Bab 37

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Zack dan Miko berlari keriangan mencari seseorang. Kelihatan Miko bersiul-siul teruja sambil menghayun-hayunkan jari telunjuknya yang berdarah akibat terhiris dengan pisau tajam.

Zack pula tak sabar ingin melihat sesuatu yang ajaib.  Sebab tu dia duk follow Miko macam bodyguard.

"Mia! Miaaa...where are you, baby?" panggil Miko gembira.

"Kau cari Mia ke?" soal Riko yang kebetulan keluar dari dapur.

"Ya. Budak tu kat mana?"

"Ada kat dapur," beritahu Riko lalu beransur menuju ke ruang hadapan.

Miko dan Zack pula sudah berlari mendapatkan Mia Aurora. Sampai sahaja di dapur, mereka berdua melihat Mia Aurora sedang menghiris bawang sebagai persediaan untuk memasak.

Maid boleh buat tapi Mia tak suka susahkan orang lain. Dia pun ada tangan. Apa salahnya kalau dia bantu sekali?

"Mia!" panggil Miko dengan sengihan lebar.

Lantas Mia Aurora menoleh ke belakang bersama riak wajah yang tertanya-tanya.

"Ya, uncle?" lembut Mia Aurora menyahut.

"Jari aku cederalah. Boleh tak kau tolong sembuhkan?" pinta Miko.

Dia menghulurkan jari cederanya ke arah Mia Aurora dengan riak wajah yang sungguh teruja. Dia pun nak rasa juga kekuatan gadis di hadapannya ini.

Dengan ragu-ragu, Mia Aurora menyambut jari berdarah Miko. Dia berdehem janggal lalu mendongakkan kepala memandang pak sedara Roland. Lelaki itu tampaknya tersengih bak kerang busuk, begitu juga dengan Zack.

"Uncle sengaja erk?" teka Mia Aurora.

"Sengaja apa?" gugup Miko menjawap.

"Mia boleh tahu kecederaan tu disengajakan ataupun tak," bidas Mia Aurora, lembut.

Miko menggaru kepala yang tak gatal manakala Zack hanya mampu tersengih lebar. Okay, jujur. Ni plan bodoh diorang berdua. Miko saja cederakan jari telunjuknya untuk merasai pengalaman dirawat oleh kelebihan yang dimiliki Mia Aurora.

Sebagai rakan yang turut mempunyai perangai macam anjing jahanam, Zack menyokong perbuatan Miko. Tak tahu pula boleh kantoi camni.

"Erhhh hehehe. Ala, Mia janganlah marah. Kitorang saje nak tengok magic dari tangan kau," alasan Zack.

Mia Aurora tergelak kecil. Dia tak marah pun. At least, ada orang hargai kelebihannya.

"Ni bukan magik lah uncle. Ni anugerah," senyum Mia Aurora.

"Kira magiklah tu en. Anugerah  magik terhebat dalam abad ini," puji Miko.

Ele, nak mengapulah tu. Macam orang tak tahu.

"Takpelah. Meh Mia tolong rawatkan," ujar dia, lembut.

Sempat lagi Miko menyiku tangan Zack sebagai tanda rancangan tak bermoral mereka berjaya ditunaikan. Zack pula sudah menjongketkan keningnya berulang kali.

Perangai dah besar tapi perangai macam bebudak. Eish eish.

Tak lama kemudian, jari telunjuk Miko dicapai lalu Mia Aurora mulai memejamkan matanya. Sesaat berlalu, tiba-tiba aura hijau keluar dari telapak tangan Mia Aurora lalu menembusi kulit jari Miko.

Serentak, mereka berdua ternganga. Miko kaku tak bergerak bila melihat kulit jarinya mulai sembuh sendiri. Langsung takde koyak. Ini betul-betul magik!

Sewaktu aura hijau milik Mia Aurora masuk ke dalam otak Miko, dia mampu melihat memori bahagia kepunyaan lelaki itu. Satu persatu memori Miko terlayar sehinggalah ada satu memori yang membuatkan Mia Aurora hampir membatalkan kuasanya.

Peristiwa di mana Miko sedang mengadakan hubungan seksual bersama Maisara menjadi tontonan hangat Mia Aurora. Dia mampu melihat pasangan suami isteri itu membuat pelbagai aksi-aksi panas di atas ranjang.

Salah satunya adalah ciuman mereka yang berlangsung selama lebih 3 minit. Ciuman yang terlalu ganas tersebut membuatkan Mia Aurora mengerutkan dahinya tanda kurang selesa.

Desahan-desahan cinta, jeritan-jeritan kesedapan, aksi-aksi yang membuaikan, semua Mia Aurora tengah tengok. Pendek kata, Miko bijak memancing hawa nafsu Maisara.

"Mia?" panggil Miko.

Mia Aurora tersentak. Dia segera melepaskan jari Miko lantas berdehem janggal. Dia tak terkata. Tak sangka, seks termasuk dalam memori kebahagiaan lelaki yang baru dirawat itu.

"Cool! Cayalah Mia. Wa salute sama lu!" puji Miko, teruja.

"Kalau aku cedera, kau rawatkan aku erk," pinta Zack.

Mia Aurora tak mengangguk dan tak juga menggeleng. Dia hanya mampu tersenyum tawar. Dengan fikiran yang terlebih positif tahap Gunung Fuji, Miko dan Zack beransur keluar dari dapur.

Hilang sahaja kelibat dua lelaki itu, Mia Aurora terbongkok memegang singki. Dia ingin muntah. Satu perkara yang dia benci adalah mengadakan hubungan intim.

Di mana nafsu bermaharajalela dan nikmat menjadi permaisuri. Walaupun perkara itu wajib dilakukan oleh setiap pasangan yang sudah bernikah namun, Mia Aurora masih belum bersedia.

Dia bukannya ada masalah trauma atau fobia. Cuma fikirannya agak kolot sedikit. Dia benci. Faham tak benci? Eh, yang korang panas ni pahal. Suka hati oranglah nak benci. (Ni author tambah.Ehe.)

Hampir 10 minit cuba bertenang, Mia Aurora akhirnya membuat keputusan untuk menuju ke arah ruang tamu. Dia perlukan udara yang lebih segar dengan bersama Ryan, Grey dan Triple Han.

Harap telatah mereka berlima mampu melenyapkan perkara yang dia nampak tadi.

Usai tiba di bahagian ruang tamu, Mia Aurora terdiam tak berlagu. Dia melihat kelima-lima lelaki itu sedang berbual dalam bahasa English. Mungkin berkaitan dengan kerja atau sesuatu yang penting.

Yelah, sebab muka diorangkan serius. So, boleh agak melalui riak wajah masing-masing.

"Erhh, korang. Korang mesti pandai en?" puji Mia Aurora tanpa angin tanpa ribut.

Lantas mereka berlima menoleh ke arah Mia Aurora dengan wajah yang pelik.

"Asal kau cakap macam tu?" soal Ethan.

"Sebab korang duk cakap bahasa omputeh," naif Mia Aurora.

"Cakap bahasa English tak menunjukkan kita pandai atau tak. Kadang orang yang reti bahasa English orangnya bongkak nak mati. Dia anggap diri dia tu pintar daripada orang yang tak reti berbahasa English. So, for me lah en... Reti berbahasa English menunjukkan kita rajin atau sebaliknya," jelas Grey, panjang lebar.

"Rajin atau malas? Apa kaitannya?" pelik Mia Aurora.

"Terpulang pada kita nak rajin membaca. Ilmu datang setiap masa," sambung Grey, cerdik.

"Tapi saya dah cuba belajar bahasa English. Masih tak pandai," bidas Mia Aurora.

"Tak semestinya kau belajar hari ni, hari ni juga kau pandai," sampuk Ryan.

Mia Aurora mengangguk dengan mulut yang ternganga luas. Wow, jawapan mereka amat mengharukan. Sangat-sangat bijak. Bijak diorang lain macam.

"Hmmmm... Awak semua belajar sampai tahap mana?" soal Mia Aurora, lagi.

Tak sempat Ethan membalas, si adik yang berperangai babi terbang terlebih dahulu memotong bicaranya. Dengan gaya yang angkuh tak cukup vitamin, Jethan meraup rambutnya ke belakang.

"Aku bukan nak riaklah en. Tapi aku punya tahap belajar lain macam sikit," senyum Jethan.

Ryan, Grey, Nethan dan Ethan mulai berpandangan pelik. Haih, lain macam bunyi Jethan. Padahal tahap belajar diorang semua sama je. Phd. Sampai luar negara.

"Kau merepek apa ni anjay?" kerut Nethan.

"Erhhh.. Awak belajar sampai tahap mana Jethan?" tanya Mia Aurora nak tahu.

"Sampai tahap 24 tingkat. Gayat," temberang Jethan.

Segera keempat-empat jejaka itu menendang bontot Jethan sehingga Jethan terbuang ke hadapan tepat di sebelah Mia Aurora.

"Baik alang-alang tahap Neptune terus," jeling Ryan.

"Aku nak belajar sampai kat planet tu tapi pihak NASA kata tak cukup oksigen doh," poyo Jethan.

Mia Aurora hanya mampu berdiam diri. Okay, sekarang dah melibatkan segala planet di dalam dunia ni. Jadi, dia tak berapa nak fahamlah.

Yang dia tahu dunia ni ada matahari, bulan, bintang dengan bumi. Habis cerita. Tak pula dia ambik tahu pasal planet lain.

Sedang seronok berbual, tiba-tiba Roland datang tanpa memakai baju seperti biasa. Nampak sahaja lelaki itu, peristiwa pahit di mana Roland memicit payudaranya kembali terlayar di minda.

Belum sempat Roland berkata apa-apa, Mia Aurora segera melarikan diri menuju ke aras tingkat atas.

Roland sudahpun terkebil-kebil. Entah dah berapa kali Mia Aurora duk larikan diri dari dia. Kalau Roland pergi kanan, Mia pergi kiri. Kalau Roland duduk kat depan, Mia Aurora duduk kat belakang.

Walhal peristiwa aset Mia Aurora dicabuli sudahpun berlalu lama. Takkan masih nak mengelak?

Pantas Roland meninggalkan ruang tersebut lalu berlari ke arah tingkat atas. Tiba sahaja di dalam bilik, figura Mia Aurora yang sedang berselubung di dalam gebar menyapa pandangannya.

Roland mengecilkan mata lantas melangkah ke arah Mia Aurora. Geram pula dengan pompuan ni.

"Mia! Keluar! Sampai bila kau nak elak diri dari aku?!" marah Roland.

"Jangan kacau saya!" Mia Aurora ingin menangis.

"Bila masa aku kacau kau wahai dugong? Aku tak nak kita terus macam ni!"

Roland menampar geram bahagian punggung Mia Aurora lalu gebar ditarik kasar ke tepi. Sakit hatinya dengan perangai Mia Aurora yang menganggap keberadaannya seolah-olah angin.

"Aw...awak nak buat apa ni?"

Mia Aurora cuba mencapai gebar di tangan Roland sambil sebelah tangannya lagi melindungi bahagian dada.

"Nak buat apa?! Kau ingat aku nak rogol kau ke?" jeling Roland.

"Awak nak apa?" Mia Aurora akhirnya mengalah.

"Aku kan dah minta maaf hari tu. Asal kau layan aku macam ni?"

Nada suara Roland seperti orang berjauh hati.

"Say... Saya.. "

"Aku tak sengaja," ujar Roland.

Dah berapa kali explain benda yang sama, Mia Borara ni masih tak faham.
"Hmmm... Awak janji jangan buat lagi tau," pinta Mia Aurora, lembut.

Roland terdiam. Tak buat lagi? Okay, okay. Dia faham. Tak picit tapi ramas sikit boleh en? Roland mulai berfikiran kotor.

"Okaylah," pasrah Roland.

Dah elok bermaaf-maafan, tiba-tiba telefon Roland berbunyi minta diangkat. Telefon dari kocek seluar dicapai lantas panggilan tersebut dijawap.

"Roland!! Markas kita terbakar!!! Kau kena datang sekarang!!" panik Olivia melaporkan berita buruk itu.

Sejurus memdengar bicara Olivia, jantung Roland terasa hampir nak tercabut dari tangkainya. Dia cuba bertenang tapi... Dia tak mampu.

Markas..markas diorang dah hancur? Tak mungkin. Arghh!! Tak mungkin!!

Panggilan segera ditutup lalu Roland berlari mendapatkan pakaiannya. Mia Aurora pula sudah terpinga-pinga melihat telatah encik suami.

"Awak nak pergi mana?" soal Mia Aurora.

Roland tak menjawap. Dia berlari turun ke tingkat bawah diikuti Mia Aurora. Dia pun nak ikut sekali.

"Ikut aku pergi markas sekarang! Cepatlah!" desak Roland, garang.

Tanpa banyak bunyi, mereka berlima berlari mendapatkan baju masing-masing lantas berlari ke arah pintu. Mia Aurora yang dihurung rasa ingin tahu, yakin sahaja nak ikut.

Dengan had kelajuan yang sangat tinggi, Roland memandu ke arah markas simpanan mereka. Tak sampai 10 minit, mereka tiba di hadapan sebuah kilang yang sudahpun terbakar.

Apinya menjulang tinggi dan asap berkepul-kepul merebak ke udara. Roland benar-benar tergamam. Sama juga yang lain.

Elivia pula nampaknya terduduk di atas tanah sambil mengalirkan air mata setitik demi setitik. Dialah yang paling banyak melawat tempat ini. Sudah pasti separuh jiwanya sudah terpelihara di tempat ini.

Malangnya, sudah tiada. Terbakar ketika dia sedang tekun mengajar anak-anak buah lain mempertahankan diri.

"Si...siapa yang buat semua ni?" Tanya Nethan tak percaya.

Tempat dia berlatih sejak kecil dah takde. Hampir hangus dijilat api besar.

"Tak guna!"

Kedengaran bicara berbaur kemarahan terbit dari bibir Roland. Tangannya kuat menggenggam penumbuk. Siapa pun orang tu, dia akan bunuh.

Percayalah dia akan mati tak lama lagi. Saja nak mati cepat kan?

"Lapor semua ni pada daddy," arah Roland dalam amarah yang meluap-lupa.

Tatkala mata sibuk memandang pada markas yang sedang terbakar, kedengaran bunyi lori bomba dan kereta polis datang silih berganti.

Mereka semua saling memandang bila beberapa pegawai polis datang lalu meluru ke arah mereka dengan pandangan yang tajam.

Salah satu polis antara mereka, cukup dikenali oleh mereka semua.

"Encik Roland, maafkan kami. Awak ditahan atas tuduhan menyeludup senjata api secara haram masuk ke negara kita. Sila ikut kami ke balai polis sekarang. Awak ada hak untuk berdiam diri," ujar Koperal Bethany, serius.

"What? You must be kidding, right?" gelak Ryan.

Dia maju ke hadapan bila salah satu polis cuba menggari tangan Roland.

"Encik, tolong bagi kerjasama!" tegas Koperal Bethany.

"Beri kerjasama ke tak beri kerjasama ke, korang ingat kitorang ni jenis nak bekerjasama? Aku sejak kecil tak belajar pun binatang tu. Eja kerjasama pun aku tak reti," balas Ryan, sewel.

"Kami ada waran tangkap untuk dia!"

"Dia yang kau cakap tu abang kitorang!" Sampuk Grey.

Koperal Bethany serius rasa bengang. Roland salah satu ahli mafia yang berada dalam senarai hitam pihak polis. Sama macam Tengku Fazril. Cuma kedua-dua anak beranak ini bijak menyembunyikan aktiviti haram mereka.

Sebab tu takde bahan bukti nak sabit kesalahan mereka. Dan hari ni, bukti dah ada depan mata. Walaupun maklumat diterima secara misteri namun, ini adalah detik terpenting yang dinanti-nantikan oleh pihak polis untuk menjatuhkan hukuman pada Roland.

"Puan, apa kita kena buat sekarang?" soal Koperal Bethany lalu menuju ke arah seorang perempuan yang sedang terdiam melihat kilang yang terbakar di hadapan matanya.

"Puan!"

Tengku Nurfaiza tersentak. Dia cuba mengawal riak wajahnya daripada menjadi cemas. Markas diorang dah terbakar dan dia harus berkas anak suadaranya sendiri. Korang rasa?

Tengku Nurfaiza menarik nafas panjang. Matanya mendarat pada Roland yang sedang berkata sesuatu pada mereka yang lain.

"Korang balik dulu," arah Roland, tenang.

"Bro!" serentak mereka berlima menjerit.

"Kita dah jatuh ke dalam perangkap. Aku tak tahu sape tapi... Aku nak korang balik," sambung Roland.

Mereka berlima terdiam. Rasa nak menjerit dengar arahan yang baru dikeluarkan dari lelaki itu.

Roland pula sudah pasrah. Dia terpaksa korbankan dirinya. Entahlah penjara tu macam mana en. Baru sahaja dia ingin melangkah, terasa tangannya ditahan oleh seseorang.

"Awak... Jangan pergi. Awak tak jahat," Nangis Mia Aurora.

Tak jahat? Roland rasa sedikit terharu.

"Kau baliklah dengan diorang. Aku tak nak kau jadi buruan polis memandangkan kau isteri aku. Aku...cuma nak kau selamat," ucap Roland lembut lalu mengucup lama dahi Mia Aurora.

"Pergi," arah Roland.

Ryan, Grey, Triple Han menarik tangan Mia Aurora masuk ke dalam kereta walaupun Mia Aurora meronta ingin bersama suaminya.

Elivia dan Olivia serta budak-budak yang lain sudah lama beredar kerana risau dipaksa menjadi saksi kegiatan haram ketua mereka sendiri.

Tengku Nurfaiza mengeluh berat. Dengan berat hati, dia menuju ke arah Roland lalu kedua-dua pergelangan tangan anak saudaranya digari perlahan.

Tiada siapa yang lagi layak memegang tangan lelaki itu selain Tengku Nurfaiza. Biarlah dia sendiri yang membawa Roland dan bukannya orang lain.

"Encik Roland, sila ikut kami ke balai sekarang juga."

Roland sekadar berdiam diri. Bila tubuhnya dibawa masuk ke dalam perut kereta polis, pandangan masih jatuh ke arah kereta yang sedang dipandu oleh Nethan.

Walaupun kereta tersebut sudah jauh meninggalkannya, Roland masih nak pandang. Dalam mindanya dia risaukan Mia Aurora.

Hanya Mia Aurora. Hanya gadis itu timbul di dalam fikirannya sekarang. Dia lebih risaukan keselamatan Mia Aurora berbanding dirinya sendiri.

#Roland orang pertama masuk dalam penjara. Ada sesiapa nak selamatkan dia ke? Dengan cara apa?

#Vote and comment.

#Thank you yang wish and tag author untuk salam raya. Author pun nak ucap salam raya pada korang. Author taip 2200 lebih patah perkataan sempena raya. Hari ni je lah erk. Esok-esok 1500 lebih macam biasa.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro