Chapter 66 | Meaning of my existence

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hiarghhhhh!!! "

SLASSHHHHHHHH!

Naga yang lahir daripada lava berapi, terbelah dua disaat air kegelapan yang seakan bilah pedang datang membelah. Raja Shiro yang berada diatas kepala Kurayami menumpukan kuasa elemen air kegelapan pada bilah pedangnya. Naga-naga ciptaan Eryl mati dibelah saat cuba menghampiri mereka berdua.

"ROUUUURR! "

Tanah dan seluruh alam Half world bergegar dengan dahsyat sekali apabila Eryl mengaum! Bukan itu sahaja, daya kuasa yang sangat menekan juga terasa. Kurayami yang berada dalam bentuk zirah yang dibuat oleh Shiro, mengetap gigi geram dek tubuhnya seakan ditarik kebawah!

Melihat kesusahan Kurayami, Shiro meningkatkan kuasanya. Sayap yang berada dibelakangnya juga bercahaya dan sedikit demi sedikit mula hilang seakan cebisan kaca.

Mata Kurayami membulat apabila mengetahui tindakan Shiro yang sekadar sengih tak bersalah.

"Bodoh! Yang kau tingkatkan kuasa kenapa?! Sayap kau-"

"Dah kau nampak struggle sangat, aku kasi ah sikit kuasa. Jangan risau fasal kuasa aku. Aku dah tua. Jadi tak hairan kalau sayap aku hilang sebab aku 'overworking'," potong Shiro sebelum melibas pedangnya secara mengereng dan menghepuskan naga-naga kecil.

SLASHHHHHHH!

"Besides, what's the point I'm being a father to your reborn if i can't even pull you from the darkness? "

Kurayami tersentak. Perasaan pelik mula menjentik hatinya. Perasaan aneh yang tidak pernah wujud dalam kamus hidupnya selama ini.

Shiro pula sekadar senyum dengan riaksi sang naga. Matanya dilemparkan pada Eryl yang masih tidak sedarkan diri. Pandanganya lunak pada anak yang dijaga selama ini.

"Aku dah berjanji bukan? Aku akan jaga kelahiran semula kau tak kira apa pun. Walaupun aku terpaksa hilang nyawa. Sebab kau anak aku. Bukan Raja yang zalim dan selalu membunuh seperti dulu.. "

Pertuturan Shiro berbeza daripada kebiasaan. Kurayami mula sedar, kenapa Shiro layak bergelar raja dan kenapa dia lebih disayangi oleh rakyatnya daripada raja-raja kerajaan lain.

Disebalik sikap sambil lewanya, wujud seorang bapa yang sanggup berkorban.

Disebalik kesengalannya, wujud seorang lelaki yang pintar dalam mendalami perasaan.

Dan disebalik ketegasannya, wujud seorang lelaki yang penyanyang dan peduli tentang orang lain.

Semua kebaikan dirinya dikaburi.

"Tch. " Kurayami berdecih bersama senyuman. Shiro mengangkat sebelah kening.

"Tch? Kau dah kenapa 'tch-tch'? Tak puas hati dengan aku ke apa? "

"Not really. Aku rasa kau annoying tetiba. "

"Hah?! Apa kau cakap ci- "

"Yoshh! Mari kita dapatkan diri aku Shiro!! "

Kurayami menjunam kebawah dengan kadar had laju yang tinggi! Shiro terkejut dek kerana tindakan tersebut. Sang naga ketawa dikala sang raja menyumpah saranahnya.

"Bodoh! Bangang punya cicak! Apahal tak kasi amaran sial?! "

"Hahahaha! Dengan kau bagi amaran buat apa? Tak trill arh! "

"You piece of-"

"Alright, that's enough my dear. "

"Dear my ass! Go to hell lah! "

Kurayami masih mengekek ketawa sambil mengelak serangan-serangan yang dilancarkan Eryl. Shiro mendengus tetapi sedaya-upaya bertahan diatas kepala Kurayami!

"Here we go! Shiro! "

"Shut up! Just do your work stupid dragon! Kau kalah, memang aku buat jadi makan malam! "

"Yes ma'am! "

Cahaya hitam mengelilingi Kurayami dengan terang. Eryl yang masih dalam bentuk naganya menutup mata dengan sayap yang diselimuti api kegelapan. Naga-naga ciptaanya pula berada disekeliling sebagai perisai.

"Grrr.... " Apabila sayap dikalihkan, seekor naga muncul dihadapanya dengan sebilah pedang! Mata Eryl membulat besar! Kurayami pula tersengih tak bersalah.

DUSHHHHHHHH!

DUSHHHHHHHH!

Kurayami mencengkam wajah Eryl lalu dihentamkan pada lava yang sudah mengeras! Wajah sang naga diheret menjauhi naga-naga ciptaanya! Eryl mengaum sekuat hati lalu melilitkan ekornya pada leher Kurayami!

"Heh, wrong move! " Kurayami hanya tersengih. Tangan yang memegang sebilah pedang diangkat lalu dilibas memotong ekor naga Eryl!

"ROUUUURRRRR! "

Sang naga meraung dan menjauhi Kurayami! Kukunya sempat dilibas dan meninggalkan tiga cakaran diatas dada Kurayami! Kurayami turut menjauh lalu menekup dadanya yang mula berdarah teruk! Sisik-sisik mula menutupinya. Dia mendengus-dengus kegeraman.

"Grrrr... " Eryl berbunyi garang bersama mata merahnya yang merenung tajam kearah Kurayami. Ekornya yang terputus mengelurkan lendiran darah seakan lava.

"GRRRROOOOUUURRRR! " Sekali lagi, ngaumannya menggegarkan suasana! Kurayami mendengus tak suka.

"Ha bagus lah. Binatang apa pulak kau nak buat? "

DUSHHHHHHH!

Tubuh Kurayami melayang apabila dihentam satu tamparan berapi! Tubuhnya terhempas pada gunung berapi sehingga merekah! Sang naga menggelumpur bersama tubuh yang berasap! Panas!

"Arghhh! " Kurayami mengeleng kepala dek pening. Sisik-sisik yang terbakar, berguguran dan diganti dengan yang baru. Zirah ciptaan Shiro pula hilang serta merta. Kepala diangkat. Mata ditebarkan pada Eryl yang kini berada disebalik satu raksasa yang lebih besar daripadanya.

"What the hell dude? Kau memang nak bunuh diri sendiri? Aku ni kau lah bodoh! Jangan lah susahkan aku! "

Kurayami mendengus geram. Matanya tajam menatap seekor rasaksa yang elok memegang sebilah pedang. Tubuhnya berapi. Tanduk panjang miliknya pula berada disisi kepalanya.

"Grrr... " Eryl berbunyi garang dan serta merta rasksa itu meluru kearah Kurayami! Naga sayitan itu berada dalam posisi siap sedia lalu menangkis tetakan sang rasaksa!

"Kenapa kau lah kreatif sangat cipta Noire ni? Kau ingat senang nak kalah kan dia?! "

"Grouur!"

"Ha! Bagus sangat! Kau tu tahu mengarah aje tahu tak?! "

SLASHHHHHHH!

Rasaksa yang digelar Noire menghayunkan pedangnya dengan deras! Kurayami mengelak tetapi ekornya terpotong membuatkan dia mengerang sakit! Tanah pula terbelah dua! Noire memerhati tanpa perasaan sebelum muncul dihadapan Eryl kembali!

"Ah damn! Ini yang aku benci fasal mahluk Noire ni! Kau main payback ke apa?!"

Kurayami melibas-libas ekornya yang sudah kembali. Sakit masih terasa. Tetapi matanya sempat menangkap ekor Eryl yang masih belum pulih membuatkan Kurayami tesengih.

"Itulah kau. Guna lagi kuasa sebab cipta natang tak guna tu. Kan ekor lambat nak pulih? "

"Rourrrrr! "

"Oh come on! Aku provoke sikit aje! Tak payah lah suruh servant kau ni kacau aku!! "

Kurayami mengelak serangan Noire apabila rasaksa itu kembali menyerang. Satu demi satu serangan diterima. Bukan sahaja sukar, malahan keadaanya lebih teruk apabila naga-naga api turut menyerang!

"Korang nak main kasar? Fine! "

Kurayami membuka mulutnya lalu lava disekeliling naik dan membentuk satu bebola gergasi! Kurayami menghalakan bebola itu tepat pada Noire yang cuba melibas pedangnya yang dikelilingi api kegelapan!

"Demon dragon.. "

Noire melibas deras pedangnya lalu api naik menjulang dan menuju kearah Kurayami!

SLASSHHHHH!

"ROURRR!!!!! "

Cahaya seakan laser hitam dan panas bertembung dengan api libasan Noire! pertembungan dua kuasa itu membentuk satu impak yang kuat! Tanah merekah dahsyat sehingga membentuk kawah! Cahaya terang terhasil dan mengaburi mata!

Kurayami tersengih sebelum dia dan Noire hilang daripada radar dek cahaya yang menyilau!

'Sekarang masa kau Shiro.'

Shiro yang daripada tadi bersembunyi muncul dihadapan Eryl! Mata naga itu membulat tak percaya. Shiro tersenyum lalu menyentuh lembut permukaan kristal hitam yang mengurung anaknya.

"I will save you. " cukup empat perkataan itu, dia dan Eryl turut ditelan cahaya.

***

Seorang pemuda duduk memeluk lutut. Sekelilingnya pula terdapat pelbagai paparan seakan video yang ngeri. Segala tangisan, rayuan, seksaan serta kehancuran bermain-main ditempat yang sama.

"Ja-jangan! Jangan apa-apakan anak aku!! "

"Mama! Mama! Arhhhhh! "

"To-tolonglah.. Jangan musnahkan kerajaan aku! "

"Tuanku!! Arghhhhhhhhh! "

Dia mengetap gigi lalu tangan naik mencengkam rambut. Suara-suara yang keluar daripada setiap paparan membuatkan jiwanya sakit! Sangat-sangat sakit!

"Aku tak patut hidup. Aku patut mati. Aku pemusnah. Aku kehancuran! " ayat yang sama dan perkataan yang sama. Dia hanya mengulang-ulangnya seakan hilang kewarasan.

"You already find out huh.. "

Pemuda itu terkedu apabila suara itu menyapa. Kepala diangkat keatas. Mata yang kini hilang semua keserianya, bertaut dengan mata biru laut seorang lelaki. Sang lelaki tersenyum kelat melihat perubahan wajah sang jejaka.

"Eryl-"

"Kenapa kau dekat sini? Kenapa kau datang? Apa kau nak daripada aku?!!"

Eryl bangkit lalu merentap kolar baju Shiro. Wajahnya bengis dan seakan memancarkan kemarahan. Shiro hanya senyap dengan senyumannya.

"Hilang dah panggilan ayahanda? "

"Bullshits! You're not my damn father! " Eryl menolak tubuh Shiro dengan kasar. Jarinya naik menunding. Semuanya bercampur baur dan kemarahan serta kekecewaan lebih menguasai.

"Kau dah sorokkan macam-macam daripada aku! Kau tak nampak ke? Aku ni pemusnah! Aku lebih teruk daripada apa yang tercatat dalam sejarah dunia kita! Ini.. "

Eryl mendepakan tangan pada sekelilingnya yang memaparkan pelbagai memori.

Ya, memori yang selama ini dikunci oleh Shiro Ryuzaki.

"Apa semua ni? Aku dah bunuh lebih jutaan orang. Bukan seratus atau beribu! " Tengking Eryl penuh emosi.

"Aku bunuh puak Bellvania, Puak immortal even Puak Ryuzaki! Manusia tak berdosa juga menjadi mangsa aku! Jadi apa bezanya aku dengan Aeldera?! Bagi tahu aku, apa bezakan aku dengan si sial tu?! "

Eryl menepuk bahagian dadanya yang seakan sakit. Shiro tetap juga senyap. Tangannya mengepal buku lima. Mencari kekuatan untuk berhadapan dengan kemarahan remaja dihadapanya.

"Kenapa... Kenapa kau sorokan semuanya? Kenapa kau sorokan sesuatu yang peting? Sebab kau takut aku jadi kejam? Takut aku bunuh puak kau lagi? Oh lupa... " Kini Eryl ketawa sinis. Matanya tajam menatap Shiro.

"Puak Ryuzaki dah mati puluhan tahun dulu. Semuanya.. Semuanya sebab aku kan? Sebab tu hanya kau dengan adik kembar kau aje yang hidup. Itu pun, kau sebenarnya dah mati. "

"Enough Eryl. " Tegas Shiro berkata membuatkan Eryl ketawa. Ketawa yang sangat dibuat-buat.

"What? Aku cakap benda betul kan? Aku bunuh kau... Aku bunuh bonda..."

Kini Eryl kembali merentap kolar baju Shiro. Matanya berkaca-kaca.

"Kau dengar tak? Aku dah bunuh kau dengan bonda dulu!! Jadi kenapa kau jaga aku?! Kenapa kau jaga si sial ni? Kenapa kau masih nak bagi kasih sayang pada sampah macan aku?! " Eryl beteriak bersama mata yang terpejam.

"APA MAKSUD KEWUJUDAN JAHANAM MACAM AKU SEBENARNYA! "

Tanpa amaran, Shiro menarik Eryl dalam dakapan. Mata Eryl semakin berkaca-kaca. Tanganya mengenggam belakang tubuh ayahnya.

"Bagi tahu aku... Apa tujuan aku wujud ? Kenapa aku perlu dilahirkan? Kenapa aku diberi peluang untuk hidup?"

" Tolong lah.. Semua yang kau buat.. Semuanya seakan hukuman yang paling berat...Aku tak perlukan nama Eryl. Eryl maksudnya pemimpin dan penyembuh…Tapi aku..Aku hanya kehancuran! Malapertaka!  Nama tu tak layak untuk aku! "

"Eryl Ryuzaki." Bentakan Eryl terhenti apabila Shiro memanggilnya. Lembut dan lunak.

"Kau memang sesuai dengan nama tu. "

Mata Eryl membulat. Badanya mula mengigil. Shiro semakin mengeratkan pelukanya. Kini, kekuatan yang dikumpul diberi pada Eryl.

"Kau sesuai Eryl. Kau memang sesuai. Kau tak sedar, tapi kau layak jadi pemimpin. Kau tahu macan mana nak jaga orang disekeliling kau. "

Perlahan-lahan Shiro menjarakkan dirinya bersama Eryl. Eryl pula masih kaku. Air matanya pula sudah mengalir. Shiro mengukir senyuman. 

"Penyembuh? Eryl.. " Kini bahu Eryl ditepuk.

"Kau sentiasa sembuhkan semua orang dengan cara kau tersendiri. Lawak bodoh kau, perwatakan tak matang kau, sikap miang kau, semuanya! Kau tahu nak buat orang tersenyum Eryl, dan itu salah satu penyembuh yang paling utama. Kau sembuhkan kedukaan. "

"Ta-tapi.. " Kini Shiro menutup mulut Eryl.

"Tak ada tapi Eryl. Itu hakikatnya. Dan kalau kau takut fasal apa yang kau dah buat dekat puak kita dulu, yes aku marah. Aku benci. Tapi itu semua dah berlalu. " Shiro menjarakkan tanganya daripada mulut Eryl.

"Kau bunuh aku dengan Emyriel, tapi kau ingat aku dengan bonda kau boleh mati dengan mudah? See? Sekarang aku dengan dia masih hidup kan? " Shiro menjentik dahi Eryl. Remaja itu mengaduh sakit lalu menutup dahi.

"Itu sebab aku kunci memori kau. Aku tak nak kau asyik terkenang masa lalu. Aku tak nak kau hidup dalam rasa bersalah. Apa yang kau buat, dosa kau, itu semua dah berlalu.. " Shiro memetik jari lalu satu bebola cahaya muncul dihapanya.

"Tengok ni... " Eryl hanya mengikut, lalu melihat kedalam bebola itu. Matanya membulat apabila melihat bebola itu menunjukkan suatu memori.

"Kau kalau nak mampus cakap sekarang, aku pun dah lapar ni. "

"Ohoho.. Cicak mana boleh makan manusia. Kau patut sedar diri tu sikit! "

Shiro melagakan kepalanya bersama kepala seekor naga hitam. Aura gelap mengelilingi dua susuk tubuh itu. Yang lain hanya mampu menepuk dahi dan mengeluh. Memasing sudah letih dek peperangan yang baru sahaja tamat. Tapi dua ekor tu elok bergaduh.

Kurayami yang tika itu tercedera parah, hanya ketawa. Ketawa bahagia.

"Kau.. betul-betul menghiburkan.. "

Pandangan Shiro beralih kepada Kurayami yang tertutup matanya. Badanya berpecah menjadi cahaya emas! Sisiknya yang gugur, berkumpul di tangan Shiro! Cahaya putih menerangi sehingga mereka yang berada disitu menutup mata.

"Uwek! Uwek!! "

Serta merta Shiro membuka matanya. Irisnya membulat apabila seorang bayi lelaki yang mempunyai sisik dibahu kananya berada dalam dukungan dia. Bayi itu putih dan rambutnya berwarna hitam pekat.

"Hey.. "

Shiro mendekatkan jarinya dan bayi itu terkapai-kapai ingin mengenggam. Shiro ketawa kecil apabila bayi itu menghisap jarinnya. Comel!

'Ini kelahiran baru aku, aku harap kau boleh jagakannya.. '

Satu suara menyapa membuatkan Shiro tersentak. Kepala diangkat melihat tempat Kurayami tadi. Shiro sekadar menganggukkan kepalanya. Emyriel dan para Guardian kerajaan Grandiflora mengelilingi anak itu.

"Kau yakin kau boleh besarkan dia Shiro? " soal salah seorang daripada mereka sambil berpeluk tubuh. Shiro sekadar senyum seraya bermain dengan bayi kecil itu. Jari jemarinya elok digoyangkan oleh bayi lelaki itu.

"Kalau tak cuba kita tak tahu kan? Lagi pun.. "

Emyriel yang teruja melihat bayi itu, mencucuk-cucuk pipinya dengan jari.

"Haffuu... "

"EYY! COMELNYA AWAK NI!! "

Kemudian, bebola itu pecah. Seakan masuk kedalam memorinya. Air mata Eryl mengalir lebih deras dan dia jatuh terduduk. Esak tangisnya kuat. Shiro hanya memerhati sebelum melutut. Tanganya naik mengusap rambut lebat anaknya.

"Kau anugerah Eryl. Kau datang pada aku dan Emyriel pada waktu yang tak dijangka. " Satu kucupan seorang bapa, hinggap diatas kepala Eryl. Penuh dengan kasih sayang yang tiada gantinya.

"Pemusnah atau malapertaka.. Kau tetap Eryl Ryuzaki. Anak aku dan Emyriel Ryuzaki selamanya. Walaupun aku akan mati.. "

Eryl mengangkat wajah. Dahinya bertembung dengan dahi ayahnya. Shiro tersenyum bersama mata yang tertutup.

"Kau tetap anak aku. Aku sayang kau, budak. Selamanya. "

"A-ayahanda.. "



Eryl dah balik guys!! Tapi ini baru nk start ya?😈

Kita sedih2 dulu😂, nak happy mesti kena ada kedukaan right? 😂just wait, ada banyk yg nk menyusul😈🔥

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro