🌨 4 ツ

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

♥♥

Kau tahu tak perkara apa yang terlalu perit untuk dihadapi?

Apa dia?

Iaitu menahan rindu yang semakin menebal terhadap orang yang terlalu kita cintai. Dia hilang bagaikan 'mati'.

Begitulah perasaanku ketika ini. Tahukah lelaki itu bahawa aku di sini sudah tidak mampu untuk bertahan lagi? Tahukah dia hatiku menjerit kesakitan kerana menanggung beban yang amat berat?

Aku mahu bertanya tentang dia kepada rakan sekerjanya. Namun, malang bagiku apabila tiada satu pun nombor telefon mereka yang aku tahu.

Aku kenal orangnya tapi hanya nama sahaja yang dapat aku ketahui.

Kalau begitu, bagaimana aku mahu mencari Taehyung?

Risau di hati yang tak pernah hilang selepas lebih dua minggu dia tiada di rumah ini.

Entahlah. Bercampur-baur rasanya perasaan yang menyelinap masuk ke dalam hati.

Rindu, benci, kecewa, marah, risau, sedih dan rasa seperti orang gila.

Nasib baik aku masih boleh mampu mengawalnya.

Aku cuba tersenyum meskipun ianya sukar.

"Awak...dah tak sayang saya lagi ke?"

༻﹡﹡﹡﹡﹡༺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro