Chapter 69 | Father and son

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hiarghh! "

SLASHHHHH!

Nafas Nash kencang dek terlalu lama bermain dengan pedangnya untuk menebas Drago. Mata diliarkan pada sekeliling. Drago masih lagi bebas dan bermaharajalela di bandar Aria. Nafas ditarik dan dihembus. Cuba melancarkan sistem saraf yang terasa agak tengang.

"Ah damn, terlalu lama aku tak bergerak selincah ini. Kau dah makin tua Nash. "

Nash mengutuk diri sendiri sebelum kembali menari diatas darah para Drago. Dirinya yang tenang dan lincah ketika mempersembahkan skillnya sangat menakjubkan. Tidak hairan jika dia digelar Beast di Kerajaan Dianthus. Tetapi, tidak pernah dia menyukai gelaran itu.

Lebih-lebih lagi setelah apa yang dia buat pada anaknya dan Eriana. Langkahnya terhenti. Memori silam menghambat diri. Matanya berubah redup.

"Kenapa.. Kenapa kau buat macam tu pada Eri, Brianna? " Luluh dirinya menyoal bersama tangan yang mengenggam secebis kertas.

"Sa-saya tak nak awak bersama dia! Perempuan sundal tu tak tahu kedudukan dia langsung! Dah lah anak tak saf taraf, ada hati-"

"Hentikan! Jangan hina Eriana lagi! " Suara Nash naik seoktaf didalam Guild Dragon Hearts sehingga tak ada sesiapa yang berani membuka mulut. Lelaki berambut kuning itu terduduk diatas kauter bar di situ. Tangannya naik mengurut pelipis.

"Sekarang aku faham kenapa Master marah pada aku dan yang lain-lain bila tahu kita halau Eri. Sebab kau? Kau faham tak.. Sebab kau! Sampai ajal dia sampai pun, dia tak maafkan apa yang kita buat! "

Wanita berambut merah jambu tertunduk dengan suara garang Nash yang semakin menggila. Nash cuba menenangkan dirinya. Sedaya upaya dia cuba merasionalkan akal fikiran yang mula diracuni kejahatan.

"Bersaksikan mereka disini, Brianna Delaine... Aku sebagai Guild Master yang ke-7, mengharamkan kau jejakan kaki di dalam Guild Dragon Heart selepas ini. Juga.."

Cincin yang tersarung kemas dijari manisnya dibawa keluar. Rambut kuningnya menutupi mata biru yang mula berkaca-kaca. Air keluar daripada telapak tangan membaluti cincin tersebut, lalu cincin itu mula terhakis dan hilang seakan tidak pernah wujud.

".. Aku bebaskan kau. Mulai sekarang, kau dan aku bukan lagi suami isteri. Hiduplah kau seorang diri. Sebab kau mengkhianati seluruh Guild Dragon Heart, aku tak boleh benarkan kau ambil anak kau dan, semua duit kau akan dirampas semuanya. "

Nash berpaling untuk keluar daripada Guild itu. Dia serabut. Betul-betul serabut! Kertas yang jelas menunjukkan tanda tangan Brianna yang bersetuju dengan Guild Hitam untuk menakluk kota jagaan mereka, digenggam kuat. Dan didalamnya, Guild Hitam itu harus membantu Brianna untuk mendapatkan dirinya.

Semuanya sialan! desis hatinya yang kini penuh dengan amarah.

"Nash! Nash! Tolong jangan buat macam ni! Nash!! " Teriakan Brianna tidak dihiraukan. Nash terus melangkah keluar.

"NASHHH! AKU SUMPAH! SATU HARI NANTI, ANAK KAU AKAN DATANG BUNUH KAU! KAU DENGAR TAK? ANAK KAU AKAN BUNUH KAU NASH DELAINE!!!! "

Langkah Nash terhenti seketika. Fikiranya terus melayang pada hari dimana Eriana mengaku dia mengandung.

Tanpa disangka-sangka, Nash berpaling menghadap Brianna. Sangka Brianna, Nash akan menarik kata-katanya, tetapi fikiranya meleset sama sekali.

Nash hanya tersenyum manis bersama mata yang tertutup.

Bukan sahaja Brianna yang kelu, malahan seluruh warga Guild Dragon Heart turut terkejut.

"Baguslah. Aku harap hari tu akan tiba. Aku... Aku nak jumpa anak aku. Anak aku dengan Eriana. Tak.. " Nash kembali berpaling. Kaki diangkat melangkah, senyuman masih kekal. Hanya matanya sahaja yang dibuka dan seakan kosong.

".. Dosa aku pada Eriana."

Nash melangkah keluar tanpa hala tuju, tidak lagi berpaling kebelakang. Hujan yang mula membasahi bumi tidak dihiraukan. Dia hanya berjalan dan berjalan. Sapaan mereka disekeliling tidak dihiraukan.

"Auch! "

Nash terkejut apabila dia terlanggar sesuatu. Matanya diturunkan kebawah. Hampir sahaja dia menyumpah diri sendiri apabila melihat seorang kanak-kanak lelaki bertatu ditangan mengosok dahinya.

"Ma-maaf! Adik okey ke ni? " Soal Nash resah. Kanak-kanak itu hanya mengangguk kepala tanda ya. Nafas dihela lega. Kemudian, baru dia perasan luka pada wajah dan leher kanak-kanak itu.

"Eh, kenapa adik luka ni? "

"Luka? A-ah! I-ini... " Tergagap-gagap dia ingin menjawab. Belum sempat dia ingin menghabiskan ayatnya, satu suara memekik.

"NICOLAS! BUDAK TAK GUNA, KAU NAK LARI KE HAH?! " Lelaki gempal yang mahu mencederakan Nicolas ditahan oleh Nash. Nicolas yang baru berusia dalam lingkungan 6 tahun mengigil takut.

"Dengan budak pun nak gaduh ke? " Soal Nash dingin. Lelaki bertubuh gempal meneguk liur disaat matanya berbalas pandangan dengan mata Nash.

"Berambus. Mulai sekarang, budak ni dibawah jagaan aku. "

"Tapi-"

"Kau persoalkan aku? "

Aura dingin mengelilingi Nash. Dah lah mood dia tak baik hari ni. Nice sangatlah, dah jumpa mangsa untuk lepaskan amukan. Heh.

"Ma-maaf! "

Terus lelaki gempal itu melarikan diri. Ada kala, dia terjatuh lalu bangkit untuk menyambung lariannya. Nash menghela nafas panjang lalu berpaling pada Nicolas. Kot baju labuhnya dibuka lalu diletakkan diatas kepala Nicolas. Membaluti seluruh tubuh kanak-kanak itu. Tubuh Nicolas pula didukung dibelakangnya.

"Jom. Kira balik rumah aku dulu." Lembut Nash mengajak membuatkan Nicolas mengangguk sahaja.

"Terima kasih. Nama saya Nicolas Hynets. Uncle? "

"Nash. Nash Delaine. "

Tak lama kemudian, hujan semakin lebat. Nash memandang sekeliling untuk mencari tempat berlindung. Tidak jauh daripada situ, sebuah pokok kelihatan. Nash berlari kearah itu untuk berlindung.

"Kita stop kejap. Kalau dah nampak reda sikit, kita sambung. " Ujar Nash lalu melabuhkan duduk disebelah Nicolas. Tanganya naik mengusap rambut Nicolas. Nicolas hanya tersenyum sahaja.

Srekk.. Srekk.

Serta merta Nash bangkit daripada duduknya. Kekuda dibuka untuk sebarang ancaman. Wajahnya berubah serius.

"Siapa?! "

Nicolas yang pada awalnya takut, terkaku. Dia mengecilkan penglihatan lalu berlari kearah semak yang berbunyi tandi tanpa sempat dihalang Nash.

"He-hey! "

"Ada budak perempuan! "

Nash terkebil seketika. Nicolas tidak menghiraukan Nash, lalu menggunakan tenaganya untuk mendukung seorang kanak-kanak. Sedar akan tindakan Nicolas, cepat-cepat Nash mengambil budak perempuan itu lalu diletakkan dibawah pokoknya berteduh.

"What the hell happen to her? Macam mana boleh ada dalam semak? " Bisik Nash lalu meletakkan telapak tangan pada dahi sang gadis kecil.

ZAPP!

Bagai direnjat satu elektrik, satu tubuh Nash terkaku sendiri. Bayangan satu adegan bermain di mindanya.

"Alaa Eldyyy.. Kite nak kek sikit, pleaseee...? "

"Kau dah makan kan? Blah boleh tak? "

"Kau buat apa ni? "

Seorang remaja lelaki berambut hitam, tergedik-gedik goyangkan lengan remaja berambut emas. Macam kekasih tak cukup kasih sayang aje.

"Beromance lah, Apa lagi? Kau tak tahu ke aku dengan Eldera dah declare sweet couple forever ? "

"Pffff...! "

Tersembur terus air yang diminum remaja berambut emas.

"Bapak gay! "

Terus Nash melarikan tangan daripada menyentuh kanak-kanak perempuan itu. Nafasnya kencang membuatkan Nicolas terkebil-kebil.

"Kenapa uncle?" Soalnya polos. Nash mengelengkan kepala bersama senyuman. Lama matanya menatap wajah suci kanak-kanak perempuan itu.

"Tak. Tak ada apa. Kita bawak sekali budak ni okey? "

Sejak tu, Nash yang akan jaga Nicolas dan budak perempuan tu. Bayangan masa depan ketika menyentuh dahi gadis itu turut tersemat kemas dalam ingatanya. Peristiwa itu agak luar biasa.

Dalam dunia mereka, hanya individu terpilih sahaja yang boleh melihat masa hadapan. Dan dia salah satunya. Tetapi kejadian itu berlaku sekali, untuk seseorang. Sebab 'terpilih' itu bahaya. Melihat masa hadapan bukan boleh diambil ringan. Ianya seakan sihir hitam yang diharamkan beribu tahun dahulu. Bahaya.

"Adrea Bellvania... Huh? Apa motif aku dapat lihat masa hadapan dia? "

SLASHHHHH!

Sambil dia berfikir, tanganya masih lincah menebas Drago yang menghampiri. Beberapa detik kemudian, dia tersedar sesuatu.

"Eldy? Mungkin ke... "

BAMMMMMMMM!!!

BOOOOOMMMMMMM!!

BOOOOOOOMMMMMMMM!!

Nash terpelanting jauh disaat dua kuasa mendarat tidak jauh daripadanya! Para Drago mati serta merta apabila angin seakan bilah pedang membelah sekeliling! Kepala mereka melayang dimana-mana! Tanah-tanah pula naik seakan tiang sebelum hancur seakan debu!

"Uhuk! Uhuk! " Nash terbatuk dek senak diperut kerana tubuh Drago yang melanggar tubuhnya. Matanya yang berpinar dipejam sebelum dibuka.

"Apa yang... " Lidah Nash kelu apabila melihat dua kawah sebesar gunung terhasil ditempatnya berdiri tadi. Liur diteguk sukar. Dua susuk tubuh beradu kuasa ditengah-tengah kawasan itu!

PRANGGGG!

PRANGGGG!

PRANGGGG!

"Heh, ini aje? " Eldera menyoal sinis lalu hilang daripada pandangan. Lord August hanya tersenyum lalu mengangkat pedangnya keatas!

KTANGGGG!

Ribuan tombak daripada bayang menghentam pedang Lord August! Salah satu daripada tombak itu menghiris sipi pipi sang syaitan membuatkan dia ketawa!

"Ketawalah selagi kau boleh. " Eldera muncul dihadapan Lord August sambil berpeluk tubuh. Jari dipetik lalu semua tombaknya meletus bagaikan amukan sang api! Lord August terkejut lalu hilang daripada pandangan kasar!

"Hebat! Kau berjaya calarkan aku dan buat aku terbakar sedikit. " Lord August mengangkat lenganya yang melecuh teruk. Eldera menguling mata keatas.

"Sikit buat apa? Aku nak kau terbakar habis.. Haiih.. "

"Being sadistic? "

"I'm born with it, so yeah. Thank you. "

Eldera muncul dibelakang Lord August secara mengejut! Bayang menyelimuti tanganya lalu membetuk sebilah pedang gergasi! Lord August pula hanya menjeling daripada sisi tiga bilah pedang kehitaman membentuk perisai!

"Kawalan melalui minda? Not fun at all. "

"We fight not for fun young boy. "

"Yeah. Just saying. "

PRANGGGGG!

Lompatan dibuat diatas bilah pedang Lord August lalu mendarat beberapa depa daripadanya. Wajah Eldera yang tadinya selamba, berubah serius tanpa secalit emosi.

"What? Give up already? " Provoke Lord August apabila melihat raut wajah Eldera.

"You dare to speak like this to me huh? Tch, such a filthy creature. Kau tak tahu kedudukan kau dimana. "

Lord August terkedu. Suara tu..

"Lord Aeldera... "

Eldera tidak memberikan sebarang riaksi. Sebaliknya, sekeliling dia merekah, dan mahluk berdekatanya mula mati. Burung dilangit juga ada yang gugur menyembah tanah. Lord August pula tidak mampu bergerak. Seakan ada satu tangan gergasi yang memegang tubuhnya!

"I had enough. I will slay everything that's in my way! " Eldera mencipta beribu tombak bayang dibelakangnya. Dia seakan berada didunia lain. Dunia yang hanya dipenuhi darah dan kematian.

Dia mahu lari. Tetapi tiada jalan keluar. Dirinya dikuasi dendam yang kuat sehingga tidak sedar Aeldera mula mengambil alih tubuhnya.

"Hehe.. Come on El. Sikit aje. Dan kepala dia milik kau. " Aeldera berbisik dekat. Seakan dia memeluk tubuh Eldera daripada belakang dengan senyuman kejamnya.

"Cepat... Hehehe.. "

Tangan diangkat tinggi.

"El... Dera..? "

Kaku. Segala bayangan berdarah dan Aeldera hilang serta merta. Tubuhnya mengigil. Perlahan-lahan kepalanya dipaling ke sisi. Lord August turut berpaling pada suara itu.

"Na-Nash.. "

"Kau... Eldera? "

Melihat Eldera yang seakan hilang tumpuan, membuatkan Lord August cuba menyerang! Tetapi fikiranya meleset sama sekali, tombak-tombak Eldera cuba menghujani tubuhnya! Dia mengelak sempurna untuk beberapa detik, tetapi tubuhnya tetap dihujani bilah tombak itu sehingga dia melekat diatas tanah!

"Arhhhh!! " Lord August cuba untuk bangkit, tetapi sia-sia sahaja apabila jemari bayang membelit tubuhnya.

"Aku akan...Uruskan kau nanti."

Sebaik sahaja dia menghabiskan sebaris ayat itu, terus Eldera muncul dihadapan Nash! Lelaki itu terkejut besar! Tanpa sempat dia meneruskan kata, Eldera terlebih dahulu mencengkam kolar bajunya lalu menghengpaskan tubuhnya pada bongkah tanah yang naik!

BUSHHH!

"Uhuk!" Nash memuntahkan darah apabila Eldera mencekik lehernya. Dia cuba meleraikan pegangan Eldera tetapi tiada hasil!

"Kau... Kenapa kau muncul depan aku?! "

Nash membuka matanya. Senyuman diukir walaupum jelas payah.

"Eldera.. Memang bencikan aku kan? "

"Jangan.. Jangan panggil nama aku! "

DUSHHH!

Nash mengerang sakit apabila Eldera membalingnya pada satu lagi bongkah tanah sehingga merekah! Senyuman tetap diukir walaupun mata Eldera memandangnya penuh dendam.

"Aku tahu kau anak aku. Kau hidup dan kuat. Aku bersyukur. "

"Aku bukan anak kau! Kenapa kau nak bersyukur sebab aku?! Pergi mati lah! "

Eldera menghentak tanah dengan kakinya lalu bongkah seakan duri naik disisi Nash. Nash masih begitu. Tersenyum. Tiada rasa takut.

"Kau nak bunuh aku? "

"Obviously right? "

"Then... " Nash menghampiri Eldera. Remaja itu melangkah setapak kebelakang.

"What the f- " Nash tidak mengiraukan carutan Eldera. Malahan, dia berani menghampiri lalu meletakkan telapak tanganya pada pipi sang remaja. Senyuman seoarang bapa dihadiahkan. Sangat cantik dan indah.

"Why are you crying my child? "

Kelu. Eldera terdiam sendiri. Tangannya perlahan-lahan menyentuh pipi yang terasa basah.

Apa ni? Kenapa dia rasa gembira, sedih kecewa dan benci dalam satu masa? Kenapa dia tak menolak lelaki yang dah jahanamkan hidup ibunya? Kenapa.. Kenapa perasaan ini hadir?

Mana dendam dia selama 18 tahun ni?

Melihat Eldera yang berperang dengan diri sendiri membuatkan rasa bersalah Nash bertingkat-tingkat.

"Maaf sebab hampir bunuh kau. Maaf sebab buat kau dan Eri menderita. Maaf sebab aku muncul dalam hidup kau.. A-aku tak kesah kau nak buat apa pada aku. Aku rela. Sebab semuanya berpunca daripada aku.. Aku..Mintak maaf. Tak.. Ayah mintak maaf Eldera. "

Eldera menolak tangan Nash daripada menyentuh kulitnya. Tangisanya tak dapat diseka. Segala perasaan bercampur aduk.

"Jangan gelarkan diri kau ayah kalau kau sendiri tak pernah tahu kewujudan aku! Kenapa... Kenapa sekarang baru kau nak muncul?" Soal Eldera lirih. Badan berpaling daripada Nash.

"Berambus. Aku tak nak ada kaitan dengan kau langsung. Kau.. Kau bukan sesiapa bagi aku! Ayah aku hanya Shawn Delwyn! Hanya dia! "

Nash tersenyum pahit. Badan Eldera yang menggigil daripada belakang, diperhati lama.

"Kau.. Tak maksudkan apa yang kau kata bukan?" Bisik Nash lalu mengundur. Eldera hanya diam.

"Aku tak akan maafkan kau..."Bisik Eldera. Nash ketawa kelat.

"Ya. Aku pun.. Tak akan boleh nak maafkan diri sendiri. "

"Alright, I had enough... "

BOMMMMMMMM!

Eldera dan Nash terkejut apabila letupan kuat terhasil di tempat Lord August! Disebalik asap yang terhasil, muncul Diandra yang kini berada dalam bentuk serigala ngerinya. Lord August pula tenang disisinya seakan bilah tombak Eldera tidak pernah mengena.

"Kau.. " Eldera berang. Tubuh dimajukan kehadapan. Menghalang Diandra dan Lord August melihat Nash yang masih kaku.

"Boleh tak mampus aje terus? "

"Maaflah budak. Tapi drama kau menjengkelkan. Lebih baik kita teruskan pertempuran kita. So, round two? "

Eldera mendengus. Dua tombak diseru dikedua belah sisinya. Matanya menyala terang.

"Aku dah cukup bermain. Kali ni, aku akan pastikan banjingan macam kau berdua hilang daripada dunia! "








A bit flashback about Nico and Adrea. Lama jugak Nico tak muncul. Mereput dah dia...

Nahhh.. Lantak situ😂I miss the devil Eldera😂

Maaf kalau x memuaskan sbb chap ni banyak kali gak tulis pandam😶

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro