Chapter 49 | Confess?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejam selepas pertarungan antara Eryl dan Senri berlangsung, coloseum gamat dengan para penonton yang bersorak riang menyaksikan beberapa persembahan. Kini, pertandingan di teruskan. Masih dengan acara individu.

"Ah, Eldera. Bukan kau pergi teman Eryl ke? " Soal Nicolas apabila Eldera melabuh duduk di sisinya. Koharu pula sudah selamat mendaratkan kepala diatas bahu. Tidur.

"Akira ada. Lagi pun dia sendiri halau aku. "

"Huh? "

Berkerut dahi Nicolas dengan balasan Eldera. Kena halau?

Perasan akan riaksi Nicolas, Eldera menceritakan apa yang jadi. Masih segar dalam ingatan Eldera bagaimana Eryl selamba menghambat dia pergi. Tak padan dengan sakit. Ikut hati, dah lama makan penyepak dia.

"Shuh! Shuh! Aku nak bermaksiat dengan laki aku! Kau jangan nak sibuk! Budak tak matang tak patut ada dekat sini. Shuh! " Itu lah ayat mintak kaki yang diberi oleh Eryl. Bahananya, sempat Eldera kasi penumbuk satu. Pengsan lah jugak. Gasak lah, dia yang mintak.

"Sakai punya member. " Bebelnya lebih kepada bisikan. Nicolas pula dah geleng kepala. Bukan Eryl lah kalau tak melalut.

"Kau marah kan Eryl, tapi janganlah jahanamkan pemegang kerusi tu. "

Eldera terkebil-kebil sebelum melihat pemegang kerusinya. Bapak ah, hancur terus. Rasanya kalau Eryl depan mata dia , tulang kawan tu mungkin jadi macam kerusi ni.

"Mana Adrea? " Eldera menukar topik perbualan apabila tersedar Adrea tiada bersama Nicolas dan Koharu.

"Tengah siap sedia. Lepas ni game dia pulak." Balas Nicolas tenang lalu menyandarkan tubuh pada kerusi. Tangan pula membelai kepala kesayangannya. Eldera pula hanya senyap sebelum bangun.

"Nak pergi support kesayangan ke abang kacak? " Sakat Nicolas. Mata Eldera mencerlu tajam padanya sebelum kembali melangkah. Sibuk aje. Nicolas ketawa kecil. Tidak terkesan langsung dengan sorotan mata itu. Dah lali.

"Hek eleh, Dah sayang tak nak cakap. Apa benda lah. Haiih.. "

Dalam masa yang sama, Eryl elok tertidur dalam bilik rawatan sambil dijaga oleh Akira.

'Nampaknya dia dah jaga kau dengan baik. Tolong jangan sia-sia kan peluang ini. I believe you don't want to become like me. '

Terbuka terus mata Eryl apabila suara garau itu menyapa dalam lena. Peluh menuruni setiap inci tubuhnya. Wajah diraut kasar. Akira pula keluar seketika. Mencari air.

"Setan mana pulak main bisik-bisik dekat telinga aku ni? Kacau lah orang nak tidur! " Rungut Eryl. Sumpah, suara siapa tadi tu? Meremang bulu-bulu kita. Grr..

Selang beberapa minit, Akira kembali dan mula sibuk melayan kerenah tak betul Eryl di bilik rawatan. Selamatlah bilik itu hanya menempatkan Eryl sahaja. Boleh jugak Akira nak berkasar. Kalau tak, kena acah baik depan doctor dengan nurse. Huh, memang tak lah!

"Akira, kenapa tak nak kiss aku? Aku kan sakit? Orang sakit kena dilayan dengan penuh kemanjaan tahu tak? " Rengek Eryl manja di atas katilnya. Mata sengaja di bulatkan seakan memohon simpati. Akira mengguling mata keatas. Menyampah sia. Aku kick kang, sia-sia aje hidup.

"Kira baik aku nak layan kau hari ni. Dah senyap ajelah. Makan ubat lepastu tidur. " Arah Akira tegas lalu meletakkan ubat di atas meja berdekatan Eryl.

"Kiss dulu. Baru aku makan ubat. "

"Kalau aku guna penumbuk untuk kiss kau, agak kau nak tak?" Bidas Akira bersama tangan yang mengepal buku lima. Tapi kalau dah nama pun Eryl, mana tahu nak duduk diam mulut tu.

"Alahh.. Kau cuma kena letak bibir kau dekat pipi aku aje. Bukannya aku suruh kiss dekat bibir. " Cebik Eryl lalu berpeluk tubuh. Akira mengeluh panjang.

"Tak apalah. Dah kau tak nak, mana boleh paksa kan? Letak lah ubat dekat situ, nanti aku makan. Shoo, shoo.. " Halau Eryl dengan bibir yang tercebik-cebik.

"Kau merajuk ? " Akira bercekak pinggang apabila Eryl menghalaunya. Geli jugak hati dia tengok muka cemberut lelaki itu. Comel lah pulak. Ehe.

"Kau nak pujuk ke? Eh tak payah. Langit runtuh pun belum tentu kau nak layan rajuk aku en? Huh! " Kali ni Eryl berpeluk tubuh seakan anak kecil yang tidak mendapat gula-gula. Akira cuba tahan senyum. Eryl pula masih membebel tak puas hati.

"Yelah, sebab aku laki, buat apa kau nak pujuk? Kalau aku nangis aje baru kau nak terkedek-kedek dekat. Lepas tu-"

Cuuupp.

Kata-kata Eryl mati begitu sahaja apabila kolar bajunya direntap Akira dengan kasar. Apa yang lebih gila, apabila Akira menindihkan bibir mereka bersama.

"Seronok sayang? " Soal Akira dengan sengihan sebelum menjauhkan diri daripada Eryl yang ternganga luas. Akira mengelipkan sebelah matanya sebelum keluar daripada bilik Eryl.

"Auch. " Eryl pegang bahagian dadanya.

"Akira dah ambil tempat aku sebagai lelaki. "

Kali ni mata tertumpu pada tangan yang melekap didadanya.

"Bapak sexy laki aku. Tak sia-sia aku jual badan dekat dia. Ehehehehe.. "

Akira yang mendengar di sebalik pintu sudah mengeleng kepala. Kan dah cakap, otak Eryl memang tak betul.

"YAHOOO! AKIRA AKU PUNYA!! HAHAHA! OH YEAH-OH YEAH!"

Terkejut nurse yang lalu di bilik Eryl apabila melihat jejaka itu elok berjoget diatas katil. Matanya jatuh pada Akira yang berwajah datar dihadapan pintu bilik itu.

"Salah seorang pesakit daripada hospital sakit jiwa. Baik miss beredar. Takut dia lagi mengila. Dia ni pantang nampak perempuan cantik macam cik."

"Ba-baik. " Naik segan nurse itu apabila Akira memuji. Cepat-cepat dia beredar. Akira pula pandang blur pada Eryl yang seakan mahu menari tiang.

"Aku bagi ubat gegat kut tadi. Yang tu otak tak berapa nak ada ni. "

"Akiraaaaa... My loveee... Arhhhh! Hati ku.. sudah terpaut pada muuu.. "

". . ."

"Yup. Eryl termakan ubat gegat sekali dengan ubat pelali. "

***

"Hey. "

Adrea memaling tubuh kebelakang apabila mendengar sapaan suara itu. Matanya berubah tedup dan kelam apabila susuk tubuh itu muncul bersama wajah seriusnya.

"Apa kau nak? " Soal Adrea kasar.

"Salah ke kalau aku nak jumpa kawan lama? "

"Kita kawan ke selama ni? " Bidas Adrea sinis. Tangan naik bersilang didada. Tak ada hati langsung ingin melihat wajah lelaki itu tika ini.

"Kau masih marah? "

"Lebih kepada benci."

"Ad. Benda dah lama kut. Tak boleh ke kita berbaik aje? Lupa kan semua tu? "

Adrea ketawa sinis. Lelaki di hadapanya bergurau ke?

"Kau tengah buat lawak ke hanat? Kau tuduh aku bunuh Iishiro. Padahal, kau dengan Berry yang paksa aku tinggalkan dia masa request dulu. Bodoh betul. Kalau aku tahu dulu, aku memang tak patut kenal kau dan Berry. "

Kini fikiran Adrea berlayar pada suatu ketika dahulu. Dia, Berry, Faer dan seoarang lagi remaja yang sentiasa tersenyum, Iishiro. Seorang sahabat yang terkorban semasa mereka melakukan request yang di pinta oleh master.

Berry yang menarik lenganya untuk pergi, Faer yang menyuruh dan merayu padanya untuk tinggalkan Iishiro yang jelas perlukan bantuan mereka. Sungguh, bagai mana dia tegar meninggalkan sahabatnya itu? Terhimpit dibawah batu didalam sebuah gua dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja.

Peristiwa itu sentiasa menghantui dia. Teriakan dan rayuan Iishiro bagaikan satu video tragis yang tak dapat dilupakan.

"Kau pergilah Faer. Jangan ganggu aku. "

"Adrea aku.. "

SWOOSHHH!

Adrea tergamam. Faer terkedu. Dua batang panah yang diperbuat daripada bayang hampir sahaja menikam wajah Faer. Perlahan-lahan mereka memalingkan wajah ke sisi.

"Aik? Tak kena sasaran eh? Tapi aku rasa sasaran aku betul dah. "

Selamba Eldera menyoal bersama senyuman seakan perbuatanya tadi bukanlah besar. Busur yang diperbuat daripada bayang masih kekal dan mempunyai tanda-tanda mahu melepaskan lagi beberapa panah pada Faer jika lelaki itu tidak beredar.

"Kau.. "

"Baik kau berambus sebelum tiga panah ni tembus tengkorak kau. Kali ni aku tak akan tersasar. " Ugut Eldera. Masih dengan senyuman dan aura mengerikan.

Faer berdecih tetapi tetap juga beredar. Sempat dia mengerling Adrea sebelum kaki melangkah. Eldera yang perasan akan hal itu, rajin aje membuat satu lagi panah. Empat panah ditarik sekali gus.

Aim kepala dia, Eldera. Nanti mayat kita kasi Eryl bakar. Bisik hatinya.

"Mati kau hari ni binatang. "

"Eldera jangan. Nanti kau disqualified daripada War. " Halang Adrea apabila Eldera memang mempunya tanda mahu membunuh Faer.

"Fine. Tapi aci tak kalau aku tumbuk kau? " Soal Eldera tetiba membuatkan Adrea memandangnya blur.

"Asalkan aku boleh tumbuk kau balik. "

"Okey. "

"Kejap, kau memang nak tumbuk aku? " Soal Adrea bersama mata membulat apabila Eldera mengepal penumbuk.

"Kau yang kasi green line. Aku.. "

BUK!

".. Buat ajelah. "

Hilang kata-kata Adrea apabila Eldera selamat melunaskan keinginangnya. Bahu yang ditumbuk ditatap sebelum memandang Eldera kembali. Bapak sakit.

Tengok bahu, tengok Eldera. Bahu, Eldera. Bahu, Eldera. Berkali-kaki Adrea buat begitu sehinggalah tanganya melayang pada Eldera balik. Mukanya merah padam menahan geram.

"Sakit lah bavi! " Sumpah Adrea. Melihat kemarahan Adrea, Eldera menyenget bibir.

"Sakit eh? Mana lagi sakit sekarang? Hati ke bahu? "

"Dua-dua! Dan semuanya sebab kau! Eyyy, kau kalau tak sakit kan-"

Adrea terkedu apabila tubuhnya dirangkul oleh Eldera. Perlahan-lahan Adrea membalas pelukan itu walaupun kebingungan.

"Jangan biarkan orang lain sakitkan hati kau selain aku. Jangan biarkan orang lain sakitkan fizikal kau selain aku. Dan.. "

Kali ni Eldera meleraikan pelukan. Dahinya dan dahi Adrea bersatu. Adrea seakan hanyut dalam sorotan mata hijau milik sang jejaka. Bicara lelaki itu pula seakan air yang memadamkan api kemarahannya sebentar tadi.

Apa yang Faer katakan sebelum ini, lesap. Begitu juga nama Iishiro.

".. Jangan biarkan lelaki lain kacau fikiran kau selain aku. Hanya aku. Eldera Delwyn. "

Mata Adrea membulat apabila Eldera memberi tahu nama penuhnya. Selama ini lelaki itu betul-betul menyorokan nama keluarganya.

"Kenapa? "

"Hurmmm? "

"Kenapa kau kasi tahu nama keluarga kau? "

Eldera senyum kecil. Bibirnya naik mengucup dahi gadis dambaan hatinya. Penuh kasih sayang dan syahdu.

"Sebab one day kau akan jadi milik aku. Hak aku yang mutlak. Juga.." Dengan gemersik Eldera berbisik.

".. ibu kepada keturunan aku yang akan datang." Kedua belah mata Adrea juga menjadi sasaran bibir Eldera. Saat Adrea membuka mata, irinya menangkap senyuman paling manis daripada Eldera Delwyn.

"Hanya aku lelaki kau. Dan kau, gadis aku. "

Adrea senyum dan dalam masa yang sama..

Dia cair.

***

"Aik? Lama kau jumpa Adrea, El? " Soal Nicolas. Eldera pula buat muka bodoh aje. Sempat juga dia menghadiahkan riak pelik apabila Koharu sudah selamat tidur diatas peha Nicolas.

"Maju kau. "

"Apa? Ni? Weh dia yang nak tidur sini. Aku pun relakan ajelah. Kesayangan. Kau apa tahu? Bergay dengan Eryl ajelah. "

"Kalau rasa nak pendekan umur, cakap lah lagi. Aku berbesar hati melaksanakan permintaan kau. " Tangan Eldera yang memegang pisau bayang, di halang Nicolas dengan senyuman.

"Baik-baik, aku tak cakap apa dah. "

Eldera kembali duduk disisi Nicolas. Muka tak ada perasaan terpapar kemas di wajahnya itu. Nicolas mengeleng kepala sebelum melempar pandang kehadapan.

"Siapa lawan Ad? "

"Dari kerajaan Orochi. Juvin. "

"Lelaki? "

"Ya. Playboy terangung selain Eryl. "

"Shit. "

"Kenapa? "

"Tolong halang aku kalau aku mula keluarkan panah dan busur. Aku takut mamat tu mati. "

"Ha. Ha. Ha. Baik. "

Nicolas ketawa janggal dan dalam masa yang sama, agak risau jika Eldera kotakan janjinya. Apabila pandanganya jatuh kehadapan, matanya membulat apabila Juvin selamba meraih tangan Adrea lalu menciumnya.

Badan Nicolas mula berpeluh dan perlahan-lahan kepala ditoleh pada Eldera.

"Warhhhh!! Eldera apa kau nak buat ni ?! Hentikannya! " Tubuh Koharu dialihkan sekejap manakala tubuhnya sudah menghalang Eldera yang sudah siap sedia mahu melepaskan panah yang seakan bilah pedang. Bukan satu, bukan dua tapi lebih daripada lima!

"Aku cuma nak bagi amaran. Salah ke? " Soal Eldera seakan kanak-kanak yang naif. Laju Nicolas mengeleng.

"Salah lah! "

"Tapi aku target jantung dan hati dia aje. "

"NO! "









Eldera dah keluar tanduk overprotective, Eryl pulak dah kembali menggatal 😂Selalu Eryl aje en yg goda Akira? Kali ni kita terbalikan pulak. Biar dia rasa. Tapi tu ah,😂 mereng jap. Honestly, watk Eryl lebih kurang macam Jae-Ha dalm Akatsuki no Yona. Cuma Eryl parah lagi rasanya😂Tak tahu siapa? Dkt Media diatas😂#mine

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro