017;{Shakespeare}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[[Shakespeare True Identity]

Shakespeare merupakan seorang penulis berbangsa inggeris yang hidup pada abad Ke 17 . Beliau terkenal dengan karya penulisannya yang sangat indah dan hebat .

Namun terdapat sebuah teori yang mengatakan bahawa bukan semua karya penulisan ini dibuat oleh Shakespeare sendiri .

Shakespeare sebenarnya hanyalah nama pena untuk penulis-penulis pada masa tersebut yang tidak mahu publisiti dan menjadi terkenal atas sesebuah karya yang telah berjaya dihasilkan .

Mereka kemudiannya hanya meletakkan nama pena pada setiap karya sebagai Shakespeare .

William Shakespeare merupakan
seorang penulis terkenal dalam bidang kesusasteraan Barat . Shakespeare mengarang 38 buah drama , termasuk beberapa buah drama kecil yang mungkin dikarang bersama orang lain , serta 154 buah puisi Soneta dan 3 atau 4 buah puisi panjang .

Oleh kerana beliau telah mengeluarkan terlalu banyak karya yang berbeza terdapat pihak yang membuat teori  mengatakan kebanyakkan karya agung beliau adalah daripada penulis yang berbeza .

Teori ini muncul disebabkan kekurangan maklumat peribadi William Shakespeare sebelum beliau terkenal . Ini menimbulkan banyak persoalan kepada orang ramai .

Selain itu terdapat juga teori lain yang dikenali sebagai 'Oxfordian Theory of Shakespeare  Authorship' di mana teori ini mengatakan bahawa semua karya Shakespeare sebenarnya karya asal seorang bangsawan bernama Edward de Vere .

Manakala William Shakespeare pula hanyalah seorang hamba beliau yang hanya menurut perintah .

Teori Oxfordian kemudiannya menjadi sangat terkenal sehingga pada tahun 2011 sebuah filem yang bejudul 'anonymous' telah diterbitkan berdasarkan teori terbabit .

Sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui kebenaran disebalik teori yang dinyatakan kekal menjadi misteri .


°°°
Follow ChimChubby

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro