Chapter 6 | Pervert Caladium

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Nicolas dan Koharu saling berpandangan. Suasana riuh didalam Guild mereka tidak dihiraukan. Dua-dua dengan muka pelik. Serentak mereka melemparkan pandangan kepada susuk tubuh yang dah macam mayat hidup didepan mereka.

"Err... Rea, kau dah macam tak ada roh dalam badan ni. Hidup lagi ke? "

Laju Koharu mencubit pinggang Nicolas. Mengeranglah jejaka bermata emas tu. Jelingan maut dihadiahkan buat si gadis seraya mengusap pinggang yang terasa sengal.

"Sakitlah! Kau kenapa? "

"Cuba tanya elok-elok sikit. Awak ni suka tau cakap macam tu dekat Rea. " marah Koharu lalu bangkit dan duduk disebelah Adrea. Sempat Nicolas membuat mimik muka dan mengajuk Koharu.

"Rea.. " Bahu Adrea dicuit Koharu. Perlahan-lahan Adrea mengangkat kepalanya. Mata kuyu aje.

"Something wrong? "Soal Koharu lembut. Adrea yang mula dikawal emosi sedih, terus memeluk Koharu.

"Haru..!! My first kiss dah kena curi!! Huhuhu..."

"Err... "

"Ppffttt... HAHAHAHA... Malang gila nasib kau ?! HAHAHA.. "

Serta merta Adrea berhenti menangis. Serius rasa macam nak bunuh someone sekarang ni. Dengan aura gelap yang mengelilingi, satu jelingan maut dihadiahkan buat Nicolas yang dah gelak terbahak sampai jatuh atas kerusi. Pedang yang tersisip di pinggang ditarik.

"Nico.. Kau..!! "

Sedar dengan jelingan maut dan aura ngeri di sekeliling Adrea, Nicolas senyum manis. Berdesup terus dia lari keluar daripada Guild Dragon Heart. Adrea pula elok mengejarnya daripada belakang. Koharu mengeluh seraya turut mengejar dua rakanya.

"Mou.. Dahlah tinggalkan aku sorang-sorang!"

***

Eldera POV

"Le-Lela-Lelaki .. "

Perempuan tu, aku tak rasa itu first time kitorang jumpa. Macam pernah nampak. Tapi masalahnya dekat mana? Daripada tadi lagi aku fikirkan dia. Haish! Merepek ajelah! Pahal kau nak ingat dia ni Eldera?!

"Wey geng, kau okay tak ni?"

Sampukkan satu suara menyentakkan aku. Kepala ditoleh kearah Eryl yang elok makan seketul ayam panggang. Dia ni lah, aku rasa tadi baru aje dia makan ayam tu. Ni makan lagi! Haiih, aku pun tak faham mamat ni kadang-kadang. Balik-balik ayam panggang! Balik-balik ayam panggang! Apa yang sedap pun tak tahulah.

"Okay. "

"Hurmm.. "Tanpa amaran, Eryl berhenti dan berada didepan aku. Muka dia dekat gila ! Terkejut aku dibuatnya! Kalau tak berhenti tadi, ada yang makan buku lima aku ni. Eyy.. Dahlah sekarang kami dekat bandar Zynga. Nanti ada pulak yang viral tak fasal-fasal.

"Ish..! Kau kenapa? " ujarku seraya menolak jauh mukanya.

"Aku rasa kau tengah fikirkan something ni. Cuba share dengan aku? Meh sini aku jadi telinga yang setia untuk kau. Hehe.. " Ujarnya dengan gaya mintak kaki. Muka tu pervert gila!

"Tak ada apa. "

"Come on buddy. Aku kenal kau dah lama kut. Luar dalam aku tahu. Beside, kau tu bukan perempuan nak pendam bagai. Jangan gedik please?"

Jelingan maut aku hadiahkan buat si mulut puaka. Nanti kau jadi arwah jangan salahkan aku. Aku pun bukanya penyabar sangat. Yang tu kadang-kadang makan buku lima jugak si Eryl ni.

"Fine. Err.. Siapa perempuan yang kau bercium tadi? Macam pernah nampak aje. "

"Ppffffttt...!! "

Tersembur terus ayam panggang yang berada dalam mulut Eryl. Muka dia merah dan jelas bengang dengan soalan aku. What? Aku tanya aje kut..

"Kau nak bahan aku ke apa ni? "

"Bukan. Sebab perempuan tu macam pernah nampak.. "

"Kau ni ada masalah memori lost ke apa? " Yang dia nak bengang sekali kenapa?

"Aku tanya aje. "

Eryl mengeluh seraya mengelap bibirnya.

"Dia tu kan perempuan yang 'mengintai' kau mandi tempoh hari. Tak kan itu pun dah lupa?"

Jeda. Ha'ah kan? Macam mana aku boleh lupa!

"Tahan dia!! "

Teriakkan seorang wanita menyentakkan kami berdua. Terus kepala ditoleh kebelakang dan susuk tubuh seorang lelaki berlari sambil dikejar beberapa pengawal yang bertugas, menyapa mata. Aku dan Eryl saling berpandangan. Senyuman sinis terukir dibibir.

"Wanna go my prince? "

"With pleasure. "

***

Adrea POV

Aku memandang sesekeliling. Kiri, kanan, depan, belakang aku cari Nicolas. Eyy..Mana pulak mamat ni pergi? Geram betul lah! Aku dapat dia memang, nahas! Dasar member. Haiih .. Satu keluhan terbit dibibir aku. Dada yang merobak kencak dek larian, semakin tenang.

Dahlah, baik aku balik. Lari sana-sini macam orang gila pun tak guna jugak. Pelahan-lahan kaki aku diangkat untuk beredar. Tak sampai beberapa tapak, aku nampak Puyu elok bermain diatas pokok berhampiran.

"Puyu! "

"Pururu? "

Puyu memandangku sekilas sebelum melompat pada sebatang pokok yang lain. Eh dia nak pergi mana tu? Haduh.. Tadi aku kejar si Nico hanat. Ni kena kejar si tupai pulak? Nasib betul lah..

"Jadi kayulah badan aku lepasni.. "

Sudahnya aku kejar jugak si Puyu tu. Macam biasalah, lompat sana sini macam Macaca nemestrina (beruk) dekat hutan tu. Hohoho..

SREEKKK

Pokok-pokok zaman sekarang memang suka buat hanat eh? Patut makin banyak kena tebang. Kenapa time-time macam ni jugak kau nak patah?!

"Arhhhh...!!! "

GEDEBUK!!

Okay, sekali lagi aku jatuh and sekali lagi aku tak rasa apa-apa. Jangan-jangan...

Mata yang tertutup, perlahan-lahan dibuka. Membulat mata aku apabila aku betul-betul terduduk atas seorang lelaki berambut emas. Mata hijau yang memukau. Wajah yang kacak. Semuanya sama!

Lelaki seksi tu!!

Eh, asal aku rasa bibir aku basah ni?

Ah shit.

Tak semena-mena, tubuh aku ditolak kasar olehnya sehingga aku jatuh kebelakang. Mukanya yang tanpa perasaan, sungguh merah. Aku tak tahu dia marah atau malu. Sebab kalau aku bukan takat malu aje.

Rasa nak tikam diri sendiri dengan pisau tumpul aje.

"Kau ni memang pervert Caladium kan? Dulu kau cium Eryl, sekarang aku pulak?!"

Pervert Caladium? Seriously?! Dia kata aku miang keladi?!Aku yang perempuan dia boleh kata miang keladi?!

Unforgivable!

"Saya tak sengaja! Sumpah bukan niat saya nak cium awak! "

"Then apa? Meraba? "

Melompong terus aku dengan mamat ni! Eyy mulut dia ni lah! Tak sempat pun aku nak bidas apa-apa, seorang lagi lelaki muncul sambil termengah-mengah dan memegang lutut. Peluhnya dikesat sebelum kepala diangkat. Membutang mata aku dan dia.

"Kau! "Jari telunjuk dihalakan diantara satu sama lain. Lelaki berambut emas menguling matanya keatas sebelum menarik lelaki berambut hitam untuk beredar.

"Huh? Eh-eh kejap lah! "

"Tak payah layan si Pervert Caladium tu, jom cepat! Nanti peragut tu lari pulak! "

Panas betul hati aku dengan dia ni! Dahlah tak mintak maaf sebab panggil aku Miang keladi, lepastu boleh pulak mendajjal dekat kawan dia tu! Kau fikir, kau aje yang tahu nama saintifik ni? Heh! Salah pilih oranglah!

"Rhinopithecus roxellana!!!"

Jeritku padanya yang baru melangkah beberapa tapak. Aku tersengih apabila dia menoleh kebelakang dengan muka bengang. Terasa ke bro?

"Kau.. Panggil aku.. Apa? "

"Rhinopithecus roxellana. Kenapa? Kau tak tahu ke tu natang apa? Ohh.. Mari sini aku citer."

Sengaja aku mendekatkan diri denganya yang jelas bengang. Rakan sebelah dia pulak dah tutup mulut macam tahan ketawa.

"Itu namanya monyet emas. Sama macam kau! Rambut emas dengan muka dingin! "

"Kau... "

"Kau apa? Nak marah? Nak tengking? Huh, dipersilakan! Aku tak heranlah! "

Dek kerana bosan hanya melihat wajah bengangnya sahaja, terus aku melangkah pergi. Tak kuasa aku nak mintak maaf!

"Not so fast Pervert Caladium. "

Tak semena-mena kolar baju aku ditarik daripada belakang! Badan aku dipusingkan lalu bibirnya elok mendarat diatas bibir aku! Membulat mata aku apabila dia mengucup aku dihadapan halayak ramai! Kawan dia pun dah terkejut beruk kut!!

Boleh tak aku pitam sekarang?

Selang beberapa minit, dia melepaskan ciuman seraya tersenyum sinis. Tangannya masih menggenggam kolar bajuku. Mesti muka aku dah merah tahap tomato baru masak.

"This is what i want. Thanks for allowing me to return the kisses pervert girl. " Ujarnya dengan suara yang agak dalam dan seksi.

Terus aku pitam.

__________________________________________________________________________________________

Finally Eldera and Adrea kiss😂even tak romantik langsung! 😂

K fine bye2🌚🐥.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro