040;{Call}

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[Call From Mom]

Pada tahun 1988 , seorang penulis novel yang bernama Dean Koontz telah berkongsi tentang sebuah penglaman seram yang dia alami .

Pada suatu malam , ketika dia sedang menulis novel dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali .

Pemanggil itu berkata kepada dia supaya sentiasa berhati-hati sebanyak 3 kali sebelum meletakkan panggilan .

Menurut Dean suara pemanggil itu sama seperti suara arwah ibunya yang telah meninggal dunia sejak 20 tahun yang lalu .

Dua hari kemudian , Dean hampir ditikam oleh ayahnya dengan menggunakan pisau namun dia sempat menepis dan mengelak daripada perbuatan keji ayahnya itu .

Pihak polis kemudiannya berjaya menahan ayah kepada Dean itu . Sejak hari itu , Dean tertanya-tanya siapakah pemanggil tersebut .

Dia cuba untuk mencari pemanggil tersebut dengan menghubungi syarikat telekomunikasi tetapi syarikat tersebut tidak dapat membuktikan yang Dean pernah menerima sebarang panggilan daripada nombor itu .

Setelah kejadian itu , Dean kemudiannya menulis sebuah cerita yang bertajuk Beautiful Death : The Art Of The Cemetery yang diinspirasi daripada kejadian ini .

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro