Flame 2 | The truth

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Who the hell are you?"

Tajam mata Eryl menatap wajah terkejut Alvarez. Cairan jernih masih keluar dari mata kirinya. Dia cuba untuk berdiri namun, rasa sakit menyengat ke seluruh badan! Hampir sahaja dia jatuh menyembah tanah kalau bukan sebab Alvarez yang pantas bertindak.

"A-Ayahanda dah sedar? Be-betul ke ni? Tapi kenapa rambut dan mata ayahanda lain?"

"Huh? Ayahanda? Sejak bila aku jadi bapak kau?"

Berkerut dahi Eryl bersama riak keliru. Dapat dia rasakan tubuh Alvarez yang mengeras seketika. Dia berdiam diri sebelum helaan nafas berat keluar dari mulutnya. Tubuh sang ayah dilabuhkan kembali diatas katil.

"Urgh. Shit. Badan aku sakit." Rungut Eryl apabila cuba meregangkan segala otot sendi. Setiap perbuatannya di perhatikan oleh Alvarez yang mengenggam buku lima. Urat jantan jelas timbul di atas lenganya.

"Ayahanda.. Tak akan tak ingat Arez?" Soalnya bersama air mata yang bertakung. Sudah lah nenda baru sahaja pergi, dan sekarang ayahanda tidak ingat fasal dia?

Dia tak boleh terima.. Dia tak mungkin boleh terima!

"Arez..?"

Eryl berhenti daripada meregangkan badannya. Kepala digeleng tanpa berfikir dua kali.

"Arez aku tak tahu.. Tapi-"

BAMMM!

Alvarez terus menumbuk dinding di sebelahnya sehingga merekah dahsyat! Mata biru kehijauanya bercahaya disebalik bayang rambut yang menutupinya. Air mata kembali merembes keluar. Dengan hati yang sakit, Alvarez terus membawa diri beredar dari kamar ayahandanya.

Dia harus bertenang. Amarah tak boleh kuasai dia.

"Siot.. Cuak aku dibuatnya. Dah lah baru bangun, kalau ditumbuknya aku, melayang."

Eryl merenung aje pada bekas tumbukan Alvarez. Seram sia. Merekah teruk. Tak sampai beberapa minit, bunyi derapan tapak kaki kedengaran. Bunyi seakan orang terkejut menyentakkan Eryl. Berkerut dahinya apabila Akira menekup muka bersama mata yang berair.

"Apahal semua nampak terkejut ni? Ada something dekat muka aku ke apa? Ke.."

Mata Eryl membulat. Tangan naik memegang pipi.

"O.M.G! Jangan cakap aku semakin kacak?!"

"ERYL!!!"

Badan Eryl dirangkul erat oleh sang isteri. Walaupun masih keliru, perlahan-lahan dia membalas pelukan wanita berambut merah. Akira menangis dan terus menangis dalam dakapan sang suami yang sangat dirinduinya. Sang suami yang sentiasa ditunggu kebangkitanya.

"Shh.. Hey. Jangan lah nangis Aki. Kau peluk aku macam aku tak jaga berpuluh tahun. By the way, lelaki dekat belakang kau ni siapa? Dan kenapa muka wanita tu macam Shiory versi muda?"

Saat itu, suasana berubah sunyi dan tegang. Akira juga sudah berhenti menangis dan perlahan-lahan meleraikan pelukanya bersama wajah tak percaya.

"Aik? Ni muka terkejut dah kenapa? Aku makin handsome en? Hehe."

"Eryl awak waras ke sekarang?"

Terus Eryl mencebik. Waras lah. Apahal pulak tak? Ada ke patut tanya soalan tu.

"Ya. Sayang. Aku waras sewaras-warasnya. Peliknya soalan.."

"Abang tak dapat cam ke wajah abang Senri dengan Shiory?" Kini, wanita yang disoal Eryl bersuara. Matanya menatap sang abang dengan wajah terkilan.

"Huh?"

Eryl bingung. Senri?

"Aku rasa.. Kita perlu bercakap dengan Heira. Mesti ada kaitan juga dengan rambut serta mata dia.." Ujar lelaki berambut salji. Wajahnya saling tak tumpah seperti Shiro namun lebih kacak.

Perlahan-lahan Akira mengangguk lalu menolak tubuh Eryl untuk berbaring. Tika itu, mata Eryl seakan memberat sebelum hilang kesedaran sekali lagi. Rambut putihnya diusap oleh sang isteri. Sayu Akira menatap wajah lena suaminya.

"Kenapa tidurkan dia balik?" Soal lelaki berambut putih salji. Mata birunya bertentang dengan mata merah Akira.

"Akak rasa.. Abang kamu perlukan masa. Jangan risau, dia tak akan tidur seperti sebelum ini. Yang hampir 70 tahun , Senri. Apa yang aka risaukan.. Macam mana kalau dia tahu mengenai bonda dan ayahandanya?" Soal Akira lemah.

"Tapi.."

"Jangan risau. Memang normal untuk Eryl jadi macam ni. Yelah, seperti yang Akira kata, dia tidur hampir 70 tahun."

Sapukkan suara feminine dimuka pintu, mengejutkan mereka. Laju mata mereka berpusat pada Heira yang tersenyum seperti selalu. Dewi Yggdrasil tersebut menghampiri Eryl lalu rambutnya diusap sedikit sebelum kembali menatap tiga susuk tubuh dihadapanya.

"Nampaknya kuasa Shiro dan Emyriel dah masuk ke dalam badan dia. Sebab tu rambut dan matanya berubah. Lebih tepat lagi, dia ada sesuatu milik orang tuanya." Terang Heira tenang lalu melabuhkan duduk di kerusi berhampiran.

"Rasanya kamu semua perlu tahu ni walaupun Alvarez dah tahu dulu." Sambung Heira. Wajahnya tidak menunjukkan gurau senda.

"Apa.. Maksud awak?" Soal Akira seraya menghampiri. Senyuman kelat terlakar di bibir Heira.

"Kesedaran Eryl.. Sebenarnya ada kaitan dengan jangka hayat Shiro dan Emyriel Ryuzaki."

"Apa?"

***

Dalam masa yang sama, Alvarez elok berada di hujung sebuah bukit sambil merenung ke lautan. Kaki di bawa ke dada. Mata pula ditutup seakan mengingati memori lampau.. Memori semasa dia bersama Shiro 10 tahun sebelum kematianya.

"Kenapa datuk nak jumpa Arez dekat sini? Dalam bilik Arez pun boleh kut." Ujar Alvarez yang berusia sekitar 60 tahun. Namun wajahnya seakan remaja 16 tahun sahaja kerana darah immortal yang melambatkan perubahan fizikalnya.

Shiro pula hanya membalas dengan senyuman kecil. Wajahnya berkedut dan rambut putihnya panjang sehingga pinggang namun kemas terikat. Berbeza dengan Alvarez.. Shiro kelihatan sangat tua. Umurnya juga hampir 100 tahun.

Kedua-dua datuk dan cucu itu elok diduduk di hujung tebing sambil memerhati matahari yang mulai terbenam. Alvarez ceria sahaja dikala tangan datuknya mengusap kepala.

"Datuk tak nak.. Bonda kamu tahu apa yang bakal datuk bagi tahu kamu.." Balas Shiro tenang. Angin bertiup dan mengalunkan rambutnya.

"Apa maksud.. Datuk?"

"Kamu tahu.. Kenapa ayahanda kamu masih belum sedar?"

Soalan dibalas soalan. Alvarez keliru namun dia hanya menggelengkan sahaja kepala.

"Ianya ada kaitan dengan kuasa dan nyawa datuk."

"Apa?"

Kini mata Alvarez membulat pada Shiro. Hatinya mulai tidak sedap.

"Tak akan kamu tak perasan Arez? Uncle kamu.. Senri. Umurnya hampir mencecah 90 tahun, namun wajahnya seakan belia bukan? Tapi cuba tengok datuk..?"

Wajah tua Shiro ditatap lama oleh Alvarez. Melihat wajah terkedu cucunya, Shiro meneruskan penjelasan yang sudah lama disimpan.

"Puak Ryuzaki.. Walaupun tak semua daripada kita memiliki darah syaitan sepenuhnya, jangka hayat kita seperti Immortal jika kita mempunyai kuasa. Dan untuk datuk.."

"Datuk dah serahkan semuanya pada ayahanda..T-termasuk nenda. Jadi maknanya datuk dan nenda.." Alvarez mengetap gigi. Takut untuk menerus bicara.

"Kami manusia sepenuhnya Alvarez. Kami manusia biasa yang tiada kuasa. Jadi jangka hayat kami macam manusia.. Cuma tulah." Shiro ketawa.

"Boleh pulak datuk hidup lebih lama. Mungkin sebab datuk 'bekas' kepada kuasa syaitan dahulu."

Kini mata Shiro jatuh pada Alvarez yang terkedu. Jelas dalam matanya, Alvarez mulai takut. Takut untuk menerima hakikat yang sangat jelas.

"J-jadi maknanya.. Da-datuk dan n-nenda.."

"Kami.. Terpaksa ucapkan selamat tinggal."

"Tak. A-Arez tak nak! Datuk dan nenda dah besarkan Arez! A-Arez tak nak hilang datuk dan Nenda!"

Terus tubuh cucunya didakap erat. Tangisan Alvarez pecah saat belakangnya diusap oleh lelaki tua itu. Kepala disembamkan diatas bahunya. Semua persaan di hamburkan tanpa segan selu.

"It's alright Arez. It's alright. Shh.."

Shiro memujuk dan memujuk cucunya. Cucu sulung yang banyak menerima kasih sayangnya dan Emyriel. Ah, mana mungkin anak ini boleh terima dengan hati yang terbuka?

"Kenapa baru sekarang datuk ceritakan pada Arez..?" Lirih sahaja Alvarez menyoal membuatkan sebak bertandang di hati tua Shiro.

"Sebab.. Arez belum bersedia."

"Tapi Arez dah lebih 50 tahun! Arez bukan budak lagi tuk.. But why? Why now?" Alvarez melepaskan pelukkan dan mata merahnya menatap wajah kelat datuknya.

"Sebab masanya sudah tiba.."

Alvarez kelu. Tangannya jatuh ke sisi. Mata membulat tak percaya. Berkaca-kaca dan mengalir tanpa dipinta.

"Wha-what?"

"Dengar Arez, apabila datuk dan nenda kamu pergi.. Jauh dari dunia ni. Ayahanda kamu akan bangkit. Waktu itu, roda takdir miliknya bakal berputar. Kesakitan , kesengsaraan, pengorbanan serta janji menjadi mainan. Ayahanda kamu, akan hadap sesuatu yang bakal memberi kesan yang mendalam dalam hidupnya. Jadi.."

Tangan Alvarez dicapai. Digenggam erat seperti mahu janjinya ditunaikan.

"Tolong. Tolong ada di sisi dia dan sokong setiap tindakannya. Dia ada sebab dia.. Dan kamu, antara orang yang boleh kekalkan kewarasan dia."

Alvarez memejam mata. Mencari kekuatan sebelum membalas genggaman datuknya.

"Arez boleh buat tu. Arez boleh tunaikan janji datuk. Tapi kenapa? Kenapa ayahanda akan sedar apabila datuk dan nenda pergi? Datuk tak rasa ke ayahanda akan berduka apabila dia sedar dan hanya akan menghadap hakikat yang menyakitkan?"

"Sebab ini adalah bayaran." Tenang Shiro membalas membuatkan Alvarez mengerut dahi.

"Bayaran?"

"Bayaran kerana mengganggu hidup dan mati. Ayahanda kamu sudah mati 60 tahun lalu. Dibunuh oleh orang yang masih dianggap saudara. Orang yang menggunakan sihir pembatalan serta menghalang kuasa kelahiran semulanya. Namun.." Tangan Shiro naik ke dada. Memegang bahagian yang terletaknya jantung.

"Datuk serahkan kehidupan serta kuasa datuk pada ayahanda kamu. Begitu juga nenda kamu. Jadi ya. Nyawa di balas nyawa."

***

"Dan sebab tu lah, apabila Shiro pergi dulu.. Kamu nampak tangan Eryl bergerak sedikit tapi tetap tidak terjaga. Dan sekarang, Emyriel sudah pergi. Jadi seluruh kesedaran dia dah kembali. Lebih tepat lagi, dia hidup." Terang Heira panjang lebar.

Mereka yang berada di bilik itu terkedu. Segaris senyuman dihadiahkan oleh sang dewi.

"Ini tak sama dengan penggunaan Golden Scale yang pernah bawak awak hidup kembali Akira. Ini, satu pengorbanan. Sesuatu yang di larang sama sekali penggunaannya dalam puak Ryuzaki.Tapi.." Kepala digeleng oleh Heira.

"Sudah tentu kedua-dua Shiro dan Emyriel tak peduli asalkan anak mereka hidup. Lebih-lebih lagi Shiro. Dia dah terlalu banyak hilang orang yang disayangi sedari kecil.."

"Jadi sebab tu.. Ayahanda hidup tak selama kami semua?" Soal Shiory bersama riak sayu.

"Ya. Kamu serta adik beradik dan sepupu kamu..Hidup lebih lama sebab memiliki kuasa Ryuzaki."

"But how about uncle Luke, aunty Lucia and the others? Kenapa semua yang seumur dengan ayahanda..Pergi juga? Mereka ada kuasa bukan?"

Heira tersenyum kelat.

"Mereka dah lama hilang kuasa.. Seperti Shiro, mereka serahkan semua kuasa mereka pada anak-anak mereka. Luke, Lucia, Lucas.. All of them! That's why.. Generasi kamu semua nampak muda daripada umur yang sepatutnya. Lagi pun.."

"They're friend." Balas Heira tenang lalu menatap sebuah foto yang tergantung didinding bilik Eryl. Kesemua mata tertumpu pada foto tersebut.

Foto yang menunjukkan Shiro serta Emyriel yang tersenyum. Di sisi mereka, Lucia, Lucas,Luke, Fuyu, Katsu serta kesemua rakan mereka tersenyum bersama dalam versi muda mereka.

"We stuck together, we die together. Let the new generation do the rest. It's time for us to retire. This is the beginning of new life and we'll watch them from afar. Itu lah.. Kata-kata Shiro sebelum dia pergi." Ujar Heira bersama mata yang tertutup.

Tika itu, dia seperti dapat melihat Shiro serta Emyriel tersenyum gembira. Dibelakang mereka, Lucas dan Lucia muncul. Begitu juga Luke dan Fuyu, sebelum lebih ramai yang muncul. Masing-masing tersenyum.

"Thanks for everything Heira. Sekarang kami boleh pergi dengan aman. Tolong.. Jagakan mereka semua ya?" Ucap Emyriel.

"Yeah. Kalau rasa nakal, ketuk aje guna lesung dekat kepala. Biar sambung sikit wayar tu dekat otak haha." Ujar Luke pula.

"Aku setuju. Tapi jangan sampai jadi biul macam Luke masa muda. Malu tujuh keturunan aku kang." Sambung Shiro dengan riak mengusik.

"Hotak lu.."

"Ah, tak nak aku ada cicit-cicit yang menggila macam kau. Nyah kau dari sini duhai syetoon!"

"Woi! Kalau aku syetoo, kau anjing!"

"Apa kau kata, babun?!"

"Mula dah." Ujar Katsu pasrah bersama kepala yang tergeleng lalu suasana disana menjadi riuh sebelum perlahan-lahan hilang ditelan cahaya. Heira hanya tersenyum dan kembali membuka matanya.

"Just leave everything to me. All of you can rest in peace now."

See? All EK character dapat happy ending haha.😂
Enjoy ♥️


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro