Bab 26

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


#Macam biasa.

______________________________

"Takpe, Raisha. Biar papa yang bawa."
Alex menghalang Raisha Ayun daripada masuk ke bilik mereka lantas dulang yang dipenuhi makanan diambik daripada tangan anaknya itu.

Raisha Ayun sekadar terkebil-kebil. Dia baru nak masuk dan suapkan makanan untuk mamanya yang sakit. Tapi semenjak ni...dia tak boleh masuk sekalipun ke dalam bilik Alex dan Tasya lagi.

Bukan setakat dia saje yang tak boleh. Semua ahli keluarga pun tak boleh masuk melainkan Alex seorang. Seakan-akan Tasya menghadapi penyakit berjangkit.

"But papa.."

"No but! Raisha temankan Scarlet buat kerja rumah sekarang," potong Alex, tegas.

Raisha Ayun mengeluh berat. Terasa hati bila Alex menghalaunya. Sedar dengan reaksi Raisha Ayun, Alex menghela nafas lalu dahi si anak dikucup sekilas.

"Papa janji. Bila mama dah sembuh, papa benarkan semua orang masuk," pujuk Alex seraya hidung Raisha dicuit lembut.

"Okaylah. Kirim salam Raisha pada mama," pasrah Raisha Ayun lalu beredar dari luar bilik ibu bapanya dengan riak wajah yang sedih.

Alex mengeluh hampa. Pintu bilik dibuka lalu dia menuju ke arah katil yang menempatkan sekujur tubuh yang sudah kelihatan kurus.

Rambut-rambut Tasya juga sudah mulai gugur di atas bantal dan tangannya hampir kelihatan tulang. Tasya tak ubah seperti mayat hidup.

Setiap kali berjumpa dengan doktor pakar, setiap kali itu juga Tasya disahkan sihat. Bukan setakat doktor Malaysia. Doktor dari negara lain pun diorang dah jumpa.

Nak cakap terkena santau, haih family diorang takde sejarah dengan benda-benda syirik macam ni. Cuma ada satu tahap tu, Tasha berperangai pelik.

Asyik cakap pasal masa depan dan perkara-perkara baru yang tak masuk dek akal langsung.

Sudah dibagi makan, Tasya masih tak bertenaga. Dia kelihatan lelah dan nazak. Sebijik macam nenek sakit uzur.

"Makan sikit," tutur Alex.

"Takpe. Mama dah kenyang. Raisha ke yang cuba nak masuk tadi?" soal Tasya, perlahan.

Alex meletakkan pinggan di atas meja semula lantas menatap anak mata Tasya. Berkedut habis wajah perempuan itu.

"Ya, dia nak masuk."

"Mama tak nak diorang nampak keadaan mama macam ni," kata Tasya, lagi.

Alex mengangguk faham. Dia tahu Tasya tak nak orang takut atau simpati melihat perubahan dirinya.

Dia dah tak cantik macam dulu. Tubuhnya kurus macam takde daging. Menakutkan bagi sesiapa yang tengok.

"Rehatlah dulu. Papa sediakan air mandian."

Alex tersenyum tawar lalu menuju ke arah bilik air. Tasya terdiam lama. Dia sedar ada manik-manik halus bergelinangan di tubir mata suaminya sewaktu lelaki itu berdiri dari kerusi.

Apakan daya, Tasya tak mampu menggerakkan jari-jarinya lagi untuk menyeka atau menghilangkan rasa sedih Alex. Sesetengah sarafnya tak mampu berfungsi dengan baik. Pendek kata, dia lumpuh.

Usai Raisha Ayun turun dari tingkat atas, semua mata memandang ke arahnya. Dan setiap kali mereka melihat Raisha Ayun berpatah balik tanpa dulang makanan di tangan, mereka dapat menganggak bahawa Alex masih tak mengizinkan sesiapa untuk masuk ke dalam bilik mereka berdua.

Keluhan hampa terbit dari bibir Raisha Ayun ketika gadis itu duduk di atas sofa.

"Asal dia tak bagi anak dia sendiri masuk?" soal Miko, pelik.

"Dah seminggu lebih doh kita tak nampak keadaan Si Tasya tu," sambung Akim.

Scarlet Genivia yang sejak tadi berdiam diri menoleh ke arah kakak sulung. Murung sahaja wajah gadis itu sehingga membuatkan Scarlet turut berasa sedih.

Dia rindukan mamanya. Rindu Tasya dan Alex bergaduh atas sebab-sebab kecil. Tapi sekarang, semua dah takde... Tasya berkurung dalam bilik dan menghalang semua orang dari mendekati biliknya.

_______________________________

DIA bermain bersama sebuah patung jerami yang di atas bajunya tertulis darah nama seorang perempuan. Tasya.

Rambut patung yang mewakili diri sebenar Tasya dielus lembut diiringi dendangan seram. Sungguh kasih dirinya pada Tasya sehingga DIA sanggup memberikan Tasya kesakitan pada tahap yang minima.

Dia suka menguji sang anak-anak. Dengan cara itu DIA dapat berseronok. Melihat Tasya yang terbaring di atas katil tak bermaya, DIA tersenyum lebar.

Tasya anaknya. Dia akan sakitkan hati anaknya sendiri. Hehehe.

"05, anakku. Mengapa engkau tinggalkan bondamu sendirian? Bukankah engkau sudah berjanji untuk berada di sisi bonda selamanya?"

Tasya yang sebenar terkejut. Matanya terbeliak luas sejurus terdengar suara yang bergema di dalam mindanya. Tatkala itu, mata normal ia bertukar hitam seram.

"Aku tak pernah tinggalkan kau, bonda. Kau bondaku. Kau penyelamatku. Aku hanya sembah pada kau yang berkuasa," balas Tasya lalu dia bangun daripada pembaringan.

"Tunjukkan kesetiaanmu, anakku."
"Bagaimana, bonda?"

"Bunuh Alex. "

Arahan diterima. Tasya tergelak jahat. Dia yang bergelar 05 sudahpun muncul lalu matanya melingas mencari kelibat Alex. Dia duduk mencangkung sambil menjilat bibir.

"Hehehe, Alex. Di mana engkau? Aku dah bangun. Aku dah sembuh. Marilah bermain bersama aku," panggil Tasya sambil kepalanya ke kiri dan ke kanan mencari Alex.

"Tasya?"

Kebetulan, Alex membuka pintu tanpa sempat ditutup. Dia curiga melihat senyuman sinis Tasya lebar semacam.

Tak sempat bertindak apa-apa, Tasya melompat jauh sehingga mendarat di atas tubuh Alex lantas leher suaminya dicengkam kuat.

"Kau manusia lemah!" herdik Tasya ganas.

Alex terkapai-kapai menolak bahu Tasya. Tenaga perempuan itu terasa lain dari yang lain jika dibandingkan dengan kudrat asal Alex.

"Ta..Tasya...uhukk...be...berhenti.."

Alex meronta-ronta kesakitan. Dia berusaha melepaskan tangan Tasya daripada terus mecengkam kuat lehernya.

"Kau bukan lawan aku, manusia," bisik Tasya sinis lalu pipi Alex dijilat ganas.

Alex masih cuba melawan. Namun, Tasya terlalu kuat sehingga dia gagal untuk bergerak walau sedikit pun.

"Tasya!!"

Mendengar namanya dipanggil, Tasya terus menoleh ke arah pintu lalu menyeringai bengang melihat Tengku Haikal dan Anneliese di muka pintu.

Tajam anak matanya memerhati mereka berdua.

"Astagfirullahalhazim. Apa yang kau buat ni Tasya?! Kau dah gila ke nak bunuh suami kau sendiri?!" herdik Tengku Haikal lalu cuba mendekati Alex.

"Kalau kau nak mati, persilakan wahai anak Adam! Kau takkan menang dengan kalimah-kalimah Allah!" marah Tasya.

Anneliese menutup mulutnya tak percaya. Tasya sekarang tak ubah seperti makhluk lain. Rambutnya menggerbang dan matanya kelihatan hitam pekat.

Anneliese yakin Tasya dirasuk walhal sebenarnya tak. Rasuk adalah benda logik yang mampu otak manusia terima.

"Tasya! Kita datang dari Allah dan kita kembali kepada Allah! Kita semua ni anak-anak Adam! Mengucap Tasya!" tegas Tengku Haikal.

"Mengucap? HAHAHAHAHA!! Aku sudah lama wujud berbanding korang semua! Aku dibangkitkan selepas kematian akuuu dulu!!"

"Jangan cabar kuasa Allah , Tasya!"

"Aku 05!"

Bunyi bising datang daripada bilik ini menyebabkan semua orang naik ke tingkat atas lalu melihat apa yang sudah berlaku. Masuk sahaja, mereka dikejutkan dengan kehadiran Tengku Haikal yang duduk melindungi Alex dari terus didekati Tasya.

"Kau mafia. Aku 05. Kau nak lawan aku dengan kalimah-kalimah palsu kau? Atau kau nak bunuh aku?" Tasya tersenyum gembira.

Tengku Haikal tak mampu bersabar lagi. Mulutnya sudah sedia membaca ayat-ayat pembuka sihir dari badan Tasya.

"Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah.."

"Diam!!! Aku kata diamm!!"

Tasya mencapai sebuah pasu lalu dilemparkan ke arah Tengku Haikal. Malang bagi Tengku Haikal, pasu tersebut terkena pada bahunya sehingga dia jatuh di atas lantai.

"Adenn!!"

"HAHAHAHA! Manusia lemah! Aku 05. Aku dah lama mati lalu hidup di alam ini. Kau sebagai manusia lemah nak halau aku?!"

Tasya duduk mencangkung manakala giginya menyeringai geram. Air liur yang jatuh dibiarkan terus mengalir seraya pandangannya terarah ke arah Putri Risha.

"Mari bersama aku, 04. Kita perjuangkan apa yang sudah lama tergendala. Hehehe," Tasya menghampiri Putri Risha.

"Jangan kau dekat dengan dia!!"

Tengku Fazril cuba menghalang Tasya namun tiba-tiba badannya kaku tak bergerak. Bukan dia sahaja, malah semua turut merasakan hal yang sama.

Mereka berusaha bergerak namun kaki masing-masing seolah-olah melekat pada atas lantai. Yang mereka hanya mampu buat adalah melihat Tasya menghiris perlahan pipi Putri Risha dengan kuku tajamnya sehingga mengalirkan darah.

"Mari bersama DIA," bisik Tasya.

"04,05. Pulanglah ke pangkuan bonda."

Putri Risha terdiam. Dia turut mendengarkan suara yang sama di dalam mindanya. Suara mereka yang lain mulai sayup-sayup kedengaran dan tubuh Putri Risha hampir lemah.

"Biarkan diri sebenar kau muncul," hasut Tasya lagi.

Tak sempat mata Putri Risha bertukar seperti Tasya, kedengaran laungan kuat daripada Roland sehingga membuatkan Tasya bertambah berang. Hasutannya tak berjaya.

"Allahuakhbar! Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad); "Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, "Dari bencana makhluk-makhluk yang Ia ciptakan; "Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; "Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); "Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya."

Habis sahaja membaca Surah Al-Falaq, kuasa The Master terhenti di situ. Berkali-kali dia cuba menyerang keluarga mafia tersebut namun kuasanya gagal tembus ke dalam badan setiap daripada mereka.

"Mia, sekarang!" arah Roland.

Bila namanya dipanggil, Mia Aurora muncul dari belakang Triple Han lantas tangannya dinaikkan ke atas menghadap Tasya.

"Sembuh."

"Berani kau!"

Tak sempat kuasanya menembusi tubuh Tasya, perempuan itu terlebih dahulu menyerang Mia Aurora sehingga Mia terbaring kasar di atas lantai.

Tanpa teragak-agak, leher Mia Aurora dicekek kuat.

"Triple Han maju!"

Roland dan Triple Han menerpa ke arah Tasya lalu cuba menarik tubuh perempuan itu. Bagaikan seribu batang besi besar, tubuh Tasya terasa berat tak terangkat.

"Ryan! Grey! Tolong kitorang!" desak Ethan.

Keenam-enam mereka berusaha menarik tubuh Tasya sekuat hati. Roland pula semakin terdesak untuk melepaskan tangan Tasya dari terus mencekek leher Mia Aurora bila melihat wajah isterinya tampak kemerah-merahan.

Dia tahu Mia Aurora hampir kehilangan oksigen. Tatkala itu, mata Roland tak sengaja jatuh pada loket hijau di leher Mia Aurora. Sekali lagi loket isterinya berkelip-kelip hijau gelap dalam kadar yang laju tak seperti sebelum ini.

Sewaktu kali pertama dia melihat loket hijau tersebut berkelipan, loket itu tidak terlalu berkelip pantas. Hanya sederhana tapi kali ini sangat pantas.

"Merimaskan!" marah Tasya .

Bangun sahaja Tasya, Roland, Grey, Ryan dan Triple Han terpelanting jauh ke dinding. Kekuatan mereka berenam tak mampu menandingi kekuatan Tasya seorang.

Mia Aurora melihat bar yang menunjukkan nyawanya sendiri. Peratus bar miliknya menunjukkan 38%.

Lehernya masih berada di dalam genggaman Tasya. Sudah puas dia meronta namun Tasya tak ada belas kasihan. Sedikit pun takde.

Sehinggalah Mia Aurora bertindak menggerakkan tangannya ke arah tangan Tasya dan segala-segalanya berubah.

"Sembuh."

"Jangan!!"

Aura hijau yang keluar daripada telapak tangan Mia Aurora bergerak pantas masuk melalui tangan Tasya lalu ke otaknya. Tiba sahaja ke otak, Mia Aurora mampu melihat bar nyawa sebenar Tasya meningkat dari 28% ke 50%.

Terasa genggaman Tasya semakin longgar manakala anak mata perempuan itu kembali putih. Belum sempat Tasya sembuh sepenuhnya, dia sudah pitam di sisi Mia Aurora.

"Tasya!"

Semua cepat-cepat menuju ke arah mereka berdua. Putri Risha dan yang lain-lain membantu Mia Aurora bangkit semula manakala tubuh Tasya dicempung oleh Alex ke arah katil.

Pabila tubuh lemah Tasya diletakkan di atas katil, Mia Aurora menolak tangan Putri Risha daripada terus membantunya bangkit semula.

"Mia kena sembuhkan Aunty Tasya," tutur Mia Aurora perlahan lalu melangkah ke arah Tasya.

Semua mata mulai fokus pada Mia Aurora yang mengangkat tangannya ke udara berhadapan Tasya.

Bila sahaja aura hijau keluar dari telapak tangan Mia Aurora, mata-mata ahli mafia itu terbeliak berasa kagum. Macam tengok magik.

Peratusan nyawa Tasya menunjukkan 64% manakala Mia Aurora 28% akibat dihentam teruk tadi. Kepalanya juga sedikit terhentak ketika Tasya menolak tubuhnya.

Belum sempat bar nyawa Tasya bergerak penuh, tiba-tiba Mia Aurora berasa lemah. Aura hijaunya gagal masuk ke dalam tubuh Tasya.

"Mia...kau okay tak?" risau Roland.

Tak sempat menjawap, Mia Aurora sudahpun pitam. Mujur sahaja tubuhnya sempat disambut oleh Roland.

"Miaaa!!"

#Ini pemenang-pemenang yang jawap betul dialog Roland kat ig. Tahniah! Korang memang pro tahap bulan!

bellathedivas_ JackieSonJunior trovamira QishRose hanateddybear taehmien hanimos_ roseprince_ mardhiyah123 qlhzwn saalihahdaud pepperbae- Feareen putrynzifa SignorinaNureen

Ni pula pemenang-pemenang teka dialog Alex yang belum author tag.

SyazTyqh nazminchim.

Dah ada permintaan. Dia kata "Author, boleh tak buat double update klau comment mencecah 200? Hmmm hmmm gian nak baca."

Boleh. Kalau korang mampu buat comment mencecah 200. Kira author vs readers lah ni. (Dilarang spam lebih 5 kali erk.)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro