Chapter 81 | Heira

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Di sebuah perkuburan, seorang wanita duduk dihadapan salah satu kubur yang banyak dihiasi kalung bunga. Di sisinya pula, berdiri sang anak yang hanya berwajah sayu.

"Maaf sebab tak ada masa ayah dikebumikan." Bisik si anak dengan senyuman kelat. Tanganya naik mengusap batu peringatan ayahnya.

R.I.P

NASH DELAINE

"Aku..Aku cuma tak sedia nak mohon maaf sebab dah.." Dia tak boleh menghabiskan ayatnya. Lebih-lebih lagi apabila ibunya di sisi. Satu keluhan terbit dari bibirnya.

"Bila tiba masanya, aku akan datang balik dan mohon maaf pada ayah. Cuma buat masa ni, aku perlukan masa lagi. Susah nak buang dendam dalam hati walaupun aku rasa terkilan atas perbuatan sendiri." Kali ni dia tersenyum kelat.

"Terukan anak ayah yang ni? "

Tiba-tiba hujung bajunya ditarik sang ibu. Kepala ditundukan untuk menatap wajah suci itu. Dia memberi senyuman tawar sebelum melabuhkan ciuman pada dahi wanita tersebut.

"Eldera tahu ibu benci ayah, tapi dia dah pergi sekarang. Eldera harap ibu maafkan dia. Ibu tak boleh berdendam.. Eldera tak nak ibu jadi macam anak ibu yang satu ni. Lagi pun.." kali ni Eldera melutut di sisi ibunya. Perut ibunya diusap lembut.

"Eldera tak nak budak ni jadi macam abang dia."

Puan Eriana tersenyum halus dengan perbuatan Eldera. Kepala dianggukan lalu melabuhkannya di bahu sang anak. Eldera pula sekadar membiarkan. Pinggang si ibu di peluk kemas. Sekali lagi, satu ciuman dihadiahkan pada dahi wanita itu.

"Mari pergi."

***

"Hey, Eryl. Kau ada nampak Eldera?" Soal gadis berambut ungu dengan wajah risau. Eryl yang elok mengunyah ayam panggangnya menoleh ke sisi. Pipinya kembung sebelah sebelum kembali seperti sedia kala apabila ayam tersebut ditelan.

"Entah. Katanya nak lawat someone. Tapi tak tahu lah pulak siapa."

"Mungkin master guild aku.." Bisik Adrea pada diri sendiri. Dia sudah sedia maklum akan kematian ketua guildnya. Tapi malangnya dia tak dapat hadir ke hari pengebumianya atas dasar dia masih lagi dirawat. Jadi, dia hanya mengetahui situasi ketika pengebumian Masternya melalui Nico..

Cakap fasal Nicolas..

"Adrea!"

"Nico!"

Adrea tersenyum gembira apabila melihat rakan baiknya. Sejak kejadian lepas, Nicolas dan Koharu banyak membantu penduduk di kerajaan Asoka. Ini kali kedua Adrea bertemu Nicolas selepas dia melawat di wad beberapa hari yang lalu.

"Kau betul ke dah okey nak buat request ni?" Soal remaja lelaki berambut hitam.Adrea tersengih lalu menumbuk pelahan bahunya.

"Relax lah brader. Bukan selalu buat request time baru nak recover. Hehe."

"Jeez, aku tahu lah kau dah makin kuat. Tapi tak bermakna kau kebal, bebal." Nicolas menjentik dahi Adrea membuatkan gadis itu terjerit kecil. Remaja lelaki itu pula ketawa geli hati. Sejujurnya, dia agak terkejut juga semasa melawat Adrea di wad dulu. Penampilan gadis itu jauh lebih matang. Cuma tulah. Perangai gangster still melekat.

"Koharu mana?" Soal Adrea apabila sedar rakan perempuanya tidak kelihatan.

"Ah, dia jagakan Akira sekarang. Banyak benda terlepas lah katakan. And the heck man? Akira perempuan?" Kini sayu mata Nicolas memandang Adrea.

"Sampai hati tak kasi tahu aku."

"Eh, pak cik! Aku sendiri pun tak tahu! Tu, yang sedap makan ayam panggang tu, tahu dulu tapi tak kasi tahu. "

Kini mata mereka tertumpu pada Eryl yang masih elok mengunyah ayamnya. Entah berapa plastik dah dihabiskan oleh Eryl. Yang pasti seekor ayam dah lesap dalam perut dia.

"Apa?" Soal Eryl dengan muka tak bersalah. Satu plastik ayam panggang diambil lagi. Gila ayam panggang sungguh.

"Haiih..Lupakan. Okey lah, aku pun bukan boleh lama ni. Nanti dah balik, roger aku. Kau tu, jaga diri sikit. "pesan Nicolas dengan nada tegas. Adrea tersengih lalu mengangguk faham.

"Ai! Ai! Captain!"

***

"So, semua dah ada?" Soal Ayrez tanpa perasaan. Aura disekelilingnya juga gelap dan mendung. Seperti tuan punya badan tak ada semangat mahu melaksanakan tugasnya.

"Err, dah. Kau ni Ayrez kan?" Adrea membalas dengan teragak-agak. Eldera yang muncul beberapa minit lepas hanya senyap disamping Eryl. Ayrez mengeluh lalu mengangguk lemah.

"Ya aku. Ayrez Hernandez yang terpaksa buat kerja dengan hati yang tak ikhlas. Selamat berkenalan."

"Tak ikhlas?" Soal Eryl dengan muka blur. Laju Ayrez memandanganya dengan pandangan membunuh.

"Kau diam budak naga. Aku tak nak dengar suara kau langsung sepanjang perjalanan ke Yggdrasil. Sebab kau aku dah rugi banyak. Gehh!!"

Eryl meneguk liur lalu menarik hujung baju Eldera. Faham dengan tarikan itu, Eldera merendahkan tubuh untuk menyamai tinggi Eryl. Budak lelaki itu berbisik sesuatu dan Eldera hanya mengangguk tanpa emosi.

"Dia tanya kenapa?" Soal Eldera datar.

"Kau tanya kenapa?" Kali ni Ayrez tersenyum ngeri. Aura gelapnya semakin kuat menyerlah. Urat bengang pula muncul di dahinya membuatkan Eryl menyorok di belakang kaki Eldera dengan badan yang mengigil.

"Budak tak guna. Kau dengar sini baik-baik. Immortal Ghost seperti aku terkenal kerana satu-satunya immortal yang boleh ke dunia dan dimensi ikut suka hati tanpa perlukan alatan atau sihir kerana tubuh kami yang istimewa seperti hantu, yang boleh tembus apa sahaja. " Kini Ayrez berjalan setapak menghampiri Eryl.

"Aku tak tanya pun." Bisik Eryl pada diri sendiri. Tak berani nak kata kuat-kuat.

"Sebab tu kami ditugaskan untuk mengumpul maklumat dan tidak terikat dengan mana-mana peraturan dunia. Kerja kami simple, ikut aje arahan orang yang upah kami! Kami bebas berkeliaran! Baik atau jahat, itu bukan masalah Immortal Ghost. Asalkan kami dapat upah, kami akan buat. Dan kau!" Jari telunjuk Ayrez tepat terhala pada Eryl. Eldera cepat-cepat berdiri disebelah Adrea membuatkan budak lelaki itu tercengang.

"Eldera! Keh! Kau! Pembelot!"

Eldera buat tak tahu. Tanganya elok memeluk Adrea daripada belakang sambil dagu direhatkan diatas kepala si gadis. Adrea pula tidak menghalang. Sekadar membiarkan. Matanya kembali pada Ayrez yang jelas semakin mengerikan.

"Sebab kau aku kena berkerja tanpa sebarang upah! Duit? Aku tak peduli! Bayaran aku bukan bernilai wang! And heck, aku still tak dapat apa-apa?! Upah aku cuma kena bagi aku barang antik aje dan tetap ayahanda kau tak boleh kasi?! "

Kali ni Ayrez mengenggam erat bahu Eryl yang sudah berpeluh teruk. Tubuh budak lelaki itu pula digoncang kuat dengan tangisan air mata palsu..

Erm tak, Ayrez memang menangis.

"AYAHANDA KAU SIAP UGUT AKU TAHU TAK?! KALAU AKU TAK BAWAK KAU KE YGGDRASIL, DIA AKAN BURU BINI AKU UNTUK BUAT SUP?! AKU KENAL AYAHANDA KAU LAH SIAL! DIA RAJA PALING GILA PERNAH AKU JUMPA! KAU TAHU TAK DIA SANGGUP CARI AKU DEKAT DUNIA LAIN GUNA SIHIR HITAM PUAK KAU?! ARHHH! UNBELIEVABLE! GUARHHHHH!"

Eryl dah mula pening apabila semakin laju Ayrez menggoncang. Apabila tautan dilepaskan, Eryl mengelengkan kepalanya untuk menyahkan pening. Setelah yakin dunianya tidak lagi berputar, matanya jatuh pada Ayrez. Wajahnya memucat serta merta manakala Ayrez sudah mengeluarkan sebilah pedang merah miliknya. Air matanya tetap mengalir.

"I'LL KILL YOU! RIGHT HERE RIGHT NOW!GUARRHHHHHH! MATI!!!"

"GYARHHH!!"

Eryl mula menjerit ketakutan apabila Ayrez mengejarnya bersama aura membunuh. Adrea menekup muka dengan sebelah tangan manakala Eldera hanya mampu melihat dengan sengihan.

"That's fun. Aku akan ingat benda ni sanpai mati. Hehe."

"Kau..Tak kesian ke dekat Eryl?" Soal Adrea blur. Senyuman Eldera mati. Dia memandang Adrea dengan raut wajah tak bersalah.

"Kalau orang lain aku kesian lah. Tapi ni Eryl kut."

Lama Adrea memandang Eldera.

"Sifat sadistik kau terhadap Eryl memang dah naik level."

"Thanks."

Tidak lama kemudian, seekor naga merah mendarat di hadapan mereka semua. Rambut Adrea dan Eldera beralun kuat begitu juga Ayrez yang hampir menikam Eryl. Naga merah itu kemudian memandang tajam pada pedang merah milik Ayrez. Wajah Ayrez memucat. Cepat-cepat dia sorok pedangnya di belakang badan.

"Ingat saya tak nampak? Pedang tu kenapa hala dekat budak? Jangan nak membuli boleh tak? Dah besar kan?" Tegur Red mengundang air mata Ayrez untuk mengalir lagi deras.

"Sob..Tapi..Dia...Sob..Dia..Punya fasal..Sob..Aku..Sob..Tak dapat barang..Sob..Aku..Sob.."

"Oh dear. Ayrez! Umur awak dah enam ratus lebih kan? Tak akan dengan budak-"

"Sob..Dia bukan budak. Dia sob.. Kurayami reborn..Sob..So umur dia hampir..Sob sebaya kita..Sob.."

"Ayrez Hernandez." Red memanggil dengan nada amaran. Seakan menyuruh Ayrez melupakan apa sahaja yang bermain difikiranya.

'Wha..Naga merah ni dah macam mak dia pulak.' Kutuk tiga ketul itu didalam fikiran serentak.

"Fine. Sob."

"Dear, come here."

Seakan anak mithali, Ayrez menyimpan pedanganya lalu menghampiri Red. Wajahnya disembamkan pada kaki naga merah itu. Tangan pula elok memeluknya . Red mengeleng kepala dengan telatah tak matang Ayrez.

"Sorry about him. Dia masih tak boleh terima hakikat dia terpaksa berkerja secara percuma kali ni. Susah sikit hati nak ikhlas bila dah selalu sangat makan upah." Terang Red berselit sindiran.

"Sob..Sob..Shut up.. Sob.. Stupid.. Sob.. Jerk.. Sob.. Cruel..Sob.. Dumbass...Hati hitam…Cicak dada kempis..Sob…Macam cardboard..Sob..Sob.."

"See? Wait, awak cakap apa tadi?!"

Adrea hanya mampu ketawa kekok. Eryl pula elok mengenggam hujung bajunya. Wajahnya turut mencuka. Tak puas hati kerana hampir dibunuh oleh lelaki bermata merah jambu itu.

"Aku yang patut nangis. Tapi dia pulak melebih. Dasar jantan hilang otak." Kutuk Eryl.

"Kau nak mati budak?"

Cepat-cepat Eryl memeluk pinggang Adrea dek takut dengan pandangan membunuh Ayrez. Dia terpaksa berjengket sikit kerana ketingganya yang agak rendah. Tajam mata Eldera menatap Eryl.

'Aci tak kalau aku tolak dia waktu terbang nanti? Kalau jatuh dalam gunung pun elok jugak ni.'

Red hanya mampu mengeluh panjang lalu menarik Ayrez daripada kakinya. Rengekan sang lelaki tidak dihiraukan. Ekor merahnya diletakkan dihadapan tiga figura itu.

"Mari kita bertolak sekarang. Naik badan saya."

Mereka akur. Kini, ketiga-tiga mereka elok berada diatas badan Red Flame. Sang naga tersenyum manis lalu meletakkan Ayrez diatas kepalanya. Laju si lelaki memeluk tanduk tajamnya.

"Sob..I hate Shiro..Sob..I hate his clan..Sob..I hate Immortal..Sob..I hate everything..Sob..Sob…"

"Oh dear." Red tidak mampu berkata apa lagi. Sudahnya dia hanya membiarkan Ayrez merengek seorang diri. Malas nak layan.

"Sob..Barang antik..Sob..Barang antik..Sob..Barang antik..Sob.."

Eldera, Eryl dan Adrea hanya mampu memandang Ayrez dengan riak simpati. Taksub betul lelaki itu dengan barangan antik.

Red mengibarkan sayapnya lalu memecut laju membelah langit.

***

"Boleh tak awak stop menangis sayang? Tolong ceritakan apa yang mereka patut buat dan tak patut disana. Awak nak ke kerja kita lagi rumit hurmm?" Soal Red apabila Ayrez masih lagi menangis.

"Tapi..Sob..Tapi.."

"Fine. Kalau awak tak nak, jangan tanya kenapa saya cari suami lain! "

Eryl yang duduk di sebelah kanan Adrea, terkejut apabila Ayrez tetiba muncul di sisinya dengan riak serius. Perwatakan budak lima tahun tadi, terus lesap dan diganti dengan lelaki matang. Red tersenyum geli hati sebelum memfokuskan kembali pada penerbanganya. Settled.

"Ehem. Sila lupakan apa yang kau semua nampak tadi. Tapi untuk kau.." Kini jarinya jatuh pada Eryl.

"Tetap tak boleh kata apa-apa. I hate you."

"What-"

"Okey aku akan terangkan benda ni sekali aje. Jadi dengar baik-baik. Dan kau.." Eryl makin bengang apabila jari Ayrez asyik terhala padanya.

"Tak dengar elok-elok pun tak apa. Sebab aku tak kesah kalau kau kena tangkap dengan puak Yggdrasil. Diorang buat apa dekat kau, aku tak peduli."

"The-"

"Okey first, aku tak nak korang guna kuasa. Sebab? Puak Yggdrasil boleh tahu terus korang ada darah syaitan dan itu bukan pertanda yang baik. Jadi aku nak korang hati-hati. Tak kira lah apa situasi, jangan sesekali guna, faham?" Soal Ayre tegas.

"Kalau diorang serang macam mana?" Soal Eryl. Tidak peduli dengan pandangan membunuh Ayrez. Lelaki itu memalingkan wajah ke arah lain dan tidak langsung menjawab soalan Eryl. Bengang budak tu jadinya.

"You little.."

Perasan akan suasana tegang itu, cepat-cepat Adrea mengulang soalan Eryl. Kini Ayrez memandangnya lalu menjawab sopan.

"Jangan risau, aku akan pastikan Red jaga kau berdua. Selagi kau berada dibawah jagaan kami, diorang tak boleh buat apa."

"Berdua?" Soal Eldera dengan kerutan didahi. Blur aje Ayrez memandangnya.

"Budak naga tu pandailah jaga diri. Tak kuasa aku nak jaga dia."

"Hey!"

Ayrez mengabaikan Eryl. Kalau di ikutkan hati, nak aje Eryl gigit mamat tu. Tapi bila difikirkan hanya lelaki itu yang boleh membantunya, dia sabarkan aje hati.

"Sebelum tu." Kini Ayrez mengeluarkan sesuatu dari poketnya. Tiga pill aneh dibawa keluar lalu diserahkan kepada mereka bertiga.

"Makan benda ni."

"Untuk?" Soal Adrea. Ayrez tersenyum lalu mengusap kepala gadis itu.

"Berjaga-jaga. Lebih elok kalau korang jadi seperti 'aku.' Memang aku boleh bawak korang sebagai manusia aje, tapi aku still tak berapa jamin penerimaan puak tu. Diorang sukar dijangka."

Ketiga mereka mengangguk faham lalu mengambil pill tersebut tanpa banyak bunyi. Hanya Eryl yang berkerut dahi memandang pillnya.

"Kenapa aku tak sedap hati dengan pill aku?" Soal Eryl. Kini Ayrez merenungnya lama.

"Sebab kemungkinan kau punya ialah racun tinggi." Selamba Ayrez menjawab dengan senyuman sebelum memalingkan wajah kearah lain. Bertambah bengang Eryl jadinya.

"Lahanat sungguh." Bisiknya geram.

"Ayrez Hernandez." Red menegur apabila lelakinya tidak habis-habis membuli Eryl.

"Jangan risau sayang. Pill tu tak buat dia mati pun." Balas Ayrez lalu mengusap badan naga itu.

"Just terseksa sikit macam nak mati."

Eryl dah pucat. Pill ditangan ditatap lama. Kejam betul hantu ni.

Hantu punya hantu.

"Ayrez!"

"Gehh, fine. Fine. Nah, ni yang real." Terus pill ditangan Eryl ditukar dengan pill yang lain. Matanya terjegil memandang Ayrez yang beriak tak bersalah.

"Kau..Kau memang nak bunuh aku huh?"

"Kalau tadi ya. Sekarang pun ya. Dan masa akan datang pun ya. Jadi ya." Kini Ayrez bangun lalu terapung seakan hantu.

"Tapi Red tak kasi jadi nope. Haiih..Rugi betul."

"…"

Eryl tak tahu nak kata apa lagi dah. Sudahnya dia memandang Eldera dan Adrea. Kini, tiga sahabat itu saling berpandangan lalu mengangguk serentak. Pill digenggam sebelum dimasukkan kedalam mulut! Mata mereka membulat disaat pill tersebut meluncur masuk ke dalam sistem mereka!

"Arhhhhh!"

Ayrez tersenyum puas melihat mereka menggelumpur seketika sebelum pengsan tak sedarkan diri.Dia terbang ke atas kepala Red lalu duduk disitu. Red memperlahankan kelajuanya apabila Ayrez mendepakan tanganya kehadapan.

"Open, gate of Holy Kingdom, Yggdrasil!"

Bulatan sihir gergasi yang seakan pintu muncul dihadapan mereka! Tika itu, Red terus meningkatkan kelajuannya lalu menembusi bulatan sihir tersebut dan cahaya menerangi pandangan mereka berdua!

***

"Urghh.." Adrea mengerang sakit lalu memegang kepalanya yang berdenyut. Entah apa pill yang diberi, tetiba sahaja satu badan terasa sengal dan sakit! Huh!

"Kalau aku dapat hantu tu, tahu aku kerjakan. Damn. Kepala aku.."

"Oh? Dah sedar princess?"

"Huh?"

Terua segar mata Adrea apabila Ayrez terapung disisinya. Cepat-cepat gadis itu bangun daripada pembaringan dan menatap tajam wajah Ayrez yang tersengih tak bersalah.

"You little piece of shit! Pill apa yang kau bagi tadi?!"

"Ehh. Aku tak kasi tahu ke tu pill hantu?" Ayrez menyoal sambil kepala disengetkan ke kanan. Tangan pula elok bersilang di dada.

"Damn. Patut aku rasa macam lupa something. Ah tak apalah. Korang dah makan pun. Lek-lek sudah."

Adrea rasa nak cekik aje Ayrez tika itu. Apa lek-lek? Kalau betul dia mati, tak ke haru? Tak guna punya hantu. Nak mati kali kedua gamaknya.

"Anyway, jom. Kau yang terakhir bangun."

"Huh? Nak kemana? Eldera dengan Eryl?" Soal Adrea apabila perasan dua sahabatnya tiada. Ayrez membuat muka bosan lalu menarik sang gadis sehingga gadis itu terbangun sendiri.

"He-Wow!"

Mata Adrea membulat besar disaat kakinya tidak mencecah tanah. Mulutnya melompong tak percaya. Ayrez sekadar ketawa lalu menarik gadis itu yang seakan jakun.

"Told ya. Tu pill hantu. Pill yang boleh kau jadi hantu seperti aku. Tapi aku tak sure berapa lama ianya bertahan. Well, uji kaji pertama lah katakan."

"Uji kaji?! Kau! Ka-" Ayrez meletakkan jari telunjuknya di atas bibir Adrea.

"Shhh. Princess, aku ni pengumpul maklumat. Jadi yang kau makan tu daripada maklumat yang aku dapat dari dunia lain. Dan percaya lah, dunia tu lebih maju daripada dunia kau. So tak merbahaya pun kalau kau makan. Relax."

"Tch." Adrea menjauhkan tangan Ayrez lalu berjalan ke hadapan. Lelaki hantu sekadar angkat bahu lalu membelai kepala Red yang elok bertenggek di bahunya.

"Eldera! Eryl!"Adrea memanggil apabila ternampak dua susuk tubuh yang elok bertengkar. Kedua mereka mengangkat wajah lalu tersenyum memandang Adrea. Gadis itu menghampiri mereka lalu melontarkan pandangan ke hadapan. Mulutnya melonpong saat melihat panaroma yang sangat unik tersebut.

"Ini ke…" Adrea memandang Eldera dan Eryl. Keduanya mengangguk serentak lalu mengikut sama memandang apa yang dilihat oleh gadis itu.

"Lost Kingdom, Yggdrasil. Kita dah sampai."

"Yeah. Dan di sinilah tempat korang bertiga akan bertemu dia." Sampuk Ayrez lalu terbang disisi Eldera. Rambut hitamnya beralun mengikut tiupan angin.

"Sang Permaisuri yang dianggap mitos oleh kaum manusia tetapi di Yggdrasil.." Mata Ayrez tajam menatap satu arah.

"Dia ialah Goddess. The powerful queen who rule this Holy Kingdom and of course… "Kini mata Ayrez menatap tajam mata hijau Eldera. Eldera mula tak senang apabila Ayrez mendekat lalu berbisikan sesuatu ditelinganya.

"Salah satu sebab kenapa kerajaan ni dianggap bahaya oleh Aeldera."

Tubuh Eldera mengeras serta merta. Laju kepalanya dipaling untuk menatap wajah sinis Ayrez. Lelaki ni..

"Kau.."

"Jangan risau." Ayrez menepuk bahu Eldera tanpa sebarang riak.

"Kau dan kawan-kawan kau dibawah jagaan aku. Jadi dia tak boleh sentuh kau atau mereka."

Ayrez menjauhi Eldera lalu bergerak ke hadapan sedikit. Tangan bersilang di dada.

"Apa kata kita temui dia sekarang? Dah lama aku tak tengok muka perempuan tu , tak.." Kini Ayrez ketawa sendiri.

"Muka Heira. Gadis yang digelar Goddess of Yggdrasil."

Saya buat double update 😂 ok bye♥️

Anyway nah bayangn untuk Ayrez time kejar Eryl. Hodoh. Yeah. Buat time mals😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro