🌨 6 ツ

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

♥♥

Aku tak kira.

Aku nak tahu juga!

Kunci kereta dicapai lalu terus beredar dari kawasan rumah menuju ke tempat yang dinyatakan pada surat itu.

Sambil itu, satu nombor yang juga tertera pada surat itu aku dail berkali-kali.

Adakah aku ditipu?

Ah, nyah kau bisikan negatif! Beri peluang untuk aku mengetahuinya.

Satu nama asing, mungkin pemilik nombor tersebut juga disebut perlahan. Tidak pernah pula dia mendengar nama tersebut.

Baik ke jahat orangnya?

Minta-mintalah bala dijauhkan daripada aku.

Selepas saja tiba di tempat itu dengan selamat, aku terus berlari masuk ke dalam. Mataku meliar mencari seseorang untuk bertanya.

Wanita yang memakai uniform putih sambil memegang beberapa buah fail di tangannya berada tidak jauh dariku.

Wanita itu segera ku hampiri. Pergelangan tangannya ku pegang membuatkan wanita itu sedikit terkejut.

"Ya, apa yang boleh saya bantu?" manis senyuman yang dia berikan.

Aku cuba berlagak tenang.

"Boleh saya tahu...Doktor Jung di mana?"

༻﹡﹡﹡﹡﹡༺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro