Chapter 55 | Rage

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Heh. Kenapa pulak aku kena berhati-hati? " Soal Ciel dengan angkuh. Dia kini berada disebuah kawasan lama. Tiada satu pun susuk tubuh manusia atau haiwan disitu.

Bebola hijau yang memaparkan sebuah imej merupakan penghubung untuk dia dan Death berbicara. Death merengus geram. Matanya tajam menikam wajah berlagak Ciel.

"Jangan nak berlagak sangat. Kau bukan kuat mana pun. Aku rasa Dazy jentik aje kau dah melayang! "

"Kau diam! Kau tu bukan sesiapa untuk nasihatkan aku! Kau tu pun lemah lah sial! "

"Kau nak mati ke tak guna?! "

"Heh. Itupun kalau aku boleh mati! "

Semakin bengang Death jadinya. Kalau ikut hati, dia tak ingin menasihatkan syaitan tak guna itu. Keangkuhanya terlalu tinggi!

"Bila kau dah nak mati, jangan datang merayu!" Terus Death menamatkan hubungan. Serentak itu juga bebola itu pecah berderai. Ciel membuat muka meluat.

"Mengesah pulak aku. Siapa aje yang berani datang pada aku? Hey! Aku tak akan mati! Tak ada orang boleh bunuh aku! Hahaha! "

Penuh bongkak Ciel bertutur lalu ketawa. Keangkuhanya semakin bertabah apabila terkenangkan bagaimana dia boleh menagkap Adrea Bellvania yang kini ditahan disebuah kawasan tersembunyi.

"Jangan berlagak sangat. Nanti ada yang datang mengigit. "

Ciel terkejut apabila seorang lelaki berambut panjang muncul diatas dahan pokok. Iris berwarna ungu itu memandang suka wajah Ciel. Selamba sahaja lelaki itu duduk di dahan sambil menggoyang kaki.

"Siapa kau? "

"Memang kena tanya soalan tu eh? Tak boleh ke tanya, mengapa aku terlalu kacak dan tersangatlah mantap? You know, like alpha male?"

"Apa? "

Lelaki itu mencebik apabila Ciel memberi riak meluat. Hek eleh, aku lagi meluat tengok kau.

"Apa-apa ajelah. Tapi macam yang aku cakap, kau tak patut berlagak. Better kau ikut cakap perempuan cantik kebabom tu!" Lelaki itu sengih gatal.

"Auch! Perempuan rambut merah memang menggoda! Ehehe. Hurmm! Seksi!! "

Ciel semakin jengkel dengan lelaki yang seakan kena sawan babi itu. Helaan nafas dilepaskan lalu jari dipetik.

Terkejut lelaki itu apabila bulatan magis muncul dibawah kakinya. Ciel pula hanya tenang bersama senyuman sinis.

"Whatever dude. "

BOOOOOM!

"Gila atau tak. Kau menjengkelkan aku. "

Ciel mengambil langkah untuk beredar. Misi dia sudah tamat dibandar itu. Sekarang dia harus ke kawasan yang lain.

SWOSSSHHH!

SWOOOSSSHHH!

Ciel melompat tinggi apabila panah-panah yang berbentuk seakan tombak menyerang! Matanya membulat disaat satu susuk tubuh lain muncul dibelakang tanpa dapat dikesan!

"Apa?! "

DUSHHHHHHH!

Dadanya ditendang kuat sehingga badan terseret menghentam pokok! Pokok itu tumbang kebelakang dek momentum hentaman yang terlalu kuat!

"Urghh! "

Ciel mengerang sakit. Tidak cukup dengan itu dia dapat merasakan sesuatu menjunam jatuh daripada langit! Lantas, badan dipusing dan batang pokok menjadi pelindung!

BRANGGGGG!

Ciel sempat mengelak sebelum tombak hitam dan dihiasi jaluran merah itu menembusi tubuhnya! Pokok yang menjadi penghalang berkecai! Apa yang membuatlan Ciel tergamam pokok itu bertukar menjadi cebisan halus berwarna kelabu manjadi debu halus!

"Siapa kau?! "

"Hahahaha! Aku dah warning duhhh. Sekarang ni kau rasalah sendiri! Wahh, boleh lah aku enjoy sikit malam ni! "

Sekali lagi Ciel dikejutkan dengan kemunculan lelaki bermata ungu. Lelaki itu seakan tidak terkesan langsung dengan seranganya! Malahan, lelaki itu selamba menjamah coklat!

"Apa? Aku makan pun salah eh? By the, tu belakang kau. "

"Huh? Arghhhhh! " Ciel mengerang sakit tak terhingga! Tombak yang sama hingap di bahagian belakang bahunya!

SLAAASHHHHHH!!!

"Arrrgghhhhhhh! " Nyaring jeritan Ciel tika itu apabila tombak itu berjaya memutuskan lenganya daripada badan! Ciel yang tadinya terbang, menjunam jatuh menyembah tanah!

BAMMMMM!!

Darah hitam mengalir keluar. Ciel bangun dengan kepayahan. Matanya mencari kelibat lengan yang terputus. Matanya membulat apabila lelaki berhoodie muncul daripada bayang. Lelaki bermata ungu pula selamba berdiri disisinya.

"Wah Eldy. Kau patut potong sayap dia sekali. At least boleh jugak aku makan.  "

"Shut up old Dragon. Here, take this."

"Seriously? Kau nak bagi aku tangan dia ni? "

"Hurmm. "

"Yeayy!!! " Kurayami bersorak riang. Tanganya laju merampas lengan Ciel itu. Eldera hanya senyap dan melangkah menghampiri Ciel yang tergamam.

"Thank you! Ohoho.. Come to papa my baby! " Hembusan berapi menghanguskan lengan Ciel. Melihat api kehitaman bersalut warna ungu, membuatkan Ciel menggigil. Dia kenal api tu. Sangat kenal.

"Puak Naga Syaitan! "

Kurayami yang mendengar, buat bodoh aje. Naga Syaitan itu menikmati lengan syaitan yang dibakar dengan penuh kekusyukkan.

"Hurmm. Ahh.. Sudah lama aku tidak menjamah daging syaitan tulen. Hurmm."

Ciel mengetap gigi penuh kemarahan. Melihat layanan Kurayami itu seakan maruahnya dipijak! Dia tak akan biarkan! Tak akan!

Perasan akan perubahan riaksi Ciel, Eldera menghela nafas panjang. Kuasa ditingkatkan sehingga kerundungnya beralun hebat. Ciel turut meningkatkan kuasa secara mendadak sehingga cahaya merah terhasil dan naik kelangit!

"HARRRGGGGGGGG!!!! "

"Heeeyyy. Nampak macam perhitungan kau betul. Dia dah marah siot. Tak nak aku tolong? " Soal Kurayami selamba. Tulang jejari milik Ciel dijadikan pencukil gigi.

"Tolong mampus. "

"Auch! Itu sangat menyakitkan! " Kurayami ketawa dengan lawaknya sendiri. Dia membelakangi Eldera dan melompat keatas pokok. Badan disandarkan pada batang pokok sambil berpeluk tubuh.

Eldera pula tidak memperdulikan sang lelaki. Matanya merah daripada biasa. Sebaris rambutnya di bahagian kiri berubah hitam. Dari jauh, Kurayami dapat melihat sepasang tanduk kecil muncul di atas kepala pemuda itu. Kurayami tersenyum kelat.

"Eryl.. Kawan kau menakutkan jika sudah bertekad. "

Masih lagi segar dalam ingatan Kurayami apa yang jadi beberapa hari yang lalu sehingga Eldera jadi sebegini. Dan perkara ini juga membutkan War Of Magic terpaksa dihentikan serta merta.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku! Eh sial! Bagi tahu aku mana bapak aku! Mana Shawn hah?!"

"Bertenang Eldera! Berhenti mengamuk boleh tak?! "

"Bapak ah,asal struggle gila nak hentikan budak ni?! "

"Alzer! "

Alter dan Alzer bergelut untuk menghalang Eldera daripada menerkam salah seorang nurse lelaki di hospital itu. Manusia yang berada disitu, diarahkan menjauh daripada Eldera yang mengamuk.

"MANA SHAWN JAHANAM!!! "

DUSHHHHHH!

Kembar yang berkerja dibawah Shawn itu tergamam apabila Edwin muncul dan menumbuk wajah Eldera. Puntianak lelaki itu merengus-rengus marah. Nurse yang berada di belakangnya diarahkan pergi.

"Puas mengamuk? Buat kecoh macam orang tak waras? Seronok lah? "

Eldera mengetap gigi sehingga menghasilkan bunyi. Matanya mencerlu tajam pada Edwin dengan penuh amarah. Mata hijaunya berubah  merah membuatkan Edwin mendengus.

"Nak tahu sangat kan? Baik! "

Belakang tengkuk Eldera ditarik kasar. Alter dan Alzer hanya mampu melihat tanpa boleh membantu.

"Lepaslah orang tua! Kau nak patah kan leher aku ke apa?! "

"Diam! "

Tengking Edwin lalu menolak tubuh Eldera jatuh dihadapan sebuah pintu. Pintu itu kemudianya ditendang kasar sehingga terbuka. Tubuh Eldera ditarik lagi.

"Tengok bapak kau baik-baik! " Arah Edwin dengan dingin.

Tika itu, dunia Eldera bagaikan berhenti berputar. Tubuhnya mengeras dihadapan sebuah katil yang menempatkan satu susuk tubuh yang kaku diatasnya.

"Apa..? "

"Puas hati? "

Terketar-ketar Eldera menghampiri. Matanya panas. Peluh menuruni wajah. Saat epidemisnya menyentuh kulit yang sejuk itu, cecair jernis menuruni pipinya. Eldera jatuh melutut bersama kepala yang tertunduk. Esakan tangisnya kedengaran dibilik itu.

"Shawn cuba lindungi Raja Katsu dan Raja Shiro ketika mereka menyiasat di sebuah gua. Salah seekor syaitan yang diburu menyerang hendap. Malahan dua raja itu tetap juga tercedera parah. "Terang Alzer yang muncul dimuka pintu. Alter pula senyap di sisi kembarnya.

"Shawn mungkin abadi. Tetapi tidak bermakna dia kebal sepenuhnya. "

Edwin diam memerhati. Dia berpeluk tubuh dihadapan katil yang menempatkan Shawn. Wayar-wayar berselirat mengelilingi lelaki itu. Bahagian matanya ditutup dengan kain putih. Degupan jantungnya perlahan begitu juga pernafasannya.

"Siapa yang buat? "

Suara garau dan membunuh itu menyentakkan Edwin dan dua kembar itu. Eldera bangkit perlahan-lahan dengan aura yang tidak pernah dilihat mereka!

BRANGGG!!

"Arghhhhh! " Jeritan para penghuni Hospital Dianthus mengenjutkan tiga susuk tubuh itu. Alter melangkah keluar daripada bilik Shawn. Matanya membulat apabila irisnya menatap permandangan diluar.

"Arghhh! Tidak!! Jangan dekat!! "

Seorang pemuda melolong bagaikan orang gila. Alter menerpa kearahnya lalu tubuh itu digoncang kuat.

"Hey, bukak mata kau! "

"Tidak! Tidak! Arghhhh! "

"Edwin! " Mendengar laungan Alter, Edwin bergegas menghampirinya. Lelaki yang berada dipangkuan Alter menjerit-jerit tanpa henti. Edwin mengetap gigi. Matanya menyala kemerahan lalu tangan naik menyentuh lengan sang lelaki.

"Arghhh!! Hentikannn!!! "

"Kenapa dengan dia?! " Kini Alzer pula yang muncul dengan riak terkejut.

"Aku tak tahu! Kuasa aku tak dapat detect apa-apa masalah atau sihir! " Edwin semakin gusar. Lelaki tadi semakin agresif apabila jari-jarinya cuba merobek dada sendiri. Kelang-kabut Alter menghalang.

"Lepaskan! Lepaskan! Arhhh! "

"Edwin buat sesuatu! "

Edwin mendiamkan diri. Gigi diketap kegeraman. Sekali lagi dia cuba mencari punca lelaki itu meraung tetapi gagal!

"Guys... " Panggilan Alzer menyentakkan Alter dan Edwin.

"Kita dalam masalah. Bukan dia seorang aje nampaknya.. "

Mata mereka bertiga terbeliak besar. Kini bukan sahaja seorang, malahan jeritan dan lolongan sakit kedengaran disepanjang koridor itu! Para doktor mahupun pesakit, semuanya dalam kesakitan!

BRANGGGG!

Sekali lagi bunyi tingkap pecah! Dan laungan serta jeritan semakin bertambah! Badan Alzer mula menggigil dengan keadaan tersebut. Semuanya kacau bilau!

"What the hell is going on?!"

Edwin tidak berkata apa. Puntianak itu bangkit lalu berlari kedalam bilik Shawn kembali.

"Eldera! "

Matanya membulat apabila tanduk syaitan muncul di atas kepala Eldera. Aura lelaki itu juga berbaza. Sangat membunuh dan menakutkan!

"El-Eldera. " Malahan Edwin sendiri berasa gentar dengan aura jejaka itu. Apabila Eldera memaling wajah, mata Edwin terbeliak lagi.

Mata Eldera lebih tajam daripada naga. Irisnya berwarna merah pekat. Manakala luarnya masih lagi putih. Bermaksud, Eldera masih mengawal kuasa Aeldera. Tapi benarkah?

"Siapa yang buat?"

Aura Eldera semakin menekan. Gigi taring lelaki itu juga semakin menajam.

Seakan ada kuasa yang menyelinap masuk kedalam badan, tubuh Edwin mengeletar. Fikiranya mula diracun dengan aksi penyeksaan dan kemusnahan! Semuanya seakan-akan memang terjadi padanya! Edwin menahan diri daripada hilang kewarasan!

"Siapa? " Kali ni Eldera melangkah menghampiri.

"Urghh... " Edwin melutut sebelah kaki. Matanya terpejam menahan kesakitan metalnya.

"Oho? Nampak macam kau tak mampu lawan Kuasa Eldera. Derr, ini sikit aje kut. "

"Huh? " Edwin terkejut apabila daya kuasa Eldera tidak lagi dirasai. Malahan dia seakan bebas? Entahlah, Edwin sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyimpulkannya.

"Fulamak Eldera, habis kau gilakan separuh penghuni hospital ni! " Edwin terkebil-kebil dengan keadaan sekeliling. Bunyi lolongan serta kesakitan terhenti serta merta. Apa jadi?

Eldera masih dalam bentuk separuh syaitan. Matanya memerhati Kurayami yang muncul tanpa diundang. Kurayami hanya selamba berhadapan dengan Eldera.

"Aku pernah cakap kan? Yang aku akan tolong kau. So aku rasa sekaranglah masanya. Jom. Aku tahu dekat mana nak cari orang yang dah cederakan bapak kau daaannnn... " Melerek suara Kurayami tika itu. Sebelah mata dikenyit nakal.

"Buah hati kau. Adrea Bellvania. "

Dan-dan Eldera memandang Kurayami. Wajahnya dingin tetapi tercalit keterujaan.

"Tunjukkan padaku. Kau tipu, nyawa kau milik aku. "

"Hehehe. Sure my lord. "

Dan disinilah mereka. Ciel satu-satunya pertunjuk untuk menjejak Adrea sekaligus mereka yang menyerang Shawn.

Dari sudut pandangan Kurayami, Eldera tak akan biarkan Ciel terlepas. Lebih teruk, nyawa syaitan itu pasti diambilnya.

"Matilah kau manusiaaaaaa!!!! "

"Huh! "

KTAAANNNGGGGGGGGG!!!

Lagaan kuku seakan besi keluli dan bilah tombak bayang berbunyi kuat dikawasan itu. Angin beralun deras dan kuat! Rekahan tanah terhasil dan bongkah-bongkah tanah naik keatas!

Pernampilan Ciel berubah sepenuhnya. Tanganya tidak lagi kudung. Rambut putihnya memanjang. Sepasang sayap hitam berbulu pelepah juga muncul.

[CIEL]

"Kau memang sialan! Hahahaha! Kau akan mati ditangan aku lah hanat! Hahahaha! "

Eldera hanya senyap tidak membalas. Ini menambahkan lagi percikan api kemarahan dalam diri Ciel.

"Kau akan terima padahnya jahanam!!!! Kau akan matii!!!! "

"Cuba lah kalau boleh.."

DUSHHHHHHH!

Lutut Eldera naik menghentam perut sang syaitan! Ciel memuntahkan darah lalu melayang menghentam pokok! Dentuman kuat terhasil dan angin sekali lagi bertiup hebat!

".. Sebab aku pun tak terniat nak bagi kau hidup. "



Setiap orng ada limit kesabaran dia. Sama macam Eldera 🐸apabila syaitan bangkit daripada tidur lenanya. Huhu.

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro