Bab 48

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Vote and comment.

*************************

Hari kedua dalam misi mengubah diri, Mia Aurora berasa sukar tanpa kehadiran Riley. Biasanya, Riley akan memberikan bantuan dengan mengarah itu ini.

Siap sediakan pakaian untuk dia. Tapi sekarang, nak buat apa? Mia Aurora dah berjanji nak berubah dan dia takkan sesekali hampakan harapan Riley.

Lama Mia Aurora melihat dirinya melalui pantulan cermin. Rambutnya sekarang tampak kurang kemas dibiarkan terus berjuraian ke bawah.

Sejenak, anak-anak rambut yang kelihatan tak terurus diselitkan pada tepi telinga. Hmm, tu pun masih kurang kemas.

Arghh!! Kalaulah ada Riley kat sini. Petik jari pun confirm Mia Aurora dah berubah jadi babi doll. Tapi kali ini Mia Aurora harus berdikari.

Sepanjang hidupnya, dia lebih suka gayakan rambut dengan ikat satu atau dibiarkan terus lepas seperti Hantu Kak Limah Tertinggal Bas Sekolah.

Apa kata dia cuba style lain pula? Riley kata kalau dah malas nak ikat rambut, sanggulkan aje. Buat gaya messy bun. Comel!

Tak menunggu lama, tangan Mia Aurora segera mengikat rambut lalu rambut tersebut digulung sehingga membentuk bulatan yang tak seberapa nak kemas.

Okaylah, first try en. Korang expect apa? Buat-buat terus perfect ke? Cubalah korang berada kat tempat Mia. Ada otak mengalahkan line siput sedut.

Puas dengan hasil kerjanya yang tak seberapa nak baik, Mia Aurora turun ke arah tingkat bawah dengan siulan yang ceria. Teruja pula dengan penampilan barunya sekarang.

Dia dah cantik. Nehhh. Takde lagi babi yang akan ejek dia.

Bahagian pertama yang Mia Aurora pergi sewaktu ke tingkat bawah adalah bahagian dapur. Kejap tadi, dia ingin belok ke arah bilik bacaan.

Namun, memandangkan telinganya menangkap sesuatu bunyi yang pelik, dia segera menukar laluan.

Pantas dia menuju ke arah dapur sebaik sahaja terdengar bunyi beberapa pinggan saling berlaga.

Usai turun, Mia Aurora hampir terkejut melihat figura Roland tak berbaju sedang membasuh pinggan kotor semalam.

Bukan dia tak biasa tengok Roland tak berbaju macam ni tapi entahlah. Dia sorang je ke yang fikir Roland dah sedia ada aura keseksian sebagai seorang lelaki?

Dengan senyuman sinis serta jelingan selamba daripada lelaki itu sahaja dapat menarik hati para gadis di luar sana.

Cair macam aiskrim! Apatah lagi Mia Aurora yang duduk sebumbung dengan lelaki itu.

Sedar dirinya diperhatikan dari arah belakang, serta-merta Roland memusingkan kepala ke arah gerangan yang sejak tadi nakal mengintipnya.

Ele, konon dia tak dengar bunyi deruan nafas Mia Aurora yang terlalu kencang. Nervous ngakulah. Kan senang.

Entah dah berapa lama Mia Aurora duk intip dia. Mungkin budak tu pelik penyakit apa yang dah serang Roland sampaikan lelaki itu tiba-tiba nak basuh pinggan.

Tak salah en kalau lelaki buat kerja rumah? Lagipun niat Roland ikhlas nak bantu Mia Aurora. Tambah-tambah lagi rumah ni takde maid.

Mia Aurora kata tak suka sebab rasa bersalah arahkan diorang. Tak termasuk lagi kalau maid tu lebih tua umur daripadanya.

So, Mia pun bertekad tak nak ada maid. Satu lagi perkara yang dia tak suka bila maid yang lagi muda daripada dia suka tengok badan Roland senyap-senyap.

Lepastu ada pula maid yang curi-curi ambik gambar suaminya. Sape tak panas? Kau? Kau? Kau tak panas? Memanglah kau tak panas. Kau kan single.

Terasa dirinya hampir kantoi oleh Roland, Mia Aurora segera bersembunyi di sebalik dinding. Rasa nak menjerit sekarang ni bila ternampak senyuman Roland.

Arghh!! Confirm kerja tak bermoral Mia Aurora bukan hampir tapi dah kantoi! Kalau tak kantoi, takkanlah Roland nak senyum-senyum camtu en?

Malu! Lagak tak pernah nampak Roland tak berbaju pula sebelum ni. Sape suruh bangun-bangun je dah seksi. Jaranglah lelaki basuh pinggan awal pagi. Ada tu ada tapi jarang.

Mia Aurora cuba bertenang. Ditarik nafas lalu dihembus perlahan-lahan ke udara. Sedaya-upaya otaknya berfikiran positif.

Mungkin tak kantoi lagi. Ada kemungkinan Roland saje nak senyum sebab lelaki tu pernah kata senyum merupakan sedekah walaupun lelaki tu bergelar jutawan.

Tapi Mia memang perlukan sedekah. Dia miskin. Sah, Roland beri sedekah kepada Mia Aurora melalui senyuman kacaknya.

Aww, sweet!

Diasak fikiran yang terlalu positif, dengan yakinnya Mia Aurora cuba menoleh ke arah Roland sekali lagi.

Namun, apa yang terhidang adalah figura Roland yang sudahpun berada di hadapannya dengan jarak dinding yang menjadi pemisah antara mereka berdua.

Hampir terjerit Mia Aurora dibuatnya. Cubalah bagi salam sikit. Ini tetiba ada kat depan mata. Kalau Mia mati siput camne?

Sukalah tu jadi duda hot. Terlajak laris kat pasaran. Hmpph!

"Kau intip aku erk?" nakal Roland mengusik.

Matanya sengaja dikecilkan merenung tepat ke arah anak mata Mia Aurora. Ambik kau Mia!

Kan dah gelabah beruk. Sape suruh buat kerja kurang suci tadi. Kantoilah hang. Mana hang nak pergi sekarang?

"Sa... Saya..."

"Mia!!!!"

Mia Aurora tersentak apabila namanya dilaung kuat oleh Grey. Nampaknya lima jejaka kacak itu ada kat sini. Mujur pakaian Mia Aurora sangat tertutup tak seperti semalam.

"Ke...kejap!!"

Sahut Mia Aurora lantas meninggalkan Roland berseorangan. Dari jauh, lelaki itu tersenyum senget melihat aksi Mia Aurora yang gelabah cuba menutup kesalahannya.

Kesalahan? Boleh dikategorikan sebagai kesalahan ke kalau intip suami sendiri?

Mia Aurora pula sudah menarik nafas lega sebaik terlepas dari kandang buaya. Makin hari, Roland makin nakal.

Ada je benda dia nak usik. Plus senyuman kacak dia. Arghhh!! Sape tak suka weh? Bergetar tulang rusuk kiri kita tau.

Kau mana tahu. Kau kan single. Nak rasa, kahwinlah dulu.

"Hari ni hari Ahad en? Korang bukan sepatutnya lepak kat rumah daddy ke?" soal Mia Aurora, ingin tahu.

"Yup! Tapi kitorang rindu nak buli kau," selamba Nethan membalas sehingga membuatkan dahi Mia Aurora berkerut.

"So, plan kitorang jadi tak? Kau dengan Roland buat apa semalam?" pintas Jethan, nakal.

"Plan?" pelik Mia Aurora.

"Plan jadikan kau cantiklah, Mia. Kitorang dengan Riley dah bersekongkong nak bagi ruang pada kau dengan Roland untuk buat anak. Baikkan kitorang? Pujilah sikit," tutur Jethan.

Mia Aurora terkebil-kebil. Plan berjaya tapi plan yang lagi satu ke arah proses membuat benih baharu tu erhh tak berapa nak berjaya sangatlah.

Nasib baik Riley ada call semalam. Kalau tak, fuhh. Malu ye.

"Hmmm, tak. Tak berjaya pun," kata Mia Aurora lalu duduk di antara Grey dan Ryan.

"What?! Tak berjaya?! Alah! Kitorang dah berazam nak buat kau jadi Sailor Moon. Biar padan muka Roland. Sape suruh suka buli kau," tempelak Ryan, kecewa.

Lantas riak wajah Mia Aurora bertukar cemberut. Ele, yang buli Mia pun diorang juga. Abang borek, adik-adik rintik. Tak padan betul ayat Ryan dengan situasi sekarang.

"Azam? Weh, kau ada azam bro? Asal aku tak tahu?" pelik Ethan.

"Maksud aku azam kita semalamlah bodoh," jeling Ryan.

Bercakap mengenai azam, wajah Nethan berubah teruja. Inilah saatnya dia berkongsi azam pada mereka semua. Azamnya sangat murni dan suci di embun pagi.

"Aku! Aku ada azam!" sampuk dia.

"Hah? Apa azam kau?" soal mereka hampir serentak.

"Jangan pelik tau azam aku. Azam aku merupakan cecair yang dipakai semasa..."

"Itu air zam-zam lah bingai! Aku dah lama tak bagi orang makan paku. Kau nak cuba ke?" Grey mengecilkan matanya.

"Hmmm... Aku pun ada azam juga," Ethan tak nak kalah.

"Jap. Asal korang ni semua ada azam? Takyahlah nak tanam azam sangat. Muka-muka kita ni mana padan nak ada azam," kutuk Ryan.

"Eh, apa salahnya kalau aku tanam azam pada diri aku? Menghabiskan beras kau kat rumah ke?" sindir Ethan.

"Habistu apa azam awak, Ethan?" soal Mia Aurora, lembut.

"Hmmm... Aku memang ada azam. Tapi aku tak reti nak laungkan. Mungkin aku kena banyak belajar lagi," serius Ethan.

"Laung? Azam nak kena la..."

Tak sempat Ryan meneruskan soalannya, tiba-tiba mindanya berjaya proses dengan ayat Ethan. Mana ada azam nak dilaungkan!

"Itu azanlah, babi! Sial! Kurang protein! " geram Ryan lalu bontot Ethan ditendang-tendang.

"Hahahahaha!! Aku mana ada azam! Azam aku tertinggal kat rumah! Hahahaha!!" Ethan tergelak-gelak tak bersalah.

"Kau berani nak cakap pasal azam dengan aku?!" herdik Ryan, bengang.

A few minutes later..

Puas mengerjakan bontot Ethan, Ryan kembali semula mendaratkan punggung di sebelah Mia Aurora. Puas tengok muka Ethan yang menyerah kesakitan plus kepenatan.

Berani buat lawak bodoh en.

"Small-small don't die. Big big make trouble," komen Nethan seraya menggelengkan kepala.

"Apa benda kau merepek ni bodoh?" jengil Ryan.

"Aku cakap peribahasa yang boleh  difahami oleh Mia. Kalau aku bagitau peribahasa yang betul, mana dia faham," cerdik Nethan menjawap.

Mia Aurora sudah mengangguk kemas. Ya, dia faham maksud Nethan. Kecil-kecil tak nak mati, bila besar menyusahkan. Betul tak?

"Kau pula J. Asal kau diam? " tegur Grey.

"Aku pun ada tanam azam baru tahun ni," mendatar Jethan berbicara.

"Wahh, betul ke?" gembira Mia Aurora mendengar.

"Yupp!" yakin Jethan.

"Apa azam awak?" soalnya lagi.

"Aku memang ada tanam azam baru. Tapi tu lah pasal. Aku lupa kat mana aku tanam. Rasanya kat belakang pokok rumah..."

Tak sempat menghabiskan ayat terakhir, si abang-abang termasuk Ethan sekali bangkit berdiri lalu mengerjakan Jethan.

Berulang kali tubuh Jethan ditendang dan disepak manakala Mia Aurora hanya mampu melihat dengan pandangan janggal.

Tak tahu nak buat apa. Walaupun dah acap kali tengok benda ni, tapi dia masih rasa awkward. Sampai teruk Jethan ditarik di atas lantai.

"Mia!! Mia tolong aku!!" jerit Jethan meminta pertolongan.

"Kau lupa kat mana kau tanam azam kau?! Mari kitorang ingatkan!"

"Jangann!!!"

Marilah kita bersama-sama mendoakan bagi kesejahteraan Jethan. Semoga beliau selamat dari insiden ini ya kawan-kawan sekalian. Adios!

______________________________

Malam sudahpun melabuhkan tirai. Selesai menghantar Ryan, Grey dan Triple Han ke kereta masing-masing, Mia Aurora masuk ke dalam rumah.

Sewaktu dalam perjalanan menuju ke tingkat atas, tiba-tiba Mia Aurora merasakan deruan angin kuat datang dari halaman belakang.

Nampaknya, ada lagi pintu tak berkunci. Segera Mia Aurora melangkah ke arah pintu sliding bila sedar hujan bakal menimpa bumi bila-bila masa.

Saat kaki sudah menapak, kedengaran muzik sedang bermain berdekatan Mia Aurora.

I'm going under and this time I fear there's no one to save me.
This all or nothing really got a way of driving me crazy...

Mia kenal dengan lagu ni. Lagu kedua yang dia minat selepas Aspalela. Jethan yang ajar!

Tapi persoalannya sape yang tengah dengar lagu ni kat luar? Dahlah tengah nak hujan. Angin kencang pula. Confirm hujan lebat.

Untuk menyiasat siapakah gerangan manusia yang masih berada di luar, Mia Aurora melangkah sedikit ke hadapan.

Kini, dia melihat Roland sedang berdiri tegak sambil melontarkan pandangan ke arah langit yang dihiasi bintang-bintang berkerlipan.

"Awak..."

"Kau tahukan manusia bencikan gelap?" soal Roland tanpa amaran.

"Erhh, ya. Sebab dalam gelap kita tak boleh nampak apa-apa. Kita perlukan cahaya," Mia Aurora mendekati Roland.

"Dan manusia lebih sukakan cahaya hanya disebabkan diorang boleh melihat. Tapi satu perkara diorang lupa. Tanpa gelap, cahaya takkan ada. Cahaya menyinari kegelapan. Dan pelik, manusia masih bencikan kegelapan."

Mia Aurora mengerutkan dahi tepat di belakang Roland. Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan Mia Aurora berfikir. Gelap dan cahaya, dua-dua saling memerlukan.

Tapi hakikatnya, mereka bermusuh. Tak pernah seiring.

"Awak, hari dah malam. Sejuk pula tu. Jap lagi nak hujan tau. Jom kita masuk rumah," ajak Mia Aurora, lembut.

Roland berpusing menghadap sang isteri. Sekejap wajah manis Mia Aurora dipandang dengan riak wajah yang tenang.

"Kau nak tak menari dengan aku?" ajak Roland tiba-tiba.

"Apa?" terkejut Mia Aurora.

Roland tersenyum nipis. Perlahan-lahan dia mendekati Mia Aurora lalu menghulurkan tangan kirinya ke arah gadis tersebut.

"Will you dance with me?" pelawa Roland, romantik.

Mia Aurora menelan air liur. Menari? Sekarang? Gila ke apa mamat ni?

"Maaf. Saya tak pandai menari," alasan Mia Aurora.

"Kau boleh pijak kaki aku," balas Roland.

Mia Aurora menghela nafas berat. Lagu 'Someone You Loved' pula balik-balik diputarkan semula. Tentu dah kena set dari awal.

"Okay," pasrah dia.

Dengan gaya yang janggal, kedua-dua kaki Mia Aurora mulai berdiri di atas kaki Roland. Bila sahaja mata mereka berlaga, Mia Aurora tergamam.

Hatinya berdegup kencang manakala mata mulai terketar-ketar menoleh ke arah lain. Dia rasa gemuruh tak terkata.

"Mia..." panggil Roland lembut sambil merangkul erat pinggang Mia Aurora rapat ke dalam pelukannya.

"Hmmm?" sahut Mia Aurora.

"Aku janji aku akan ada selalu untuk kau," bisik Roland dekat pada telinga Mia Aurora.

Now the day bleeds
Into nightfall
And you're not here
To get me through it all
I let my guard down
And then you pulled the rug
I was getting kinda used to being someone you loved...

"Jangan terlalu berjanji. Nanti awak gagal tepati," balas Mia Aurora mendatar lalu tiba-tiba memusingkan badannya lagak pernah menari sebelum ini.

Roland tersenyum kecil. Dia dah agak! Mustahil gadis secantik Mia Aurora tak reti nak menari.

Sebaik sahaja tubuh gadis itu berpusing, Roland memeluk Mia Aurora dari belakang. Seketika, kepalanya didaratkan pada bahu sang isteri.

"Kau tak perlu berubah macam ni, Mia. Kau dah terlalu cantik untuk aku," ujar Roland, perlahan.

"Kalau saya tak berubah, awak takkan pandang saya."

"Tak berubah atau berubah, kau tetap orang yang sama di hati aku. Sampai bila-bila pun kau tetap ada di hatiku walau jasad aku tak lagi bernyawa," bisik Roland, syahdu.

Mia Aurora terdiam. Degup jantungnya semakin berdetak kuat sebaik sahaja tubuhnya dipusingkan semula menghadap sang suami.

"Aku dah lama cintakan kau," luah Roland, gemersik sehingga membuatkan Mia Aurora hampir menangis.

Saat mata gadis itu tertutup, Roland perlahan-lahan menarik dagu Mia Aurora ke arah bibirnya. Dagu tersebut dikucup lama.

Terasa manik-manik halus keluar dari anak mata Mia Aurora. Buat kesekian kalinya, mata mereka saling bertatapan lama.

Bibir Mia Aurora yang sedikit terbuka seakan-akan memanggil Roland untuk terus bersama. Sesaat dua saat, belakang kepala Mia Aurora ditarik lantas bibir isterinya diragut penuh kelembutan.

Mata kedua-dua insan tersebut terpejam erat. Saling menikmati dan menghayati. Saling berkongsi sayang dan dicintai.

Mia Aurora menangis menerima kucupan lembut daripada Roland sehingga mereka tak sedar hujan lebat mulai turun membasahi bumi.

Guruh berdentum-dentaman tak diendahkan. Mereka saling berkucupan hangat dibuai nafsu masing-masing.

"Aunty Tasya mimpikan Kak Mia bermesraan dengan along kat luar halaman belakang rumah."

Mata Mia Aurora terbeliak luas. Pantas tubuh Roland ditolak kasar menjauhi dari tubuhnya. Dia hampir kalah pada godaan Roland. Godaan yang membuatkan hidupnya hampir musnah!

"Mia, kenapa?" soal Roland, tak faham.

Walhal mereka sama-sama nakkan benda tadi tu. Dan tiba-tiba Mia Aurora menolak tubuhnya ke belakang. Seolah-olah benci pada ciuman tersebut.

"Stay away from me," tajam anak mata Mia Aurora merenung Roland.

Dia berjalan pantas ke dalam rumah namun, tangannya ditahan oleh Roland. Tampak sangat Roland kecewa dan tak faham apa yang dah berlaku pada Mia Aurora.

"Kenapa aku kena jauhkan diri aku dari kau? Kau isteri aku. Aku kenal kau dah lama, Mia! Kita dah kahwin hampir setahun!" tegas Roland.

"Awak masih tak faham Roland! You're not in love with me! You don't even know me. I don't even know me! So, please. Stay away!" nangis Mia Aurora lalu berlari menuju ke tingkat atas.

"Mia!!"

Roland mengejar dari belakang. Namun malangnya, pintu bilik telah dikunci dari dalam. Sekuat hati pintu tersebut diketuk bertalu-talu bersama rayuan yang penuh pengharapan.

"Mia, tolong buka pintu ni. Aku merayu. Tolonglah buka pintu ni," pujuk Roland, hiba.

Di dalam bilik, Mia Aurora menangis teresak-esak. Dia ke hulur hilir seraya telapak tangannya dipandang dengan rasa benci.

Dia tak suka dengan perasaan ini. Perasaan di mana hatinya berbelah bahagi sama ada ingin berubah atau...

"Kau menangis?"

Mia Aurora tersentak. Sepantas kilat dia berhenti daripada terus menangis lalu anak matanya terarah pada seorang gadis berhoodie hitam.

Gadis tersebut menapak ke arahnya tanpa was-was.

"Kau buat apa kat sini?" soal Mia Aurora, dingin.

"Perhatikan kau."

"Aku bukan budak kecik yang harus diperhati!" herdik Mia Aurora.

"Dan kenapa kau menangis? Kau dah lupa kau dengan aku..."

"Diamlah! Aku tak perlu sebarang peringatan! " potong Mia Aurora, bengis.

Gadis berhoodie hitam yang datang dari sudut balkoni tadi, tersenyum sinis. Mata hitamnya tajam merenung ke arah Mia Aurora.

"Kau kena ingat Mia. We're not one of them," tegas si dia.

Mia Aurora tak menjawap. Dia sekadar mendengus garang lalu melontarkan pandangan ke arah lain.

"Aku tak nak berkasar dengan kau," ujar gadis bermata hitam itu.

"Just go. I don't need you. Or anyone," dingin Mia Aurora, menghalau.

Gadis berhoodie hitam itu tersenyum sinis. Sebelum beredar, dia sempat mendekatkan bibirnya pada telinga Mia Aurora lalu membisikkan sesuatu.

"Aku akan sentiasa perhatikan kau dari jauh." 

#Vote and comment.

#Makin nak tahu en sape 03 ni. Maybe dalam bab yang ke-50, soalan korang akan terjawap.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro