026;{Skull}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[[Crystal Skull Experiment]]

Pada tahun 1897 , satu letupan besar telah berlaku di dalam sebuah makmal bawah tanah yang terletak di Rusia .

Difahamkan malapetaka itu berpunca daripada kajian rahsia yang dijalankan oleh sekumpulan saintis terhadap sebuah tengkorak kristal misteri .

Menurut rekod , tengkorak kristal itu telah ditemukan oleh sekumpulan ahli arkeologi di bawah runtuhan kota suku maya yang terkubur jauh di dalam sebuah hutan lebat .

Letupan itu kemudiannya telah menyebabkan kematian dan kecederaan beberapa orang saintis yang sedang menjalankan kajian .

Diceritakan setelah letupan itu berlaku , salah seorang daripada saintis yang terlibat dalam kajian tersebut telah terdedah dengan radiasi hasil letupan tersebut .

Saintis yang dimaksudkan merupakan seorang saintis lelaki kelahiran Amerika Syarikat yang bernama Jhon Richard .

Selepas daripada letupan itu , Jhon kemudiannya dibawa ke makmal rahsia lain untuk mendapatkan rawatan dan pemerikasaan .

Difahamkan , hasil radiasi yang terdedah telah menyebabkan DNA beliau turut mengalami perubahan sehingga doktor yang merawatnya turut berasa hairan bagaimana perkara itu boleh terjadi .

Ada khabar angin mengatakan bahawa Jhon masih lagi hidup sehingga hari ini dan mempunyai kekuatan luar biasa yang tidak dimiliki manusia biasa . Namun sejauh mana kebenarannya , Ia kekal menjadi misteri .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro