Chapter 24 | Soul Eater, Sykee

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Adrea menggali nafas. Tanganya elok tergenggam bersama. Sekarang dia berada dihapan rumah Eldera. Sudah seminggu lelaki itu tidak hadir ke Academy. Eryl, Alter mahupun Alzer! Risau hatinya jika sesuatu berlaku, jadi dia mengambil keputusan untuk datang kemari.

Tok'

Tok'

"Adrea?! "

Hampir melompong mulut Eryl dikala melihat Adrea datang ke rumah Eldera. Cepat-cepat dia menutup pintu dan sengih kelat.

"Kau kenapa terkejut sangat ni? " soal Adrea yang bingung dengan perlakuan Eryl.

"Tak ada apa. Kenapa kau datang ni? "

"Aku nak tengok Eldera. Dia ada dekat dalam kan? "

Eryl mengigit bawah bibir. Patut ke aku bagi dia masuk? Soal hatinya. Dia berbelah bahagi untuk biarkan Adrea masuk.

"Eryl? "

"Sorry. Eldera tak ada. Dia keluar dengan Alter tadi. " ujar Eryl merasakan itu sahaja ayat yang sesuai.

"Oh.. " Adrea tersenyum hampa.

"Kalau macam tu-"

PRANGG!!

Membulat mata Eryl dan Adrea! Tak berlengah, terus pintu dibuka dan mereka masuk kedalam!

"ELDERA! "

"Urghh..Huh? Kau ke tu Eryl? "

Eryl menerpa kearah Eldera yang berada berdekatan dengan singki . Disisinya pula banyak kaca yang berderai pecah. Adrea pula kaku. Bukan kerana kaca tetapi...

Mata Eldera yang berbalut.

"Ish kau ni! Kan aku dah cakap jangan gerak banyak sangat! Kau tu dah buta nak tengok benda, gila! "

"Siapa cakap aku buta? Mata aku sakit ajelah!"

"Mata kau sakit apa Eldera? "

Suara Adrea menyapa gegendang telinga Eldera. Serta merta kepala lelaki itu terangkat. Walaupun tidak dapat melihat, Eldera tahu Adrea sedang menghampiri. Tangannya terkapai-kapai ingin mencari sesuatu untuk bangun.

"Kau dekat mana Adrea? Betul ke kau dekat sini? "

"Aku dekat sini Eldera.. "

Tangan Eldera dipegang membuatkan lelaki itu tergamam. Lebih tergamam dirinya dikala tangan Adrea naik mengusap pipi dengan lembut dan penuh kasih sayang.

"Kenapa...? " lirih suara Adrea saat menyoal. Hati Eldera mula timbul rasa bersalah. Lagi bersalah apabila gadis itu mendekatkan dahinya bersama.

"Kenapa jadi macam ni Eldera? " soal Adrea dalam bisikan.

"A-Aku berlatih magik sampai mata aku terkena jangkitan kuman. Ta-Tapi kau tak payah risau! Doktor kata nanti mata aku akan baik! "

"Sebab tu kau tak datang seminggu? Kenapa tak bagi tahu aku?! " Adrea menolak Eldera tetapi pegangannya kemas di bahu lelaki itu. Suaranya pula naik seoktaf!

"Dengar dulu Adrea.. "

"No! Kau selalu macam tu! Suka berahsia dengan aku! Aku pikir kau kawan aku, tapi nampaknya.. Mungkin aku aje anggap macam tu! "

Apabila tidak merasai pegangan di bahu,Eldera mula gelabah! Dia meraba-raba lantai seperti ingin mencari susuk tubuh Adrea.

"Adrea! Adrea! Jangan pergi! Aku boleh terangkan! "

"Eldera.. " panggil Eryl yang menjadi pemerhati sejak tadi. Fuh drama!

"Eryl! Mana Adrea? Jangan bagi dia keluar! A-aku nak cakap dengan dia! "

"Maaf Eldera.. Tapi Adrea dah pergi. Dia kata dia benci kau. Tak nak lagi jumpa kau. Dan dia kata.. Baik dia bunuh diri sebab kau tak kasi tahu dia benda ni. "

"Dan kau biarkan dia pergi?! " kini suara Eldera pula naik seoktaf! Eldera bangun dan mula berjalan tanpa tahu mana arahnya.

'Dammit! Kalau lah aku tak hilang kawalan hari tu, benda ni tak akan jadi! Mata aku tak akan hilang keupayaan dia! Adrea, tolong jangan buat benda pelik!'

BUK!

"Argh! "

Eryl mula gelabah apabila Eldera mengerang sakit apabila rusuknya terkena bucu meja.

"Jangan kejar dia Eldera. Dia dah pergi! "

"No! Aku tak boleh benarkan! Dia-Dia.. "

"Dia apa? "

Terus Eldera menoleh kesisi apabila suara Adrea menyapa gegendang telingan. Bingung terus dia jadinya.

"Ka-Kau kat sini lagi Adrea? " soal Eldera tak percaya.

"Yelah. Dengan keadaan kau macam ni, ingat aku boleh percaya nak biarkan kau dengan Eryl? "

"Excuse me? " Eryl buat muka tak puas hati. Adrea tidak menghiraukanya lalu berjalan kearah Eldera. Matanya jatuh pada tangan Eldera yang memegang rusuk.

"Kenapa rusuk tu? Aku pergi kejap aje kut. Haiih... Kau ni. " Tangan naik mengusap rusuk Eldera. Lembut.

"Tapi.. Eryl kata kau dah pergi.. "

"Aku pergi ambil air. Tekak aku kering. Hadoih kau ni. Tak akan lah aku nak pergi sebab benda kecik ni aje? Ingat aku ni senang merajuk ke hah? Dah lah.. Kau duduk dekat ruang tamu sana. Biar aku kemas kaca-kaca dekat singki. "

Terus Adrea beredar sambil menyanyi kecil. Suasana sepi seketika.

"Hahaha.. Aku salah bagi information. Okay lah aku nak pergi mandi jap ya? "

Tak sempatpun Eryl nak buat langkah seribu, belakang kolar bajunya direntap Eldera. Hampir tercekik Eryl dengan tindakan Eldera! Aura membunuh juga jelas teras. Tertelan air liur jugaklah Eryl dibuatnya.

"Ouuh.. Adrea nak pergi bunuh diri atau pergi ambil air? Eryl Ryuzaki.. Aku rasa dua benda tu berbeza. Macam mana boleh silap ya? " soal Eldera penuh sopan.

"Err.. Haha.. Yelah, otak aku kan selalu silap banyak benda? Alaaa-alaa..Chill bossku.. "

"Terima kasih sebab tempat maut daripada aku duhai sahabat sejati. "

DUSHHH!!

BAMMM!!!

DUSSHHH!!

"KYAAAAHH!!"

***

Sebaik sahaja siap mengemas dapur, Adrea pergi ke ruang tamu. Terkebil-kebil dia melihat wajah Eryl yang seperti baru sahaja dibelasah sepuluh lelaki. Pecah gila!

"Apa jadi dekat muka kau tu Ryl? "

"Hadiah daripada sahabat. Jangan risaulah. "Perkataan sahabat sengaja ditekankan. Eldera pula hanya buat tak tahu.

"Err.. Okay? " Adrea berjalan kerah Eldera lalu duduk melutut dihadapan lelaki itu. Eryl tersenyum lalu bangkit daripada situ. Memberi ruang kepada Eldera dan Adrea.

"Kau dekat depan aku ke Adrea? " soal Eldera. Adrea tidak menjawab sebaliknya tangan naik mengelus pipi si lelaki. Eldera tersenyum lalu menggenggam tangan itu.

"I take that as a yes.. "

Adrea ketawa kecil. Kemudian, sebelah lagi naik mengelus pipi yang lagi satu. Eldera ketawa apabila Adrea seperti memanjakan dirinya. Suka!

"Berapa lama kau tak boleh melihat Eldera? " soal Adrea.

"Dalam sehari dua. Selepas itu, penglihatan aku akan kembali seperti sedia kala. Maaf sebab tak bagi tahu apa-apa. " pohon Eldera. Adrea hanya tersenyum.

"Aku maafkan kau. Just bagi tahu kalau kau dalam masalah okay? Kita kan kawan? "

"Ya.. Kawan. "

Eldera tersenyum kelat, begitu juga Adrea. Tidak sedar mereka menipu diri sendiri. Menipu perasaan sendiri.

'Walaupun aku anggap kau lebih daripada tu, ' bisik hati mereka serentak.

"Kalau kau dah sembuh. Nanti kita berlatih sama-sama okey? "

"Sure. Tapi aku tak akan bagi mukalah. "

"Haha.. Aye-aye! stone hearts! "

Eryl tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Tak lama kemudian, gajet empat seginya bergetar. Senyumannya melebar apabila melihat nama si pemanggil.

"Hey my lovely lover. Miss me already? "

"Go hell. Kau ingat aku ni kekasih kau ke? Atau kau terlebih ambil ubat sakit jiwa? "

"Auch! Terhiris hati anak buah kau ni Alzer! "

Alzer yang berada disebelah talian menguling biji mata keatas. Menyampah!

"Whatever. Ni kau ada dekat mana? Eldera? "

"Eldera okay. So far, penglihatan dia masih belum pulih tapi aku tak rasa dia kekok nak bergerak walaupun tak dapat melihat. " terang Eryl sambil mata sempat mencuri lihat keadaan Eldera dan Adrea.

"Haiih.. Apa yang jadi seminggu lepas, betul-betul tak terjangka dek akal. Aku rasa, Aeldera betul-betul nakkan Tubuh Eldera. "

"Maksud kau? "

"Hutan yang dah jadi padang jarak padang terkukur tu..Sekarang dah jadi tempat pembiakan syaitan ciptaan Aeldera. The Soul Eater , Sykee. "

Membulat mata Eryl apabila Alzer menghabiskan ayatnya! Sungguh, dia tak tahu apa yang dah jadi dengan hutan tu!

Dalam masa yang sama, sekumpulan mahluk bertanduk mula menyerang! Sesetengah berwajah tengkorang dan sesetengah badan mereka seperti serigala! Dan ada juga yang bersayap!

"Tch! Berapa banyak Syaitan Sykee ni?! " rungut Alter yang sedaya upaya menebas semua mahluk bergelar Sykee!

"Alter belakang kau! "

Alter tersentak apabila Shawn malaung kuat! Serta merta badanya berubah menjadi kabus hitam! Seekor Sykee menyerang sambil melolong kuat! Alter mengetap gigi geram lalu menyeliputi mahluk itu! Walau macam mana Sykee cuba keluar, kabus Alter tetap menyeliputi dirinya! Nafasnya kian sesak dan badanya mula hancur bagaikan dimakan kabus itu!

"Die you ugly creature! "

"Krouuurrr!!! "

Alter kembali dalam bentuk asalnya. Kepala tengkorang Sykee jatuh ketanah!

"Alter.. "

Shawn mendarat disisi Alter. Nafasnya tercungap-cungap bersama peluh yang bermaharajalela.

"Nampaknya, hutan ni dah jadi tempat pembiakan mereka. Apa kita nak buat tuan? " soal Alter apabila Sykee semakin lama semakin banyak! Seperti tiada pengakhiran! Shawn menghela nafas berat.

"Aku akan hapuskan mereka seramai yang mungkin. Kau dan Alzer buat pelindung di sekeliling hutan ni! Kita tak boleh biarkan syaitan ciptaan Aeldera makan roh manusia di bandar Zynga! "

"Baik tuan! " Terus Alter meninggalkan Shawn dan pergi mendapatkan Alzer yang turut melawan Sykee!

Shawn menarik nafas dalam. Mata ditutup. Kabus hitam mula mengelilingi dirinya. Perlahan-lahan dia mencelikan mata. Iris yang berwarna hitam berubah kelabu bersama satu tatu yang sangat asing!

"Last breath, death! "

BAMMM!!

Shawn menghentak tanah sehingga merekah hebat! Kabus-kabus hitam keluar daripada tanah dan membelit kesemua Sykee! Mereka melolong dan mengaum sekuat hati! Tak cukup dengan itu, Shawn mendepakan tanganya dan kabus hitam menyeliputi seluruh kawasan pembiakan Skyee!

"Mati dan bawalah dosamu ke neraka! "

Tangan digenggam dan serta-merta tubuh Sykee hancur didalam kabus kematian Shawn! Shawn menurunkan tanganya dan kabus hilang daripada pandangan. Kesemua Sykee masih ada tetapi kaku tidak bergerak.

Shawn menoleh kebelakang dan serta merta mahluk itu bertukar menjadi debu.

"Tuan.. " Asap kelabu mendarat dihadapan Shawn dan terselah susuk tubuh Alzer.

"Macam mana? "

"Kami dah letakan magik pelindung dan Alter sedang pagar kawasan ni. Tapi.. "

"Tapi..? "

"Sykee masih ada dikawasan barat dan utara. Paling teruk, sesetengah mereka dah sampai tahap dewasa. Macam mana ni? " soal Alzer mula risau dengan situasi sekarang. Shawn dia sejenak sebelum kembali bersuara.

"Aku akan bincang dengan Raja Shiro untuk beberapa minggu. Jadi buat masa ni, jangan bagi sesiapa pun kemari. Faham? "

"Baik tuan. "

Serentak Shawn dan Alzer hilang.

Kembali pada Alzer dan Eryl.

"Jadi sekarang Shawn ada di Kerajaan Emarald. Dia arahkan aku dan Alter untuk jaga hutan ni sebelum kembali bertugas di Academy. Jadi kau tolong tengok-tengokan Eldera ya? Aku takut dia hilang kawalan macam hari tu. "

"Hilang kawalan tu mungkin aku boleh handle, tapi.. Macam mana dengan simbol dekat mata dia tu? Selepas dia dapat melihat, simbol tu akan hilang ke? "

Soal Eryl risau. Rakannya itu bukan sahaja hilang keupayaan untuk melihat, malahan ada tatu pelik di matanya.

"Dari apa yang Edwin cakap. Tatu tu akan hilang sebaik sahaja Eldera dapat melihat. Ianya hanya kesan sampingan daripada kuasa Aeldera yang terlepas sedikit. " Mendengar penjelasan Alzer membuatkan Eryl mengurut pelipis.

"Mula-mula hutan musnah, kemudian hutan tu jadi tempat Sykee, Eldera hilang keupayaan melihat dan sekarang simbol pelik muncul? Apa lagi yang akan jadi kalau Aeldera betul-betul keluar nanti? " soal Eryl lemah. Alzer tersenyum kelat dibelah talian.

"Sebab tu kita tak boleh biarkan Aeldera kawal badan Eldera. Ini baru sikit aje kuasa dia yang terlepas dek kerana Eldera tak dapat kawal. Dah lah Ryl, kau tak payah risau. Kau tengok-tengokan aje Si Eldera. Apa-apahal nanti aku bagi tahu kau. "

"Hurmm.. "

Eryl mematikan talian lalu menghela nafas berat. Kemudian telingannya menangkap gelak tawa Adrea dan Eldera. Eryl kembali tersenyum.

"As long as Adrea here, i don't think Eldera will lost control.. "

***

"Baiklah. Aku balik dulu tau? Esok aku datang lagi. "

Ujar Adrea seraya menundukan kepalanya. Eryl dan Eldera hanya mengangguk. Adrea melangkah pergi daripada rumah Eldera. Selang beberapa langkah Adrea toleh kebelakang. Dia memandang Eryl yang turut memandangnya bingung. Jari telunjuk naik membuat isyarat senyap.

"Shh.." Eryl mengangguk walaupun tidak mengerti apa yang Adrea ingin lakukan. Perlahan-lahan gadis itu menghampiri Eldera tanpa sebarang bunyi.

CUP!

Satu kucupan hinggap di bibir Eldera. Lembut. Eryl tergamam manakala Eldera terkejut! Adrea hanya tersengih lalu melarikan dirinya. Jauh sedikit daripada rumah Eldera. Adrea merapatkan kedua telapak tanganya seperti memohon pertolongan Eryl. Eryl yang pada awalnya tergamam mengeleng kepala lalu ketawa. Hailah..

"E-Eryl! Ka-Kau cium aku?!!! "

"Ha'ah. Yelah dah kau tak boleh nak tengok apa kan? Ambilah kesempatan. Wow, lembut bibir kau ya? "

"KA-KAU AMBIL KESEMPATAN DALAM SEMPITAN!! "

"Yeah-yeah. Jom kita buat malam first pulak ya?"

"NAK MATI?! "

"Hahaha gurau ajelah! "

Eryl ketawa besar seraya menarik Eldera masuk ke rumah. Adalah sesi gusti sampai mati kejap lagi. Sempat Eryl mengenyit mata pada Adrea tanda dia akan urusan Eldera. Adrea ketawa lalu kembali mengorak langkah untuk pulang.

Sepanjang perjalanan, Adrea tersenyum bahagia. Mukanya merah padam.

"At least dia tak tahu aku cium dia. Hehe.. "

____________________________________________________________________________________

Empat Update minggu ni, ingt nk update semalam tapi busy sikit😝so nah!

Comment and vote guys!

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro