S i x

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Papa nak Belle dan ustaz Aayan berkahwin"

Issabelle terpana seketika sebelum perlahan-lahan dia menggelengkan kepala. Dia tertawa kecil "you joking right?"

"No i am not"

"You joking! Tell me you joking pa!"

"Issabelle! Papa serius and you dont have option" Matanya memanah anak mata Issabelle. Dia tak kira. Kali ini dia perlu bersikap tegas dengan Issabelle. Ini semua demi kebaikan Issabelle juga.

"No" Issabelle menggelengkan kepala. Ustaz muda di sisi papanya hanya diam tidak mengatakan apa-apa. Kepalanya ditundukkan.

"Issabelle, please listen to me. Papa buat semua untuk kebaikan Belle"

Issabelle segera berdiri "kebaikan apa? Cuba papa cakap dengan Belle?" Dato Sri Hamza juga tidak kalah berangnya. Dia juga turut berdiri.

"Belle dah jauh sangat! Papa yakin Aayan mampu bimbing Belle!" Balasnya lantang

"Jauh? Siapa yang buat Belle jauh? Its you and mama. You taught me this way pa. Papa lupa?" 

"Cik Issabelle istighfar!" Kali ini Ayyan bersuara. Issabelle memandang ustaz muda itu. Dia terkekeh kecil.

"Aku tak akan kahwin dengan kau. You two are nonsense" Issabelle mencapai begnya dan sudah mula melangkah ke pintu.

"Listen to me Issabelle. Kalau Belle tak ikut arahan papa. I will cut off all your credit card. Belle jangan lupa. I help you become a model and i will ruin it. Papa akan tamatkan semua kontrak Belle dengan jenama-jenama tu. Mind my word

Nafasnya termengeh-mengah menahan amarah. Langkah Issabelle terhenti. Perlahan-lahan dia menoleh ke belakang. Matanya berkaca memandang sosok tua yang dia sayang dengan sepenuh hati itu.

"I hate you" Bisiknya yang dapat didengar oleh papanya dan Aayan. Perlahan-lahan air matanya mengalir di pipi sebelum dia sambung langkahnya.

Pintu dihempas kuat. Dato Sri Hamza terduduk lemas. Pandangannya kosong "uncle gagal sebagai seorang ayah"

Aayan mengosok perlahan bahu Dato Sri Hamza untuk menenangkan orang tua itu "jangan cakap macam tu uncle. Saya yakin, pada Issabelle uncle ayah yang paling hebat. Kita bagi dia tenang dulu"

Dato Sri Hamza memejamkan matanya 'ya Allah bantu lah hamba mu ini'

     ISSABELLE meneguk cawan ke empat sebelum Ariel dan Sophie menahan wanita itu dari terus menerus minum.

"Belle slow down" Ariel menahan tangan Issabelle yang menuang lagi air ke dalam cawannya. Issabelle merentap tangannya "lepaskan aku!"

"Ariel please help her" Sophie sudah bimbang dengan keadaan Issabelle yang sudah mabuk.

Ariel memegang kedua-dua belah pipi Issabelle "look at me" Issabelle memejam matanya. Isakan kecil kedengaran. Matanya membengkak, hidungnya merah.

"Hidup aku hancur!" Bentak Issabelle. Dia menepis tangan Ariel sekali lagi tetapi Ariel segera mengenggam tangan mulus itu. Diusap dengan lembut.

"No. Hidup you tak hancur. You still have me, Sophie, kawan yang lain"

Issabelle menggelengkan kepala "i tak cinta kan dia. I hate him. I tak nak kahwin dengan dia!" Issabelle meronta tetapi Ariel tidak melepaskan wanita itu sebaliknya dia membawa Issabelle ke dalam dakapan.

"I tak nak kahwin dengan dia" Tangis Issabelle. Baju yang dikenakan Ariel sudah basah dek kerana air mata Issabelle.

Ariel tidak ucap apa-apa. Dia hanya mengelus lembut rambut perang Issabelle. Hatinya juga remuk mendengar apa yang diceritakan Issabelle. Dia sudah mencintai wanita itu lebih dari 5 tahun. Hatinya berat melepaskan Issabelle pergi pada lelaki lain tetapi dia lagi sedih melihat keadaan wanita itu sedemikian.

"Tolong i. I tak nak balik rumah. I benci papa"

sophie mengusap bahu Issabelle "takpe malam ni kau tidur rumah aku okay? Dah jangan nangis"

"I tak nak kahwin" ucapnya lagi. Memang dari tadi hanya kata-kata itu yang diulangnya bagai kaset.

Ariel mempereratkan pelukkannya "i pun tak nak you kahwin" gumamnya perlahan. Tanpa dia sedar air matanya mengalir dari tubir mata. Dia memejam mata dan nafas dihelakan.

"ASSALAMUALAIKUM warahmatullah" Aayan meraup mukanya. Dia membetulkan kedudukannya menjadi bersila.

Aayan menadah tangan "Ya Allah ya tuhanku. Beri lah pertunjuk padaku ya Allah. Bantu lah aku dalam menyebarkan agamamu ya Allah. Kau ampuni lah dosa ku ya Allah. Ampuni lah dosa semua umat islam di muka bumi ini ya Allah. Aamiin ya rabbalamin"

Aayan bangun dari duduk dan melipat sejadah. Dia melangkah keluar dari biliknya dan menuju ke taman yang ada di dalam perkarangan pusat tahfiz itu.

Dia duduk di pangkin. Dia hanya memakai baju t shirt dan berkain pelekat.

"Ustaz"

Aayan tidak perlu memandang empunya suara dia sudah tahu siapa yang memanggilnya. Aayan tidak menoleh kepalanya. Dia memandang langit yang hitam pekat itu.

Figura itu duduk di sisi Aayan. Cukup dekat untuk membuat orang yang pandang berasa tidak selesa. Aayan bergeser ke tepi sedikit.

"Kenapa tak tidur lagi Humairah?"

"Saya nak check pintu tadi dah kunci ke belum tapi saya tengok ustaz ada kat luar itu yang saya datang teman"

Nafas dihelakan "tak perlu lah teman saya. Tak elok orang pandang"

"Ustaz. Tolong beri saya peluang"

"Saya tak nak sakitkan hati siapa-siapa Humairah. Saya cuma pendosa. Cari lah lelaki yang lebih sesuai untuk kamu"

Humairah menggelengkan kepalanya "tapi saya nak ustaz. Tolong lah saya ustaz"

Humairah mendekati Aayan dengan segera lelaki itu bangun dan melangkah menjauhi wanita itu "saya yakin ada lelaki yang sedang tunggu awak. Jangan seksa diri awak macam ni Humairah. Maafkan saya"

Humairah berkerut "kenapa? Ustaz dah ada yang lain? Ataupun..."

Humairah memandang wajah Aayan. Mata mereka bersatu "ataupun ustaz dah jatuh hati dengan perempuan tu?!"

Aayan menggelengkan kepala "Issabelle tiada kena mengena dalam hal ni"

"Kenapa ustaz selalu pertahankan dia?!"

Aayan meraup rambutnya "sebab dia memang tiada kena mengena. Sudah-sudah lah Humairah. Pergi lah tidur. Hari dah malam" Aayan melangkah masuk.

Setitis air mata jatuh. Humairah menghentak kakinya dan melangkah masuk

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro