031;{Zombie}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[Pet Sematary]

Pet Sematary merupakan judul bagi salah satu novel yang ditulis oleh Stephen King dan kemudiannya diadaptasi menjadi sebuah filem .

Difahamkan , Pet Samatary telah diilhamkan daripada suatu kejadian kisah benar tentang pasangan suami isteri yang telah kehilangan anak pertama mereka akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1910 di Texas , Amerika Syarikat .

Lagenda penduduk sekitar menceritakan bahawa , jika pasangan suami isteri menanam mayat anak mereka di tempat perkuburan haiwan , maka anak mereka akan bangun dan hidup semula .

Tetapi anak tersebut tidak akan berkelakuan seperti manusia biasa , namun sebaliknya menjadi seperti Zombie dan tidak mempunyai jiwa .

Menurut beberapa kisah daripada penduduk yang berada di Texas , selepas berlakunya kejadian menyeramkan terhadap pasangan tersebut , amalan perbuatan menghidupkan semula anak yang sudah mati telah dihentikan oleh segelintir penduduk tempatan kerana ia telah melanggar hukum kehidupan .

Stephen King pernah mengatakan bahawa karya novel Pet Sematary yang ditulis oleh beliau tidak akan laris dijual di pasaran kerana terlalu seram dan mengerikan untuk dibaca .

Namun , novel tersebut kemudiannya menjadi antara karya terbaik beliau sebelum diadaptasi menjadi sebuah filem baru-baru ini .

Difahamkan tiada bukti yang mengatakan bahawa anak kepada pasangan kekasih itu benar-benar kembali hidup dan ada beberapa pihak yang mendakwa Stephen King sengaja mereka cerita untuk melariskan penjualan novelnya .

Namun , adakah kisah ini benar-benar berlaku ? Itu kekal menjadi misteri .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro