Part 2

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Kenapa tak tanya Zal dulu?"

"Sebab Ibu tahu Zal mesti akan tolak daripada awal. Tolong ya, Zal. Ibu faham ini soal perasaan Zal tapi Abang Ren yang carikan ni semua."

"So Ibu tahu perasaan Zal tapi Ibu tetap proceed without even thinking about my feeling? Is that what you are trying to say?"

"Ibu faham, Zal. Ibu pun nak yang terbaik saja untuk Zal. Tapi Abang Ren tak faham. Ibu pun tak tahu nak cakap macam mana lagi kat dia."

"Then don't. Ibu jangan kata yang Ibu faham dan cuba terima Zal sedangkan dalam hati Ibu tu, Ibu masih tak boleh terima. Jangan jadi hipokritlah, Ibu."

"Tas tangan saya yang macam sling bag tu. Bapak warung bakso itu tadi kata, kamu ada ambil."

"Ya iya kalau benar. Tasnya warna apa?"

"Merah. Tapi kat zipnya itu warna hitam."

"Besar mana?"

Aku membentukkannya menggunakan bahasa tubuh. Dia ketawa sedikit.

"Ya, benarlah itu. Ada sini." Dia mengeluarkan beg itu sebelum diserahkan kepadaku. Aku mengambil beg itu pantas. "Tadi kamu ketinggalan tasnya. Aku liat di dalamnya punya paspor jadi aku ambil aja. Maaf ya."

"Thank you, Mas..." Aku mengeluarkan sekeping not 50000 Rupiah dari dalam beg. "Ambillah ini."

"Enggak perlulah. Saya itu cuman nolong. Bimbang kalau tasnya itu diambil orang lain."

"Eh tak apalah. Saya terhutang budi pada kamu."

Dia nampak keberatan sebelum menggeleng. "Enggak usahlah. Saya ikhlas loh, Om."

"Kalau macam tu, saya mau es jeruk satu. Bisa enggak."

Dia senyum sedikit. "Kalau itu bisa aja. Bentar ya."

Dia menghulurkan kerusi untuk aku duduk sebelum dia mula membancuh es jeruk untuk aku.

"Om dari Malaysia ya?"

"Ya."

"Dimana Malaysia? KL?"

Aku mengangguk.

"Saya pernah ke sana dulu. Nyaman ya di sana itu."

Aku tersenyum kecil sahaja

"Om jangan sewenangnya ninggalin barang ya. Di Jakarta ini enggak sama kayak di KL. Orang-orang sini itu gila. Kita semua ini berbunuh demi uang, Om."

Aku angguk sahaja.

"Om ke sini liburan atau atas urusan kerja?"

"Bisa enggak kalau jangan panggil saya Om? Saya muda lagi. Rasanya lebih kurang kamu saja."

Pemuda itu ketawa kecil. "Maaf ya. Panggilan itu hanya sekadar hormat aja. Terus, soalan saya tadi. Liburan atau kerjaan?"

"Liburan maybe?"

"Kok ada mungkin. Emangnya masih enggak tahu untuk kerja atau libur."

Aku senyum sahaja. Selepas selesai, dia menghulurkan kepadaku es jeruk yang sudah siap dibancuh. Aku mencicip sedikit. Manis sedap sahaja.

"Nyaman gak?" Dia bertanya.

Aku mengangguk sahaja.

"Langsung kemana besok? Udah punya rencana?"

Aku menggeleng.

"Museum Nasional Indonesia? Kota Tua? Masjid Istiqlal? Udah pergi?"

Aku menggeleng.

"Gelora Bung Karno? Istora Senayan? Monas?"

Aku menggeleng lagi.

"Loh, sudah berapa hari di sini?"

"Semalam sampai. Belum sempat kemana-mana."

"Oh, ada teman atau tour guide?"

Sekali lagi aku menggeleng.

"Hmm, jangan risau, saya enggak ada niat jahat. Kalau Om, maksud saya, Mas mau, saya bisa bawa tour Jakarta. Gratis lagi."

Aku memandang dia atas bawah. Ini Jakarta. Belum tentu dia ini baik orangnya. Aku kena sedikit paranoid.

"Tapi saya itu ngerti kalau Mas enggak mau. Jadinya, biarin saya beritahu apa yang menarik di sini. Kalau mau cari kado atau oleh-oleh, bisanya pamit ke Sarinah atau Thamrin City. Di situ, banyak yang murah. Kalau cuman mau lawat wisata yang ada, yah bisa aja ke Kota Tua atau Museum Nasional. Masjid Istiqlal juga bisa."

Aku mendengar tekun semua tempat yang dia ceritakan. Dalam gaya dia bercerita, memang ada karisma. Dengan setiap ceritanya itu ada selingan. Sememangnya menarik hati.

"Ginilah, Mas ambil nombor hape saya. Kalau ada apa-apa, langsung hubungi aja. Bisa guna WhatsApp bukan di sini?"

Aku mengangguk.

Aku melepak dengannya hampir setengah jam sehingga aku dengar guruh mula berdentum di langit. Aku mula resah bagaimana hendak pulang.

"Udah pesen Gojeknya?"

"Belum lagi."

"Ada baiknya dipesannya sekarang. Bimbang nanti hujannya mulai turun nanti, tarifnya naik langsung lagi susah mau dapat ojolnya."

Aku pun pesan GrabRide melalui Grab. Motor yang aku pesan itu sampai tak lama selepas itu. Semasa aku sedang berjalan ke arah motor itu, hujan mulai turun dengan renyai.

"Sampai nanti ya!" Dia menjerit kepadaku.

"Baik!" Aku menjerit kepadanya semula.

Betul kata dia, hujan turun bukan main lebat lagi. Mujurlah aku diberikan baju hujan plastik oleh rider Grab ini jadi tak adalah kebasahan sangat aku ketika itu.

Aku sampai di hotel dalam keadaan basah lencun.

Aku kemudiannya mandi dan bersedia untuk tidur.

Sebelum aku hampir terlena, aku tergerak hati untuk melihat nombor dia yang aku sudah save tadi.

Dia save nombornya sebagai Pras sahaja. Peras ugut mungkin?

Pras apa agaknya eh?

Prasatyo?

Prasarana?

Prasan?

Tak baiknya aku buat gelak nama orang tu.

Tapi adakah aku akan mesej dia sepanjang aku berada di Jakarta ini? Oh tidak sama sekali. Aku masih tak berapa percayakan dia. Mahu dirompaknya aku nanti kalau aku pergi jumpa dia sekali lagi, tak ke naya namanya tu. Takde pasal cari pasal.

Cumanya, dianya memang kacak. Memang parasnya macam tak sesuai dia meniaga di situ. Di situ semuanya kulit gelap sedikit tapi dianya cerah. Bajunya juga kelihatan lebih kemas berbanding yang lain.

Mungkin sudah ada isteri yang menjaga pemakaiannya.

Berangan sajalah. Mana tahu sangkut seorang mamat Indon bawak balik kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro