24 ☆゚.*・。゚beautiful thinking

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

I cannot resist.akibatnya kembali editing on the phone HAHAHA

__________



EUNOIA;  beautiful thinking, a well mind


"Mr. Eshan."

Eshan cuma senyum dan mengangguk. "Mr. Zill ada?"

Seri, PA Cassiel senyum, "Ada. Dia free."

Eshan angguk dan terus melangkah. Ditolak pintu, dijenguk kepala. Nampak Cassiel tengah tengok news. "Woi..."

Cassiel angkat muka.Senyuman lebar terus yang menghiasi muka Cassiel. Sambil lalu, ditekan off pada remote controller. LCD Samsung itu kembali gelap, Eshan senyum sambil melangkah masuk.

Cassiel dah berdiri dengan kedua tangan didepa, gaya menyambut Eshan terus dengan pelukannya. "Waaahhh... Eshan Qaiser. My brother-in-law haaa..." Eshan dah ketawa tapi turut dipeluk badan Cassiel.

"Iya.... abang iparku. Aku redah jammed memang semata untuk kau." Eshan tepuk-tepuk kuat pada belakang Cassiel. Cassiel dah ketawa sama sambil meleraikan pelukan. Cassiel dan Eshan sama-sama duduk di set sofa kulit.

"Apa dia?" Eshan buka suara terus. Cassiel diam kejap. Dan Cassiel menceritakan berkenaan Hessa selepas lama disiasat dan dijejaki oleh keluarga. Eshan terdiam terus mendengarkan semua itu. Eshan tersandar dan hanya memandang meja kaca di depan. Cassiel tengok reaksi muka Eshan. Eshan mengeluh dan disapu muka dengan kedua tapak tangan. Cassiel diam cuma.

"Wot a shit..." Eshan mengeluh perlahan. Eshan angkat muka dan pandang Cassiel. "Thanks... sebab kau told details. Tapi... kau jangan risau. Aku tak kisah cerita baru ni, dia still Rania Hessa; a girl that I lied my heart on. Aku ada untuk dia. I promise you that." Eshan senyum pada Cassiel.

Cassiel senyum sama. "Cuma ni lah... daddy aku suruh rahsia, biar kita je tahu. Jangan Rania tahu. Tapi mommy aku nak dia tahu, awal. Daripada dia tahu in future, nanti ada lagi benda yang tak disangka ke? Tu kata mommy lah. Kau rasa macam mana?" Cassiel pandang Eshan.

Eshan diam lama. "Pada aku... jangan bagitau dia. Aku dah nak kahwin dengan dia. At least, biar lepas aku kahwin dengan dia. Jangan sekarang lagi. Sebab dia so much fragile, dia ragu-ragu lagi. Biar... aku dengan dia dulu. Secret is a cancer. But... for the sake of her, let it still in the chest. The secret to having it all is knowing you already do. Biar aku... yang bagitau pada dia."

Mendengarkan kata-kata Eshan, Cassiel mengangguk-angguk setuju. Lagipun, Eshan merupakan spouse to-be, spouse in life pada Rania sekarang. Eshan tahu how to handle, Eshan je insan yang dilihat boleh diterima Rania luar dan dalam. Jadi Cassiel serahkan hal ini pada Eshan. "Okay... aku pujuk mommy aku, so that dia tak buka suara." Eshan ketawa kecil, Cassiel turut ketawa lepas.

Cassiel diam, tengok muka Eshan yang termenung. "Kau fikir apa?" Eshan senyum dan menggeleng, "Nuffin'. Just... kisah dia. Aku tak sangka. Western punya ideologi of social behaviour memang too wide, many negative seek for us the eastern. Cuma... dia... sampai dibuang ke Malaysia, sebab hal turun temurun. Macam... how could a mother, put all the blames to her child? Even in her tummy, the child tak tau apa. Just... god. Kenapa Rania kena lalu semua tu? Aku tak tau, how she will gonna grasp this fact. Dia tahu fasal aku kawan kau pun, dia nangis tau. Dia ingat aku tipu dia. Kalau this? Terang-terang dia rasa lagi bawah, lagi tak nak aku."

Cassiel cuma diam. Tangan kanannya menepuk perlahan bahu Eshan. Tahu Eshan rasa terbeban. Tapi kerana sayang, Eshan rela dibebani, cuma stress kerana tidak tahu how to deal with this.

Eshan mengeluh dalam, diraup wajah. Eshan pandang Cassiel. "Thanks, bro." Cassiel cuma senyum, "Anytime. Kalau Rania sayangkan kau, dia akan faham. Aku doakan. Rania dah macam hak kami, jadi aku percayakan dia pada kau. Aku tahu kau boleh." Eshan senyum cuma. "Dia ada kau. Jadi... I trust you." Eshan mengangguk lagi.

Such beautiful soul, but got fuck luck macam ni. Eshan rasa sedih untuk Rania.

❋❋❋

Rania berdiri di bus stop. Menunggu Eshan sebenarnya, tapi panggilan tidak dijawab selepas hampir sejam dia di sini. Jadi diputuskan untuk menaiki Rapid sahaja. Kereta baru masih dalam process. Bank itu, payment itu, huhu. Rania toleh kiri kanan kalau ada teksi ke. Bila tiba-tiba sebuah kereta yang berhenti di hadapan.

Rania cuma diam. Dia seorang sahaja di bus stop depan supermarket ini. Jadi sudah tentu, kereta ini berhenti kerana dia, kan? Ke berhenti sebab nak jawab call? Rania terkejut bila Kak Inara yang keluar dari kereta Camry di depan.

Inara senyum dalam dia mendekati Rania. Rania senyum juga, membalas seadanya. Pada Rania, Kak Inara baik. Dia yang kelihatan kekok kerana tidak biasa dengan wanita yang muslimah dan tua daripadanya dan yang kelihatan tinggi ilmunya ini.

Dan lagi... Rania hanya lah gadis biasa. Tiada apa-apa lagi. Rania rasa rendah diri, hanya itu. Dan Kak Inara baik, hanya itu.

"Rania buat apa sini?" Inara senyum, sudah duduk di sebelah Rania. Rania senyum, selesa melihat Kak Inara yang menegurnya baik. "Saya beli barang rumah sikit. Ni tengah tunggu bas. Akak pun dari AEON tu jugak eh?" Inara angguk. "Ha,ah ada hal dengan kawan daddy akak. Jomlah... akak hantarkan awak balik?"

Rania dah serba salah. "Tak apa ke?Akak mesti penat? Ni pulak, jalan mesti jammed?" Inara ketawa kecil. "Tak dek apalah. Lagipun, awak tunggu lama ni... kang dah nak maghrib, tak lepas balik lagi." Rania senyum dan hanya menurut.

Rania diam saja di dalam kereta, kekok untuk mulakan perbualan memecah sunyi. Inara fokus pada pemanduan. "Rania tinggal dekat mana?" Rania senyum, memandang sisi wajah Inara. "Saya tinggal dekat flat Putera tu."

Inara pandang Rania dengan wajah tak sangka sikit, "Waauu situ dikira elit kan? Awak duduk sorang?" Rania terdiam dan hanya mengiakan. Inara senyum. "Jauh jugak kan dari OPEN?" Rania senyum, membina ayat tidak mahu membuka kisah dirinya lebih.

Kalau selalu, ada orang nak mendekat, bertanya lebih, memang Rania tidak membuka langsung perihal dirinya, malah terus mendiamkan perbualan, menyombongkan diri. Tapi ini... Kak Inara, kawan kepada Eshan. Kena rapat dan berbaik, menjaga nama Eshan juga.

Dan lagi.... Kakak Inara ni baik-baik saja. Tak baiklah kalau Rania bersikap sedikit sombong, nanti kenalan Eshan ini tidak menyenanginya pula. Dia bakal mengikat tali halal dengan Eshan, jadi semua kawan Eshan, Rania perlu ambik tahu dan menunjukkan personaliti yang menyenangkan.

"Tak jauh sangat. Sebab saya tahu shortcut hehe. Cuma sekarang, payah sikitlah. Saya kena tunggu bas, kena keluar rumah awal."

Inara mengangguk-angguk. "Sekarang? Dulu? Macam mana?" Rania sengih sikit, Inara turut senyum padanya. "Dulu, saya ada kereta tapi dah remuk sebab accident. Ni pun... dalam proses nak dapatkan yang baru."

Inara sedikit menjungkit kening. "You got fortune? Senangnya awak beli kereta?" Rania diam. Tak akan mahu dibuka kisah Zill Family? "Err... insurans. Eshan bantu sikit." Rania segera menutup kisahnya dari terus terbongkar pada Kakak Inara.

Inara diam dan mengangguk-angguk tanda dia faham. "Awak dengan Eshan kenal macam mana?" Rania diam mendengarkan itu. Inara menyambung dengan matanya ke depan, tangan di stereng, membelok, "Eshan cakap... he's the one who falls. Or instead?" Inara bertanya biasa.

Rania diam. Tidak tahu bagaimana mahu membuka cerita. Inara pandang Rania sekilas. Inara senyum pada Rania. "Ceritalah. Malu pulak. Akak tanya aje tau." Rania senyum sedikit. "Saya balik dari beli barang. Eshan tahan jalan, dia bagi name card." Inara sedikit berkerut. "Asal tetiba si Eshan tu bagi awak name card? Dia dah gila ke?" Rania ketawa sedikit melihat riak mengejek dan ketawa dari Inara. Teringat kata-kata Eshan.

"Memang saya gila. Gilakan awak."

Rania senyum sendiri mengingatkan itu. Tapi mana mungkin dia membalas itu pada kata-kata Rania. Kang menimbul jelek saja. Rania menjawab baik, "Entah, akak. Dia cuma cakap, dia nak kenal dengan saya. Terus dia bagi name card. Err.... first sight katanya." Rania tunduk, mengucapkan perlahan.

Inara senyum saja mendengar.  "Sukalah eh Eshan si handsome tu, jadi kekasih awak dah sampai nak kahwin?" Rania sedikit berkerut wajah mendengarakan pertanyaan Inara. Inara ketawa kecil.

"Sebab Eshan tu masa kami satu sekolah... dia banyak lah peminat. Akak macam eemm dia memang berlagak masa dulu. Kira... awak dapat dia, bertuah lah awak eh? Dah handsome macam tu, dah nak jadi suami awak?" Rania senyum teragak-agak. Tidak faham apa maksud Kakak Inara menyatakan seperti itu.

"Akak... dengan Eshan... kenal dari sekolah ke?" Rania bertanya perlahan. Ada sejarah ke antara mereka berdua? Inara senyum. Rania pandang je sisi wajah Kakak Inara yang tersenyum. Nampak manis... dan bahagia. Rania mula rasa berdebar.

"Akak dengan Eshan... memang kenal dari sekolah. Satu sekolah dari kecik. Parents kami best friend. Eshan nakal gila masa sekolah. Ramai peminat, banyak bahan-bahan tak elok lah. Tapi akademik dia conquer, cuma dia nakal lah. Akak pun... sama naik dengan dia." Inara bercerita selamba gila. Rania telan liur, "Apa maksud akak sama naik dengan dia?"

Inara pandang Rania sekilas, senyuman dihulurkan. "Tak payahlah tahu, sebab tu masa kitorang remaja, semua benda nak try. Akak pun bukan macam ni dulu. Akak sosial jugak, mana pakai tudung, lepak pun dengan lelaki. Akak dengan dia, kira macam kawan tapi mesra." Rania diam, ditelan liur bila mendengarkan itu.

"Lepas tu, dah habis secondary, parents dia accident. Akak pula busy abroad, dia pun sama ke UK. Lama tak dengar berita. Ada catch up on socmed. Lama-lama, masing-masing busy. Kitorang putus terus. Akak baru balik Malaysia, lepas habis segala Master, segala sijil dekat Mesir. Akak... emm balik, ada hajat lah. Tapi eem... takpelah. Awak tak perlu tahu."

Rania baru ingin bertanya, apa hajat yang dimaksudkan Inara. Bila iPhonenya tiba-tiba berdering. Diseluk ke dalam sliding bag, nama Eshan membuatkan Rania menggigit bibir. Tanpa sedar, Inara mengintai sama.

"Eshan call? Mesti dia risau si cinta hati dia ni, kan?" Inara mengusik. Rania diam, senyuman tawar dihulurkan. Dijawab juga panggilan Eshan.

"Hello?"

"Tak... saya dah balik."

"Errr... Kak Inara... terjumpa dia tadi."

Kepala Rania tunduk. "Ha,ah. Ye... tak ada apa. Okay."

Inara cuma diam, mendengar. "Eshan cakap apa?" Rania berkerut sikit memandang Inara, 'sibuk je.' Inara buat selamba, Rania pandang depan buat selamba juga. "Takde apa. Dia cakap.... nanti malam dia jumpa saya."

Inara diam, cuma eeemmm panjang. Kedengaran sinis saja,Rania menahan rasa hati. "Eshan mesti always sweet talk, candy talk, corny jokes dengan awak, kan?" Rania cuma em. Serius... dia sudah malas mahu mendengar mengenai Eshan dari mulut Inara, apatah lagi kisah Eshan dan Inara masa dulunya.

"Akak dengan dia dulu pun, macam tu juga. Dia memang cakap manis, tu yang semua orang cair dengan dia. Dia dah biasa buat semua tu, so rasa macam tak special lah." Inara menutur selamba. Rania cuma diam. Marah, bengang tapi ditahan dari mulutnya celupar berkata.

"Akak sayangkan Eshan tu, sebab dah lama kawan. Akak dah lama dengan dia, dah macam partner lah juga. Akak nak tengok dia bahagia, tu je. Sebab dulu, dia selalu ada time akak ada susah payah ke. Akak nak tengok dia bahagia, akak nak tengok dia dapat apa yang sepatutnya lah. Sebab dia baik, dia nakal pun banyak juga dia tolong orang. That's Eshan. Special." Inara menutur selamba, senyumannya pada Rania.

Rania diam, dan tersengih cuma. Tidak tahu apa makna Kakak Inara mengucapkan ayat bernada begitu. Ada hatikah dia pada Eshan? Cintakah dia pada Eshan? Bahagiakan Eshan?Selayak dengan Eshan? Rania tunduk, bermain jari dan hanya diam bila Inara dah membelok masuk ke perkarangan flat Rania.

❋❋❋

Eshan menekan loceng. Pintu dibuka. Rania melangkah, dibiarkan pintu dibuka. Eshan cuma relaks walaupun terang-terang nampak wajah Rania yang masam mencuka. Eshan melangkah ke dapur, nampak Rania duduk dan ngap ngap cheese coat.

Eshan sembunyi senyum. Kalau dah melantak macam tu, budak ni tengah marah lah tu. Eshan ambil segelas air kosong dan duduk di hadapan Rania. Diteguk separuh dan memandang sahaja pada Rania. Rania beriak habis selamba. Eshan perhati je.

Rania kunyah laju dan jelas bibirnya dan rahangnya bergerak mengunyah. Ditikam, dicucuk cheese coat macam melepaskan marah pada orang, macam menikam jantung orang. Disodok ke dalam mulut dengan geram. Kelakuan Rania membuatkan ketawa Eshan pecah. Rania menjeling dan Eshan mengulum senyum sahaja.

"Makan elok-elok, Rania. Tak baik lepaskan marah awak dekat rezeki." Eshan menegur perlahan. Rania mencebik, tapi pergerakannya menikam cheese coat mula perlahan. Dimasukkan ke dalam mulut juga, agak lembut dari tadi. Eshan senyum melihatkan itu.

"Saya minta maaf, saya sibuk sampai terlupa nak mention fasal saya dengan... Inara."

Rania jeling Eshan. "Saya tak cakap pun fasal dia." Eshan ketawa kecil, mengejek dan sinis. "Yelah tu. Awak cemburu lah, saya tau." Rania makin geram, "Mana ada saya cemburu."

Eshan makin ketawa kecil. Tangan kanannya mula menongkat dagu, "Awak marah, awak bengang, awak sakit hati... kalau awak melantak gelojoh macam singa bunting macam ni. And... awak sakit hati lepas petang tadi. Kalau tak cemburu dengan Inara, sebab apa lagi awak melantak macam ni, kan?" Eshan bersuara lembut, senyumannya biasa, tapi macam eeii pada Rania. Rania mencebik dan membuat tidak endah. Eshan senyum.

"Saya dengan Inara takde apa pun. Saya dengan dia kawan. Sa-ha-ja. Saya tahu dia suka saya, tapi saya bukan sukakan dia macam tu.Malah saya tak sayangkan dia macam tu. Memang kami rapat, semua benda fasal satu sama lain kami tahu, tapi saya tak pernah sayangkan dia macam saya sayangkan awak."

Rania diam, tapi bibirnya mencebik tidak puas. Penerangan Eshan tidak cukup. "Kawan tapi mesra? Itu apa?" Mendengarkan itu, Eshan ketawa. "Tu... masa kami sekolah. Biasalah... kepala sama, semua benda nak cuba. Tapi... trust me... saya tak pernah treat dia, saya tak pernah sweet talk dia, saya tak pernah sentuh dia... macam saya buat pada awak." Eshan pandang Rania. Rania turut pandang Eshan.

Kenyataan Eshan yang agak dalam itu, mendiamkan Rania. Rania diam, sekali pergerakannya menikmati cheese coat terhenti. Eshan menunggu.

Dia tahu perihal salasilah Hessa yakni Rania Hessa. Dan perihal itu memeningkan Eshan. Kerana dia risau, tapi kerana dia mahu jujur. Tapi tidak tahu bagaimana. Perihal Inara ini pula, macam menyerabutkan kepala. Kerana pendekatan dan bahasa badan Inara sendiri, Eshan tahu apa yang Inara cuba buat. Dan Rania... masih tidak lepas dari bayangan lalu.

Rania diam, menguis cebisan cheese coat dalam tupperware. "Dia cerita banyak fasal awak.... dekat saya. Dia cakap... dia—dia sayangkan awak. Dia cakap... dia nak orang selayaknya untuk awak. Dia cakap... awak banyak kali... er—manis-manis dengan dia." Rania makin tunduk. "Dia... hebat. Dia... sama taraf dengan awak. Sedangkan... saya? Ada apa je?Dia... tunjuk sebenarnya siapa saya... di sisi awak... tsk tsk..." Rania mula menangis. Eshan bangun perlahan-lahan dan duduk di sebelah Rania. Ditarik tubuh kecil yang terketar menangis ini ke dalam pelukan.

"Saya... saya sayangkan awak... tapi—tapi... dia macam tak suka saya. Saya cuba... untuk sukakan dia, sebab dia kawan awak. Tapi... dia cakap... saya... tsk tsk... saya macam tak layak... saya—saya rasa macam tu jugak... sebab saya... sedar siapa saya... tsk tsk saya minta maaf."

Eshan hela nafas perlahan. Lagi sekali... ini yang berlaku. Eshan tidak benci, Eshan tidak lelah kerana perlu menghadapi Rania yang asyik ragu-ragu in berkali-kali. Eshan terasa sedih, penat kerana kasihankan Rania.

Apa yang Rania rasa; kejatuhannya, kekecewaannya, kehancurannya kerana kerosakan yang dialami. Eshan tidak akan dapat faham selengkapnya sampai bila-bila. Tapi Eshan mengerti kerana apa Rania terlalu rendah seperti tiada keyakinan. Rania was too low on her self-esteem akibat trauma dan kesakitan lama. Rania masih terperangkap, sukar untuk keluar kerana dirinya sentiasa dihantui akibat apa yang berlaku di sekelilingnya.

Eshan rasa sakit sebab Rania sakit. Eshan tidak sakit kerana lelah dan bosan menghadapi Rania seperti ini. Eshan sakit kerana dia terluka melihatkan struggle hidup yang dialami Rania.

Sesungguhnya, Eshan memohon sangat untuk segumpal kekuatan dalam usahanya untuk memberikan seorang Rania Hessa kebahagiaan dalam hidup.

Eshan cium kepala Rania, diusap rambut, diusap belakang kepala, diusap belakang Rania yang kecil. Eshan memujuk dalam dodoiannya perlahan. Ditepuk-tepuk pada belakang Rania.

"Shh.. shh dah, dah jangan nangis. Apa yang awak kena tahu, kena faham, saya sentiasa di sisi awak. Saya sayang awak, saya cinta awak. Apa yang orang lain cakap, jangan kisah. Percayakan saya, percayakan diri awak sendiri. Jangan letak diri awak rendah, awak tinggi, Rania. Awak tak teruk. Tolong faham apa yang saya cakap." Eshan memujuk, kepalanya tunduk mengatakan itu pada Rania. Rania masih tunduk, dikesat pipi dan dagu yang basah.

"What others think of you is none of your business." Eshan mengucapkan perlahan, lembut sambil ibu jarinya mengesat air mata di pipi Rania yang basah. Rania angkat muka dan pandang Eshan dengan riak sebek. Eshan senyum.

"No one is the reason of your happiness except you yourself. Don't compare your life with others. Your past is what makes who Rania Hessa is now. And smile, Rania Hessa. You don't own all the problems in the world. And again... I'm always here for you. I love you, just as you, only you. Hold on that."

Panjang ayat Eshan memujuknya. Lembut suara Eshan, dan redup pandangan mata Eshan. Rania kemam bibir, matanya kebil-kebil menghilangkan kabur. Eshan senyum, dicium pipi Rania. "Jangan nangis okay. Saya dengan Inara tak penting. Apa yang dia cakap, tak macam awak sangkakan. Dia cuma tambah je. Awak kena percayakan saya. Saya sayang awak, saya cintakan awak sangat."

Rania kemam bibir, tapi mukanya makin berkerut sebek pula. Eshan dah pelik, dah kenapa? Rania terus peluk Eshan. Dibasahkan dada Eshan dengan air mata, bila cungapan tangisnya, raungan sedunya makin jelas pula. Eshan kelam kabut memujuk, aku ada salah cakap ke? Eshan dapat rasa, kemejanya habis lencun. Dan jemari halus itu makin berpaut dan mencengkam pada belakang bajunya.

"Awa—awakk... tsk tsk... baik sangat... saya—saya... tak tahu nak bayar macam mana. Saya sayang awak... tsk tsk... jangan tinggalkan saya.... nanti—nanti saya tak tahu macam mana nak balas balik—apa yang awak dah buat... untuk saya... tsk tsk... awak baik, Eshan..."

Eshan tersenyum, lucu. Masih diusap belakang Rania, masih mendodoi memujuk Rania. "Tak perlu bayar, Rania. I'm loving you. Love cannot be paid. It's your treasure. And yes... selagi saya bernafas, saya tak akan tinggalkan awak." Eshan memujuk dalam senyuman lucu, keningnya berkerut mendengar ngongoian Rania.

Lama Rania menangis kuat dan meraung sampai tersedu-sedu bagaikan budak kecil laparkan susu, baru lah dia reda. Eshan kesat pipi, dikesat hingus, dikesat dagu yang basah lembut dengan lengan kemejanya. Rania cuma diam, matanya tidak pernah melepaskan Eshan. Eshan senyum, dicium dahi Rania, diusap pipi Rania dengan ibu jari. Suam dingin terasa kulit putih yang flush ini.

"Just remember this. Whatever happens, I'm not leaving you. You... are my matter. Okay?"

Rania terdiam. Eshan senyum, matanya redup.

Mampukah aku,Ya Allah? Layakkah aku,Ya Allah? untuk berdiri di samping Eshan Qaiser? Gabriel pada aku? Sedangkan aku begini? Bila sudah ada orang mengatakan aku tidak layak untuknya? Ya Allah, aku cintakan Eshan Qaiser. Berkemungkinan cinta aku seperti hanya merendahkan dia sahaja, Ya Allah Ya Tuhan. Rania diam, matanya basah memandang Eshan, hatinya sudah mula bermain kata.

____________








SIAP. ;)

1. not so much to tell,kecuali ZILLS AND ADARAS,korang dah boleh put in library ;) just wait dia punya incoming chaps ;)

2.chapter ni ada yang nangis ke HAHAHA

Next update: 450 votes <3

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro