Bab 13

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Chip! Chip! Chip! Chip!

Mia Aurora mengecilkan matanya ke arah halaman luar yang dihiasi langit malam. Seekor burung kecil yang tak diketahui jenis oleh Mia Aurora didekati perlahan-lahan.

Usai tiba, Mia Aurora berlutut di hadapan burung yang sudah patah kepaknya. Entah bagaimana seekor burung kecil seperti ini sesat di malam hari.

Mungkin burung ni datang dari jauh dan bila nak terbang, ia terlanggar mana-mana benda tajam sehingga patah kepaknya.

Chip! Chip! Chip!

"Awww, kamu cedera ye?" soal dia, simpati.

Chip! Chip! Chip!

Mia Aurora tersenyum manis. Burung yang cedera itu diangkat perlahan lalu diletakkan pada telapak tangannya. Seketika, mata dipejam erat dan keluarlah suatu aura berwarna hijau dari telapak tangan gadis tersebut.

"Sembuh," bisiknya perlahan.

Pabila mata dibuka semula, kepak burung tersebut sembuh semula lalu burung itu berdiri melihat Mia Aurora.

Chip! Chip! Chip!

Mia Aurora tergelak kecil. Bagai faham dengan bahasa burung tersebut, Mia Aurora menganggukkan kepalanya.

Chip! Chip! Chip!

"What are you doing huh?"

Mia Aurora tersentak manakala burung kecil itu terbang melayang sebaik sahaja kelibat Roland datang menerpa ke arah mereka.

Roland menjongketkan kening memandang sang isteri. Tak silap matanya, dia memang nampak Mia Aurora tengah melayan seekor burung. Burung Roland dia tak nak pula layan. Hmmm. Yang faham, faham je lah.

"Kau buat apa dengan burung tu?" soal Roland, musykil.

Mia Aurora terkebil-kebil. Telapak tangan diturun semula seraya mata mendarat ke arah tubuh Roland yang tak berbaju. Alahai, lain macam nafsu malam ni.

"Erhh.. Saya..."

"Kau bercakap dengan burung tu ke?" duga Roland.

Kalau jawapan dia ya, Sah! Mia Aurora gila.

"Tak. "

Okay, Mia Aurora selamat dari diejek. Untuk malam ni je lah.

"Dah tu?"

"Erhh tadi.. Burung ni cedera. Kepak dia patah sampai takleh terbang," jujur Mia Aurora berbicara.

Mendengar jawapan Mia Aurora menyebabkan Roland mengerutkan dahinya.

"Nonsense. Aku baru nampak burung tu terbang tadi," bidas Roland, mendatar.

Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar sambil melihat Mia Aurora yang sudah mengerutkan dahinya. Dia tak tahu gadis itu tak faham erti 'nonsense.' Maklumlah spm takde. Tak habis sekolah macam orang tu. Sampai lompat kelas.

"Saya dah rawat burung tu," polos Mia Aurora.

Roland menjongketkan kening sebelah ke atas. Agaknya gadis ini baru terhantuk kat mana-mana dinding atau still mamai. Entah bila dia tidur, Roland pun tak tahu.

Walaupun pelik, Roland tetap melayan. Saja nak tengok sampai mana Mia Aurora mengarang cerita.

"Ohh rawat. Wow! Fuhh! That was so amazing, Mia! Bagitau aku, macam mana kau rawat burung tu?" ujar Roland sengaja ingin mengusik Mia Aurora tanpa gadis itu sedari.

"Kalau awak nak tahu, saya dilahirkan dengan anugerah yang menakjubkan tau! Saya ada kelebihan dalam merawat orang atau sesuatu benda hidup kalau saya nak," teruja Mia Aurora berkongsi cerita.

"Oh ya ke? Wahhhh.. Lagi, lagi," senyum Roland dalam ejekan.

"Selain tu, saya boleh nampak peratus nyawa orang. Contoh macam awak. Kesihatan atau nyawa awak pada tahap 93%. Agaknya awak rasa pening kut sekarang. Awak baru bangun dari tidur ke?" soal Mia Aurora, lembut.

Roland terdiam. Memang baginya, Mia Aurora sewel dan tak betul. Tapi tekaan Mia Aurora tentang keadaannya sekarang memang tak meleset.

Setiap kali Roland bangun dari tidur, kepalanya terasa sakit dan pening. Arghh!! Mungkin Mia Aurora saja teka dan kebetulan tekaannya mengena. Atau! Ada atau ye kalian . Atau minah ni memang nampak Roland tidur kat bilik tadi.

"Nampak peratus nyawa atau kesihatan orang? Macam mana kau boleh nampak?" ragu Roland.

"Kat tepi kepala awak ada peratus dan bar nyawa awak. Kalau bar tu menurun, tu bermaksud nyawa awak tergugat. Tapi sekarang taklah berada dalam tahap yang bahaya. Awak sihat je," jelas Mia Aurora, jujur.

Nak tak nak, akhirnya tawa yang sedaya-upaya ditahan sejak tadi, meletus jua! Kuat pula tu. Sampai buat Mia Aurora terdiam bingung.

"Kenapa awak?" soal Mia Aurora, naif.

"Hahahaha!! 4 bulan aku hidup dengan kau, ini kali pertama kau berjaya buat aku tergelak. Hei, Mia. Asal aku tak tahu kau reti nak buat lawak hah? "

Roland tergelak terbahak-bahak. Aduh, emang wife aku lucu ya guys? Kok, lucunya tahap bulan sih.

"Tapi saya...jujur," sayu suara Mia Aurora kedengaran.

Kepala ditundukkan lalu dia cepat-cepat beredar daripada tempat tersebut. Roland yang masih sibuk mentertawakannya tidak diendahkan. Dia berasa malu dan sedikit terkesan dengan tindak balas Roland.

Entah apalah yang difikirkan oleh Mia Aurora sehingga dia sanggup membocorkan rahsia kelebihannya pada orang lain.

Dia ingatkan Roland akan mempercayai dan lebih menghargai dia. Tapi tak sangka pula, Roland sama dengan orang lain. Suka memandang rendah.

Takpelah. Suka hati cik abang kalau nak percaya ataupun tak.

______________________________

3:00 am.

Mata Tazaki Genji terbeliak luas. Dia bangun daripada pembaringan lalu wajah Tengku Nurfaiza yang sedang tidur lena ditatap tajam.

Tanpa sebab, kedua-dua tangannya diangkat lalu leher perempuan itu dicengkek sekuat hati. Terbangun terus Tengku Nurfaiza lantas si cantik jelita itu meronta-ronta dalam kesakitan.

Rongga pernafasnya mulai gagal mencari oksigen. Kini, yang menjadi tumpuan Tengku Nurfaiza apabila melihat anak mata Tazaki Genji yang bertukar hitam sepenuhnya.

"Bi..biyy..ni...uhuk..Fai..Faiza," ujar Tengku Nurfaiza tersekat-sekat.

Tiba-tiba pintu bilik dibuka oleh seseorang dari luar. Kelibat Tazaki Zulkanain yang sedang memeluk patung Boboiboy menyapa pandangan Tengku Nurfaiza.

Terkapai-kapai tangan perempuan itu untuk menyuruh Tazaki Zulkanain agar melarikan diri.

"Mummy, Nain takleh tidur. Boleh tak Nain nak tidur dengan mummy dan daddy?" soal Zulkanain lantas maju ke depan tanpa syak wasangka.

Ajaibnya, mendengar suara Tazaki Zulkanain, Tazaki Genji bagaikan tersedar semula. Anak mata hitamnya beransur pulih manakala tangannya semakin lemah mencengkam leher si isteri.

"Uhuk! Uhuk!"

Sepantas kilat, Tengku Nurfaiza bangun daripada atas katil lalu tubuh Tazaki Zulkanain ditarik ke dalam pelukan. Walaupun dia hampir kehilangan nyawa di tangan suaminya sendiri, keselamatan Tazaki Zulkanain lebih diutamakan.

"Sugar baby..biy..."

"What's wrong with you, Genji?! Are you trying to kill me?!" marah Tengku Nurfaiza.

Tazaki Genji terkedu. Jujur, dia tak ingat apa yang telah berlaku. Seingatnya, Tengku Nurfaiza tiba-tiba berlari lalu memeluk tubuh anak mereka.

"Biy...Biy tak rasa ke ada sesuatu pelik dengan biy? Biy tak macam dulu. Biy fikir apa hah?" desak Tengku Nurfaiza, ingin menangis.

"Sugar baby.. Biy...Biy..."

Tazaki Genji terketar-ketar ingin memberikan jawapan. Tangannya yang baru sahaja cuba membunuh Tengku Nurfaiza ditenung dalam. Dia yakin ada sesuatu yang sedang mengganggu fikirannya. Tapi dia tak tahu.

Itu masalahnya. Tau tak perasaan bila kau nak tahu pada perkara yang kau tak tahu sendiri?

_______________________________

Toleh ke kiri, toleh ke kanan. Mia Aurora mencari kelibat enam jejaka harapan sedunia di dalam office Roland. Keenam-enam manusia tersebut hilang entah ke mana.

Tak sampai limat minit Mia Aurora ke tandas, Roland dan yang lain sudah hilang meninggalkannya. Bibir dimuncungkan lalu Mia Aurora merayau di sekeliling office Roland.

Besar. Muat satu lagi katil bersaiz king mengikut perkiraannya. Disebabkan rasa bosan, Mia Aurora meneliti setiap bingkai gambar yang ada pada dinding.

Ada gambar Roland dengan satu keluarga. Dia takde pula kat sana. Takpelah, walau dah 4 bulan lebih dia bergelar isteri kepada Roland, mungkin lelaki itu masih menganggapnya orang asing.

Eloklah tu daripada orang asli kan. Dia orang melayu.

Tengah merayau bagai kutuk rayap, mata Mia Aurora tiba-tiba mendarat pada sebuah bilik berpintukan kaca tinted hitam.

Orang luar takleh nampak apa yang berlaku kat dalam bilik sedangkan orang di dalam bilik pula boleh nampak apa yang orang luar tengah buat. Tak faham? Buat-buat faham jelah.

Seketika, pintu bersalut kaca itu cuba dibuka oleh Mia Aurora. Nampaknya, memang terkunci. Mia Aurora mengangguk seperti detektif seraya tangan mengusap dagu.

Confirm! Ini bilik rahsia Roland! Di mana mafia-mafia seperti kat dalam televisyen mempunyai bilik rahsia untuk menyeksa mangsa-mangsanya.

Roland kejam! Mia Aurora cuba mengintip dari luar tapi tak mampu memandangkan kaca tersebut terlalu gelap.

Terbit keluhan berat bila gagal menjadi James Bond. Tak lama kemudian, Mia Aurora membuat keputusan untuk menunggu ketibaan mereka berenam.

Dia yakin Roland, Ryan, Grey dan Triple Han sudahpun keluar makan tengahari tanpa mengajak dirinya. Dia kan 'halimunan'.

Sesaat dua saat berlalu, Mia Aurora membetulkan kaca mata di hidung. Pantulan wajahnya pada kaca tinted tersebut membuatkan Mia Aurora tersenyum paksa.

Dah alang-alang takde orang, Mia Aurora tersengih nakal. Wajah didekatkan pada pintu tersebut lalu dia memeriksa giginya jika ada sebarang sisa makanan yang terlekat.

Bukan itu saja, Mia Aurora turut terbayang jika bibirnya dikucup oleh Roland.

Terbit pula gelak kecil pada mulut dia. Tak padan dengan sikapnya yang lurus bendul, Mia Aurora memuncungkan bibir sambil memejamkan mata. Dalam benaknya, dia menganggap Roland cuba mengucup bibir mungilnya itu.

Habis berangan, Mia Aurora tergelak gila. Dicubit-cubit pipi sendiri yang sudah merona merah.

"Mia Aurora love Roland. Roland love Mia Aurora. Ehe!"

Mia Aurora tergelak malu-malu. Dibetulkan kaca mata semula lalu dia berdiri sambil bercekak pinggang. Sekejap dia berundur ke belakang lalu menyelak rambutnya ke tepi.

Ala-ala model antarabangsa, Mia Aurora berjalan gaya cat walk ke arah pintu kaca hitam tadi. Jalan punya jalan, alamak! Terpelecok pula.

Sepantas kilat Mia Aurora menoleh ke arah kiri dan kanannya. Risau kalau ada orang nampak aksi kucing nak beranaknya tadi. Haih, orang buat cat walk senang je. Dia sampai terpelecok.

Nasib dia tak jatuh. Hehehe.

Kali ini pula, Mia Aurora berlakon sebagai dua watak. Satu dirinya dan satu Roland. Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan.

"Mia! Aku cintakan kau," Mia Aurora mengubah suaranya seperti gaya Roland.

"Saya pun cintakan awak," Mia Aurora tersipu-sipu malu seraya bahu digerak-gerak gedik.

Tanpa dia sedar, di sebalik pintu.... Guysss..di sebalik pintu ya....

Roland, Ryan, Grey dan Triple Han saling memandang sesama sendiri. Terkebil-kebil mata mereka melihat aksi Mia Aurora yang tersengih sorang-sorang.

Sejak Mia Aurora masuk ke dalam office tadi, memang mata mereka sudah mendarat pada gelagat gadis itu.

Masing-masing cuba menahan gelak manakala Roland pula sudah menundukkan kepala seraya tergeleng-geleng. Bukan dia tak dengar motto Mia Aurora "Roland love Mia Aurora. Mia Aurora love Roland."

Dia memang parah! Tak padan dengan mata empat!

Melihat aksi Mia Aurora yang semakin gila bercakap sorang-sorang, Roland menuju ke arah pintu lalu pintu tersebut dibuka selamba.

Terciduk Mia Aurora sebaik sahaja wajah dingin Roland menyapa pandangannya. Di dalam bilik pula, Ryan, Grey dan Triple Han sudah terguling-guling mentertawakan Mia Aurora.

"Kau buat apa, giler?" soal Roland, tenang.

"Erhh..erhhh..takde apa-apa!" nafi Mia Aurora.

Dia malu. Sangat malu! Arghhh!! Duk muncung-muncung berangan yang Roland cium dia, arghhh!!

Nak sembunyilah macam ni! Sesiapa, tolonglah Mia.

"Kau..kalau tak jadi minah senget dalam sehari, boleh tak?" pinta Roland dalam sindiran.

"Senget? Saya tak senget. Saya lurus," naif Mia Aurora menjawap.

Kepala ditundukkan sambil bibir dimuncungkan sedikit. Masih malu dengan aksi-aksi kurang siuman yang dia dah buat tadi.

Roland sekadar menggeleng kepalanya lalu berpusing membelakangkan Mia Aurora. Saat dia berpusing, kepala sengaja ditundukkan.

Sedar tak sedar bibir Roland terukir senyuman indah.

#Comment and vote.

#Author terbayang perangai Mia Aurora. Hahahahaha!!

By the way guys, korang follow lah aireena_eryn. Dia punya cite gempak tau. Cite mafia juga. Try baca buku dia dan support insan-insan yang berjinak-jinak dalam dunia penulisan!

Baca juga cite mia_dash77 sebab berkisarkan fantasy tau. Korang yang suka berangan, bacalah cite ni. Bagi aku cerita hidup, bila bermulanya kita mencipta 'dunia' sendiri.

Lagi satu, bacalah cite psychology test. Boleh menjana minda korang! Baca buku tu dari sleepquen tau. Dah alang-alang baca, follow sekali.

Support! Supaya diorang bersemangat nak update tiap hari.

Tiga-tiga mereka ni dari group fans author, so bagi author diorang special. Kalau ada sesiapa nak masuk gp author, comment or boleh pm author.

Adios!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro