011;{Coke}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[[Coke mystery vending machine]]

Di Seattle terdapat sebuah mesin Coca Cola yang dipercayai telah wujud sejak tahun 1970 dan masih berfungsi hingga hari ini .

Dikatakan semua label pada air minuman yang dikeluarkan oleh mesin tua dan usang ini hanya tertulis perkataan 'mystery' .

Mesin air ini menjadi misteri dalam kalangan penduduk sekitar kerana hampir 48 tahun air di dalam mesin tidak pernah ditukar atau ditambah .

Namun mesin air Coca Cola ini tetap beroperasi seperti biasa walaupun suis utama mesin ini telah ditutup oleh pihak pengeluar Coca Cola ini .

Mesin air Coca Cola yang usang ini masih menerima bayaran 75sen dimana ianya adalah harga air Coca Cola pada tahun 1970 .

Mesin itu bukan hanya mengeluarkan air Coca Cola yang usang dan tamat tempoh namun kadangkala mesin ini juga dikatakan akan mengeluarkan Coca Cola yang baharu dan masih belum pernah dikeluarkan di pasaran .

Kejadian ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pelbagai pihak sehinggakan pihak kerajaan juga turut canpur tangan dengan meletakkan beberapa kamera litar tertutup(CCTV) di kawasan mesin tersebut .

Namun selama 15 tahun tiada sesiapa yang mencurigakan menghampiri mesin tersebut untuk menukar atau menambah bilangan air di dalamnya selain daripada pembeli yang hanya datang untuk membeli air di mesin terbabit .

Ramai yang membuat kesimpulan bahawa mesin air Coca Cola tersebut berhantu . Namun adakah ianya benar-benar berhantu atau sebaliknya? Yang pasti ianya kekal menjadi misteri .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro