F i f t h t e e n

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Issabelle mengunci kereta miliknya. Air kopi yang baru dibelinya dibawa sekali. Issabelle masuk ke bangunan mewah itu. Di sana lah dia akan fotoshoot nanti.

"Wah dah sampai dah model kita" ucap juru gambar. Mereka bertukar pelukan. Issabelle meletakkan handbagnya di atas meja.

"I ada belikan semua orang air" dia meletakkan air yang dibelinya di atas meja.

"Aww thank you darling. You wait here eh. I nak pergi jumpa staff kejap" lelaki lembut itu melangkah.

"Eh Belle? Dah sampai?" Sophie menghampiri sahabatnya. Namun langkahnya terhenti. Rakan-rakan yang lain juga ternganga sedikit melihat wanita cantik itu.

"Korang pahal? Mabuk semalam tak hilang?" Issabelle berkerut melihat riaksi wajah teman-temannya. Tangannya pula diangkat untuk membetulkan ikatan rambut.

"Wait-wait. Sophie please lempang aku" wanita itu tidak menunggu saat seterusnya, dia terus menampar pipi Fahrin tanpa belas kasihan membuat lelaki itu mengaduh kesakitan.

Issabelle melabuhkan punggung di atas sofa. Dia memandang sahaja kebodohan rakan-rakannya itu. Pemandangan ini dia sudah pandang bertahun lamanya.

"Aku tak mimpi" Fahrin bergumam perlahan tetapi dapat didengari oleh Issabelle.

"You okay ke Belle?" Soal Sharifah pula.

Issabelle menghirup air di tangannya "apa yang tak okay nya? Okay je" balasnya tenang. Sophie melabuhkan punggung di sisi wanita itu

"Kenapa dengan pakaian kau hari ini? Kau tu yang tengah mabuk ke sekarang ni?"

Issabelle menunduk memandang pakaian. Tiada apa masalah. Dia bukannya bogel pun. Ada je pakaian yang menutup tubuhnya.

"Korang dah kenapa?"

"Sopannya kau hari ni?"

Fahrin menepuk kepala Sophie. Wanita itu mengaduh sakit sambil menggosok kepalanya "kau dah lupa ke suami dia pak ustaz?"

Ah lupa cakap. Disebabkan mulut ceroboh Sophie lah semua kawannya sudah tau dia berkahwin dengan ustaz Aayan.

Wanita itu benar-benar menguji persahabatan mereka sekarang. Rasa mahu putus kawan ketika itu juga. Untung sahaja rakan-rakannya yang lain tidak terlalu menghiraukan.

Terkejut tetap terkejut tetapi mereka tidak berkomen hal yang tidak sepatutnya. Paling-paling pun mereka tidak percaya fakta bahawa Issabelle sudah berkahwin, dengan ustaz pula tu.

"Cup" Issabelle mengangkat tangannya

"Itu tiada kena mengena dengan Aayan. Aku je yang rasa nak pakai macam ni. Lagipun cuaca sejuk. Tak akan lah nak terdedah sana terdedah sini pula" jawapnya tenang.

Mungkin disebabkan Issabelle menjawap dengan terlalu tenang membuat rakan-rakannya percaya bulat-bulat apa yang dikatakan. Selepas itu mereka tidak melontar soalan lagi.

Selesai fotoshoot Issabelle melangkah keluar dari bangunan itu untuk menuju ke keretanya. Dia dan kawan-kawannya berpisah. Fahrin sudah pulang manakala Sophie dan Sharifah ada fotoshoot lagi.

Tangan sudah sedia untuk membuka pintu keretanya apabila ada satu suara menyapanya "Issabelle"

Issabelle menoleh ke arah figura yang tidak jauh darinya. Wajahnya menunjukkan riak malas. Dia tidak berkata apa-apa, hanya memandang sosok di hadapannya dari hujung kepala hingga hujung kaki.

"Baru balik kerja ke?" Humairah tersenyum sinis.

Issabelle memeluk tubuh. Dia masih diam membisu. Tindakan Issabelle sebenarnya membuat Humairah semakin geram, jadi dia mendapat idea untuk provok Issabelle.

"Patut lah pakaian..." ok sejujurnya Issabelle sudah melepaskan sweashirt yang dipakainya tadi dek kerana kawan kiriman syurganya tidak sengaja menumpahkan air di bajunya.

Jadi dia meminjam baju yang ada di set iaitu singlet crop bewarna hitam dan cardigan bewarna pink pekat. Ok mungkin pakaiannya sudah tidak sesopan tadi tapi dia masih berseluar panjang.

Issabelle mendengus sebelum tangannya membuka pintu kereta mewah miliknya

Pap!

Humairah menolak pintu itu agar tertutup kembali "apa kau nak?" Issabelle sudah hilang kesabarannya tetapi dia masih menahan nada suaranya.

Dia sekarang betul-betul di hadapan lokasi fotoshootnya. Di dalam sana dan sekeliling tempatnya ramai artis-artis lain dan media luar.

Kalau dia buat masalah tentu mukanya di muka hadapan majalah gossip esok.

Humairah tidak membalas apa-apa. Apabila tidak mendapat jawapan yang dia mahu, Issabelle kembali membuka pintu keretanya tetapi lagi sekali Humairah menutup semula pintu kereta berkenaan

"Tinggalkan Aayan"

Issabelle mahu tertawa besar mendengar apa sahaja yang baru keluar dari mulut wanita itu. Issabelle memeluk tubuh "sorry? Untuk apa eh?"

"Kau jangan nak berloyar buruk lah Issabelle. Kalau kau tak cintakan Aayan kenapa kau tak sign perceraian je?!" Suara Humairah meninggi

Namun Issabelle masih tenang berdiri di tempatnya "mungkin sebab aku cintakan dia" nada Issabelle kedengaran mengejek.

"Kau tipu!"

"Terserah" Issabelle mengangkat kedua belah bahunya dan sedia untuk masuk ke dalam kereta miliknya.

"Oh btw. Kalau betul desperate nak kahwin dengan Aayan kenapa tak suruh Aayan datang meminang je? Lelaki kan boleh kahwin dua" Issabelle tersenyum mengejek.

"Ha kalau Aayan sibuk aku sendiri boleh pinangkan kau untuk dia tapi tu lah. Aayan tak buat semua tu sebab dia tak cintakan kau" Issabelle mencebik berpura-pura sedih.

"Aku akan pastikan Aayan cintakan aku"

"Well goodluck. Kita tengok berapa lama" Issabelle memandang tajam mata coklat pekat Humairah.

Dua wanita itu sedang sibuk bertikam pandangan "what's happened here?" Suara itu membuat Humairah mendonggakkan kepala

Tetapi tidak pada Issabelle. Matanya masih tajam memanah Humairah dengan penuh kebencian.

"Belle you okay?" Ariel mengusap bahu Issabelle. Humairah melangkah pergi meninggal mereka berdua. Issabelle menutup matanya. Dia menghela nafas berat.

"You okay?"

Issabelle mengangguk. Dia mendonggak memandang Ariel. Mata mereka bersatu. Melihat pandangan Issabelle, Ariel sudah tahu ada sesuatu yang tidak beres.

Dia menarik wanita itu ke dalam pelukkan "its okay I'm here"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro