Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Mia Aurora terbangun daripada pembaringannya dengan kelajuan yang pantas pabila terlihat figura seorang lelaki bersut hitam duduk di tepi birai katil.

Dia melihat baju yang dipakainya. Fuh, selamat! Masih gaun yang semalam. Kotor dan tercalit dengan lumpur dari hutan.

"Eloklah kau dah bangun. Kau boleh keluar dari rumah aku sekarang. Bye!"

Roland bangkit berdiri lalu membutangkan lengan bajunya. Mia Aurora yang masih terkebil-kebil bingung tidak diendahkan.

"En..encik saya kat mana? Encik ke yang dah tolong saya semalam?" lembut Mia Aurora menyoal.

"Akulah yang tolong. Takkan bangla kat sebelah rumah pula yang tolong kau," acuh tak acuh Roland berbicara. 

Mia Aurora terdiam. Pandangan pada Roland agak kabur tanpa kaca matanya. Ugh, confirm terjatuh masa lari kat hutan semalam.

"Encik, boleh tak kalau saya nak pinjam tandas?" lembut sahaja suara Mia Aurora menyapa halwa telinga Roland.

"Hmm..pinjamlah."

Mia Aurora mengucapkan terima kasih sebelum masuk ke dalam bilik. Selesai mengeluarkan apa yang patut dia keluar menghadap wajah Roland yang tenang.

"Aku nak keluar pergi kerja. Kau dah okay en?" Roland menoleh ke arah Mia Aurora.

Gadis seksi itu masih mematungkan diri di hadapan pintu bilik mandi. Kelihatan bibirnya menguntumkan senyuman yang cukup menarik perhatian Roland.

"Kau tengok apa kat bawah tu?" tanya dia bingung bila melihat Mia Aurora sedang melihat pada kakinya yang dibaluti kain putih.

"Encik ke yang rawat kaki saya?"

Tak mengangguk dan tak juga menggeleng. Soalan Mia Aurora tak dijawap dan Roland langsung tak ada hati pun nak menjawap.

"Kalau kau dah okay, pintu rumah aku besar. Kau boleh nampak and terus blah," tenang Roland berkata.

"Hmm.. Boleh tak kalau saya nak pinjam baju encik? Saya tak selesa dengan baju ni," pinta Mia Aurora meminta belas kasihan.

Roland menjongketkan keningnya bersama decitan kecil.

"Dah bagi paha, nak siku pula. Aku bukan ada kaitan dengan kau," balas Roland.

Mia Aurora menundukkan kepalanya. Baru je dia ingat Roland ni jenis yang baik dan lembut berkata. Tapi bila dah bercakap tu, macam peluru!

Muka handsome perangai nak minta maki. Ni bukan Mia Aurora yang cakap erk. Author yang cakap. Kihaa!!

"Tapi saya betul-betul tak selesa, encik," sayu Mia Aurora, meluah.

Jujur, dia tak selesa dengan gaun yang dikenakan pada tubuhnya. Jelas paha putihnya terserlah mudah.

"Not my problem."

Mia Aurora terdiam dengan sikap Roland. Pertama kali dia melihat lelaki yang bantu orang tapi bila orang nak minta bantuan, dia tak bagi.

Roland pula masih sikap yang malas peduli. Tapak kakinya menuju ke arah pintu bilik lalu tombolnya dipegang.

"Keluar," halau Roland seraya memandang Mia Aurora.

Tombol pintu dipulas lalu pintu biliknya dibuka secara lebar. Saat pintu terbuka luas, Mia Aurora mengerutkan dahinya.

Ya, memang dia rabun. Tapi.. Matanya masih nampak bayangan beberapa orang di muka pintu.

"Asal kau diam?" soal Roland.

Dihurung rasa ingin tahu, Roland turut menoleh ke arah tempat yang dipandang oleh Mia Aurora. Usai dia menoleh, matanya terbeliak luas manakala kaki terundur ke belakang.

"Mummy ..."

"Roland Ren!!!!"

Grey, Ryan dan Triple Han masuk ke dalam bilik mengikut langkah Putri Risha. Marah bebenor perempuan itu melihat seorang gadis bergaun seksi yang sedikit lagi menampakkan belahan kakinya.

"Mummy, I can explain it! Pompuan ni along jumpa semalam dalam keadaan tak sedar. Le..lepastu.."

"Lepastu along ambik kesempatan bawa dia balik rumah!"

Mata Putri Risha terjengil geram. Mahu sahaja ditumbuk muka Roland melepaskan rasa bengang.

"Mummy sayang.. Serius along..along.."

"Along apa?!"

"Mummy, lek okay? Biarlah Roland bagi penjelasan dulu," sokong Ryan sekali gus membela ketuanya.

Zappp!!

Ryan, Grey dan Triple Han menelan air liur . Gerun pula melihat jelingan maut daripada Putri Risha. Ni kalau bercakap lagi sekali, confirm terbalik juga rumah banglo ni.

"Dia pengsan semalam.. Al..along.."

Mata Roland mendarat pada kelima-lima orang kanannya sebagai tanda isyarat. Nak minta backup jap.

"Grey, kau tolong dia. Aku tak nak maju. Silap-silap mummy bagi pelempang," bisik Ryan, gerun melihat Putri Risha sedang mengepalkan buku lima ia.

"Giler! Tak nak aku. Nethan, kau lah tolong dia!" arah Grey, perlahan.

"Aku? Kau nak mati? Memang taklah! Ethan, kau kan abang. Tolonglah dia," bisik Nethan.

Giliran Nethan membuntangkan matanya. Memang cari nahas berdepan dengan cucu The King ni. Karang mati katak weh.

"Eish! Apesal aku pulak? Jethan, kau pergi tolong dia!" Ethan menyerahkan tugas berbahaya pada si adik bongsu.

"Asal aku?!" marah Jethan dalam bisikan.

"Kaukan adik!" balas Nethan dan Ethan, serentak.

Jethan menjengilkan matanya. Asyik-asyik dia je yang kena. Tak adil!

"Aku tak nak!"

"Pergi!!"

Serentak itu, Double Han, Grey dan Ryan menendang bontot Jethan sehingga lelaki itu berpusing dan terlanggar tubuh Roland. Kedua-dua mereka saling berpelukan.

"J, ke tepi!" tempik Putri Risha.

Jethan dan Roland saling berpandangan. Air liur ditelan lalu masing-masing terketar-ketar ingin mengatakan sesuatu.

"Mum..mummy. Kita settle kat rumah je lah. Daddy Xender boleh urus benda ni," cadang Jethan.

"Hah betul! Betul!" sokong Roland.

Confirm Tengku Fazril akan membelanya. Hehehe.

"Eeeee!! Apa ingat mummy ni takleh diharapkan ke?!" Putri Risha mengetap gigi manakala tumbukan sudah disediakan.

Melihat buku lima yang hampir dilepaskan membuatkan Roland cepat-cepat menolak tubuh Jethan di hadapan.

"Mummy, jan..jangan. Ni Jethan mummy!!"

Bushh!!

Jethan berputar sekali lalu mendarat di atas katil. Terbuntang mata kelima-lima lelaki itu melihat Jethan yang sudahpun mendarat dengan jayanya. Sepantas kilat, Double Han, Grey dan Ryan berlari ke arah Jethan.

"Hidung aku..patah sial. Berdarah," ronta Jethan sambil dipapah Double Han.

"Asal kau tak elak?" bisik Grey.

"Elak kepala hotak kau! Siapa je boleh elak tumbukan tornado macam tu," rungut Jethan.

Dipegang-pegang hidungnya yang mengeluarkan darah pekat. Boleh pula abang-abangnya sekadar tersengih.

Tulah Jethan dah kata tak nak. Tengok apa yang dah jadi. Free free terima tumbukan keturunan The King.

"J, kau okay tak?" soal Roland, risau.

"Along! Nak pergi mana hah?! Mummy tak habis cakap lagi," Putri Risha bercekak pinggang.

"Mummy, along tak bersalah. Semalam along terlanggar dia lepastu..."

"Adoiiii!!! Hidung akuuuu!!!" rengek Jethan, kuat.

Putri Risha dan Roland terdiam. Bukan diorang je, semua orang kat situ terdiam melihat Jethan menggosok-gosok matanya.

"Aku dah tak lama weh! Dunia aku makin gelap!!!" rintih Jethan.

Dia berjalan nencari jalan keluar bersama mata yang tertutup. Diraba-raba segala barangan agar dapat mencari jalan keluar.

"Hidung dia je yang luka en. Habistu, pehal dia tutup mata?" pelik Grey.

"Kau patut tanya IQ dia. Dah tahap bulan bro," tambah Ryan.

"Aku tak nampak wehh!! Aku nak mati dahh!! Mata aku sakit!" jerit Jethan.

Putri Risha dan Roland saling berpandangan bingung. Telatah Jethan benar-benar membuatkan seluruh penghuni memandang ke arahnya.

Saat Jethan berjalan entah ke mana, tiba-tiba kepalanya terlanggar pada dinding. Tumbang terus jejaka kacak itu di atas lantai. Yang peliknya bunyi suara Jethan dah takde. Pelik bin ajaib.

Putri Risha termasuk anak-anaknya terkebil-kebil. Akibat tumbukan Putri Risha, sorang lagi insan tak bersalah mengalami kecederaan yang agak serius ya readers sekalian.

"Habislah mummy! Nah nah.. Kitorang bagitau kat Daddy Xender mummy dah buli Jethan," kata Ryan sambil jari telunjuk digoyang-goyangkan atas bawah.

Putri Risha mengigit tepi bibir. Kesian Jethan. Orang lain yang buat salah dia pula yang kena bantai.

"Fine, kita selesaikan hal ni dalam rumah! Bawa girlfriend along sekali," tegas Putri Risha lalu beredar pergi.

"Girlfriend? The heck? Asal kau buat maksiat kat sini bro?" tegur Ethan.

"Kau nak mati? Girlfriend apa bodoh kalau dia ni pun aku tak kenal," jeling Roland.

Grey dan Ryan memapah tangan Jethan. Kesian pula dengan dia. Silap-silap hidung dia yang mancung pun dah jadi penyet.

Mia Aurora yang sekadar menjadi penonton sejak tadi menundukkan kepala. Rasa takut menjengah hati bila melihat pandangan tajam daripada Roland.

"Aku tolong kau tapi aku pula yang dapat bala. Tak kesahlah. Aku nak kau pergi bersiap sekarang. Jumpa daddy aku," dingin Roland berbicara.

Tatkala itu, dia melihat Jethan sudahpun bangun lalu matanya melilau ke serata tempat.

"Mummy mana?" soal dia, perlahan.

"Luar. Aikk, bukan tadi kau pengsan ke?" pelik Nethan.

"Kalau aku tak pura-pura pengsan, mana settle benda ni! " licik Jethan berkata-kata. Konon rasa diri hebat padahal hidung masih berdarah.

Baru sahaja mereka ingin keluar daripada bilik tersebut, terdengar jeritan lantang daripada Puan Besar.

"Ryan! Grey! Double Han! Takyah layan sangat dengan Jethan tu! Bukannya dia pengsan betul!"

Dan sekali lagi, mereka terkebil-kebil dengan penipuan mereka yang tak berapa nak jadi.

1.Ethan as Ethan
2.Nade as Nethan
3.Grayson as Jethan

1.Alexlange as Grey
2.Brentrivera as Ryan

#Comment and vote.

#Mesti ramai nak pilih jejaka-jejaka hot kat atas tu. Takpe, korang pilih je. Aku pun dah pilih. Disebabkan aku penulis dia, aku pilih semua. Kihaaa!!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro