O n e

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Musik kuat menyapa gegendang telinga, lampu berkelip di sana sini, bau alkohol kuat menyerebak di sana. Manusia-manusia di ruangan itu menari sambil menikmati hiburan dunia mereka.

Masing-masing gembira, bergelak tawa, ada juga yang sudah mabuk, ada yang sudah tertidur di atas bar stoll. Air kencing syaitan itu diteguk dengan penuh rakus.

Tubuh-tubuh itu rancak menari seiiringan irama lagu yang dihidangkan. Percaya atau tidak, separuh dari pengunjung kelab malam itu adalah beragama islam.

Lampu warna warni yang menyakitkan mata langsung tidak menganggu mereka. Mereka terlalu mengagungkan nafsu dan keinginan jiwa remaja mereka.

Seorang wanita keluar dari kelab malam itu. Jalannya sudah terhuyung hayang. Matanya terpejam, rambut perangnya sudah sedikit serabai.

"Buerkkkk!!!"

Dia mengeluarkan lendir-lendir dari mulutnya "aish! Belle! You drunk!" Seorang lagi wanita sudah menggaru kepalanya. Wanita itu Sophie, rakan Issabelle.

Issabelle sudah terduduk di tepi jalan. Bibirnya tersenyum lebar. Tangannya menggulung rambutnya. Sophie di sisi sudah bercekak pinggang. Mencari idea bagaimana membawa kawannya ini pulang ke rumah.

" . Aku bawa kau balik" Sophie mengangkat tubuh kecil itu. Untung sahaja Issabelle seorang yang kurus, jadi Sophie tidak bersusah payah mengangkat wanita itu.

Hampir setiap malam dirinya menjadi pembantu peribadi sahabatnya itu. Sudah tentu dia tak boleh menyentuh alkohol dek kerana mahu menjaga Issabelle. Wanita itu dikira 'national sweetheart' naya dia nanti kalau sampai ada perkara buruk berlaku pada Issabelle.

tubuh Issabelle diletakkan di passanger seat manakala dia masuk ke dalam tempat duduk pemandu. Dia melihat kawannya yang sudah terlena di sisi. Kepala digelengkan sebelum pedal minyak ditekan dan kereta mewah itu laju membelah jalan

"SESUNGGUHNYA Allah tidak menilai berdasarkan rupa paras kalian dan harta kalian, akan tetapi Allah menilai dengan melihat kepada hati serta amalan kalian. Riwayat Muslim" Seorang lelaki menutup buku yang dibacanya. Wajah diangkat untuk memandang anak-anak muridnya.

"Ok sampai sini sahaja kelas kita pada hari ini. Semua dah boleh ke bilik masing-masing" pelajar-pelajar tahfiz yang lengkap berjubah tidak kira lelaki atau perempuan, mereka mengucapkan terima kasih dan segera melangkah pergi dari surau.

"Ustaz Aayan" Lelaki muda itu berpaling wajah apabila mendengar namanya dipanggil seseorang.

"Imam Malik. Ada apa?" Aayan segera berdiri apabila lelaki yang berumur kira-kira 50-an itu menghampirinya.

"Ada dua orang pelajar nak berhenti" kata-kata itu membuat senyumannya mati. Pusat tahfiz ini bergantung pada yuran-yuran pelajar atau sumbangan dari orang awam. Jadi kalau ada pelajar berhenti, serba sedikit akan memberi kesan pada tahfiz itu.

"Kenapa tiba-tiba imam?"

"Saya pun tak pasti lah ustaz. Saya baru dapat surat dari ibu bapa mereka tadi" Hati mahu mengeluh tapi dia percaya pada rezeki Allah. Sudahnya dia hanya tersenyum manis sambil menganggukkan kepala

Dia siapa untuk menentang perancangan yang maha Esa?

"Baiklah Imam. Nanti saya akan uruskan hal berkaitan dua pelajar itu. Imam bagi saya butiran pelajar itu ya nanti"

Orang tua itu hanya menganggukkan kepala sebelum kedua-dua dari mereka melangkah keluar dari surau. Sekarang semua pelajar berada di asrama masing-masing.

Aayan masuk ke dalam pejabatnya. Dia melelapkan mata. Bukan untuk tidur tetapi hanya untuk menghilangkan lelah. Sekejap lagi ada aktiviti lagi, jadi dalam masa singkat ini, lebih baik dia berehat seketika.

Tok tok

"Masuk"

Seorang tenaga pengajar di tahfiz itu melangkah masuk "Ustaz. Alhamdulillah" wanita itu tersenyum lebar.

"Kenapa Humairah?" Keningnya hampir bercantum. Tidak faham apa yang dikatakan wanita di hadapannya.

"Ada syarikat perkapalan nak beri sumbangan dekat kita" dia menghulurkan satu file kepada Aayan.

Aayan mencapai dan membuka file berkenaan, isi yang terkandung dibaca. Perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

"Alhamdulillah" sesungguhnya rezeki tak salah alamat. Tuhan itu memang baik. Dia hanya menguji kita sedikit sahaja, tetapi ganjaran yang dia mahu beri nanti lebih baik.

"ISSABELLE" Dia menghentikan langkahnya. Dia mengeluh malas. Setiap pagi ada sahaja bebelan yang tak lain tak bukan dari papanya

"Ada apa pa?" Akhirnya dia memalingkan tubuh memandang si ayah dengan pandangan bosan.

"Papa nak minta tolong Belle uruskan projek papa" ujar Dato Sri Hamza.

Keningnya bertaut kehairanan. Jarang sekali papanya ini meminta tolongnya kalau bab perniagaan. Maklumlah, dia seorang model, jadualnya padat, jadi dia jarang campur tangan tentang perniagaan. Bukan tiada langsung ya, cuma jarang.

"Projek apa pa?" Walaupun kadang-kadang dirinya dengan papanya bagaikan anjing dan kucing tetapi dia tak nafikan yang dia amat menyayangi orang tua itu.

Iyelah mereka hanya hidup berdua. Mamanya sudah hilang ke mana. Dari kecil dia tak tahu keberadaan mamanya. Dia hanya menganggap mamanya sudah pun meninggal dunia.

"Sini lah sekejap. Papanya nak explain" Issabelle menghampiri papanya dan melabuhkan punggung di sisi orang tua itu.

"Program charity tahun ni papa ingat nak sumbang dekat satu tahfiz ni. Papa tengok macam okey. Papa nak minta tolong Belle uruskan program ni"

Memang setiap tahun papanya ini akan mengadakan program charity dianjurkan oleh syarikatnya. Kadang-kadang mereka beri makanan untuk gelandangan, ada juga pembinaan sekolah, sumbangan kepada orang miskin, sumbangan alatan hospital dan kali ini sumbangan pada tahfiz.

"Kenapa papa tak suruh Emir handle?" lelaki yang diserunya itu ialah pembantu peribadi papanya.

"Kami berdua ada projek lain sebab tu papa nak minta tolong Belle. Belle nak tolong papa kan?"

Issabelle memuncung. Dia memang tak akan menolak permintaan papanya. Dia terlalu sayangkan papanya sampai dia tak sanggup kecewakan lelaki itu.

Nak tak nak memang dia perlu juga uruskan projek ini dan ini bermakna sehari-harinya akan menjadi sibuk. Tiada peluang lah dia ke kelab malam nanti.

Lama kelamaan Issabelle mengangguk kepala "Belle boleh tolong tapi tunggu tiada photoshoot"

Dato Sri Hamza ketawa kecil. Dia menganggukkan kepala faham "dah papa nak ke pejabat. Kamu tu pergi sarapan dulu" dia menepuk peha anaknya sebelum dia bangun dan menuju ke luar. Pemandu peribadi papanya sudah pun menunggu di hadapan pintu.

Issabelle mahu teriak sekuat hati. Sekali lagi tiket kebebasannya dirampas.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro