Bab 29

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Macam biasa..

________________________________

"Hanya satu lagi langkah dannnnnn golll!!!!! Nethan berjersi 01 telah menamatkan pusingan pertama dengan jaringan gol yang keenam!! Dengan ini 20 minit bahagian pertama telah tamat dengan jaringan 6 berbalas 5 dari Regina's Beta!"

"Oh yeah! Oh yeah! "

Nethan menari bak sotong di hadapan pihak lawan. Puas hatinya dapat menaikkan kemarahan kumpulan lelaki berjersi merah itu.

Dahlah bahunya sengaja dilanggar tadi. Itupun pihak pengadil cuma berikan kad kuning. Kalau Nethan, dah lama dia layangkan kad merah.

Segala kad yang ada dalam dunia ni dia nak lempar kat muka lelaki yang berjersi dan mempunyai nombor seperti di belakangnya.

"Good job, bro!" puji Grey lalu memberikan tepukan di atas udara kepada Nethan.

Sementara itu, mereka semua menuju ke arah bahagian rehat masing-masing. Riley dan Mia Aurora tekun menghulurkan minuman kepada 7 pemain Black Sezaa yang lelah bermain di atas gelanggang tadi.

"Aku tak sukalah pemain nombor 2 tu. Muka dia sebijik anjing nak mati. Aku rasa macam nak erghh," komen Ryan, geram.

"Kau tak tengok lagi muka pemain number 4. Annoying sial. Ikutkan hati aku dah lama tumbuk muka dia," tambah Jethan.

"Tapi...diorang kacak," pintas Mia Aurora.

Serentak, semua menoleh ke arah Mia Aurora dengan pandangan kurang percaya.

"Kita tak support pihak musuh, Kak Mia," tegur Riley, tegas.

Mia Aurora menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pihak musuh dalam permainan je pun. Asal semua serius sangat ni?

"Diorang menjijikkan," sampuk Grey, sinis.

Mia Aurora tak tahu nak cakap apa. Daripada tersilap cakap, baik dia diam. Kang kena setepek!

"Kau tengok muka diorang masa game tadi?"

Pantas Mia Aurora menoleh ke arah Roland yang sedang mengelap peluh menggunakan sehelai tuala putih. Ketat sahaja riak wajah lelaki itu seraya pandangan dilontarkan ke arah gelanggang yang kosong.

"Tak juga. Saya tengok awak main," tutur Mia Aurora, lembut.

"Huh. Tapi kau perasan diorang tu kacak," bidas Roland, tak puas hati.

Mia Aurora terkebil-kebil. Eh, ada orang jealous lah. Ehek.

"Ya. Tapi saya masih tengok awak main. Saya suka bila awak elak pihak lawan lepastu bagi hantaran bola dari jauh," puji Mia Aurora, ikhlas.

"Kalau kau tengok aku, pastikan mata tu hanya pada aku. Jangan tengok pihak lawan. Kita tak sokong diorang," dingin Roland lalu berpindah tempat duduk.

Mia Aurora betul-betul tak faham. Abang dengan adik, sama je perangai. 'Kita tak sokong pihak lawan.' Game je pun. Asal semua nak emo? Teruk sangat ke Regina's Beta?

Arghh!! Diorang pun nak main juga. Keluarga Tengku Zamil kan semuanya kasar. Memang tak suka orang yang bergelar musuh kut.

"Masa rehat dah tamat! Pusingan kedua akan dimulakan sekarang," umum pengulas sukan lagi.

Tanpa sebarang kata ataupun aksi romantik Roland seperti tadi, lelaki itu bergerak masuk ke dalam gelanggang bersama yang lain.

Tak macam tadi, riak wajah Roland lebih serius. Mungkin sakit hati dengar pujian Mia Aurora khas untuk lelaki lain. Jealous? Argh, memang taklah.

Tak sampai seminit, bunyi wisel ditiup. Bola kuning dilontarkan ke arah Ethan namun belum sempat bola tersebut ditangkap, belakang Ethan sengaja dilanggar dengan bahu pihak lawan.

Permainan dihentikan bila Ethan terjatuh di atas lantai gelanggang. Segera Ryan dan Grey menolong Ethan untuk bangkit semula.

"Apa ni pengadil? Bagilah kad merah!" marah Jethan, sakit hati.

"Kad merah? Aku tak sengaja bro," sinis pihak lawan bernombor 04 melihat Jethan.

"Kau dah kenapa sial?!"

Nethan meluru ke depan namun segera ditahan oleh Roland.

"Lepas lah! Mari aku pecahkan muka kau!" tengking Nethan.

"Nethan, stop! Aku okay. Jangan layan sangat dengan anjing ni. Ini bukan style kita," halang si abang sulung.

Dengar sahaja arahan Ethan, Nethan menolak kasar tubuh Roland dari terus menahan tubuhnya. Benci melihat senyuman sinis dari pihak musuh.

"Sekali kau main tipu, aku bunuh kau," ugut Nethan lalu kembali ke posisinya.

"Bro, kita ada rules. Jangan sampai kau dengan anjing-anjing kau ni aku bantai sampai mati," jeling Jethan lantas mengikut langkah Nethan dari belakang.

Roland dan Darren berpandangan lama. Regina's Beta dikenali sebagai helah yang licik bila bermain di atas gelanggang dan Black Sezaa lebih dikenali dengan strategi yang bijak.

"Kalau tak nak bermain dengan api, baik kau jaga orang-orang kau, "amaran Roland .

"Orang-orang aku tak salah bro. Korang yang lemah!"

Dari jauh, jantung Mia Aurora bagaikan ingin tercabut bila menonton perlawanan yang berlangsung antara dua kumpulan lelaki handalan.

Hampir nak bergaduh namun bijak dikawal oleh ketua kumpulan masing-masing.

"Game akan bertukar jadi ganas," ujar Riley, peka dengan keadaan.

"Erhhhh... Kenapa korang benci sangat dengan diorang tu semua?" soal Mia Aurora, bingung.

"Game ni bukan biasa-biasa, Kak Mia. Game ni dibuat untuk merebut sesuatu kawasan. Siapa yang menang, dia dapat tempat tu," beritahu Riley.

"Maksud Riley?" pelik Mia Aurora.

"Diorang semua pun mafia macam kita. Termasuk penonton sekali. Peraturan khas dalam gelanggang ni, para pemain kena ikut peraturan bola baling yang sebenar. Takleh main kasar. Lagi satu, senjata diharamkan dari masuk kawasan ni," jelas Riley, panjang-lebar.

Habis penjelasan, mulut Mia Aurora ternganga luas. Ma...Mafia? Maksudnya semua orang dalam gelanggang ni sangat berbahaya dan hanya dia yang tak tahu?!

"Drako, sini kosong!" jerit Darren.

Drako akur lalu bola dibalingkan ke arah Darren. Baru sahaja bola itu ingin disambut, Roland datang lalu sengaja melanggar bahu Darren dengan hujung bahunya.

Sekali lagi wisel ditiup kuat. Permainan dihentikan buat kali kedua lalu kad kuning dilayangkan di atas udara.

"Sorry bro. Aku tak sengaja. Lain kali jangan lemah sangat," sindir Roland lantas beredar pergi.

Puas hatinya dapat kenakan Darren. Berani orang-orang lelaki itu sentuh Ethan. Cubit paha kiri, paha jiran pun terasa tau! Ayo fight peribahasa.

Darren sudahpun tergelak kecil. Tak sangka Roland akan membalas dengan kata-katanya tadi.

"Perlawanan akan dibatalkan jika ada perlanggaran secara sengaja yang dilakukan oleh mana-mana kumpulan! Tolong beri kerjasama!"

Ketua pengadil memberikan amaran lalu meniup wiselnya. Seketika, permainan diteruskan dengan lancar tanpa pertelingkahan. Sekarang masa berbaki 5 minit lagi dan jaringan 12 berbalas 10 dari Regina's Beta.

Tatkala menunggu, Riley menerima sebuah panggilan dari Putri Risha. Disebabkan suasana terlalu gamat dengan sorakan penonton, Riley terpaksa keluar dari dewan perlawanan selepas memberitahu Mia Aurora.

Tinggallah Mia Aurora dengan 5 lagi pemain simpanan dari kumpulan Roland. Sepanjang pusingan kedua berlangsung, Mia Aurora tersengih melihat gerak-geri Roland.

Lincah betul lelaki itu bermain sehingga setiap lawannya dapat dielak. Serangan licik dari Regina's Beta juga dapat ditangkis dengan teliti.

Triple Han, Ryan dan Grey turut bermain dengan sangat baik. Beberapa jaringan sudah dilakukan oleh lima lelaki itu berkat kerjasama masing-masing.

Ketika Mia Aurora tekun bersorak, tiba-tiba seorang lelaki berjersi merah duduk di sebelahnya sambil meneguk air.

Selamba sahaja lelaki itu mengesat bibirnya lalu menoleh ke arah Mia Aurora yang terdiam.

"Hai! Saya Edward Q. Pemain dari Regina's Beta. Saya dah main masa pusingan pertama tadi," senyum Edward lalu menghulurkan salam ke arah Mia Aurora.

5 anggota mafia yang bergelar pemain simpanan Black Sezaa mendekati Edward dengan riak wajah serius.

"Kau buat apa kat sini? Ini bukan tempat kau. Blah!" halau Elan, bengis.

Edward tersenyum sinis lalu empat lagi kawannya menghalang Elan dan yang lain-lain daripada melindungi Mia Aurora.

Bila perhatian Mia Aurora terganggu, Edward menanggalkan kaca mata gadis itu secara mengejut sehingga membuatkan Mia Aurora berdiri lalu terkapai-kapai mengambil semula kaca mata hitamnya.

"Edward! Apa kau buat ni?! Bagi balik spek mata dia!" marah Efrain.

"Aku dah kata pompuan ni cantik kalau spek ni takde! Huh, camnelah kau boleh tersuka Roland? Dia taklah hebat mana pun," kutuk Edward.

Dia berdiri lantas sengaja menaikkan tangannya ke atas agar Mia Aurota tak mampu mencapai kaca matanya.

"Bagi balik spek mata saya!" marah Mia Aurora.

"Roland tak ajar kau untuk berdikari ke?" ejek Edward.

Mia Aurora ingin menangis. Dia menjengketkan kakinya untuk mengambil kaca mata di tangan Edward.

"Sial! Kau jangan macam-macam lah bodoh!! Bagi balik spek mata dia!!" marah Elan, panas hati.

"Bagi balik spek mata dia? Masuk kau...camni ke?"

Edward tersenyum mengejek lalu pinggang Mia Aurora ditarik ke dalam pelukannya. Bila mata mereka bertemu, Edward semakin suka.

"Lepas!! Tolongg!! Riley!!" jerit Mia Aurora, ingin nangis.

"Kau memang cantik tanpa spek mata bodoh ni," bisik Edward.

Main punya main, perhatian Roland terganggu bila matanya tanpa sengaja terarah ke tepi gelanggang. Berderau darahnya melihat Mia Aurora dipeluk seraya cuba melepaskan diri.

Lagi menyakitkan hati bila Edward cuba mencium isterinya tanpa kerelaan hati gadis itu.

"Kurang ajar!"

Roland berlari sepantas kilat ke arah luar gelanggang. Bila semua dah sedar apa yang berlaku, mata setiap daripada mereka terarah ke arah Mia Aurora yang dipeluk oleh pihak musuh.

"Kau takkan menyesal cium aku," goda Edward.

Air mata Mia Aurora menitis membasahi pipi. Hampir sahaja bibirnya dinodai oleh Edward namun, tubuhnya tiba-tiba terjatuh di atas lantai.

Kini dia melihat Roland berada di atas perut Edward lalu wajah lelaki itu ditumbuk sekuat hati.

Darren ingin maju ke hadapan tetapi tangannya ditarik kasar oleh Jethan lantas wajahnya dilayangkan sebuah penumbuk maut.

Keadaan mula kucar-kacir bila Triple Han, Ryan dan Grey turut melibatkan diri. Perlawanan bola baling kini bertukar perlawanan pertumpahan darah.

Sakit hati masa perlawanan tadi mengakibatkan berang Ryan dan Grey semakin meningkat. Memang sudah lama kumpulan Regina's Beta menjadi musuh utama mereka.

Suka main tipu dan inilah balasannya!

Ethan memberikan sepakan lutut ke arah musuh yang bernombor 02 di belakang jersi. Bila lelaki itu jatuh di atas lantai, Ethan melepaskan kemarahan dengan memijak bahagian saraf tunjangnya.

Seperti filem zombie, semuanya bertempiran dan memukul musuh masing-masing. Mia Aurora pula masih terduduk di belakang Roland.

Dia berasa sangat takut. Kali pertama dia melihat Roland bertukar gila macam ni. Sesiapa yang menghalang Roland, pasti akan berakhir di tapak kaki lelaki itu.

Mia Aurora menoleh ke arah tepi. Kelihatan Nethan meludah ke arah seorang lelaki yang sudah lemah dibantai habis olehnya.

"Aku dah kata aku akan pecahkan muka kau! Bodoh! Anak babi! Babi pun tak macam kau!"

Sekali lagi Nethan meludah pada lelaki tadi. Semuanya diamuk rasa marah. Mia Aurora takut. Dia tak berdaya nak buat apa-apa.

Dan sekarang, dia hanya mampu melihat sambil menangis.

#Nak tahu..korang minat siapa?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro