Flame 8 | Obvious

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mata merahnya melilau ke sekeliling. Nafasnya kencang. Badan pula sudah selamat di hujani peluh. Ada juga yang bergayut di dagu. Mata dikelip beberapa kali sebelum cuba menstabilkan pernafasan.

"Apa lah bangang sangat askar Tempests ni. Dah buat jahat tak nak pulak mintak maaf. Kan dah mati." Sengihnya sebelum kembali memerhati sekeliling.

Dia dan ahli kumpulanya kini elok dikejar oleh askar Tempests sebaik sahaja keluar daripada restoran. Sebab malas mahu memanjangkan masalah, mereka mengambil keputusan untuk lari sahaja kemudian terpisah.

Apabila sudah pasti semuanya selamat, gajet empat segi dikeluarkan. Teknologi penghubung yang masih wujud itu berjaya diselamatkan oleh Heira dan banyak digunakan di Yggdrasil.

Di Angkasia sekarang, hanya mereka yang berpangkat Jeneral atau orang-orang ternama sahaja yang mampu menggunakannya. Rakyat jelata pula tidak dibenarkan atas sebab dia sendiri tidak pasti. Tapi daripada maklumat Ayrez, semuanya kerana 'pemerintah' mahu mengelakkan pencerobohan teknologi atau maklumat walaupun Eryl rasa ianya hanya kemungkinan kecil.

Tapi ini 'dia' bukan? Kemungkinan kecil juga diambil kira olehnya.

Kepala sempat digeleng. Begitu sekali Puak Tempests mengawal dunia sehingga benda kecil sebegini memiliki peraturan. Gila. Dunia ni bebetul dah gila.

"Arez. Kamu dengan yang lain bagaimana?" Soal Eryl apabila talian bersambung.

"Ah, Arez baik sahaja. Tapi terpisah dengan dua lagi."

"Wha.. Dalam banyak-banyak yang terpisah, anjing dengan kucing tu jugak? Haiih.." Keluhnya seraya memicit batang hidung. Pening! Baru lima hari bersama dua anak buahnya itu, dia dah boleh kenal perangai memasing! Keras kepala! Ego melangit!

"Maaf." Pohon anaknya dengan rasa serba salah. Eryl sengih.

"Tak apalah. Kita cari mereka sekarang sebelum ke Kerajaan Vampirina. Tak silap aku kita dah hampir." Ujarnya lalu mata terhala pada kawasan sekeliling.

"Betul lah tu. Arez dah ada di sempadan kerajaan ni."

"Apa?! Bagaimana.."

"Tak tahu. Arez lari aje tadi. Sedar-sedar dah sampai sempadan."

Eryl terdiam. Kata-kata Akira mula bermain dalam fikiranya.

"Awak jangan pelik kalau Arez ada disesebuah tempat tanpa sedar atau pergerakkannya lebih laju dari normal."

"Kenapa?"

"Dia istimewa dan dia langsung tak tahu fasal ni."

Nampaknya 'keistimewaan' Alvarez dah muncul. Daripada apa yang Akira cerita, kuasa Alvarez masih lagi 'unknown' kecuali kuasa api kegelapan yang diwarisi darinya. Hanya Shiro sahaja yang tahu. Itupun tidak penah dikongsi. Alasannya, akan diketahui nanti.

"Ayahanda?"

"Huh? Ah. Ya. Kau tunggu aje dekat sana. Send lokasi. Nanti aku dan dua ekor tu datang."

"Baik." Talian terputus.

Eryl gelak kecil.

"Apalah orang tua tu punya fikiran. Ada sahaja rahsianya walaupun dah tak ada. Suka tengok aku tercari-cari ya?" Soalnya pada diri sendiri. Sengihan masih bergayut di bibir.

BOMMMM!!!

Kini mata Eryl terhala pada letupan kuat yang berada tidak jauh daripadanya. Sengihanya melebar apabila naga seakan tengkorak berapi terbang sambil menghembuskan nafasanya. Satu figura juga elok berada di atas badanya dan langsung tidak terjejas dengan api pada badan naga tersebut.

"Ghost Dragon? Menarik! Betul lah dia ni anak Ayrez, hahaha."

***

BAMMMMM!

BAMMMMM!

"Rouur!!!"

SLASHHHHH!!!

Libasan ekor daripada naga tengkorak itu, menghemtam tubuh para askar yang mara. Semburan api berselit kilat menghancurkan separuh bandar! Namun, askar-askar Tempests tetap juga menyerang secara bertali arus!

"Bangang lah! Mampus aje lah!"

BAMMMMM!

Seth menyumpah saranah seraya menghentam kesemua askar Tempests yang menyerang mereka tanpa henti! Bukannya mereka tidak boleh menang, tapi askar Tempests bukan semuanya manusia! Ada yang seperti mahluk-mahluk pelik bertaring. Dan ada juga yang bersayap!

"Seth!"

Seth yang baru sahaja mahu berpaling, terus melayang menghentam bangunan apabila satu serangan mengenai tubuhnya! Dia mendengus seraya menjerit geram!

"Sakit lah lahanat! Nak bunuh aku pun bermaruah lah sikit!" Tengkingnya lalu melompat keluar dari tempat hempasan! Serentak dengan itu, ais kegelapan terus menyeliputi separuh kawasan!

"Makan ni!"

BAMMMMM!

Kaki menghentak tanah lalu bongkah-bongkah ais terus terbentuk seakan bilah tombak! Bilah-bilah itu naik daripada tanah kakinya berpijak dan menikam semua askar yang mengganggu Alice!

BRAMMM!

BRAMMMM!

"Arggghhhhhh!"

Jeritan kesakitan itu langsung tidak dipedulikan. Alice yang sudah kembali dalam bentuk manusia, terus disambar dan di bawa ke atas bahunya. Merah padam wajah Alice dengan aksi selamba Seth.

"B-b-bodoh! Kau pahal angkat aku?!"

"Kira baik aku tak angkat kau kepala kebawah lah! Kau gila nak lama-lama dekat sana? Kalau Jeneral Kerajaan ni turun macam mana? Kita tak tahu kuat mana Sean tu!"

"Tapi-"

"Arhh! Banyak cakap lah kau!"

Terus posisi bertukar dan kali ni Seth mencempung tubuh gadis itu. Semakin merah Alice seakan warna rambutnya sendiri. Hanya Seth yang tidak sedar dan terus berlari sehingga lah laluannya disekat oleh askar Tempests yang muncul dari pelbagai arah! Matanya terbeliak tak percaya!

"Bagaimana..?!"

"Mampus kau budak jahanam!!"

BOMMMMM!

Seth terus membuat pelindung daripada ais saat serangan daripada pelbagai arah dilancarkan! Bumi tempat kakinya berpijak bergegar hebat dan pelindungnya semakin merekah! Gigi digetap geram dan otaknya ligat berfikir.

Diorang ni askar elit ke apa?!

"Biar aku lawan mereka guna naga aku Seth!" Arah Alice tetapi mendapat pandangan tajam daripada Seth sahaja.

"Kau tak nampak ke kau buta hah? Mereka ada Slayer sekarang! Apa gunannya kau bertukar jadi naga kalau akhirnya tak boleh buat apa?"

Terus Alice terdiam. Slayer, satu jaringan besi yang bahaya kerana boleh membunuh puak Dragon-shifter sepertinya. Sekali terperangkap, kuasa akan disedut keluar dan naga tersebut akan mati perlahan-lahan. Dan Slayer ini tercipta angkara seorang pembelot daripada golongan Immortal Ghost sendiri!

"Celaka Kiyo." Sumpahnya pada satu nama. Nama yang paling dibenci. Nama yang mencipta Slayer. Pembelot! Disebabkan jahanam tu, rahsia kelemahan puaknya sudah diketahui!

"Tak payah lah marah si mangkuk ayun tu. Bukan boleh buat apa pun. Pikir dia aje dah buat aku meluat." Ujar Seth dan matanya kekal mencari peluag untuk melarikan diri namun hampa.

"Shit." Sumpahnya dan dahinya mula berpeluh. Serangan bertali arus tanpa henti daripada musuh jelas menyesakkan dadanya. Kalau dia seorang tak apa, ni Alice?

Nanti dulu..

"Aha. Aku rasa kita kena buat kerja gila."

"Huh?"

Sengihan penuh muslihat milik Seth mengundang rasa keliru Alice. Lebih mencurigakan apabila lelaki itu menjongket kedua-dua keningnya dengan wajah jerk.

"Apa kau fikir setan.." desis Alice dengan perasaan tidak enak.

Muka ni.. Dia ada niat buruk. Pasti.

"Hee.. Alang-alang kau panggil aku setan, meh aku jadi setan!"

"Apa kau fi-ARHHHHHHHHHHHHHHH!!!"

Tidak sempat untuk menyudahkan kalam, tubuh Alice terus dihumban ke atas menjadikan sasaran musuh teralih padanya! Kelang-kabut gadis itu mengelak setiap serangan di udara! Bedilan peluru serta serangan sihir dielak bersama makian!

"Bab(e) punya Seth! Anak [BEEP][BEEP][BEEP]! Bongok tak kena tempat! Aku [BEEP][BEEP][BEEP] anjing makan! Lepas tu [BEEP][BEEP][BEEP]! Arhhhh!!!"

Seth di bawah hanya tersengih dengan makian yang diterima. Aura ditingkatkan lalu tombak yang berbalut kain kasa tebal, akhirnya digunakan lalu dilibas pada musuh! Mereka yang leka menumpukan perhatian pada Alice menemui ajal di hujung bilah senjatanya!

"Hiarghhhhh!!!"

ZARPPPPPPPPP!!

Kesemua askar Tempests terbeliak mata apabila kepala rakan-rakan mereka melayang di udara! Tidak cukup dengan itu, sambaran kilat secara tiba-tiba dilangit mematikan hampir separuh askar tersebut!

ZAAAAAZZZSSSSSS!!!!

"JANGAN INGAT AKU PEREMPUAN AKU BAGI BELAS LAH CELAKA!"

BOMMMMMMMMM!!!

Seth melompat naik ke atas salah satu bangunan apabila Alice menghentam semua askar yang tersisa dengan kilat merahnya. Sempat dia bersiul apabila gadis itu mendarat. Rambut merahnya juga seakan naik ke atas dan caa-cas elektrik berpusing disekitar tubuh. Mata ungunya mencerlu tajam pada Seth seakan mahu membaham!

"Jahanam kau Seth! Kau buat aku jadi umpan kan?!" Marahnya bersama penumbuk yang dikepal. Seth buat muka bosan.

"Dah terang lagi bersuluh, sudah gaharu cendana pula. Memang lah kau umpan. Habis apa?"

"Mampus kau hari ni! Memang mampus!"

ZRASSHHHHH!

Seth mengelak di saat akhir apabila dirinya hampir sahaja disambar kilat merah milik Alice! Matanya butang pada si gadis yang sudah tersengih kemenangan.

"Woi kau nak bunuh aku ke apa tadi?!"

"Lahh, dah terang lagi bersuluh, sudah gaharu cendana pula. Habis apa?" Sengaja Alice memuntahkan balik kata-kata Seth membuatkan lelaki itu terdiam. Sedikit demi sedikit, senyuman ngeri terbentuk di bibir Seth bersama urat bengang.

"Kau memang nak mati sundal!"

"Kau pun sama aje lah sial!"

BOOOOMMMM!!

Eryl yang baru tiba di kawasan itu, tergamam dengan pertengkaran dua sahabat itu. Lebih membuatkan dia sakit kepala,apabila mereka bertarung sehingga tidak sedar mereka juga telah 'menyapu' semua askar disekitar.

"Aku rasa kalau diorang ada kerjasama, mesti kuat ni. "

Kemudian mata Eryl menangkap satu perbuatan seorang askar. Dia mengacukan sebuah laser pada Seth tanpa disedari pemuda itu! Sengihan terbit bersama mata yang bulat lalu..

"Mampus lah kau budak jahanam!"

BURRRRNNNNNNNNN!!!

Asap hitam memenuhi ruang udara. Api kegelapan menjulang naik! Seth dan Alice tergamam. Eryl hanya sengih sahaja lalu tangan yang mengeluarkan semburan api kegelapan tadi ditarik dan selamba dimasukkan kedalam poket. Sempat dia bersiul pada kedua-dua anak buahnya yang jelas beriak dungu.

"Haa tunggu apa lagi? Nak aku bentang karpet merah ke apa baru nak jalan? Ayuh!" Laungnya kuat menyentakkan keduanya.

"Baik!"

Seth dan Alice pantas berlari mengikut Eryl. Tidak jauh daripada mereka, para askar Tempests kembali mengejar! Eryl dah geleng kepala.

"Berapa banyak lah puak ni dah membiak. Kita habiskan 10 datang pulak 100." Rungutnya namun diteruskan larian. Sampai di sebuah lorong, mereka membeluk namun..

"Mereka disini!"

Terus Eryl melancarkan serangan! Tapak kakinya yang berapi, berjaya hinggap di atas dada musuhnya sebelum naik menghentam dagu! Tidak cukup dengan itu, rakannya yang mara dihentak dengan siku lalu di ikuti dengan bantingan tubuh! Semuanya berlaku dengan pantas tanpa sempat Seth atau Alice mencerna!

"Hebat gila Uncle." Puji Seth bersama mata yang membulat. Alice turut bersetuju.

"Jangan puji lebih-lebih. Aku tahu aku hebat. Kamu berdua aje lambat. Almaklum lah proses persenyawaan kamu berdua lambat masa tu. Terlepas banyak benda. Hahaha. Lemah duh bapak korang." Kutuk Eryl sebelum kembali mara.

Dan-dan wajah Seth dan Alice beriak menyampah dan jengkel.

"Aku tarik balik. Dia hebat bila miang tu tak keluar."

"Untuk pertama kali dalam hidup aku, aku setuju dengan kau jantan tak guna."

"Kau diam perempuan rambut tomato basi."

Dan mereka berdua pun membuka langkah tempur. Ais dan kilat saling bersambung  di ikuti dengan api kegelapan!

***

"Arhhh! Mereka terlalu ramai!" Rungut Alice apabila mereka semakin terhimpit! Kini, tubuh ketiga-tiga mereka bertemu. Masing-masing sudah di basahi peluh! Para askar Tempests pula semakin ramai!

"Askar Tempests ni memang tak boleh gila lagi ke? Lepas satu, dua pula yang muncul! Macam diorang ni tak ada kesudahan!" Kata Seth sebelum membekukan askar dihadapanya. Namun, aisnya dipecahkan dengan mudah dan dia kembali diasak!

"Uncle macam mana ni?!"

Eryl hanya tersengih sahaja. Dia juga sudah dibasahi peluh dan darah musuh. Dia sebolehnya tak nak guna kuasa kecuali waktu tertentu. Sekadar aura sahaja sudah cukup buat masa ni. Jika tidak, sama ada badannya atau Alice dan Seth yang terima padah.

Entah kenapa dia rasa nak gelak.

"Eldera, tak sangka kau dah pandai nak susahkan aku dengan lebih teruk. Aku kagum sahabat. Askar kau berjaya buat aku jengkel." Ujarnya pada diri sendiri.

"Fikir Eryl, fikir."

Tak lama, mata Eryl ternampak satu serangan yang boleh menamatkan riwayat Seth! Matanya terbelalak dan suaranya melaung..

"SETH!!"

SLASSHHHHHHHHHHH!

Memandangkan anda semua mengenali saya.. Tunggu minggu depan 😂Atau hari raya k? 

Enjoy ♥️

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro