015;{Face}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[[The Man With Two Face]]

Pada tahun 1800, seorang lelaki bernama Edward Mordake telah dilahirkan dengan lebihan wajah dibelakang kepalanya .

Diceritakan Edward Mordake merupakan Lelaki yang agak kacak dan berketurunan bangsawan yang paling berpengaruh di England .

Namun , akibat dilahirkan dengan fizikal yang menyeramkan dia telah diabaikan oleh keluarga .

Dikatakan wajah yang berada dibelakang kepala Mordake mempunyai wajah yang sangat buruk dan berfikiran jahat .

Akibat sering diganggu oleh wajah dibelakang kepalanya Mordake telah merayu pada para doktor agar membuang wajah terbabit .

Namun akibat teknologi perubatan amat terbatas pada waktu itu , para doktor terpaksa menolak permintaannya .

Edward Mordake akhirnya telah membunuh diri pada umur 23 tahun kerana tertekan dengan gangguan suara dibelakang kepalanya itu .

Difahamkan juga bahawa wajah kedua Mordake dibelakang kepalanya akan merenung sesiapa sahaja yang melihatnya dengan bibir yang bergerak-gerak tanpa henti walaupun tidak kedengaran suara .

Terdapat dakwaan mengatakan , wajah dibelakang kepalanya hanya mempunyai dua perasaan iaitu gembira dan sedih .

Diceritakan juga , Mordake telah menulis satu waksiat sebelum membunuh diri . Beliau meminta agar wajah dibelakang kepalanya dihancurkan sebelum dia dikuburkan .

Kisah mengenai Edward Mordake telah menarik minat pelbagai ilmuan sehingga sebuah buku yang menceritakan tentangnya telah ditulis pada 1896 oleh George Gould yang bertajuk Anomalies and Curiosities Of Medicine .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro