Chapter 99 | Home

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keesokan harinya..

"Aku rasa sampai sini aje. Korang semua dah siap sedia untuk pulang bukan?" Soal Ayrez pada tiga remaja dibelakangnya. Adrea, Eryl serta Eldera saling berpandangan sebelum menyoal serentak.

"Apahal leher kau macam lepas kena gigit tu?"

"Ah ni? Entalah.. Semalam ada naga tu marah tak ingat dunia. Itu sampai yang laki punya leher-ARHHHH!! OKAY! OKAY! SALAH ABANG! SALAH ABANG! ABANG YANG GIGIT LEHER SENDIRI! WARHHHH! RED SAKIT!!!"

Blur aje muka tiga remaja itu apabila leher Ayrez digigit oleh Red dalam bentuk naga kecil bersama bunyi yang jelas kegeraman.

"Dah jom blah. Pergaduhan suami isteri ni tak patut di lihat." Ajak Eryl seraya menarik dua sahabatnya.

"Yeah right." Balas Adrea di ikuti oleh Eldera.

"Hurmm."

"O-oi! You damn traitor! Help me oi!! Arhh!!"

Jeritan sendu Ayrez diabaikan oleh mereka. Heira yang turut sama ada bersama lima panglimanya hanya mampu ketawa dengan pergelutan tragis itu.

"Ara, ara. Sesuatu yang sangat menghiburkan. Fufufu."

Kini mata Heira jatuh pada Adrea. Mereka berbalas senyuman sebelum memeluk satu sama lain. Mereka yang melihat adegan itu, jelas terkejut. Sejak bila?

"Jaga diri awak Adrea. Ada masa saya akan hantar surat." bisik Heira lembut. Adrea hanya mengangguk lalu menjarakkan dirinya. Kepalanya sempat diusap oleh Heira seakan kakak.

"Love you little Andrea. Fufufu."

"Hurm! Thanks sis!"

"Your welcome~"

Pandangan Heira teralih pada Eryl pula. Dia menghampiri sang remaja dengan senyuman penuh muslihat. Eryl teguk liur dengan keadaan itu. Dalam masa yang sama, Arvie muncul bersama harimau putihnya lalu melompat gembira kearah Heira sehinggalah..

Cup!!

"!!!"

"Eikkk!!!"

Kesemua Lima Panglima tergamam manakala Arvie , Adrea serta Eldera melompong tak percaya. Eryl yang menjadi mangsa ciuman Heira hanya membulat mata. Terkejut!  Dewi Yggdrasil itu hanya ketawa lalu menjarakkan dirinya bersama Eryl. Bibir Eryl yang menjadi mangsanya disentuh manja.

"That's.. Your.. Punishment. Eryl~"

"H-huh?! A-apa.. K-kau..A-ku..Huh?!" Wajah Eryl merah padam dan segala kata-katanya hilang.

"Fufufu. Siapa suruh ada wajah suami saya? Macam yang saya cakap tadi, punishment~"

Belum sempat Eryl nak membalas, belakang bajunya terlebih dahulu dicengkam oleh Arvie. Peluh menuruni laju di wajah dan badan sang remaja. Perlahan-lahan dia memandang kebelakang dan..

"Are~? Kau memang berminat untuk mati ya~? Kuh kuh kuh.. Berani betul kau rampas ciuman bakal isteri aku~ " Ujar Arvie penuh keceriaan bersama kayu yang elok diselimuti dengan paku di tangan.

"Eh?"

"MATI LAH KAU SERIBU KALI JAHANAM!!"

"KYAHHHHHH!!!!"

DUSHHHHH!

DUSHHHHH!

Heira hanya ketawa geli hati. Tak ada rasa bersalah langsung.

"Ara, ara. Semoga bahagia~. Fufufu."

Kesemua mereka memandang Heira tak percaya.

'Sifat sadis dia dah naik level lagi.'

Kini mata Heira jatuh pada Eldera. Dia tersenyum dihadapan remaja itu. Eldera merenung tajam si gadis dengan riak dingin.

"Hurmm? Ke-"

"Kalau kau fikir untuk cium atau buat benda pelik dekat aku, aku berani jamin kau tak boleh bercakap esok hari." Datar saja Eldera mengugut. Heira mengelip-ngelipkan matanya sebelum memetik jari. Sesaat kemudian, sebuah kotak seakan kek muncul ditanganya.

"Mana ada saya nak buat benda pelik~ Nah. Ini kek strawberry~."

Terus Eldera mengeras satu badan. Matanya bersinar pada kotak putih yang bercorak strawberry tersebut sebelum menggelengkan kepalanya. Ushh, godaan betul!

"Tak nak~?"

"Kau.. Aku tak boleh percaya."

"Hurmm?"

Melihat senyuman muslihat itu, Eldera mengundur setapak. Heira ketawa lalu memetik jarinya lagi. Dan sama seperti tadi, dua kotak kek muncul dihadapan Eldera.

Lama Eldera merenung kotak itu sebelum memandang Heira. Kotak, Heira, kotak, Heira.

"I love you my Goddess."

Adrea disebelah sudah melompong apabila Eldera selamba memeluk Heira dengan muka bahagia. Urat bengang timbul didahi bersama penumbuk yang dikepal.

Kuk!

"Aww!"

"Hump!"

Heira ketawa apabila melihat Eldera kelang-kabut cuba memujuk Adrea. Entah kenapa, Lima Panglima seakan boleh nampak tanduk setan diatas kepala si gadis.

'This sadis. Dia memang suka tengok kesengsaraan mereka..'

"Hurmm? Aku terlepas apa-apa ke?" Soal Ayrez yang akhirnya berjaya memujuk sang isteri. Matanya terkebil-kebil memandang sekeliling.

"Nothing~. Fufufu."

***

"Baik lah. Awak semua jaga diri ya lepas ni? Kalau nak apa-apa, guna aje Ayrez. Saya akan cuba bantu apa yang termampu." Ujar Heira sambil mendongak ke atas. Kini, tiga remaja bersama Ayrez sudah selamat berada di atas Red. Naga merah itu hanya senyap sahaja.

"Oi sis. Kau cakap macam aku ni alat aje."

Tajam mata Ayrez mencerlu pada Heira yang terang-terang buat muka tak bersalah. Dewi itu hanya menyengetkan kepala bersama senyuman yang tidak akan pernah hilang dari wajahnya.

"Ayrez aje fikir macam tu. Bagi akak, Ayrez tetap adik yang akak sayang!"

"Tch. Whatever."

"Fufufu. Oh ya! Eryl."

Apabila namanya dipanggil, terus Eryl menyorok dibelakang Eldera dan Adrea. Trauma terus dia dengan Heira. Tu tak tambah lagi amaran daripada Arvie yang elok berada di belakang Heira. Muka dia jelas-jelas kata 'mati-please?'.

Bapak seram.

"A-apa?"

"Nanti bagi ni pada pasangan awak ya?"

"Huh?"

Heira terbang menghampiri Eryl sebelum memberinya sebuah botol kecil yang mengandungi sebiji kacang bercahaya. Dia terkebil-kebil seketika.

"Untuk.. Apa?"

"Dia immortal tulen bukan?"

"Yeah?"

"Jadi kacang ni mesti boleh kembalikan kuasa immortal dia. Ini kacang Yggdrasil. Kacang ni selalunya boleh kembalikan kuasa puak Immortal. Ini aje yang saya boleh buat untuk mintak maaf sebab dah kiss awak. Fufufu."

"Urgh..Jangan ingatkan aku. Tapi mana kau tahu?"

"Ayrez lah.."

"Eh?"

Terus mata Eryl jatuh pada Ayrez yang sudah mengalihkan pandangan. Telinga lelaki itu juga merah seakan cuba menyorokkan rasa malu. Tak tahu lah Eryl nak terharu ke apa sekarang..

"Ayrez kau.."

"A-aku tolong bukan sebab apa-apa pun! Anggap ajelah tu..tu..Arh! Apa-apa ajelah! Kau nak pasangan kau dapat kuasa dia balik kan?! Jangan tanya apa-apa dekat aku! Ini kali terakhir aku tolong dengan ikhlas!"

Eryl hanya mampu mengangguk bersama senyuman yang tertahan-tahan. Air mata kegembiraannya juga bertakung. Eldera dan Adrea juga gembira. Tangan mereka elok mengusap kepala Eryl yang menunduk.

"Kalau dah tak ada apa-apa. Kami gerak dulu." Ujar Ayrez seraya mengusap kepala Red. Faham dengan isyarat itu, Red melebarkan sayapnya.

"Hurmm. Jaga diri ya?"

"Heh. Akak fikir aku ni siapa? Aku Ayrez Hernandez. Adik kepada dewa dan dewi Yggdrasil!" Ayrez tersenyum membuatkan Heira membulat mata.

Perlahan-lahan..Senyuman yang jelas dari hatinya..Terbentuk.

"Baka (idiot)."

"Heh. That's my sis. Jom Red."

"Hurmmm."

SWOSHHH!

***

Dalam masa yang sama, Daze yang elok merayau di sekitar istana kerajaan Emerald, memandang langit yang membiru. Dazy pula elok bermain dengan anak perempuan Shiro bersama Lukius.

Keluhan berat terlepas di bibirnya. Fikiranya agak serabut sejak berita mengenai kurungan Skylight sudah dirampas oleh August. Tanganya mengepal buku lima.

"Apa yang aku boleh buat untuk elak takdir yang kejam tu berlaku?" Bisiknya sendirian.

"Apa yang kau risau sangat ni?" Sapaan satu suara itu menyentakkan Daze. Mata dikalih memandang Shawn yang turut sama ditemani Alter dan Alzer.

"Ah.. Eyesore."

Terus urat bengang timbul didahi Shawn manakala Alzer manaha tawanya daripada terburai. Alter juga menahan ketawa dengan muka poker.

"Eyesore..Pfft..Buaha..Pfft.."

"O-oi Alzer..Itu akan..Pfft..Sakitkan.. Pftt..Hati Shawn..Pfft.."

"Kalau kau berdua gelak, nahas kau malam ni." Ugut Shawn dengan senyuman tetapi auranya berkata lain pula. Terus Alter dan Alzer buat wajah ketat.

"Haaa.. Kau Daze. Aku tak faham betul kenapa kau tak suka aku. " Keluh Shawn. Daze hanya mengangkat bahu.

"Entah. Aku pun tak tahu kenapa aku tak suka kau. Sebab muka kau rasanya? Annoying tahap gaban."

"Habis muka kau yang macam perempuan tu tak annoying?"

"Huh?!"

Alter dan Alzer saling berpandangan apabila dua mahluk itu mula bertekak. Dalam masa yang sama, diorang memang boleh nampak bayangan Eldera dengan Eryl.

"Adegan ni memang tak akan lupus dari dunia ni aku rasa." Bisik Alzer mendapat anggukan Alter.

"Hahaha. Apa boleh buat? Mereka asalnya musuh. Tetiba jadi kawan, itu sesuatu yang sukar." Sapaan satu suara itu, mengejutkan si kembar. Apabila berpaling, seorang lelaki elok berpeluk tubuh dibawah sebuah pokok.

"Shiro? Tak..Aura kau agak lain? Hakuryu?!"

Hakuryu yang muncul dalam bentuk manusia hanya tersengih sahaja. Wajah serta tubuhnya sama seperti Shiro. Namun yang membezakan ialah aura serta sisik-sisik naga yang berada di pipinya.

"Betul lah tu. Aku tak ada bentuk manusia yang tetap sebab aku memang naga tulen. Tapi sihir ada apa? Aku try lah guna dan ni lah hasilnya." Terang Hakuryu seraya mengalihkan pandangan pada Shawn dan Daze.

"Yang korang ni , tak boleh ke gaduh dekat tempat lain? Bising kut suara tu. Isteri aku nak tidur dalam bilik pun tak aman." Tegur Hakuryu tegas sebelum menunjukkan bilik khas yang disedikan oleh Shiro untuknya dan Alverta, naga cahaya yang pernah jadi spirit untuk Emyriel.

"Sorry."

"Maaf."

Ujar Shawn dan Daze serentak. Alter dan Alzer terkebil-kebil melihat Hakuryu dan keduanya. Dah macam ayah marah anak pun ada. Aura Hakuryu sebagai ayah memang luar biasa. Tak hairan dia boleh besarkan Shiro yang pemalas tahap gaban tu.

"Huhh..Dah lah. Ni Shiro panggil kau berdua. Ada something dia nak bincang." Sambung Hakuryu lagi sebelum mengangkat kaki untuk beredar.

"Kau nak pergi mana Hakuryu?" Soal Alzer.

"Hurm? Ke bandar. Aku nak tengok puak aku dan penduduk disana. Alang-alang aku nak main sikit dengan budak-budak dekat White Orphanage. Diorang rindu. Heh."

Alzer mengangguk dengan senyuman. Sejak mereka tinggal di Kerajaan Emerald untuk beberapa minggu, mereka perasan Hakuryu atau Shiro mesti turun ke bandar atau kawasan naungan mereka untuk bersama rakyat. Tapi kebanyakkan tempat yang dilawati mereka selalunya di Rumah anak yatim.

"Aku tahu rasanya membesar tanpa keluarga.. Jadi sekurangnya kalau aku jumpa diorang, kasih sayang tu masih ada. Aku nak..Diorang nampak aku bukan setakat seorang raja, tapi ayah juga. Sama macam mana Hakuryu yang jadi father figure kepada aku."

Itulah apa yang dibalas setiap kali mereka menyoalkan hal tersebut.

"Kala-"

SWOSHHH!

Mata mereka semua membulat besar apabila satu bayangan besar terbang laju di udara. Aura yang mereka rasai membuatkan mereka tergamam. Daze yang asalnya kaku perlahan-lahan mengukir senyuman gembira sebelum melebarkan sayapnya.

"Mereka dah pulang!"

***

Shiro yang baru sahaja mahu keluar daripada tingkap untuk melarikan diri daripada timbunan laporan diatas mejanya, terkejut apabila merasai daya kuasa yang muncul dilangit. Senyumannya terukir sama seperti Daze.

"Oi Shiro! Jangan-"

"Panggil Emyriel dengan keluarga Akira , Luke! Mereka dah balik!"

"Huh?"

***

Dalam masa yang sama, Akira elok berada di taman bunga . Tangannya ligat membuat flower crown dengan pelbagai jenis bunga. Sesekali dia ketawa apabila ternampak serangga atau haiwan-haiwan kecil seperti arnab.

"Hurmm. Dah tiga minggu Eryl ke Yggdrasil. Esok cukup sebulan. Haiih.." Akira mengeluh sebelum menggelengkan kepalanya.

"Urmm! Urmm! Dia ke sana bersebab. Tak mungkin dia buat benda pelik.. Rasanya."

"Kenapa pulak aku nak buat benda pelik kalau aku dah ada bunga kesayangan tengah tunggu aku?"

Sapaan satu suara tu menyentakkan Akira. Flower crown yang ada ditangan terlepas tanpa sedar. Perlahan-lahan dia mamalingkan badan kebelakang. Eryl ketawa kecil melihat riaksi Akira. Dia berjalan kearah Akira yang terduduk itu sebelum melutut sebelah kaki. Tanganya mengambil flower crown yang dibuat oleh si gadis lalu diletakkan diatas kepala kesayangannya itu.

"Hehe. Cantik kau buat crown ni. Tapi.." Eryl mendekatkan wajahnya bersama Akira. Dagu Akira diangkat sikit.

"Kau lagi cantik."

Tanpa amaran, terus tubuh Eryl dipeluk oleh Akira sehingga dia jatuh kebelakang. Lelaki itu ketawa kecil apabila Akira mula menangis didadanya. Sebelah tanganya elok memeluk Akira manakala sebelah lagi mengusap kepala si gadis. Bibirnya juga mengucup ubun-ubun gadis berambut merah itu.

"Jangan lah nangis Akira. Aku dah balik kan? Dah-dah. Aku janji tak kan tinggalkan kau dah."

"Hik..Ma-maaf..Saya pun tak tahu kenapa saya emo. hik..Saya c-cuma rindu.."

"Awww.. Akira rindu aku? Ini makin sayang ni!"

"Warhh! E-Eryl!"

Eryl tersengih apabila dia mengubah posisi mereka. Dia yang berada di atas Akira tersengih gatal.

"Mana boleh kau sambut aku dengan tangisan. Aku nak lain."

"A-apa?"

"Heh."

Tika itu Akira terkejut apabila Eryl mengucup lembut bibirnya. Dia yang baru sedar, perlahan-lahan mengucup kembali sang jejaka.

"Gosh. Si gatal tu memang tak boleh jangka. Balik aje dah terkam bakal bini." Komen Ayrez sambil memerhatikan adengan itu daripada jauh dengan riak meluat.

Adrea dan Eldera pula sekadar senyum kelat. Mereka berpandangan lalu ketawa.

"Okay lah. Aku dengan Red nak gerak dulu."

"Kau nak ke mana lepas ni?" Soal Adrea.

"Entah. Dimensi Triplets maybe?" Balas Ayrez sebelum terbayang tiga wajah remaja lelaki. Seorang dingin, seorang sinis dan seorang lagi cengeng. Macam best pulak kalau ke sana.

"Triplets?"

"Nothing-nothing. Ini rahsia aku dengan author aje."

"Huh?"

Ayrez tak melanjutkan apa-apa perbualan. Terus dia berada dalam bentuk hantu sebelum naik keatas badan Red. Tak sampai sesaat, mereka berdua hilang daripada pandangan.

"Pelik-pelik aje.." Rungut Adrea sebelum tergamam apabila Eldera mencium pipinya. Terus Adrea berpaling menghadap Eldera yang membuat puppy eyes.

'D-damn. So cute.'

"Ka-kau nak apa?"

"Can we kiss?"

"You..Haih, Eldy. Kalau kau nak cium, kau cium aje lah-"

Terus tubuh Adrea di tarik dalam pelukan sebelum bibirnya menindih bibir si gadis. Tangan Adrea pula elok memeluk leher Eldera. Apabila Adrea mula susah untuk bernafas, Eldera melepaskan tautan bibir mereka.

"Shit.. Damn beautiful."

Adrea ketawa dengan kata-kata Eldera. Mata violetnya memandang tepat kedalam mata hijau zamrud itu. Lama mereka berpandangan sebelum kembali mencantumkan bibir masing-masing.

Dalam masa yang sama, tidak jauh dari situ, Shawn elok bergelut dengan Daze begitu juga Alzer dan Alter!

"Kau tepi Shawn..Aku nak cincang anak kau jadi cebisan..! How dare that flirty human kiss my beautiful angel?!"

"I-itulah sebab utama aku tak boleh biar kau ke sana hanat!"

Alzer dan Alter hanya mampu mengeluh panjang walaupun agak sukar untuk mengawal Daze. Memang overprotective betul!

Shiro yang melihat semuanya daripada tingkap istana, hanya ketawa sahaja. Sebelah tanganya elok memeluk pinggang Permaisuri Emyriel yang turut ada bersama.

"Party?" Soal sang Permaisuri.

"Sure my queen."

Alright!! Let's party!!! Hahah gurau2. Waktu2 macam ni, jangan berparty ya? Bahaya. Kalau bolh, duduk aje rumah tu. Ini nasihat ringkas daripada sang author.

Tak nak dengar?

Eldera: Tch. Meh sini aku kasi sikit nasihat berguna.
*muka demon*

Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro