024;{Squidward}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[[The Red Mist]]

The Red Mist merupakan nama bagi sebuah episod misteri di dalam siri animasi Spongbob Squrepants yang amat pelik dan menyeramkan .

Di dalam episod memaparkan Squidward Tentacles sedang melakukan persembahan . Namun dia kemudiannya mendapat kecaman daripada rakan-rakannya kerana melakukan persembahan yang sangat teruk .

Kejadian itu seterusnya menyebabkan Squidward menjadi tertekan dan murung .

Ketika itulah perkara-perkara aneh muka berlaku , dimana kamera secara tiba-tiba fokus pada mata Squidward yang kemerahan sambil diiringi suara jeritan manusia dan tiupan angin yang kuat .

Episod itu berakhir dengan babak dimana Squidward membunuh diri dengan cara menembak kepalanya menggunakan pistol .

Diceritakan juga , sewaktu pekerja siri animasi Spongebob Squarepants cuba untuk menghentikan babak tersebut , mereka mendakwa melihat terdapat beberapa adegan pembunuhan kanak-kanak yang turut diselitkan di dalam episod misteri itu .

Kejadian tersebut pada mulanya telah dirahsiakan oleh pihak pengurusan siri animasi Spongbab Squrepants .

Namun ia kemudiannya disebarkan oleh salah seorang pelajar pratikal di syarikat tersebut di mana dia telah menceritakan perkara yang dilihatnya kepada orang ramai .

Difahamkan pada setiap minggu , pelajar praktikal itu bersama-sama beberapa orang pekerja yang lain diarahkan untuk menonton episod baru Spongbob Squrepants yang baru sahaja disiapkan untuk memastikan episod tersebut senang untuk difahami dan sesuai untuk tontonan kanak-kanak .

Namun setelah menonton episod The Red Mist , hampir kesemua pekerja yang menontonnya mengalami muntah-muntah dan ada juga yang pengsan secara tiba-tiba .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro