Flame 13 | Beloved son

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mulut Alvarez melompong apabila menatap pemandangan dihadapannya. Sesekali tangan naik menggosok mata.

Gunung dihadapannya sudah tinggal separuh! Seakan di hancurkan dengan sesuatu! Tapi, tak mungkin lah.. Atau puak Tempests menyerang? Kena bagi tahu ayahanda!

"Gila betul."

"Abang.."

Pandangan Alvarez teralih pada Nessa yang menarik hujung bajunya. Telinga serigala sang adik, layu ke bawah manakala tangan sudah mengusap perut.

"Lapar."

"H-huh? Ah, kejap. Abang bakarkan ikan tu. Nessa duduk dengan ayahanda."

Gadis hybrid mengangguk lalu kakinya terkedek-kedek lari pada Eryl yang sudah terlentang tidur berdekatan unggun api tanpa bajunya. Segaris senyuman terukir di bibir Alvarez apabila melihat Nessa turut sama berbaring di sisi Eryl. Lengan sang ayah elok dijadikan bantal.

"Hurmmm? Oh Nessa. Hehe. Kamu comel betul hari ni! Meh sini ayah peluk."

Nesaa hanya membiarkan sahaja apabila Eryl memeluknya dengan mesra. Langsung tak hiraukan Alvarez yang membakar ikan tidak jauh daripada situ. Setelah beberapa minit, ikan yang ditangkap Eryl sudah siap untuk dimakan. Daun menjadi alas lalu dibawa pada ayah dan adiknya.

"Ikan!"

Eryl dan Alvarez tergelak dengan telatah Nessa. Comel aje! Dengan ekor yang meliuk-liuk lagi tu!

"Nessa mari sini abang suap. Tulang tu." Panggil Alvarez lalu Nessa duduk disebelahnya. Selamba aje Alvarez menyuap Nessa tanpa segan silu. Tidak sedar Eryl sudah tersengih-sengih pegang camera kecil dengan wajah yang merah.

"Cute! Cute! Cute! Cute! My children is so damn cute!" Laju jemari Eryl menangkap kemesraan dua beradik itu.

"Abang, ahh.." Ikan disua pada Alvarez.

"Hurmm? Ahh..Urm! Pandai Nessa suap abang!"

"Yeay!"

Terus Eryl buat gaya pengsan sambil memegang cameranya. Wajah sudah pasti bahagia yang amat. Kecomelan kedua-duanya berada di tahap yang lain!

"I'm dying here my children. Why both of you so damn cute?! My jantung! Arhhh! I. Can't. Take. This!" Pengsan.

"Heaven."

Blur aje Alvarez memandang Eryl yang terlebih riaksinya. Tengah makan pun nak over ke?

"Ayahanda, makan. Tak elok biar makanan terdedah macam tu. Kalau tak nak, bagi Nessa atau Arez."

Tegur Alvarez setelah sedar ayahnya langsung tak menjamah makanan. Dahinya berkerut saat Eryl memandangnya dengan riak yang sukar ditafsir. Kepala disengetkan tanda tidak mengerti.

"Kenapa? Auch! Auch! Ayahanda!"

Selamba Eryl menarik pipi kiri Alvarez dengan muka poker tanpa menghiraukan rengekkan sakit sang anak.

"Betul ke kau ni anak aku? Beradabnya.."

"H-huh?"

"Sah kau bukan anak aku."

"Apa ni ayahanda? Jangan merepek, pergi makan sana!"

Sekali lagi, selamba Eryl menarik pipi kanan Alvarez pula.

"Dah macam mak-mak lah kau ni. Relax lah."

Eryl ketawa kecil sebelum menyerabutkan rambut Alvarez. Suka melihat anaknya cemberut apabila rambut yang kemas, akhirnya serabai kerana dia. hahaha. Nessa pula senyap aje sambil mengunyah ikan yang disuapkan Alvarez. Pipi tembam!

"Ah ya. Ayahanda ada kesan apa-apa aura yang tidak kena di kawasan ni semalam?" Soal Alvarez mendapat gelengan Eryl.

"Kenapa?" Isi ikan di sumbat kedalam mulut.

"Sebab ada sebuah gunung yang dah tinggal separuh. Macam dimusnahkan oleh sesuatu."

"Uhuk!"

Tersedak terus Eryl jadinya apabila Alvarez menghambiskan kata. Badan kembali berpeluh sebelum perlahan-lahan mengalihkan pandangan ke arah lain. Alamak, jelas sangat ke? Rasanya tak lah ketara sangat dia hancurkan gunung tu.

"Ayahanda?"

"Gunung tu.. Ayahanda punya angkara."

". . . "

"Hehehe."

"Haih.. "

***

"Azure buat apa dekat sini? Bukan ke bonda dah kata  jangan masuk campur urusan mana-mana dunia?"

Tegur Red tegas pada Azure yang sudah melutut dihadapannya. Mereka kini berada di atas bangunan berdekatan dengan kejadian rompakkan tadi. Selamat lah tiada sesiapa yang merakam. Jika tidak, pasti menjadi masalah.

"Azure sesat. Lepas tu ada orang jahat. Azure tolong lah. Lagi pun tadi, Azure nampak diorang macam nak langgar aje kanak-kanak yang melintas depan sana. Jadi tak salah lah kan?" Balas Azure sambil tangan menunjuk pada sebatang lintasan zibra.

"Memang lah. Tapi tak perlu sampai jahanamkan kereta tu. Sekarang dah jadi masalah. Kalau orang sini cari kau macam mana?" Ujar Ayrez dengan mata terjegil. Jelas marah dengan perbuatanya anaknya.

"Maaf. Azure janji tak buat dah."

Azure menunduk kepala dengan riak sedih. Jari jemari elok bermain bersama. Mata pula tidak lepas daripada menjeling plastik manisan yang sudah selamat dirampas Ayrez. Ma-manisan dia..Huhu.

"Hurmm. Janji Azure tak buat dah?"

Kepala Azure terangkan dengan soalan Red. Suara ibunya yang bertukar lembut,membuatkan dia tersenyum nipis. Kepala diangguk beberapa kali.

"Janji."

Red tersenyum puas. Rambut hitam si bongsu diusap sayang sebelum melabuhkan ciuman di dahinya. Hanya Ayrez sahaja yang berwajah tak puas hati.

"Jangan manjakan dia sangat Red. Budak bertuah ni mana boleh kasi lepas macam ni aje!" Bentak Ayrez membuatkan Azure berwajah sedih. Ayrez menjegil mata.

"Tak payah sedih sangat. Ingat aku terpedaya dengan kau?"

"Azure tahu Azure salah. Azure mintak maaf ayah sebab dah jadi anak tak guna.." Mata Azure mula berkaca membuatkan Ayrez terkedu.

"Ke-kejap. Itu bukan-"

"A-Azure cuma nak tolong budak-budak tu. Azure nak buat ayah bangga. Salah ke?" Mata biru Azure yang bulat, memanah pada Ayrez yang sudah terdiam. Tangan mencengkam baju pada bahagian dada.

'J-jantung aku. Godaan a-anak syaitan!'

"A-ayah. Tak nak maafkan A-Azure?"

"I-ini tetap tak boleh dipandang sebelah mata A-Azu-"

"Azure love you, ayah.. I-I ready do."

"Faq myself and curse my bad luck! Arhh! I love you too my beloved son!!"

Red hanya mampu ketawa kecil apabila Ayrez terus memeluk Azure. Dah agak. Mesti cepat aje cair dengan muka comel si bongsu. Azure pula sudah mengangkat ibu jari padanya. Red turut sama membalas. Good job!

"Urgh..Ka-kali ni aje. Lain kali jangan buat lagi okay?" Ujar Ayrez seraya mengusap kepala Azure. Wajahnya yang merah, dihalakan pada arah lain. Azure mengangguk.

"Baik ayah."

"Kalau macam tu, aku ada hal nak cakap dengan kau ni sebenarnya."

"Hurm? Apa dia?"

Red dan Ayrez saling berpandangan lalu mengangguk.

"Bonda nak Azure tolong Alice di Angkasia. Azure tahu kan kakak tak boleh guna kuasa merentas dunia seperti kamu? Bonda risau jika ada sesuatu yang tak terjangka jadi. Sekurang-kurangnya kamu boleh bawa mereka lari ke dunia lain." Terang Red membuatkan Azure terdiam.

"Kalau boleh, aku nak kau ada dengan Alice sepanjang dia di Angkasia. Jadi buat masa ni, jangan ke mana-mana dunia. Dah tiba masanya kita menentang Tempests. Mereka dah tak boleh dibiarkan lagi." Sambung Ayrez dengan suara yang lebih tegas daripada biasa. Matanya juga tajam menatap Azure.

"Kenapa tak ayah atau Crimson sahaja yang teman dia? Kenapa mesti Azure?" Soal Azure hairan.

"Crimson sekarang ada misi yang lain. Aku dengan bonda kau juga ada misi yang lain. Kau aje yang tak ada apa-apa kan?"

Azure mendiamkan diri seketika sebelum mengangguk bersetuju. Daripada tak buat apa, baik dia tolong kakak dia.

"Kalau macam tu, Azure pergi sekarang lah." Ujar Azure lalu mengambil plastik manisannya. Headphones dipakai. Sebelah tanganya mengambil lolipop didalam plastik lalu disumbat kedalam mulut.

"Mintak diri dulu."

Badan Azure bercahaya dengan api berwarna hitam lalu hilang bagaikan debu. Nafas panjang dihela sang ayah. Lembut isterinya mengusap belakang badan.

"Awak jangan risau sangat fasal Azure dengan Alice. Mereka bukan budak-budak lagi. Saya yakin mereka tak akan apa-apa."

Red memujuk lembut seraya mengucup pipi Ayrez.

"Memang aku tak risau Red. Tapi aku cuma risau kalau-kalau 'budak' tu yang turun. Kuasa dia dah tak sama seperti dahulu. Macam mana kalau Eryl dan 'dia' bertembung? Aku tak rasa keadaan akan jadi baik." Luah Ayrez dengan pandangan gusar.

"Sebab tu kita hantar Azure bukan? Dia akan bawak mereka ke tempat yang selamat. Dah-dah. Buat masa ni, kita fokus pada kerja kita ya?"

Ayrez tersenyum nipis.

"Ya. Terima kasih Red."

"Sama-sama. Ah kejap. Awak ada bagi tahu arah tak dekat Azure untuk ke Angkasia?"

". . . "

"Haaa. . ." Red mengeluh panjang sebelum mengepal buku lima. Senyuman manis diukir membuatkan Ayrez memucat.

"Err.. Love you? Munchkin? Lovely dear wife?"

"Abang ingat akan berjaya dengan saya?"

"Tak eh? Kalau cicak gemuk? Puk puk? Sini kita puk puk? Hehehe."

"You dead."

"Gik!"

DUSSHHHHH!!

CRACKKKK!

"G'AHHHHHH!!"

Seperti jangkaan Red, Azure terkebil-kebil di ruang diantara pelbagai dunia. Kepala digaru-garu walaupun tidak gatal. Portal penghubung ,hanya mampu untuk ditenung.

"Mana arah ke Angkasia? Alaa. Macam mana boleh lupa ni?" Kek coklat yang dibeli, dikeluarkan. Sengihan terbit di bibir sambil tangan elok mencubit kek tersebut.

"Jalan-jalan sambil makan lah. Aum!"

Sedapnya!

"Hehe. I'm melting.."

***

"Nampak macam kawalan ke bandar utama agak ketat." Ujar Alvarez yang kini bersembunyi bersama Eryl dan Nessa. Setelah makan, mereka terus berjalan menuju ke bandar utama. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa lima jam, menjadi sejam sehaja. Mereka sendiri terkejut apabila kejadian itu terjadi.

Namun tidak bagi Eryl. Dia sedar, ini mungkin berpunca daripada Alvarez. Salah satu kuasa yang tidak diketahui sesiapa termasuk tuan empunya badan.

'Dah kali kedua jadi. Tak mungkin telepotasi? Tapi mungkin juga..' Eryl teringatkan buku yang pernah dibacanya. Terus kepala digeleng menidakkan.

'Mereka bukan orang yang sama. Hanya kebetulan. Rasanya aku patut tanya Ayrez. Mungkin dia ada pertunjuk.' Desis hatinya.

"Ayahanda?"

Eryl tersentak dengan panggilan Alvarez. Bibir mengukir sengih lalu pipi digaru.

"Maaf, ayahanda tak bagi tupuan pulak. Arez ada cakap apa-apa?"

"Lah.. Arez tanya, macam mana nak masuk ke bandar? Kawalan agak ketat."

"Hurmm.."

Tumpuan Eryl jatuh pada pengawal yang menjaga pintu untuk ke bandar utama Vampirina. Kemudian, matanya jatuh pula pada para tentera yang menjaga benteng.

"Kalau kita rempuh, boleh kecoh pulak nanti. Hurmm.." Eryl menyilangkan tangan didada. Otaknya ligat berfikir. Alvarez turut sama memerah idea. Namun, hampa. Tak ada.

"Ha!"

Eryl menumbuk telapak tangan bersama wajah yang ceria.

"Aku ada idea!"

"Hah?"

"Kita goda diorang, lepas tu bam! Bam! Tikam! Haa! Amacam?"

Terangkat-angkat kening Eryl bersama wajah yang bangga. Bernas! Idea dia memang bernas! Hahaha!

"Ayahanda." Alvarez senyum geram.

"Eh?"

"Diorang bukan ayahanda."

"Gik. Itu menyakitkan. Tapi aku cantik apa? " Ujar Eryl penuh yakin bersama wajah yang bersinar. Tangan naik menyisir rambut bersama kening yang diangkat beberapa kali. Bangga.

"I'm sexy babe. Heh. Tiada sesiapa mampu menolak aku. Oh yeahh. Look at this face and abs.. Grr grr. HAHAHA!"

Alvarez tekup muka.

"Ayahanda dah terlalu kritikal. Sangat kertikal."

Nessa mengikut perbuatanya.

"Kritikal. Kritikal."

"Hei!"

***

"Ariel."

Langkah Arielle termati sendiri apabila Weston menegur. Tidak sempat membalas, tubuhnya sudah selamat dirangkul. mata terkelip-kelip tidak mengerti.

Namun, sengihan nakal terukir. Tangan gatal mengusap abs si serigala sehinggalah tuan punya badan meluku kepalanya bersama mata yang terjegil. Eyy, minah ni! Pantang sungguh!

"Aww.. Gosok ciptaan tuhan tu pun tak kasi."

"Kau.. Grr. Dah senyap. Bukan sekarang nak bertekak."

"Hurm?"

"Tengok sana."

Arielle menjongket kaki untuk melihat disebalik tangan sasa Weston. Mata yang tadinya bulat, berubah tajam. Sengihan nakal, berubah sinis.

"Well, well. Lihat lah apa yang kita dapat? Tentera Tempests huh?"

Weston hanya mendiamkan diri. Matanya galak memerhati sekeliling untuk melarikan diri bersama Arielle jika para tentera tersebut membuat serangan. Tidak lama kemudian, rama-rama yang terbentuk daripada bayang, hinggap di atas bahu Arielle. Gadis itu menjeling sekilas sebelum mengalihkan pandangan pada Weston.

"Wessy, para tentera dah kepung seluruh hutan."

"Apa?" Weston mendengus sebal.

"Tak ada jalan lain ke?"

Kali ni, senyuman Arielle melebar. Perlahan-lahan mata Weston mengecil. Menatap wajah licik sahabatnya. Mesti ada sesuatu yang difikirnya.

"Apa kau fikir hah?"

"Heee.. Awak rasa?"

"Abs aku? Atau benda-benda pervert yang aku tak leh bayang."

Terus senyuman Arielle mati dan diganti dengan cebikkan. Ke situ pulak.

"Bukan lah. Masa ni mana sesuai.." Terus kepalanya diluku lagi.

"Aww..  Okey. Okey. Saya fikir benda yang elok lah. Dan yang pasti, kita tak akan berdua aje. Heh."

Keluhan terlepas daripada Weston. Dia yang tadinya memeluk Arielle, melepaskan gadis itu. Tanggan disilang ke dada. Sebelah kening terangkat.

"Apa rancangan kau?"

"Kita.." Sengaja Arielle melerek-lerekkan suara sehingga menimbulkan perasaan sebal Weston.

"Kita apa-"

"KITA REPUH!!"

BAMMMMMMM!

Tidak sempat Weston menghabiskan kata, Arielle sudah menggunakan kuasa bayangnya lalu mengucar kacirkan semua tentera Tempests! Susuk-susuk tubuh melayang di mana-mana dan ada juga yang mati di bunuh akibat tusukan tombak bayang si gadis!

"Dark butterfly, explosion!"

BOMMMMMMMMM!

BOMMMMMMMMM!

Rama-rama yang tercipta daripada bayang, meletup dahsyat! Bukan satu atau dua, malahan banyak jumlahnya! Tentera Tempests yang tidak menjangka serangan itu, kelang-kabut mahu menangkap Arielle! Namun gadis itu selamba memijak kepala mereka dan menendang sekuat hati!

BAMMMMM!

"Opss? Sakit ke? Aha! Padan muka! Hahaha!"

Weston yang melihat, sudah memicit batang hidung. Pening! Arielle lebih sadis daripada permaisuri!

Salah seorang tentera yang cuba menyerangnya daripada belakang, mati apabila terkena libasan pedang Weston . Dengusan kasar terlepas. Rasa geramnya berlipat ganda!

"Jangan kacau aku boleh tak? Kau tak nampak ke aku tengah stress dengan minah tak serupa minah ni?" Mata tertumpu pada mayat dihadapannya.

"Ah. Kau dah mati ke? Maaf tak tahu."

"Wessy!"

Weston merengus. Langsung tidak terkejut dengan sergahan itu. Wajah Arielle yang kini sudah terpalit darah, menjadi tatapan. Urgh, kena mandikan lagi minah ni.

"Apa?"

" Dah settled! Tengok! Tengok!" Kepala Weston, selamba dia pusingkan menghadap ke kiri.

"Semua mati!"

"Yeahh..? So?"

Kali ni, kepala Weston dibawa ke kanan. Terus pucat wajah lelaki itu.

"Sini tak mati." Wajah Arielle berubah sedih.

"Jadi kena lari. Sebab nampak lagi ramai lah."

Zupppp!

Jeda.

Mata Weston dan Arielle terarah pada panah yang baru sahaja hampir menjamah wajah. Mereka berbalas pandangan.

"Itu hampir."

"TANGKAP MEREKA SEKARANG!!"

Tidak berfikir dua kali, tubuh Arielle sudah selamat berada di atas bahu Weston yang kini melarikan diri daripada bala tentera Tempests! Bukan itu sahaja, sedaya upaya dia mengelak setiap serangan bersama makian. Arielle? Baik budak tu. Kasi sokongan.

"Yeay! Elak Wessy! Elak! Ini lah keseronokkan! Kalau kena, mati lah! Haha!"

"Kau perempuan sadis tahap tujuh pertala langit! Baik kau diam lah! Tak membantu!"

"Are~? Tapi saya bantu sokong awak apa?"

"Just shut the hell up!"

"Heee.. Tapi kan, sambil awak lari, awak ikut rama-rama saya tu."

Rama-rama yang dimasukkan Arielle ialah rama-rama hitam yang bertenggek dibahunya tadi. Seranga daripada kuasa bayang Arielle itu kini elok terbang ke satu arah. Serta merta Weston mengerut dahi.

"Apahal pulak?"

"Sebab kita perlukan bantuan." Arielle tersengih licik.

"Dan bantuan tu daripada putera mimpi saya. Hehe."

"Huh?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro