni?

"Hahaha.. Cik! Kami betul-betul berterima kasih dengan cik! Wuhooo!!! "

Ujar seorang pemudah yang kelihatan bahagia nak mampus. Terloncat-loncat dia sehinggalah kepalanya ditampar oleh seorang wanita jelita.

"Ish abang ni! Jangalah teruja sangat! " marah si wanita dengan mata terjegil. Si lelaki sekadar sengih.

"Sorry sayang. Abang cuma happy sebab cicak tu dah mati. "

"Cicak apa? "

Soal Adrea dikala dia asyik berdiam diri. Semua penduduk tersengih.

"Laa.. Cik Adrea ni. Janganlah buat tak tahu pulak. Kan cik yang bunuh Lizard tu. "

Bahu Adrea dia paut seorang wanita tua. Badan Adrea di tolak lembut kehadapan. Para penduduk memberi laluan kepada Adrea dengan muka gembira.

Hampir melompong mulut Adrea apabila melihat seekor Beast jenis Lizard, elok dipanggang diatas api yang marak. Tak cukup dengan itu, bahagian kepala yang sudah terputus daripada badan, digantung diatas ukiran kayu berbentuk T.

"Kami betul-betul terhutang budi dengan cik dan kawan cik tadi. "

"Ha'ah. Tadi ada lelaki berambut hitam yang datang kesini. Kami ingat siapa, rupanya kawan cik. Dia kata cik nak rehat kejap dihutan jadi dia yang hantar Lizard ni. Bagus cik ada kawan macam tu, kacak pun kacak hahaha. "

Adrea sengih kelat. Otaknya mula penuh dengan pelbagai persoalan sehinggalah satu memori masuk.

"Hoi..! "

Mukanya membahang merah. Tak fasal-fasal dia pitam lagi.

"CIK ADREA!! "

***

Dari jauh, Eryl dan Eldera memerhati diatas pokok. Eryl duduk bersila didahan pokok itu sambil mengunyah seekor ayam panggang.

"Itam ulak..(pitam pulak)" kata Eryl sambil mengunyah makanannya. Eldera mengeleng kepala dengan sikap tak senonoh rakannya itu.

"Hah! Sini pun tuan muda dengan putera! "

Serentak Eldera dan Eryl menoleh kebelakang. Lelaki yang berpakaian seorang butler mengeluh seraya terduduk didahan pokok berhampiran. Rambut putihnya disisir kebelakang. Kemudian muncul seorang lagi lelaki yang berambut hitam keunguan. Pakaiannya juga seperti seorang butler.

"Kau kenapa Alzer? Mengah aje. " soal Eldera datar.

"Gila tak mengah? Cari kau dengan Eryl lah! " marah Alzer dengan mata terjegil. Eldera dan Eryl berpandangan.

"Kenapa? " soal mereka serentak.

"Puan Eriana suruh kau balik."

Ujar Alter dengan nada datar.

"Errk...! "

Terus 6 pasang mata itu menoleh kearah Eryl yang elok tersengih sehingga menampakkan gigi putihnya.

"Hehe.. jomlah balik. Aku nak makan lagi lah Eldera. Lapar. "

Ujar Eryl persis anak kecil. Tangan didepa ke depan bagai meminta. Eldera dah tepuk dahi dengan perangai kuat makan Eryl. Alzer pula sekadar sengih manakala Alter tetap dengan wajah kosongnya.

____________________________________________________________

New story untuk Kegelapan Series! Hope korang boleh support story ni macam EK ☺️comment and vote ya guys?

Lagi satu, saya akan Update ELBS ni dengan TRIPLETS serentak. Dan hanya diupdate pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kalau selain daripada tu, maknanya saya tengah rajin 😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro