S e v e n t e e n

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aayan menghempas punggungnya ke atas sofa. Nafas berat dihelakang. Kepala tersandar pada kepala sofa, matanya terpejam.

"Ustaz kena ingat yang ustaz tu suami. Jangan biar Issabelle pijak kepala ustaz"

"Ustaz nak ke jadi lelaki dayus? Biarkan Issabelle berkepit dengan lelaki sana sini?"

Perlahan-lahan dia mengepal penumbuknya

Terdengar pintu tertutup rapat. Tak perlu membuka mata dia sudah tahu siapa gerangan yang masuk ke dalam rumah.

Siapa lagi kalau bukan Issabelle. Di rumah ini hanya ada mereka berdua sahaja, tiada orang lain. Orang gaji pun tiada, tukang masak atau tukang kebun juga tiada.

"Dari mana?" Matanya masih terpejam. Kepalanya masih tersandar.

Issabelle menghentikan langkah "dari set lah"

Aayan mendengus "saya tanya awak. Awak dari mana?" Suaranya kedengaran tegas dan nadanya sedikit tinggi.

"Kau dah kenapa aku cakap dari set kan?" Issabelle masih berkerut kehairanan.

Aayan segera berdiri. Matanya tajam memandang Issabelle. Wanita itu elok berpakaian sweatshirt dan berseluar panjang.

"Awak keluar dengan lelaki mana pula?"

Issabelle tersentak seketika "apa kau cakap ni?"

Aayan terkekeh kecil "siapa pula lelaki yang awak keluar hari ini? Siapa kawan kesayangan awak tu? Ah Ariel. Awak kelur dengan dia?"

Issabelle kehilangan sabarnya "jangan libatkan dia. Dia takde kena mengena"

Aayan menepuk tangannya "sekarang ni kau bela dia?!"

Issabelle tersentak apabila mendengar perkataan 'kau' yang keluar dari mulut Aayan tetapi dia mahir mengawal air mukanya. Dia masih berlagak tenang.

"Aku tak bela dia sebab dia memang takde kena mengena dengan kita! Apa masalah kau?!" Issabelle bersuara lantang. Dia cukup berani membalas pandangan tajam Aayan.

"Kau yang bermasalah sekarang Issabelle" Aayan melangkah menghampiri Issabelle.

Dia berdiri betul-betul berdiri di hadapan Issabelle. Wanita itu tidak beranjak walaupun seinchi.

"Aku penat hadap perangai kau. Aku penat dengan mulut orang mengata pasal isteri aku. Aku penat orang cakap kau keluar masuk kelab. Kau tak penat hidup dalam keadaan berdosa?"

Issabelle terkekeh kecil "kau mulut jaga sikit Aayan"

Aayan pula tertawa sinis "kenapa? Tertampar realiti? Sebab apa yang aku cakap tu betul kan?! Kau memang kaki kelab, kaki minum. Entah-entah..."

Aayan memandang Issabelle dari hujung rambut hingga hujung kaki "kau dah tidur dengan Ariel"

Pang!

Tangan Issabelle terasa pedih tetapi pedih lagi hatinya. Kata-kata itu benar-benar menghiris hatinya. Matanya berkaca tetapi dia masih berani membalas tatapan Aayan.

"Memang! Memang aku kaki kelab! Memang aku kaki minum! Kalau kau nak cakap aku ahli neraka pun aku terima sebab aku sedar siapa diri aku tapi kau tak layak hukum aku. Aku tak pernah tidur dengan mana-mana lelaki termasuk kau" Dia menolak dada bidang itu menyebabkan Aayan terdorong ke belakang.

"Aku pelik. Orang macam korang ni memang suka fitnah orang lain ke macam mana? Jangan ingat korang bersongkok, bertudung labuh, korang boleh judge orang. Itu bukan tiket untuk kau hukum orang lain Aayan"

Aayan dapat melihat mata Issabelle berkaca. Bila-bila masa empangan itu akan pecah dan itu kali pertamanya dia melihat perempuan itu menangis.

Issabelle memang dikenali sebagai seseorang yang pandai menyembunyikan perasaan sebenarnya. Sepanjang mereka berkahwin pun Aayan tidak pernah melihat wanita itu dalam kesedihan.

Issabelle memang seorang wanita yang kuat. Dari kecil dia di didik untuk menjadi kebal, disebabkan dia satu-satunya anak Dato Sri Hamza jadi dia sudah terbiasa menjadi wanita kuat untuk papanya.

Sekarang baru lah Aayan sedar apa yang terjadi, api amarahnya tadi hilang dengan sekelip mata.

"Kau dah sedar sekarang? Kau boleh ceraikan aku Aayan. Aku memang tunggu dari awal kita kahwin. Kau tak akan malu dengan mulut orang lagi yang bercakap buruk pasal isteri kau"

Issabelle melangkah menuju ke pintu utama tetapi langkahnya terhenti "aku mohon dengan kau, jangan hina Ariel. Dia orang pertama yang datang dekat aku bila aku jatuh. Dia orang yang selalu ada dengan aku bila aku sedih. Kau tak layak bercakap buruk pasal dia" Katanya tanpa menoleh memandang Aayan.

Air mata diseka dan dia melangkah keluar semula dari rumah itu. Pintu dihemps kuat.

Aayan meraup wajahnya "Astagfirullahalazim"

Lututnya lemah, serta merta dia berlutut. Air matanya sudah mengalir perlahan. Sebak di dada hanya Allah sahaja yang tahu.

Aayan mendonggakkan kepala "apa yang aku dah buat ni ya Allah? Ampuni lah aku ya Allah. Aku gagal ya Allah. Ampuni lah aku ya Allah. Maafkan aku ya Allah menjadi hamba yang gagal" Dadanya terasa hiba.

Dia sendiri yang setiap malam berdoa pada Yang Maha Esa untuk memberinya peluang dan kekuatan dalam mendidik Issabelle tetapi entah mengapa malam ini dia benar-benar muak dengan perangai wanita itu.

Dia marah dengan apa yang dilakukan wanita itu. Dia geram dengan nasibnya yang terpaksa menghadap perangai Issabelle tetapi dia terlupa, dirinya juga orang yang setiap malam memohon pada tuhan agar dapat membimbing wanita itu hingga ke syurga

Tetapi kenapa malam ini perancangannya berubah? Kenapa malam ini dia lupa apa yang selalu dia mengadu pada tuhan selama ni?

     ISSABELLE berkendara tanpa hala tuju. Dia memakir kereta di tepi jalan. Telefonnya dicapai dan dia mendial nombor seseorang.

"Hello?"

Suara itu membuat isakannya semakin menjadi-jadi "Ariel.."

"Belle? U kat mana? I jumpa u"

Ya. Itulah Ariel. Dia akan sentiasa mendapatkan Issabelle tak kira pukul berapa atau di mana lokasi wanita itu berada.

Lelaki itu tidak akan terus bertanya sebab wanita itu sedih. Dia akan mendapatkan wanita itu dan menenangkan Issabelle terlebih dahulu apabila Issabelle berhenti menangis dan bersedia untuk bercerita baru lah dia akan bertanya.

Ariel memang ada tempat istimewa di hatinya tetapi sebagai kawan. Sayangnya dia memang tiada perasaan yang lebih kepada Ariel. Walaupun dia sudah beberapa kali cuba untuk mencintai lelaki itu lebih sebagai kawan tapi dia tak mampu.

Tepat pukul 11 malam Issabelle duduk di sebuah taman. Di sana ada bangku-bangku tersedia. Issabelle duduk di salah satu bangku berkenaan. Duduk menghadap sungai.

"Belle!" Terdengar suara seseorang dari arah belakang.

Lelaki itu segera duduk di sisi Issabelle. Dia tidak bercakap banyak, dengan segera dia memeluk Issabelle tetapi dengan lembut Issabelle menolak perlahan tubuh lelaki itu.

Ariel tidak komplain apa-apa. Dia memandang wajah wanita itu. Mata cantik itu sudah merah dan bengkak.

"I rasa i kecewakan semua orang. I rasa gagal dengan diri i sendiri. I memang tak layak rasa bahagia ke Ariel?" Gumamnya perlahan.

Ariel berkerut "apa you cakap ni? You lupa ke? Uncle always bangga dengan you"

"But not my husband"

Kata-kata itu membuat tubuh Ariel mengeras "you gaduh dengan Aayan?"

Issabelle ketawa kecil "kitaorang hari-hari gaduh but today is different. I can see the regret in his eyes"

Issabelle menyeka air matanya yang gatal-gatal untuk mengalir "dari awal i know this marriage never worked"

Issabelle menghela nafas. Dia menundukkan kepalanya "we're two different people Ariel. Dia seorang yang taat dengan agama sedangkan i?" Issabelle terkekeh kecil.

Jika Aayan fikir Issabelle okay-okay sahaja, lelaki itu silap besar. Issabelle sudah lama kecewa dengan dirinya sendiri. Dari mamanya pergi meninggalkan papa dan dirinya dia sudah rasa dia gagal. Gagal menjadi anak yang baik.

"I kaki kelab, kaki minum Ariel. Kitaorang tak boleh duduk sebumbung. I taknak seksa dia sebab tu i minta cerai"

Ariel mendengar sahaja apa yang diluahkan sahabatnya. Tangannya mengusap perlahan belakang badan Issabelle untuk menenangkan wanita itu.

"Dia ibarat ahli syurga and i ahli neraka"

"Shhh" Ariel menggelengkan kepala "you tak boleh cakap macam tu. Kita semua manusia. Setiap manusia ada silap. Kita bukan malaikat Belle. Kita tak berhak menghukum orang lain mahupun diri kita sendiri. Itu semua kerja tuhan"

Issabelle melontarkan pandangan pada pemandangan di hadapannya.

"Patut kah i pergi dari hidup Aayan?"

"Belle you know bukan i yang decide. You yang buat keputusan tapi you kena fikir masak-masak" ucap Ariel

"Penceraian ni bukan benda main-main. Seeloknya korang bincang lah. Jangan sampai bercerai" sambungnya. Walaupun hatinya terasa pedih mengucapnya kata-kata itu tetapi dia tak mahu Issabelle terus merana.

Dia mahu wanita itu bahagia dan entah mengapa jauh di lubuk hatinya percaya bahawa Aayan mampu membahagiakan Issabelle.

"You love him?"

Issabelle tidak menjawap apa-apa. Ariel tak mengajukan soalan lagi. Mungkin itu lah jawapannya.

"Belle. Masa i cakap yang i akan always ada dengan you. When someone throw you away and you run to me i will hug you close. I meant it"

Issabelle tersenyum kecil memandang Ariel sebelum pandangannya kembali dilontarkan pada sungai di hadapan mereka.

Mata Ariel berkaca. Kalau dia tak boleh menjadi orang yang membahagiakan Issabelle, menjadi orang yang melihat Issabelle bahagia pun sudah memadai.






A/N I'm sorry left you hanging. But here some update for my love semua

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro