Bab 11

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Korbankan anak kecil itu, anakku. Serahkan persembahan kau."

Anneliese membuka matanya dengan pantas. Arahan yang baru diterima dalam lenanya menyebabkan dia bangun lalu perlahan-lahan menuju ke arah bilik yang menempatkan Adelaide Ayla.

Usai tiba di bilik anak gadisnya, Anneliese mencapai sebuah gunting di atas laci lalu sang anak yang sedang tidur di atas katil, didekati perlahan-lahan.

"Persembahan engkau akan ku terima."

"Mama?"

Adelaide Alya terbangun dari tidur. Matanya sengaja dikecilkan melihat objek yang berada di tangan mamanya.

Bagaikan halilintar membelah bumi, begitu juga yang dirasai Adelaide Ayla bila melihat mamanya sedang mengangkat tinggi sebuah gunting ke arahnya.

"Papa!!" takut Adelaide.

Mujur gunting tajam tadi berjaya dielak olehnya lalu pantas sahaja dia melompat ke atas lantai.

"Papa!! Papa!! Mama nak bunuh Ayla!!" jerit si kecik itu sambil menjauhi Anneliese yang semakin mendekatinya.

"Bunuh dia sebagai persembahan buatku."

Sekali lagi, gunting tadi dijulang tinggi. Belum sempat mendarat pada tubuh Adelaide Ayla, mata gunting tersebut mendarat terlebih dahulu ke dalam anggota bahu Tengku Haikal.

"Liese!! What the heck are you doing?!" tempik Tengku Haikal, terkejut.

Terasa darahnya mengalir ke badan bila mana muncung gunting tadi berjaya dicucuk jauh ke dasar bahu ia.

Anneliese pula baru tersedar. Kini, dia melihat Adelaide Ayla sedang menangis teresak-esak di dalam pelukan Tengku Haikal manakala bahu lelaki itu kelihatan...

"Abang!! Kenapa dengan bahu abang?!" terkejut Anneliese.

Dia ingin menyentuh bahu Tengku Haikal namun sesuatu membantutkan niatnya. Gunting yang terasa basah dengan darah Tengku Haikal dipandang terketar-ketar.

"Mama jahat. Mama nak bunuh Ayla," ngongoi si kecik.

Tengku Haikal terdiam. Dipeluk erat tubuh Adelaide Ayla seraya wajah ketakutan Anneliese dipandang dengan riak kurang percaya.

Hakikat, Anneliese ingin membunuh anak kandungnya sendiri, memang tak masuk akal!

"Abang..." panggil Anneliese, sayu.

Anneliese cuba menyentuh Tengku Haikal namun dihalang Adelaide Ayla.

"Jangan sentuh papa! Mama jahat! Mama cuba nak bunuh Ayla dengan papa! " nangis Adelaide Ayla.

Air matanya semakin merembes pipi melihat darah Tengku Haikal mengalir pada baju tidurnya yang ala-ala disney Cindrella.

"Ayla, jangan cakap mama macam tu. Mama tak sengaja," pujuk Tengku Haikal walaupun dia sendiri masih tak percaya.

"Ayla takut. Ayla tak suka mata hitam mama tengok Ayla," rintih Adelaide Ayla.

Anneliese tergamam manakala Tengku Haikal mengerutkan dahinya. Tak lama selepas itu, Adelaide Ayla tidur di sebelah Tengku Haikal selepas sahaja luka pada bahu lelaki itu dirawat.

"Anak sendiri takut pada Liese," sayu Anneliese berkata seraya menoleh ke arah Adelaide Ayla yang berada di sebelah Tengku Haikal.

Bukan tidur di antara mereka berdua. Anneliese tahu Adelaide Ayla takut jika perkara tadi berulang.

"Sayang, esok Ayla okaylah. Dia kan sayang sangat dengan mama dia yang tingtong ni," pujuk Tengku Haikal lalu pipi Anneliese dicubit-cubit manja.

"Hmmm.. Abang tahu ada sesuatu yang tak kena dengan Liese kan? Liese rasa Liese dah naik gila dengan semua ni."

"Hei, sayang. Anggap je tadi tu sayang cuma mengigau," Tengku Haikal cuba menyedapkan hati Anneliese.

"Mengigau sampai nak bunuh anak sendiri?"

Terdiam jua Tengku Haikal dibuatnya. Dia sendiri bingung dengan perubahan drastik Anneliese. Kadangkala isterinya itu tak macam diri dia sebelum ni.

Anneliese memang pelik tapi pelik dia tahap lain macam. Nak bunuh? Tu kerja gila.

______________________________

"Ini aje yang korang ada?! Aku suruh korang berlatih dengan robot dan sepatutnya kekuatan korang semakin bertambah! Bukan lemah macam ni!"

Orang-orang Roland berdiri dengan pantas sebaik sahaja lelaki itu membuka mulut. Tajam anak mata Roland memandang setiap daripada mereka yang baru dilatih sebentar tadi.

"Kau! Kau lemah dari segi menangkis!" Roland menunjuk pada seorang lelaki berbadan sado di hadapannya.

Peluh yang merenik di dahi masing-masing tidak diendahkan.

"Dan kau! Kau lambat mengelak serangan musuh! Kau boleh mampus bila musuh keluarkan pedang!" komen Roland, bengis.

Masing-masing menundukkan kepala bila suara Roland sudah naik seoktaf. Ryan, Grey dan Triple Han pula sekadar melihat. Tak nak menyampuk bila Roland dah bersuara. Lelaki itu lebih tahu segala-galanya dalam hal mendidik anak-anak buahnya.

"Takde guna badan sado mengalahkan ahli gusti kalau nak tepis dan menangkis serangan pun korang lemah! Mulai hari ni stop berlatih kat gym. Aku nak korang berlatih guna robot. And make sure gerakan robot tu lebih pantas dari korang supaya korang biasa dengan serangan yang lebih pantas. Faham tak?!"

"Faham tuann!!"

Roland menarik nafas panjang sebelum menuju ke luar gelanggang. Botol yang diberikan oleh Elivia diambil lalu airnya diteguk rakus.

Dari jauh, Mia Aurora terkebil-kebil melihat tubuh suaminya. Nampak berketul-ketul dan seksi bila peluh membasahi ototnya. Lagi satu yang menarik hati Mia Aurora bila halkum Roland naik turun meneguk air tadi.

Sedar tak sedar, Mia Aurora tersengih nakal. Terbayang jika badan tegap ala-ala mat salleh itu memeluknya. Alamak. Nafsu bhai. Nafsu! Menggelegak!

"Woi!"

Mia Aurora tersentak. Ditoleh ke arah Jethan yang tersenyum sumbing.

"Ohhh!! Tengok Roland erk? Kantoi!!" usik Jethan.

Terbeliak mata Mia Aurora mendengar kata-kata Jethan. Tak sia-sia aktiviti kurang bermoralnya kantoi oleh Jethan. Buat malu kaum wanita sedunia.

"J...jangan bagitau dia. Sa..saya tak sengaja tengok.."

"Tengok apa?" Jethan semakin galak mengusik.

"Erhh.. Erhhhh.."

"Rolanddd!! Mia kata dia tengok..."

Belum sempat Jethan menghabiskan bicaranya, Mia Aurora terlebih dahulu menekup mulut lelaki itu. Pucat lesi wajahnya risau andai aktiviti tadi diketahui oleh Roland.

"Apa dia?!" jerit Roland.

Tanpa berterima kasih kepada Elivia, dia menuju ke arah Mia Aurora yang seakan-akan membisik sesuatu pada Jethan.

Elivia pula sudah muncung ke depan. Sakit hati pula bila Roland tak menghargai pemberian botol tadi. Kalau dah hati batu tu, haih memang tak ke mana!

"J.. J..dia datang. Awak jangan bagitau dia," rayu Mia Aurora lalu melepaskan tangannya dari mulut Jethan.

"Okay, tapi kau kena belanja kitorang berlima aiskrim. Amacam?" sengih Jethan.

"Tapi saya takde duit," sedih Mia Aurora.

"Aikk.. Kahwin dengan jutawan muda pun takde duit ke?" sampuk Nethan, bingung.

"Duit apa?"

Keenam-enam manusia tersebut menoleh ke depan sebaik sahaja Roland tiba bersama tubuh yang tak berbaju. Hanya seluar tracksuit sahaja menghiasi bahagian kaki lelaki itu.

"Ni hah. Mia kata dia takde duit nak beli aiskrim," usik Grey.

Mia Aurora ingin menangis. Lima beruk di hadapannya itu memang sah suka kenakan dia! Takpelah. At least rahsia dia tengok body Roland tak kantoi.

"Kau tak bagi dia duit erk?" soal Ethan pada Roland.

"Tak. Sebab dia tak pernah minta," jawap Roland, selamba.

"Serious bro? Kau tak bagi dia nafkah?"

"Dia selalu dengan kita en. Apa yang aku makan, dia makan. Aku yang keluarkan duit," ujar Roland.

"Patutlah Mia duk pakai baju besar-besar. Kau tak bagi dia duit untuk beli pakaian dia en?" duga Ryan.

Roland sengaja tak menjawap. Bukan readers tak tahu yang Roland dah belikan macam-macam baju untuk Mia Aurora. Cuma, minah ni yang tak nak pakai. Sibuk nak pakai baju badut.

"Erhh.. Roland ada belikan. Saya yang tak pakai," tunduk Mia Aurora.

"Kenapa tak pakai?" pelik mereka berlima.

"Hmmm.. "

Mia Aurora tak menjawap. Dia sekadar menundukkan kepalanya lalu jari-jari dimain seli berganti.

"Dahlah. Ryan, kau urus bebudak! Aku nak gi mandi jap," arah Roland lalu beredar menuju ke bilik air.

Dengan senang hatinya, Ryan berlari lalu melompat masuk ke dalam gelanggang. Melihat kelibat Ryan, ada yang sudah melarikan diri tak nak berlatih dengan lelaki seumur Roland itu.

"Ayo dong mas! Kok malah ada yang kabur sih?"

Ryan sedia merenggangkan kakinya di atas lantai seraya melihat anak-anak buah lain saling menolak tak nak masuk gelanggang. Bukan diorang tak tahu cara Ryan melatih mereka.

"Eh, masuklah!" marah Ryan.

"Erhhh Tuan Ryan janganlah main kasar. Bagi chance sikit dengan kitorang," ujar salah satu daripada mereka.

"Kalau aku bagi korang peluang, macam mana nak champion macam aku?"

Ryan menapak ke depan sekali gus diikuti anak-anak buahnya yang menapak ke belakang.

"Maju!" arah dia.

"Erhh.. "

"Kalau korang tak nak maju, biar Cik Abang maju!"

Bersama ayat tersebut, Ryan berlari ke depan lalu tangan salah satu daripada mereka dicengkam kuat.

"Tu..tuan kejappp!!"

"Tiada kejap bagimu!"

Dan tak sampai seminit, kedengaran jeritan para lelaki dihentam teruk oleh insan yang bernama Ryan. Eish, eish. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk mereka.

10 minit berlalu, Ryan keluar dari gelanggang sambil menggeliat sedikit badannya. Mia Aurora terkebil-kebil kurang percaya melihat mereka yang lain bergelimpangan di atas gelanggang perlawanan seraya menahan sakit.

Padanlah semua lari bila Ryan masuk. Ryan tak bagi chance langsung dengan diorang. Juara karate lah katakan. Sampai tahap luar negara pula tu.

"Hai, Mia!"

Mia Aurora tersentak bila namanya dipanggil.

Dilihat Elivia sedang tersenyum manis ke arahnya manakala Olivia pula sedang melayah karenah lima jejaka hot Malaysia. Hanya mereka berdua berdiri di luar gelanggang.

"Jom?" ajak Elivia.

"Erhhh..jom apa?"

"Berlatih dengan I. Memandangkan you dah jadi bini kepada ketua mafia, apa kata you belajar sikit-sikit seni mempertahankan diri?" pelawa Elivia dengan niat yang tersirat.

Tak berfikir panjang, Mia Aurora mengangguk perlahan lalu ikut Elivia naik ke dalam gelanggang perlawanan.

"Apa yang diorang tengah buat?" soal Olivia, pelik melihat keberadaan mereka sekarang.

Dari segi riak wajah Elivia, dia yakin ada sesuatu yang difikirkan gadis itu untuk mengenakan Mia Aurora.

"Elivia! Kau nak buat apa hah dengan Mia?!" marah Nethan.

"Guys, don't worry lah. I cuma nak..ajar Mia tentang cara nak pertahankan diri. Kot ye dia kena culik. Boleh dia pertahankan diri dari pihak lawan," tutur Elivia, cerdik.

"Agak-agaklah weh. Kitorang boleh ajar. Kau takyah acah nak buat baik lah," marah Grey.

Baru sahaja dia ingin menuju ke arah Mia Aurora bagi mempertahankan gadis itu, Mia Aurora menghalangnya pula.

"Takpe korang. Betul juga cakap Elivia. Jadi isteri ketua mafia kena kuat!" naif Mia Aurora berbicara.

Ryan, Grey, Triple Han dan Olivia saling berpandangan. Kalau tu yang Mia Aurora nak, diorang takleh nak buat apa.

"Okay, jom mulakan. You berdiri kat situ sambil masukkan tali benda ni kat tangan," arah Elivia.

"Erhh..benda ni nama dia apa?" soal, Mia Aurora.

"Overmont taekwando kick pad," jawapnya acuh tak acuh.

Mia Aurora pura-pura faham. Jujurnya dia tak fasih berbahasa Inggeris. Tak habis belajar plus tak ambik spm pun.

"Now, I nak you berdiri lepastu tahan tumbukan I erk," Elivia tersenyum sinis.

"Erhh..camne cara ni boleh buat saya elak serangan musuh?" soal Mia Aurora seraya melihat Elivia sudah mengepalkan penumbuknya.

"Bukan elak tapi tahan."

Sejurus itu, Elivia melepaskan penumbuknya ke arah wajah Mia Aurora dengan sengaja. Targetnya bukan pada kick pad. Namun, pada wajah Mia Aurora yang terlalu nerd baginya.

"Arghhhh!! Sakitt!!"

Mia Aurora terpusing ke belakang lalu terjatuh di atas lantai gelanggang. Ryan, Grey, Olivia dan Triple Han segera berlari ke arah Mia Aurora yang sudah kelihatan berdarah hidungnya.

"Opppss! Sorry Mia," Elivia buat-buat rasa bersalah.

"Sial! Kau nak apa hah betina?!" Jethan menolak bahu Elivia ke belakang.

Geram pula melihat riak wajah Elivia yang berpura-pura sedih. Jelas kut tumbukan tu memang disengajakan. Dasar puntianak tak cukup khasiat!

"Chiil lah weh. Sikit je tu," dalih Elivia, sinis.

"Sikit?! Sikit?! Eh, mari aku tumbuk muka kau sampai berdarah lepastu aku bagi alasan yang sama kau guna!" tengking Ryan.

Kesian pula melihat darah yang keluar daripada hidung Mia Aurora.

"El, apa yang kau buat ni? Kalau Roland tahu, mengamuk dia nanti," tegur Olivia sebal pada Elivia.

"Aku tak sengaja," tipu Elivia.

"Minah ni aku bantai karang!!"

Nethan sudah maju dengan penumbuknya, namun jeritan Roland membuatkan seisi kumpulan itu terdiam.

"Pehal korang semua ni?!"

"Pehal kau tanya? Hah, kau tanya dengan beruk ni apa dia buat kat Mia sampai hidung Mia berdarah," jeling Ethan.

"What?!! Elivia, what the hell are you doing huh?!" tengking Roland lantas maju ke depan mencari Mia Aurora.

"I tak bersalah, R. I cuma ajar dia cara-cara nak pertahankan diri dari pihak musuh. That's it. Tak salah kan?" alasan Elivia.

"Tak salah kau kata?! Hidung bini aku dah hampir patah tau tak?! Kau keluar sekarang! Keluar!" herdik Roland, bengis.

Terhincut jua bahu Elivia mendengar herdikan ketuanya. Dengan hati yang sebal, dia keluar daripada kawasan gelanggang seraya menyumpah seranah sikap Mia Aurora yang baginya terlalu manja.

"Mia, kau okay tak?" soal Roland perlahan sambil darah Mia Aurora diseka menggunakan bajunya.

"Ok...okay bos. Sikit je ni," tipu Mia Aurora.

Ikutkan hati, memang dia nak pengsan kat situ juga. Tapi dah alang-alang hero sampai tu, hati bersemangat nak tengok muka dia. Susahlah dapat husband kacak macam Roland. Nak pengsan pun tak larat.

"Kita gi hospital," ajak dia, risau.

Tak menunggu lama, Roland mendukung tubuh Mia Aurora lalu keluar menuruni tangga gelanggang. Tak sedar jantung si isteri dah dup dap dup dap menahan malu.

Amboi, bertuahnya kau Mia.

#Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro