008;{Curse}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[[The Curse Chef]]

Pada tahun 1982 , terjadi sebuah kisah yang menyeramkan di salah sebuah restaurant terkenal di India .

Semuanya bermula apabila seorang chef amatur bernama Abhinav Gopal telah melakukan kesilapan dan menyebabkan kerugian makanan yang besar .

Dia kemudiannya dibuang kerja kerana majikannya berang dengan kesalahan yang dia lakukan .

Diceritakan akibat marah dibuang kerja , Abhinav Gopal telah menyihir restaurant terbabit dengan membaca sebuah mantera dalam bahasa india purba lalu keluar meninggalkan restaurant terbabit .

Sejurus Abhinav Gopal keluar , kesemua pelanggan  dan pekerja diserang sejenis penyakit misteri yang menyebabkan mereka semua mati selang beberapa hari kemudian .

Dikhabarkan , Abhinav Gopal telah menghilangkan diri selepas kejadian itu dan tidak meninggalkan sebarang jejak .

Pihak polis juga telah menyerbu tempat kediaman Abhinav Gopal dan menjumpai pelbagai barangan sihir dan ilmu hitam miliknya .

Ada pendapat mengatakan Abhinav Gopal sebenarnya adalah iblis yang menyerupai manusia dan hidup di dalam kalangan manusia .

Perkara ini telah menimbulkan ketakutan pada orang . Pelbagai usaha memburu Abhinav Gopal telah dilakukan oleh pihak berkuasa . Namun hingga kini , dimana keberadaan Abhinav Gopal kekal menjadi misteri .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro