Chapter 71 | Forget

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Ngauman amarah dua mahluk gergasi diudara, bergema diseluruh pelosok bandar Aria. Bandar yang dahulunya gah dan cantik, hancur dijilat api. Penghuni didalam bandar itu pula sudah selamat dipindahkan ke kawasan yang kini di lindungi ketat oleh Puak Beast Ryuzaki berdekatan dengan sempadan Kerajaan Grandiflora.

Hakuryu yang menjadi ketua puak itu memerhati setiap ahli puaknya melakukan tugas yang diberi. Beast bersaiz kecil kebanyaknya akan merawat manusia yang cedera. Manakala yang gergasi akan melindungi dan memantau sekeliling. Memastikan tiada ancaman di sekitar.

"Tuanku. " Panggil salah seekor Beast jenis naga. Dia menghampiri Hakuryu lalu menunduk hormat. Hakuryu sekadar membalas dengan gelengan.

"Ryuuki, hentikan usikan kau. Kau tahu aku tak suka kalau dipanggil dengan gelaran terhormat. Jangan jengkelkan aku waktu genting ni boleh?"

Naga bernama Ryuuki sekadar sengih tak bersalah. Hakuryu pula menjelingnya tajam tanda tidak bermain-main.

"Baik-baik. Aku tak usik kau dah. "

"Bagus. Okey, kau nak apa sebenarnya? "

"Mana Shiro kesayangan kau tu? Bukan kau tak boleh berenggang dengan dia? Yelah, sampai budak tu merantau kerajaan lain pun, kau sanggup duduk dalam badan dia untuk pastikan dia selamat. " Soal Ryuuki dengan nada menyindir. Hakuryu pula buat tak dengar aje dengan sindiran itu.

"Tadi, ya dia ada dengan aku. Tapi lepas tu dia mintak aku jaga puak kita dan penduduk yang lain. Kalau boleh, aku memang nak duduk dalam badan dia aje. Dia tu bukan boleh, suka sangat buat benda luar jangkaan! Aku risau tahu tak? "

Ryuuki ketawa geli hati dengan luahan hati ketuanya. Bukan tak biasa dia tengok. Banyak kali dah! Setiap kali Shiro buat hal, naga ni dulu naik risau macam esok dah tak ada. Memang puaknya sudah sedia maklum bertapa Hakuryu sayang Shiro sebagai anaknya walaupun mereka bukan daripada jenis yang sama.

"Aku tak sedap hati lah Ryuuki. Letupan tadi bukan letupan yang biasa. " Ujar Hakuryu tiba-tiba bersama kepala yang terhala pada arah Bandar Aria yang kini terselindung disebalik pokok-pokok gergasi.

"Sejujurnya, itu yang aku nak cakap. Lucas dan Lucia pun dapat rasakan aura yang tak kena di sana. Betul tak Sidero? " Soal Ryuuki pada susuk tubuh yang muncul dibahu Hakuryu.

"Ya. Aura ni berbeza daripada Puak Syaitan Ryuzaki. Aura ini seakan.. "

"Tempests? " Teka Hakuryu mendapat anggukan Sidero dan Ryuuki serentak. Satu keluhan lemah terlepas.

"Kita doakan tak ada perkara buruk yang jadi. Buat masa ni, arahkan Puak Beast bersiap sedia. Shiro dan isterinya sudah memberi amanah kepada puak kita untuk menjaga kaum manusia ini sementara mereka uruskan hal dibandar. Jadi jangan ada yang mengelat, faham? " Tegas Hakuryu memberi arahan mendapat anggukan Sidero dan Ryuuki yang tersengih.

"Baik tuanku! "

"Stop calling me that! "

***

Eryl dan Razus terbang diudara dengan sangat gah dan berkuasa. Kecederaan mereka pula sentiasa akan pulih dalam sekelip mata walaupun dengan cara yang berbeza. Mereka naga yang menguasai langit tika itu. Tiada sebarang mahluk yang berani mendekat dengan dua naga itu.

"Kurayami.. Nampaknya kau lebih bahaya daripada sebelum ini. " Untuk pertama kalinya Razus membuka mulut. Mata dan kristal merah didadanya menyala dalam masa yang sama.

"Untuk pengetahuan kau, nama aku Eryl Ryuzaki sekarang. Kurayami dah mati bertahun dulu. Yang tinggal hanya sejarah." Eryl mencerlu tajam pada Razus. Lebih kepada merenung kristal merah didada sang naga.

"Dan, boleh tak kau guna jantung sendiri aje nak hidup? Kasi balik bini aku tu! " ujar Eryl bengang bersama riak tak puas hati.

"You mean, this girl in the cristal? Not bad. She's cute. "

"The hell?! Oit! How dare you touch my baby girl without permission?! Arhhhh! I'm jealous, you dammit lizard! "

"Wow. You really a fool huh? "

Eryl dah melompong dengan riak tak percaya. Dia panggil aku fool? FOOL?!

"Grahhh! This is madness! How dare you said I'm a fool! Hanya kekasih gelap aku aje boleh kata aku macam tu! "

Terus Eryl meluru kearah Razus lalu merempuh naga itu sehingga kedua-dua mereka menjunam jatuh ketanah! Razus membulat mata tak percaya apabila Eryl semakin agresif dan ganas menyerang!

BAMM!

Razus mengaum sakit apabila badannya dihentam kuat oleh Eryl! Tidak cukup dengan itu, dirinya dibelit oleh akar-akar pokok tebal sehingga membataskan pergerakkannya!

"What the hell is this?! "

"Heh, my most beautiful power, Dark Nature! "

Eryl tersengih kejam. Kini sang naga di kelilingi oleh akar-akar beracun yang keluar daripada dalam tanah. Tanganya pula didepakan pada Razus seakan mengarahkan akar-akar itu membelitnya dengan lebih kuat!

"Arghh! Jangan harap lah aku akan kalah dengan benda macam ni! " Razus menjerit lantang lalu dirinya dikelilingi api sehingga membakar seluruh akar milik Eryl!

BRUURRNNNNN!

"Huuh... " Wasap kelabu keluar daripada mulut dan tubuh Razus. Eryl mengecilkan biji mata bersama riak benci.

"Tak guna lah biawak ni. Boleh tak mampus aje? Kesian Akira tunggu aku! " Gumam Eryl sebelum membuka langkah seterusnya. Matanya tajam memerhati figura Razus yang sudah sedia mahu melancarkan serangan!

DUSHHHHH!

Eryl menahan kemas libasan ekor Razus sehingga naga itu merengus bengang. Tidak berhenti disitu, sepakan berapi dilayangkan pula membuatkan Eryl terpaksa bertahan dengan kuasa ais kegelapan!

"Kalau kau naga, gunakan api kau lah tak guna! "

"Eh bongok, kau ingat semua naga jenis api ke hah?! "

DUSHHHHH!

Eryl mencengkam leher Razus lalu menghentamkannya pada tanah! Razus menggelumpur sebelum menghayunkan tendangan pada dada Eryl sehingga naga itu terseret beberapa meter kebelakang.

Eryl berdecih geram. Sang naga mengaum kuat sehingga kilat-kilat dilangit menyambar tanah! Razus yang baru sahaja hendak bangkit, terkejut apabila tubuhnya menerima voltan yang sangat tinggi!

"Arghhhhhh! "

"Hahaha! Yeah! Feel that madness, you piece of shit!"

BAMMMMMM!

BAMMMMMM!

Razus cuba bangkit dan mengelak semua kilat yang semakin menggila! Eryl tidak langsung bermain kali ini. Naga itu betul-betul mahukan nyawanya! Kuasa Eryl sudah meningkat secara mendadak!

Dek kerana tidak dapat menafikan lagi fakta itu, Razus mengetap gigi kegeraman. Akal diperah untuk mengatur strategi tetapi menemui jalan buntu.

"This is ridiculous! Tak mungkin aku akan kalah dengan naga seperti dia!"

"Kau kena terima hakikat Razus. Aku lebih berkuasa daripada kau! " Kini tangan Eryl membentuk panah daripada ais! Matanya bercahaya terang dan busur yang unik terhasil!

"Mahluk berhati busuk seperti kau patut tunduk dan mati aje ditangan aku!! "

"Jangan belagak! ROURRR!! "

Razus membuka mulutnya lalu semburan berapi yang maha dahsyat meluru pada Eryl yang masih tenang dengan busurnya! Sang naga tersenyum dan disaat seburan api itu hampir menyentuhnya, panah dilepas!

"Just sleep in the ice of despair! "

ZRAAASSSSSSSSSS!

Mata Razus terbelalak apabila api miliknya ditelan ais kegelapan! Panah milik Eryl pula tidak terjejas dan terus membelah semburan apinya!

Razus mula gelabah! Sang naga mengelak disaat akhir bersama mata yang terpejam! Apabila mata dibuka kembali, terkejut bukan kepalang! Bongkah ais kegelapan terbentang di hadapan mata seakan sebuah pokok yang meliputi seluruh bandar Aria! Tubuhnya mengigil melihat pokok itu.

"Ta-tak mungkin! "

BAMMM!

Razus semakin terkejut apabila akar pokok ais itu keluar daripada tanah dan memisahkan dirinya dan Eryl. Dia bingung serta terselit keresahan. Banyak perkara yang difikirkannya. Pokok itu bukan pokok sebarangan.

"Despair Tree...Pokok yang menyimpan roh yang tidak tenang. Apa yang kau nak lakukan?! "

Eryl tidak pantas menjawab. Sebaliknya dia bercahaya lalu berada dalam bentuk separuh naganya.

Razus merenung tajam pada Eryl yang hanya beriak serius itu. Tangan Eryl pula naik menyentuh permukaan pokok ais yang diciptanya.

"Orang yang memuja kau dah langgar peraturan alam roh dan nyata. Mereka satukan roh kau yang dah mati bersama nyawa manusia. Jadi ini satu-satunya jalan untuk aku asingkan nyawa kau dan gadis aku tanpa perlu aku korbankan diri dia. " Terang Eryl sebelum tersenyum .

"Sudah tentu ini bukan mudah. Jadi aku uruskan kau nanti. Buat masa ni..."Eryl berpaling ke belakang. Razus turut berpaling kearah yang di lihat oleh Eryl.

Saat itu, tubuh Razus mengigil tanpa henti. Figura yang muncul disebalik kegelapan itu menggugat keberanianya. Kuasa si dia meluak-luak bagaikan sudah lama terpendam. Auranya membunuh semua mahluk yang berada berdekatan.

Eryl berpeluk tubuh bersama senyuman kelat. Matanya tidak lepas daripada figura yang semakin menghampiri.

"Hey, sahabat. Maaf sebab aku lambat. Nampak macam kau dah sedia nak hukum aku kan? " Soal Eryl dengan tawa yang jelas tawarnya.

"Bunuh... Manusia... Semuanya..Bunuh… " Figura itu mengumam sesuatu yang hanya dapat didengari sipi-sipi sahaja. Eryl mengeluh lalu tangan naik mengaru kepala.

"Haiih... Dulu waktu kau hilang akal, aku still boleh handle. Ni aku dah makin kuat, kau pun makin kuat gilanya ya? Tambah lagi, kau siap ada zirah sekali ni. Habis lah buku lima aku bila nak menumbuk kau. "

Figura itu tidak membalas. Matanya naik menikam pada Eryl yang masih tenang ditempatnya.

"Naga... Syaitan."

"Itu aje aku dimata kau sekarang? Seekor Naga Syaitan? Jeez, ianya menyakitkan tahu? " Kini Eryl melunakkan pandanganya.

"Kau.. Tak ingat aku Eldera? " Soal Eryl yang jelas perit.

Eldera yang hilang segala pancaindera seorang manusia, mula merengus seakan marah. Matanya bercahaya terang seakan mahu membunuh mangsa didepannya.

"Mati.. Mati... MATI!!! " Eldera meluru kearah Eryl sehingga mereka berdua merempuh kedalam hutan belantara! Eryl berdecit sakit dikala pergelangan tanganya mula merekah dek sentuhan Eldera!

DUSHHHHHHHH!

Tubuh Eldera terseret jauh daripada Eryl apabila sang remaja menedang dadanya! Matanya menyala-nyala marah kerana tindakan Eryl! Sang remaja pula merengus kasar. Tanganya yang merekah kini kembali pulih apabila sisik naganya mula menjalankan tugas.

"Aku bunuh kau.…Naga syaitan… "

Eryl tersenyum sinis. Badan ditegakkan. Sebelah tanganya pula naik keatas. Jari-jemarinya, digerakkan seakan mencabar.

"Aku dah boleh agak ianya kau bila letupan dahsyat tu berlaku. Jadi sekarang kau nak bunuh aku kan? Jadi datang pada aku Eldera!! "

"DIAMLAH!!! " Suara garau Eldera bergema diseluruh pelosok hutan! Auranya meletus sehingga seluruh kawasan berubah kelabu dan perlahan-lahan menjadi debu! Kakinya menghentak tanah sehingga menolak tubuhnya meluru kearah Eryl!

"Come to me you stupid demon!! "

"Rarrhhhhh!! "

Penumbuk Eryl dan Eldera bertembung sehingga kawah yang merekah terhasil! Angin bertiup kencang dan menolak semua menjauh daripada kedudukan mereka!

Mata Eldera dan Eryl bertaut. Masing-masing mula menunjukkan taring dan aura bunuh.

"Get killed or being the killer! I won't lose to you! " serentak mereka bersuara sebelum meneruskan pertempuaran!

DUSHHHHHH!

BOOOOOMMMM!

Dalam masa yang sama, Shiro serta isterinya permaisuri Emyriel berdiri dikawasan letupan yang dahsyat itu. Mata mereka menangkap dua figura yang kini berdiri disebelah mayat seseorang.

"Abang.. " Emyriel memanggil Shiro dengan riak risau. Shiro tersenyum tenang lalu mengenggam tangan isterinya seakan berkata semuanya akan baik.

"Mari. "

Emyriel hanya mengikut apabila Shiro menarik lenganya untuk menghampiri dua figura itu. Apabila mereka sampai, Emyriel menekup mulutnya. Shiro pula membutang mata seakan tidak percaya.

"S-Shawn.. Dia ni. " Shawn yang sudah sedar daripada koma sebelum Shiro, mengeluh kesal. Disisinya pula ialah Alter yang menyatukan kedua-dua telapak tanganya bersama. Seakan memberi penghormatan terakhir buat mayat di hadapan mereka sekarang.

Walaupun tubuh Shawn masih belum pulih sepenuhnya, dia cuba menunjukkan yang dia baik-baiknya sahaja.

"Semuanya dah terlambat... " Shawn membuka mulut setelah lama berdiam diri. Matanya jelas menunjukkan kekesalan. Shiro pula mengetap gigi.

"Mayat ni... Ianya ayah kandung Eldera.. Kan?"

Tidak perlu dijawab. Kebisuan Shawn dan tekanan kuasa yang dirasainya sudah memberi penjelasan terlebih dahulu.

"Dan paling teruk.. " Kini mata Shawn jatuh pada kawasan yang dikelilingi awan gelap diatasnya. Jelas daripada situ, ada api kegelapan yang marak membakar seakan amukan kemarahan bertembung dengan bayang gelap yang seakan rasaksa.

"Separuh daripada kuasa Aeldera sudah terlepas. Jika kita tak hentikanya.. Mungkin Eldera tak akan tahu lagi tentang kemanusiaan.  "

Finally! I can make Eldera and Eryl try to kill each other!! Hahaha😂🔥next chap akn ceritakan apa yg jadi sebelum Eldera 'menggila'.

Jumpa minggu depan! 😂

Enjoy ❤️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro