Flame 29 | His fearless daughter

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Someone POV

Aku tersenyum melihat wajah naif gadis dihadapan aku. Sangat polos. Sangat terbuka. Hanya sekali rentap, aku yakin rohnya akan terpisah daripada jasad.

'Dia memang tak kenal kau kan El? Kalau tak, mesti dia dah sepak terajang kita. Nampaknya wanita kau memang nak jaga imej 'ayah tersayang' pada anak kau.'

'Diam Aeldera.'

Aku melepaskan tawa apabila dia mengugut. Suaranya aku kesan risau berselit amarah. Pasti tidak menjangka akan terjumpa anaknya di sini. Dan lebih teruk, ketika aku yang take over.

Ah, apa aku peduli?

Kami dah buat perjanjian dahulu. Jika aku yang mengambil alih, dia tak boleh buat apa-apa selama tiga jam. Namun, jika di medan peperangan, aku akan mengambil alih sehingga tamat. Kalau dia ingkar, kami berdua yang akan terima akibat. Dan akibat itu lebih teruk kepada dia berbanding aku.

Heh, kau agak siapa yang banyak membunuh?

Sudah tentu aku. Eldera tak pernah bunuh sesiapa.

Okey, kecuali masa mula-mula aku bebas dan dia ambil kuasa aku. Tapi itu sahaja.

Urgh, kenapa aku bercakap tentang El sekarang? Aku nak bermain. Apa nama dia sekali lagi? Ariana? Elle?

Ah, Arielle! Nama bidadari yang El pilih dulu!

"Encik gila ke? Gelak tetiba aje.."

Mulut sama macam El? Interesting.

"Aku cuma terhibur dengan kau gadis kecil."

"Thanks for the compliment. Saya betul-betul sukakannya." Sarkastik dia menjawab bersama kepala yang ditunduk 90°.

"Kau memang tak takut kan? Pada aku.." Aku menyoal sebelum mendekatkan diri denganya. Badan direndahkan sedikit sehingga mata aku sama aras denganya. Sengihan sinis aku kekal pada wajah.

"I'm fearless bak kata Wessy. So yeah?"

Ini menyeronokkan.

"Kalau macam tu, nak ikut aku?"

"Then what? Kill me? I appreciate that offer but not yet. Saya nak kahwin dulu."

'Urgh, like mother like daughter.. Kahwin jugak utama..' Rungut El tanpa sedar. Protective much? Bruhh..

"You can get married afterlife." Aku membalas bosan. Sebelah keningnya terjongket pada aku.

"Afterlife? That's too long. Kalau saya jadi batu lepas mati, macam mana nak kahwin? I'm totally heartless."

"Aku jadi orang yang pijak kau, then kau pergi lagi satu afterlife. Simple."

"Kalau saya jadi batu dan encik jadi batu lepas tu, siapa nak pijak batu? Lagi satu, kaki tak sakit ke nanti?"

Terus aku menghambur tawa. Sebelah tangan memegang perut, sebelah lagi menekup muka.

Serius lah budak ni?

"Otak kau... Memang ada yang tak kena! Hahaha! Kau memang abnormal! Hahaha!"

"Well duhh. Orang normal tak akan cakap dengan encik sekarang."

"Truth."

Berlagak aku memandang dia yang dah guling mata ke atas.

"Dan sebab tu kau kena ikut aku."

"Mmmnn, sayangnya jawapan saya tetap sama~."

"Stubborn."

"Have you ever see yourself in the mirror?"

"Mirror? Aku cuma nampak pantulan lelaki yang berkuasa dan gagah aje."

"Euww, disgusting."

Gadis itu tersenyum bersama mata yang tertutup tanpa rasa bersalah. Sangat suci. Namun aku tahu dia sebaliknya kerana kata-kata itu.

Me? Disgusting? Dia memang berani. Heh.

"A-Arielle.."

Terus perhatian kami teralih pada seorang lelaki berambut hitam dan bertopeng.

Subject 000.

"Wow! How fancy meeting you here!"

Terus aku merangkul dia dalam pelukan tanpa sempat dia membalas. Dapat aku rasakan satu badanya bergetar. Mungkin takut, mungkin risau? Atau trauma? Ah, aku tak peduli.

Aku tak berminat nak bermain dengan dia.

Aku nak bermain dengan Arielle.

Jadi aku akan gunakan dia. Hehehe.

"Suruh dia ikut aku kalau kau.." Aku berbisik pada telinganya sambil menjeling Arielle yang jelas keliru dan mula menghampiri.

".. Dan dia nak hidup. Aku tak akan bunuh dia buat masa ni. Tapi kalau kau tak boleh buat dia ikut aku, kau tahu sendiri jawapan dia. Ini kira baik aku.." Kuku aku meruncing pada bahagian lehernya.

".. Tak bunuh kau sebab berani lari. Buat keputusan yang bijak Subject 000."

Sengihan aku melebar. Ah, aku suka bila orang takut pada aku. Lebih-lebih lagi melihat wajah mereka yang memucat dan hopeless. Aku rasa berkuasa!

"Urm.. Heinz?"

Terus aku melepaskan rangkulan dan sebelah tangan menepuk bahu 'Heinz'. Senyuman aku langsung tak sorokkan dan memberi isyarat padanya untuk mengikut rentak aku.

"Y-ya?"

"Awak okey? Dia ni siapa? Kawan awak ke sebelum di kurung?"

"L-lebih kurang. D-dia-"

"Aku tinggal di sini. Aku dan Heinz berpisah ketika dia di tangkap.." Sengaja aku sedihkan riak muka. Seakan terkenangkan perkara yang tak nak di ingati.

"Y-ya. I-itu.. Be-betul."

"Uh hu.."

Aku tahu dia masih tak percaya. Jadi aku terus menerus memberi tekanan kepada Heinz. Sengaja aku mengeluarkan auraku tanpa si gadis perasan namun tidak bagi Heinz.

"A-Arielle.. A-apa kata kau pergi jalan-jalan dengan dia? M-mungkin kita dapat sikit maklumat.."

"Hurm.. Heinz awak tergagap balik.. "

"S-sebab sejuk lah.."

"Okey.. Tapi macam mana nak pergi kalau dia pun tak kasi nama?"

"Itu.."

"Ael. Panggil aku Ael."

Terus gadis itu menatap aku. Dahinya sedikit berkerut.

"Bunyi macam nak sama dengan nama depan Aeldera.."

Kalau senyuman boleh sampai ke belakang kepala, aku rasa itu yang akan jadi dengan aku. Budak ni.. Memang tak henti bagi aku kejutan!

"Betul tak Heinz?"

Heinz memucat namun tidak berkata apa. Lebih baik dia diam macam tu. Aku tak terfikir nak dedahkan identiti aku lagi.

"So, kau on?" Sebelah tangan aku hulurkan pada Arielle. Gadis itu seakan berfikir. Matanya juga kejap-kejap menatap Heinz. Keluhan terkeluar daripada bibirnya, namun sempat dia menampar tangan aku dengan selambanya.

"I'm not interest in adult so no need to be a gentleman."

"As your wish your highness."

Aku yakin aku tak akan bosan.

***

Tepat tekaan aku.

Sengaja aku membawa Arielle ke sebuah gua yang boleh dikatakan sarang Demon dan mahluk-mahluk pelik yang aku buang.

Aku tak ada masa nak jaga benda rosak dan tak penting.

Tapi nampaknya mereka berbaloi sekarang.

Arielle boleh main dengan aku!

'Aeldera..'

'Heh. What? Angry? Relax.. Aku cuma nak main dengan dia. Boleh kan? A.Y.A.H~'

'Kau..'

Ini memang lawak. El yang buang Arielle dalam hidup dia dan jaga Sean dulu. Bukan aku. Tapi tengok lah? Sayang rupanya.

Mesti seronok kan kalau aku 'cederakan' sikit anak dia ni? Riaksi dia mesti berbaloi.

Hehehe..

"Tempat apa ni..?" Gadis itu menyoal disebelah. Mata hijau zamrud dia memerhati sekeliling.

Hurm? Tapi aku tak kesan pun rasa takut? Lebih kepada teruja.

"Kau.." Tangan aku naik sikit demi sedikit padanya. Arielle tetap tenang dengan wajah polos dan naif.

".. Memang tak takut?"

Tangan aku mendarat di rahangnya. Mata dia dan aku saling berbalas. Aku yakin dia sedar yang aku boleh patahkan leher dia sekarang..

"I told you. I'm fearless. Andddd if you want to kill me now, at least gimme the proper one tho." Senadar sahaja dia membalas dengan senyuman.

"Setakat patahkan leher, macam tak thrill sangat. Awak dah ketandusan idea ke macam mana nak bunuh orang?"

Apa yang aku boleh katakan.. Dia 'creepy' tapi dalam masa yang sama memang berani. Seakan dia memang dah bersedia untuk mati..

Macam Andrea dulu..

Urgh, lupakan. Kita tengok setakat mana 'fearless' dia.

"Nah, kenapa pulak aku nak bunuh kau? Kau kawan Heinz." Aku membalas bersama tangan yang dijauhkan. Eldera dalam otak aku dah menyumpah tapi aku buat tak tahu aje.

Macam tu lah aku rasa bila dia abaikan aku. Huh! Revenge!

"Mana lah tahu. Kut awak cemburu saya luangkan masa dengan dia.."

"I beg your pardon?" Jangan cakap dia ni..

"Awak berdua bukan lover? Yang terpisah lama sebab forbidden lov-Awww!"

"Nonsense. Apa-apa yang ada dalam otak kau memang tak betul.."

Aku ketawa melihat dia mencebik sambil mengusap dahinya akibat dijentik. Pemikiran dia memamg di luar kotak. Aku tak hairan kalau lelaki pelik boleh jatuh hati dengan kepelikan dia. Kebanyakkan novel macam tu.

'Jangan samakan novel dengan realiti Ael. Kau memang patut berhenti baca benda mengarut semua tu.'

'Pfft, dan aku mati kerana bosan? C'mon, aku baca tu pun sebab seronok tengok kebodohan manusia dalam tu.'

Aku terus berjalan ke hadapan tanpa menghiraukan parasit yang mula menyalak dalam otak aku. Mata membuat isyarat agar Arielle mengikut.

"Jom."

"Aye, aye sir."

"Pernah orang cakap kau ni yang jenis main-main?"

"Pernah orang cakap yang awak ni jengkel tahap tujuh petala langit?"

"Banyak kali."

"Itu juga jawapan saya."

Aku menggeleng kepala dengan balasan selamba dia. Sebelum sempat aku membuka mulut, muncul seekor griffin gergasi dihadapan kami.

GROUUUUU!!!

"Oh."

Yep. Aku memang dah tak terkejut kalau Arielle hanya merenung sahaja mahluk dihadapannya tanpa riak. Darah Tempests memang mengalir dalam dia sama seperti ibu bapanya.

"So princess.." Sebelah tangan aku depakan bersama badan yang direndahkan.

"Boleh mula dulu kalau nak."

"I see. Jadi awak pergunakan saya untuk bersihkan sampah gergasi? Menarik betul." Sarkastik dia membalas

"Aku tak cakap. Kau cakap. Aku cuma ajak aje. Siapa suruh ikut?"

"Oho? Saya tak rasa orang macam awak ni pelupa. Sebab tak silap saya, awak yang paksa ikut."

"Hurmm? Tak. Mana ada. Aku ajak aje. Heinz yang suruh kau ikut. So, bukan salah aku." Aku tarik sengih sehingga menampakkan taring.

"Ara, ara. Orang yang bersalah memang tak akan mengaku salah~."

"Tahu pun~."

Arielle mengguling matanya bersama tawa. Perlahan-lahan dia menghampiri griffin tersebut dengan riak angkuh sekali. Kepala serta matanya, tegak ke atas. Melawan mata garang dihadapannya.

Tangan aku silangkan didada bersama badan yang bersandar pada dinding gua. Apa yang aku akan lihat, pasti menyeronokkan. Jika tidak, aku tak perlu berlakon baik lagi.

After all, killing her must be as easy as breathing.

"Give me the best show princess."

"Your wish, my command dear weird grumpy old man."

"Aww, what a cute nickname~."

"Glad you like it."

WOSHHHHHHHH!!!

Dalam sekalip mata, rama-rama cahaya dan kegelapan mengelilinginya. Dua pasang sayap kubang itu juga muncul dibelakang badan. Sebilah sabit panjang, berada kemas dalam tanganya.

"Tengah tiru gaya grim reaper?" Soalku selamba namun Arielle langsung tak balas apa-apa. Gadis itu kekal tersenyum bersama bibir yang bergincu hitam. Mata hijaunya bercahaya terang dibawah rambut hadapanya.

"Shall we dance?"

Sehabis sahaja ayat itu, Arielle muncul dibelakang griffin dengan ayunan sabit yang sangat pantas!

SLASHHHHHHH!!

"Huuu.. No luck. Sikit aje nak kena tu." Ujarku apabila griffin mengelak disaat akhir. Hanya dua tiga bulunya sahaja yang dipotong.

GRAAAAAA!!

Pantas sang griffin mencakar Arielle dan aku tertutup sendiri mata kerana bunyi yang agak kuat.

"Awww.. Tentu sakit."

"Ara? Awak risau?"

Aku membulat mata apabila dia muncul dihadapan aku dengan keadaan terbalik. Kakinya elok bercangkung diudara seakan bergayut pada dahan pokok. Mungkin sayap dia yang membolehkan dia berada dalam keadaan begini?

"Bila dunia ni nak hancur, mungkin aku akan risau." Aku membalas malas dan mata aku sempat menangkap sebuah patung yang menjadi mangsa griffin tadi.

Butterfly Illusion? Patut lah pun. Salah satu tekni Bellvania yang agak menjengkelkan kalau kau tanya aku. Ilusi yang mereka cipta sangat 'real'.

Arielle ketawa sebelum kembali bertempur. Kakinya berlari kearah griffin dengan kelajuan yang tidak dapat ditangkap manusia biasa .

SLASHHHHHHH!!

SLASHHHHHHH!!

SLASHHHHHHH!!

SLASHHHHHHH!!

Aku bersiul apabila Arielle muncul dibelakang griffin. Dalam sekelip mata, empat bahagian tubuh griffin itu terbelah daripada jasad. Ngauman sakit bergema diseluruh tempat!

GRAAAAAAA!!

"BELUM LAGI!"

Arielle melompat ke atas sambil memusingkan sabitnya. Rama-rama kegelapan mengelilingi sabit Arielle lalu bercahaya terang.

"Dark Butterfly, poison strike!!"

BOMMMMMMMM!!

Letusan kuat terhasil akibat libasan kuat Arielle sehingga mengenai griffin tersebut. Mahluk berkepala helang itu meraung sekuat hati namun ngaumannya semakin lama semakin pelik.

Wajahnya seakan mula mencair. Tubuhnya pula mula menghakis dan menampakkan isinya. Perlahan-lahan mahluk itu mati akibat racun yang dihentamkan keatasnya.

Arielle pula aku lihat selamba sahaja bersajalan ke arah aku dengan riak yang aku tak rasa seorang gadis patut ada setelah membunuh..

Dia puas dan matanya sama seakan Alvarez Ryuzaki ketika kami bertempur.

Bloodlust.

Hehehe. Mereka memang pasangan yang menarik!

"So, mister. Ada haiwan yang saya perlu hantar berjumpa penciptanya?"

Pencipta mereka di depan kau sejujurnya.

"Well.."

Terus aku tarik dia dalam rangkulan dengan sebelah tangan membuatkan dia terkejut. Namun aku tidak mahu menerangkan kenapa..

SLASHHHHHHH!!

"Wops. Mati macam tu aje? Ini memang lebik gila." Rungut ku apabila seekor griffin yang lain muncul dibelakang Arielle tadi, mati dengan sekali libasan bayang milik aku.

"Kau okey budak kecik?"

"Saya.. Bukan budak kecik."

"Hurm.."

Terus aku melepaskan dia dan memastikan dia tidak ada luka daripada mahluk bodoh itu. Wajah terkejutnya aku tak peduli. Puas dengan keadaan dia, aku tarik senyum yang hilang tadi.

Aku tak suka mainan aku tercedera bukan sebab aku yang buat.

Aku punya, jadi aku aje boleh kasi dia luka.

"Bagus. Kau okey. Nak teruskan lagi?"

"Itu-"

SWOSHHHHH!!

Sempat aku menarik Arielle kembali apabila sebilah pedang hitam bercorak ungu, meluncur laju. Aku berbunyi tidak senang lalu memandang lahanat yang hampir mencederakan mainan aku.

"LEPASKAN DIA TAK GUNA!!"

SLASHHHHHHH!!

Kali ni, aku dan Arielle terpisah dan gadis itu selamat berada di dalam rangkulan lelaki berambut merah. Mata hijau kebiruan milik lelaki itu tajam menikam aku.

Alvarez Ryuzaki.

"Ha..Ha... HAHAHAHAHA! ALVAREZ RYUZAKI!!"

Alvarez berbunyi garang seakan naga membuatkan aku terkejut. Pedang hantunya elok terhala pada aku. Kali terakhir aku melawan dia, dirinya langsung tidak memberi aura seakan naga.

Kini?

Aku boleh nampak ada seekor dibelakangnya.

Ini ke kesan kebangkitan semula Naga Bermata Satu? Atau Eryl akhirnya mengajar Alvarez mengenai darah naga di dalam tubuhnya?

Ah, persetankan semua tu!

Yang aku pasti, Alvarez semakin kuat!

HAHAHAHA! Oh boy, hidup aku semakin menarik! Mula-mula Arielle dan kini Alvarez? Hebat! Sungguh hebat!

"A-Arez?"

"Shh. Kau diam aje Arielle. Aku tak akan bagi kau pada dia sekali lagi." Bisik Alvarez tanpa mengalihkan pandanganya pada aku. Dapat aku lihat wajah gadis itu merah.

Geez, itu menjengkelkan. Aku tak suka tengok benda ni. Blekhh..

"Aku agak Heinz kasi tahu kau fasal ni betul?" Soalku bosan sambil kedua-dua belah tangan berada didalam kocet seluar.

"Sebab dia tak bodoh nak biarkan kawan sendiri dalam cengkaman jahanam macam kau." Alvarez membalas garang. Bloodlustnya juga dapat aku rasakan. Marah? Geram? Risau?

Huh, manusia dengan perasaan mereka.

"Tapi aku tak buat apa-apa okey? Kalau luka-luka sikit tu salahkan griffin tadi. Ah, tapi dia dah mati. Jadi tak payah kut kau marah?"

Betul apa aku cakap? Aku tak buat apa kat dia.

"Kalau kau tak percaya, tanya lah dia."

"Betul lah tu."

"Arielle?"

Arielle tersenyum tipis. Tanganya mengusap lembut dada bidang lelaki itu, seakan cuba menenangkan dirinya yang jelas hampir meletus dengan perasaan marah.

"Dia tak buat apa-apa dekat saya selain jadi orang yang jengkel..."

"That's my specialty, thank you." Aku menyampuk selamba mendapat cerluan tajam Alvarez. Terus kedua-dua belah tangan aku angkat bersama tawa.

"Saya baik sahaja, Arez. Awak tenang ya?" Pujuknya lagi.

"You better be. Aku dah terfikir nak kasi dia makan bebola mata sendiri."

"Aww, how scary." Ejek ku apabila jengkel aku bertambah ketika melihat Arielle memujuk Alvarez.

"Well, aku dah bosan. Aku gerak dulu lah. Tak ada niat nak lawan. Bye."

Terus aku beredar kedalam bayang tanpa sempat mereka memanggil. Semlat juga aku lihat beberapa mahluk pelik muncul dibelakang Alvarez.

Aku harap mereka selamat keluar daripada sarang tu hahaha.

Ahh, aku dah berhibur. Sekarang untuk berkerja.

"Tuanku."

Aku tersengih apabila sudah sampai ke sebuah kem tentera. Baju aku buka sehingga menampakkan segala tatu dibadan.

"Kita tukar rancangan. Sasarkan serangan ke kawasan lain." Arah ku pada Panglima perang aku. Wajah terkejut mereka jelas terpapar.

"Tapi tuanku.."

"Cuba lah ingkar kalau tak sabar nak jumpa pencipta kau. Hahaha."

"B-baik tuanku."

Aku menyeragai. Kesemua Panglima menyuruh para askar mereka mengalih posisi. Mata aku pula sempat menjeling tempat yang sepatutnya menjadi medan peperangan. Tangan bersilang di dada.

"Alvarez. Subject 000. Eryl. Heh. Kau semua patut berterima kasih pada Arielle sebab dah hiburkan aku. Kalau tak, mati kalian hari ni."

"Tuanku!"

Dan kaki aku melangkah ke arah jalan berdarah yang baru.

"Mari beri kejutan pada musuh kita."

***

Dalam masa yang sama..

"Wes, kamu okey?"

Weston mengangguk sambil mengelap darah pada pipinya. Dia dan Eryl terselamat daripada serangan mengejut tadi. Semuanya kerana Eryl sempat membuat dinding ais kegelapan disekeliling mereka.

"Okey. Uncle?"

"Jangan risau.." Mata Eryl teralih pada Koharu dan Nicolas yang berada di bawah tangan naganya. Kedua-duanya jelas cuba melepaskan diri namun tiada guna .

"Arahkan orang-orang kau berdua berhenti daripada menyerang. Kita perlu berbincang." Eryl mengarah namun tidak terlalu keras.

"Dan kenapa pula kami perlu dengar kata-kata kau?!" Nicolas membalas garang.

Sakit. Itu apa yang Eryl rasa. Seakan dikhianati. Namun, dia tahu Nicolas yang ini bukan Nicolas yang dia kenal. Begitu juga Koharu.

Reborn atau lahir kembali. Kedua-duanya adalah kelahiran semula rakan baik Adrea yang mati ditangan Berry.

"Fate really love to play with my feeling.. How lucky." Sarkastik Eryl pada dirinya sendiri.

Perasan akan dilema yang Eryl lalui, Weston mengeluh panjang. Serigala itu menghampiri dua manusia dibawah kaki Eryl sambil berjaga-jaga dengan puluhan manusia yang mengacukan senjata pada dia dan Eryl.

"Dengar, kami bukan Tempests. Kami hanya pengembara dan musuh kepada Tempests juga." Ujar Weston tegas.

"Apa buktinya?" Koharu menyoal. Matanya garang berbalas pandangan bersama Eryl.

"Mata dia."

Kini kesemua mereka teralih pada mata buta Eryl.

"Angkara Tempests. Dan sebab dia ke sini juga untuk mencari seseorang. Aku tahu itu tak cukup. Tapi sekurangnya tolong lah percaya kami bukan musuh!" Balas Weston.

"Dan kau semua fikir aku akan biarkan kau semua hidup sekarang? Kau semua mesti sedar aku lebih berkuasa." Eryl mencerlukan matanya dengan garang. Sayapnya melebar menandakan kekuasaannya.

Koharu dan Nicolas terdiam. Masing-masing saling berbalas pandangan. Ragu-ragu.

"Turunkan senjata." Arah Nicolas.

Tidak membantah. Terus kesemua senjata di turunkan. Apabila sudah pasti tiada ancaman, Eryl mengangkat tanganya dan membiarkan dua pasangan itu bangkit.

"Jadi-"

"KOHARU-SAMA! NICOLAS-SAMA!"

Kini kesemua mata teralih pada seorang lelaki. Termengah-mengah bersama tubuh yang bergetar.

"T-Tempests..!"

Lelaki itu menarik nafas panjang.

"TEMPESTS UNDUR DIRI DAN SEKARANG SASARAN MEREKA BERALIH PADA PUAK ELF DI BAHAGIAN SELATAN!!"

Nicolas serta Koharu tergamam.

"Apa?"

Evil POV!! Now korang semua faham apa yang Aeldera fikir right? Yep. For him, manusia or orang yang tarik minat dia hanya sekadar mainan. Nothing more nothing less. Sure, he's a devil but well, his personality like a man-child😂😂

Or not? Hahaha😂.

Pada sesiapa yang terjangkakan Aeldera, yeah. That's him😂. Idk, tak best lah kalau Arielle jumpa Eldera awal sangt and tahu benda yg sebenar. 🤣

Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro