Flame 10 | Hybrid

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kting..

Kting..

Kting..

Bunyi besi bertembung, bergema di setiap sudut sebuah penjara bawah tanah. Tempat yang dihuni oleh mahluk-mahluk pelik itu bising dengan bunyi mereka. Ada yang bercakaran, ada yang bergelak keriangan dan ada juga yang diam membisu.

Dan hanya dua mahluk sahaja yang membisu di situ.

Seorang lelaki berambut putih panjang manakala seorang lagi elok bergari. Wajahnya bertopeng dan tidak berbaju. Hanya seluar lusuh sahaja yang tersarung. Manakala lelaki berambut panjang elok berbaju lengkap.

"Heh. Hidup lagi kau ya vampire palsu? Bila kau nak mati hah?!"

Lelaki berambut panjang hanya mendengus. Wajahnya memaparkan kejijikan sebelum meludah pada pengawal penjara tersebut. Suka betul cari fasal denganya!

"Dah jantung aku mengepam dengan baik, memang hidup lah. Kau apa tahu? Otak ada, tapi tak berfungsi dengan baik. Hattui."

"Kau!"

Edwin Bloodlust mengguling mata ke atas saat sang penjaga mengetuk kuat sel penjaranya. Tubuhnya yang agak keding itu, di jarakkan daripada palang besi. Bingit!

"Sial kau! Bila aku dapat kau, nahas kau jahanam!"

"Ya. Ya. Cakap lah apa kau nak cakap. Kalau dah habis, sila berambus. Rasa nak muntah bila tengok muka pig kau. Uwek.."

"Jahanam! Jahanam! Sial kau mahluk tak guna!"

Selamba Edwin menutup telinga bersama muka tak ada perasaan.Selang beberapa minit, lelaki tadi beredar dengan hati yang berbara. Namun apa dia peduli?

"Haih.." Edwin mengeluh panjang sebelum menyandarkan badan pada dinding penjaranya.

Sudah lama dia berada di sini. Entah dia sendiri tidak ingat berapa tahun. 50? 60? Atau 100 tahun? Dia sendiri tiada jawapan.

Apa yang dia tahu, dia berada di sini sebelum Eldera Tempests menguasai lagi. Lord August, yang sekarang merupakan salah satu orang kepercayaan Puak Tempests, berjaya menangkap dia tanpa Shawn sedari. Ada juga percubaan untuk selamatkan dia sekitar 50 tahun dahulu, namun..

"Jangan pedulikan aku! Yang penting sekarang kau kena ke tempat yang aku cakap. Kalau tak, apa yang kita lalui akan jadi lebih teruk. Kau kena-"

"Kenapa kau buat macam tu?"

Sampukan suara itu menyentakkan Edwin. Perlahan-lahan kepala diangkat menatap rakan seselnya yang digari itu. Suaranya halus dan hampir sahaja Edwin tidak dapat menangkap bicaranya.

"Macam apa?"

"Sakit kan hati pengawal. Kenapa kau buat benda tu setiap hari? Tak sakit ke badan asyik kena pukul?"

Edwin mendengus kecil seraya menyandarkan badan pada dinding. Matanya tidak lepas daripada menatap lelaki bertopeng.

"Obvious sebab aku nak diorang bunuh aku. Tapi peliknya tak jugak aku mati." Balas Edwin selamba tanpa secalit emosi. Walaupun tidak dapat melihat wajah lelaki bertopenh dia pasti lelaki itu merenungnya.

"Kau pelik."

"Aku ada sebab aku." Balas Edwin lemah lalu menutup matanya. Lebih baik dia rehat. Malas nak cakap lebih-lebih.

Lelaki bertopeng turut sama berdiam diri. Badanya langsung tidak boleh digerakkan sesuka hati kerana sudah di rantai. Kuasanya juga tidak mampu di gunakan kerana mereka berada di sel istimewa yang dicipta sendiri oleh Jeneral Vans.

Keluhan panjang terlepas.

"Apa akan jadi selepas ini?"

***

Dalam masa yang sama, saat malam menjelang, Eryl, Alvarez serta dua lagi anak buahnya berjalan di sebuah bandar. Kini masing-masing mengenangkan kerundung untuk menutupi wajah kerana takut di cam oleh musuh. Bandar yang berdekatan dengan sempadan Kerajaan Night itu, meriah dengan lampu-lampu yang berkilau.

"Hey Seth, kau pernah ke mari bukan? Tahu tak di mana tempat berteduh yang sesuai?" Soal Eryl lalu menjeling Seth yang berada di belakangnya.

"Rasanya di hujung bandar. Tempat tu agak murah tapi selesa." Balas Seth sebelum menguap dek katuk. Sempat belakang kepalaanya di tampar Alvarez.

"Tutup mulut tu kalau menguap. Degil betul." Marahnya mendapat cebikan Seth.

"Yalah mak. Yelah. Anak mintak ampun."

"Hey! Aku lelaki mana boleh jadi mak!"

"Itu aje yang kau fikir?!"

Alice di sebelah Eryl hanya memerhati dengan senyap sebelum kembali menumpukan perhatian ke hadapan.

"Kamu nak makan Alice?" Soal Eryl pada si gadis yang daripada tadi mendiamkan diri.

"Tak apa lah uncle. Tak lapar. Cuma tu lah.."

Sebelah kening Eryl terangkat hairan.

"Kenapa?"

"Uncle tak rasa ke tempat ni agak pelik? Penduduknya semua nampak macam mayat. Pucat."

"Heh. Aku ingat aku sorang aje fikir macam tu." Balas Eryl sambil matanya melilau pada sekeliling.

"Sebab mereka bukan manusia." Sampuk Seth

"Kebanyakkan penduduk di sini ialah Vampire. Nama kerajaan Vampirina juga diambil daripada puak tu. Mereka tak akan serang manusia selagi manusia tak serang mereka. Jadi aku berani jamin kita selamat. Well, buat masa ni lah." sambunya lagi.

Dia tahu semua ni pun sebab dia pernah ke mari semasa melakukan misi menyelamat beberapa perkampungan vampire yang diserang oleh puak Tempests. Mereka yang terselamat, berjaya bersembunyi dan ada juga yang menyamar. Boleh kata, mereka yang terselamat mungkin boleh membantu mereka kelak. Sebab tu Seth diarahkan untuk turut serta. Dia memainkan peranan untuk mengajak puak vampire itu menyertai Yggdrasil.

"Kita kena cari sebanyak mungkin bantuan yang ada. Sekarang, dah tiba masanya kita kukuhkan lagi para tentera. Mana boleh kita diam diri sahaja bukan? Kalau bukan kita, mungkin Tempests akan bertindak dahulu." Itu lah salah satu kata-kata Heira semasa mereka berbincang. Tegas.

"Puak vampire huh..?"

Eryl menjeling pada sekumpula remaja yang elok berpesta liar di sebuah kawasan yang agak tersorok. Apabila sedar akan pandangan Eryl, salah seorang remaja perempuan itu mengelip mata bersama lenggok badan menggoda.

"Damn. Aku nak ke sana."

"Ke mana tu ayahanda~?"

"Sana lah. Tempat para gadis seksi-Gik!"

Serta merta wajah Eryl berubah pucat. Perlahan-lahan dia mamalingkan wajah ke sisi. Peluh menuruni pipi. Mampus.

"A-A-Arez! Ayahanda boleh terangkan! Ini bukan apa yang kau fikir! Ayahanda cuma-"

"Ayahanda.."

"Betul! Ayahanda cuma tersilap cakap! Ayah-"

"Tolong senyap boleh?"

"Baik."

Seth dan Alice berbalas pandangan. Sekali Alvarez keluar suara mandatori tu, tak siapa berani lawan. Jarang dia guna. Tapi dengan Eryl, hampir setiap hari. Lagi-lagi kalau ada nampak gadis dahi licin!

"Tapi Arez-"

"Nak Arez ulang?"

"Baik."

Blur aje muka Seth dengan Alice. Siapa ayah siapa anak ni?

"Parah jugak puak kau ni rupanya, cimpazi."

"Jangan samakan aku dengan uncle, tomato basi."

Lama mereka berjalan sampailah di sebuah hotel. Sekeliling sunyi tanpa sebarang bunyi. Eryl berkerut dahi sebelum memandang Seth. Matanya memberi isyarat seakan mahu memastikan tempat ini selamat untuk didiami buat sementara waktu.

"Betul lah ni. Rasanya?"

"Rasanya?" Hampir serentak tiga figura itu menyoal Seth. Lelaki itu pula sudah menyilangkan tangan pada dada bersama dahi yang berkerut.

"Sebab kali terakhir aku ke sini, tempat ni cantik. Sekarang, macam tak berpenghuni? Tak mungkin tutup,sebab dia beroperasi 24 jam. Style baru kut."

Kaki melangkah pada pintu hotel. Tangan membuat isyarat supaya membuntuti. Apabila pintu di tolak, semakin berlapis kerutan di dahi Seth.

"Ada sesiapa ke?!" Laungnya. Namun, tiada jawapan.

"Kena tutup mungkin?" Ujar Eryl disisi. Matanya memerhati dengan teliti. Naga bermata satu itu terus meneroka sekeliling untuk memastikan tempat itu betul-betul kosong.

"Tak ada orang. Tempat ni macam dah ditinggalkan hampir sepuluh tahun." Bisiknya pada diri sendiri. Jari jemarinya elok menyentuh gambar-gambar di dinding. Sampailah pada satu gambar.

"Gambar apa ni?"

Eryl menatap gambar tersebut. Gambar seorang gadis yang memuntahkan bunga di ikuti darah.

"Hanahaki?"

"Uncle tahu ke Hanahaki tu apa?"

"Arhhhhhhhhhhhhhhhhhh!"

Alice menayang sengih tak bersalah apabila Eryl menjerit histeria. Naik turun dada lelaki itu dek rasa terkejut yang tak dapat dikawal. Matanya mencerlu geram. Hantu betul..

"Kau, boleh longgar jantung aku kalau asyik kena sergah macam tu aje. Haiih.."

"Hehe. Sorry uncle. Tadi uncle kusyuk sangat tengok gambar ni, itu tanya."

"Erm." Eryl mencebik lalu kembali menatap gambar perempuan tadi.

"Hanahaki Disease is an illness born from one-sided love, where the patient throws up and coughs up flower petals when they suffer from one-sided love. The infection can be removed through surgery, but the feelings disappear along with the petals." Terang Eryl sambil tangan mengusap gambar dihadapanya.

"That's.."

"Creepy. Yep. Sebab tak semua boleh buang perasaan mereka dengan mudah. Akhirnya, mereka lebih rela tahan sakit dan mati."

Eryl tersenyum. Tangan naik mengusap kepala Alice.

"Tapi ianya sekadar rekaan dan lagenda semata. Jangan risau lah, kalau kau bertepuk sebelah tangan, ramai lagi nak kau. Kau cantik apa?"

Alice terdiam dengan pujian Eryl. Wajah ditunduk sedikit untuk menyembunyikan senyuman. Baik jugak uncle aku ni, patut lah auntie jatuh cinta. Tapi orang tu..

Sempat Alice melirikkan matanya pada Alvarez dan Seth. Keluhan panjang terlepas jua membuatkan Eryl menjongket sebelah kening.

"Kenapa ni? Bunyi macam lepas putus cinta."

"Tak ada apa lah uncle. Kalau tak ada orang, kita tinggal sini aje lah ek?"

"Hurm. Macam tu lah nampak gayanya-"

"Tak boleh!"

Mata Eryl terbelalak apabila satu suara bergema kuat di dalam hotel tersebut. Pantas dia memeluk tubuh Alice sebelum gambar yang dilihat tadi meletup kuat!

BOMMMMMMMMM!

"AYAHANDA/ALICE!"

Tubuh Eryl berguling beberapa kali menjauhi tempat letupan tadi. Sisik-sisik hitam mula menjalar di bahagian lengan yang terbakar. Tubuh Alice pula selamat dilindungi. Gadis itu jelas terpaku dengan apa yang terjadi. Dengusan terlepas di bibir Eryl sebelum menyerahkan Alice pada Alvarez dan Seth.

"Siapa kau hah?! Keluar dan lawan aku! Jangan kau libatkan budak-budak ni!" Sergah Eryl dengan garang. Dia sudah berada dalam keadaan siap siaga. Jika ada lagi letupan seperti tadi, dia tak teragak mahu menjadi naga.

"Kau tak layak untuk tahu! Orang yang akan mati ditangan aku, patut tahu tempat dia!"

"Tahu tempat dia?" Eryl tergelak sinis. Api kegelapan mula mengelilingi tubuh. Sisik yang gugur menjadi debu. Mata merah Eryl bercahaya dan berubah seakan naga!

"Baik! Kalau kau nak aku tahu tempat aku, mari sini aku tunjukkan!"

SWOSHHHHH!!

Api menjulang tinggi tanpa di pinta! Suhu sekeliling naik dengan mendadak! Seth serta Alvarez tergamam dengan tahap kepanasan api yang luar biasa tersebut! Alice juga tidak dapat meluahkan apa-apa! Mereka seperti jakun dengan kuasa yang dipamerkan oleh Eryl!

"Flame of hell.." Bisik Alvarez tanpa sedar. Api kegelapan milik ayahnya langsung tak membakar mereka!

"Arhhhhhhhh!"

Jeritan nyaring itu berjaya menangkap perhatian Eryl. Laju kakinya berlari mengikut arah suara itu yang kini membawanya ke sebuah bilik. Pintu yang agak ampuh, di tendang tanpa berfikir dua kali!

DUSSHHHHH!

Mata Eryl melilau mencari seseorang. Api dilenyapkan serta merta. Hanya beberapa sahaja yang tinggal. Itupun dikawasan bahunya.

"Mana kau huh? Nak main hide-and-seek ke apa? Aku boleh aje. Heh."

"Jahanam!"

Eryl pantas memusingkan badan dan menyambut libasan pedang seorang gadis misteri! Kemas dia memegang pedang tumpul tersebut. Mata sang penyerang membuak memancarkan cahaya kegeraman. Taringnya juga kelihatan dan Eryl juga dapat melihat telinga serigala.

"Hybrid?" Bisiknya.

"Diam jahanam! Sial! Berani masuk kawasan keluarga aku! Tak cukup ke kau dah bunuh semua puak aku hah?! Aku bunuh kau puak Tempests! Aku bunuh kau! Grahhh!"

Pedang tadi ditolak pada Eryl sehingga gadis itu terundur beberapa tapak ke belakang! Tanpa membuang masa, gadis tadi berubah menjadi separuh serigala! Ngauman kuatnya bergema sehingga membingitkan telinga!

"Arhh! Weh bongok! Sudah-sudah lah tu jerit! Tak tergoda pun tahu tak?!" Marah Eryl bersama lawak bodoh yang sempat diselitkan. Weh, pekak sia telinga aku!

"Grahhh!"

NGAPPP!

Eryl menarik nafas lega apabila tanganya sempat menahan mulut sang serigala yang hampir sahaja membaham kepalanya. Gigi taring serigala itu juga lebih tajam daripada biasa dan salah satunya sudah menembusi tangan Eryl.

Sakit?

"WEH BAPAK SAKIT LAH SETAN!!!!"

Terus kakinya menghentam tubuh serigala itu sehingga merempuh dinding! Tak kira jika tadi ialah perempuan atau tidak. Sakit hawau. Tangan di kibas-kibas dan ditiup seakan kena benda panas. Matanya juga sudah berair.

"Taguna, taguna,taguna. Sakit bodoh kena gigi taring dia. Fuh, fuh, fuh. Eyy, sisik aku ni pun tak nak kasi kerjasama. Cepat lah sembuhkan! Fuh, fuh, fuh!"

"Grahhhh!"

Eryl dah tayang muka tak rela. Apahal cepat sangat datang? Sempat dia mendengus tak puas hati.

"Asehh, tak boleh ke kasi aku sembuhkan dulu tangan cantik aku ni? Mesti Akira tak suka kalau parut. Siapa lagi nak body massage dia? Kejap, ada kena mengena ke?"

Serigala tadi langsung tidak mengedahkan rungutan Eryl, malahan dia menyerang secara membuta tuli! Sifat liar dalam dirinya menguasai! Kuku yang memanjang juga digunakan untuk melibas!

SLASHHHHH!

"Shit!" Eryl memaki hamun apabila salah satu kuku serigala tadi sudah mengores panjang belakang badanya! Darah keluar dengan banyak sebelum terhenti dek sisik hitamnya.

"Sakit gila! Ini dah macam kuku naga Red dah ni! Dan baju aku koyak?!"

Matanya mencerlu tajam pada serigala gila itu.

"Berani kau koyakkan baju aku?! Tahu tak penat aku jahit sendiri! Terseksa jiwa aku tahu tak?! Kau mari sini anjing bakar! Biar aku buat kau jadi salad! Gahhh!!"

BURNNNN!!

Serigala tadi mengelak mudah serangan Eryl! Api yang mula mengelilingi langsung tiada kesan padanya! Malahan, api tersebut seakan menyerap masuk kedalam tubuh! Terbelalak mata Eryl dengan kebolehan serigala gila itu! Lebih-lebih lagi, sekarang dia seakan melihat serigala berapi!

"Matilanak. Kau boleh sedut-sedut kuasa pulak."

"Grahhhh!!"

Mata ditutup untuk menerima habuan. Namun..

DUSSHHHHH!!

Eryl terkebil-kebil. Dah mampus dah?

"Ingat apa lah yang lama sangat. Uncle lawan natang ni aje?"

Terus Eryl berpaling pada Seth yang selamba berjalan kearahnya bersama tangan di dalam saku. Kaki anak buahnya pula diselimuti ais sebelum menjalar pada serigala gila yang sudah selamat dihentam beberapa buah kiub ais sehingga pengsan.

"Kau, aku dah nak sampai part epik kut tadi." Cebik Eryl sambil bercekak pinggang. Kacau lah!

"Tak payah nak epik sangat lah. Macam lah Seth tak tahu uncle saja main aje tadi."

Lelaki berambut putih menarik sengih lebar. Memang dia main-main aje tadi. Kalau serius nanti, mahu roboh satu hotel.

"Urgh.."

Kini, mata mereka tertumpu pada gadis serigala yang sudah kembali dalam bentuk manusia. Dan..

"Uncle tutup mata."

"Rezeki mana boleh tolak. Kau pun tak tutup."

"Sedap mata memandang."

"Kan? Ni kau nak tolak?"

"Err.. Kalau tu-"

"Bahagia ya?"

Dan-dan wajah keduanya memucat. Tubuh mengeras. Perlahan-lahan badan dipalingkan kebelakang seakan robot rosak. Peluh pula sudah mendominasi seluruh tubuh.

"A-Alice. A-Arez."

Wajah Alice serta Alvarez,tidak dapat ditafsirkan. Malahan, aura membunuh keduanya membuak-buak keluar. Lebih-lebih lagi Alvarez. Satu perkataaan..

"Mampus."

"Hurm~? Alice, kau uruskan perempuan tu. Biar aku ajar sikit moral dua mahluk ni."

"Mahluk?!"

"Baik."

Tak sempat Seth dan Eryl lari, kolar baju keduanya sudah dicengkam oleh Alvarez yang tersenyum manis.

"Nak. Pergi. Mana?"

"Hahaha.. Lari?" Balas Eryl dengan sengihan manakala Seth dah buat muka rela. Tak guna nak lawan Alvarez kalau dia dah masuk mode 'garang', yang mana paling jarang nak muncul.

"Lari ek?"

"Tak boleh ek?"

LEKUKKK!

"Arghhhhhhh!!"

Nah duit raya walaupun lambat ehe. Lagi satu, nanti baca part CHARACTER. Ada fakta fasal watak dan jugk sbb kenapa Eryl takut katak hahah.😂

Enjoy♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro