🌨 9 ツ

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

♥♥

"Sebenarnya, Taehyung tak sempat pun pergi ke Australia macam yang dia cakap kat awak. Dia...meninggal dunia di sini."

Mahu saja aku menjerit meraung di situ tatkala mengetahui kebenaran yang diberitahu oleh Doktor Jung.

"Niatnya baik. Terlalu baik. Tuhan ambil dia semula kerana terlalu sayangkan Taehyung."

"Habis, kenapa Tuhan tak ambil saya sekali?! Kenapa? Sebab Tuhan bencikan saya?!" kemarahanku serta-merta membuak.

Emosiku bercelaru sejak Doktor Jung membawaku berjumpa dengan 'dia'.

Aku memandang Doktor Jung dengan tajam. Mataku merah dan basah dek air mata yang sentiasa mengalir tanpa henti.

"Ada hikmah kenapa Dia ambil Taehyung dari awak. Mungkin dia nak awak belajar tentang erti ketabahan dan melepaskan orang yang kita sayangi dengan ikhlas. Jangan sesekali bersangka buruk dengan Tuhan, Puan Hyunji."

Aku menangis dan terus menangis. Rasa sakit yang mencengkam dada ku tak peduli.

Macam mana?

Macam mana aku nak belajar hidup tanpa dia di sisi?

Kau tahu tak benda tu terlalu sukar untuk aku lakukan?

"Tapi...kenapa Tuhan pilih saya? Kenapa--"

Aku rebah ke lantai.

༻﹡﹡﹡﹡﹡༺

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro