Bab 59

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Vote and comment.

***********************

Grrrrrr....

Penjaga Anneliese menyeringai geram pada Maisara yang sedang melangkah ke arah mereka berdua sambil mengeluarkan pedang berwarna merah terang.

Air liurnya yang jatuh meleleh pada atas lantai tidak diendahkan. Satu-satunya perkara yang dia tahu buat adalah melindungi Anneliese walau apapun caranya.

Tak lama kemudian, Maisara menjulang tinggi pedangnya ke udara lalu ditarget pada bahu si penjaga Anneliese.

Pantas sahaja makhluk berbulu hitam itu melompat di atas almari lalu membalas serangan Maisara dengan terjun ke arah tubuh perempuan itu.

Tak sempat mengelak, tubuh Maisara dihempap dari atas lalu wajahnya dicakar oleh makhluk berbulu lebat tersebut.

Geram dengan serangan ini menyebabkan Maisara menumbuk perut si penjaga sehingga terpelanting di atas siling.

Putri Risha tersenyum sinis melihat pemandangan di hadapannya. Rasa hebat bila dah berjaya bersatu dengan penjaga yang sama pada 1800 tahun yang lalu.

"HAHAHAHA!! Bagus wahai penjaga! Dan sekarang aku nak kau bawakan 02 pada aku," arah Putri Risha lalu selamba menyandar pada dinding.

Pintu bilik yang dihempas bertalu-talu tidak diambik peduli. Sekuat manapun diorang cuba nak buka pintu tu, percayalah diorang takkan mampu.

Pintu tersebut dikawal oleh suatu kuasa asing dari pihak DIA.

"Baiklah, tuan."

Maisara berjalan setapak demi setapak ke arah Anneliese. Hajatnya ingin menarik kepala Anneliese untuk dipersembahkan pada tuannya.

Malang tak diduga, bila penjaga Anneliese mendarat semula di atas lantai lalu melayangkan sepakan tepat di kepala Maisara.

Disebabkan kuasanya yang terlalu kuat, tubuh Maisara terhempas pada dinding sehingga terkeluar daripada bilik tersebut.

Semua ahli keluarga yang berada di luar menundukkan kepala sebagai tindak balas refleks. Bila keadaan reda sedikit, mereka dikejutkan dengan lubang dinding yang terlalu besar termasuk seekor kelibat makhluk berbulu tebal.

Tengku Fazril tergamam. Otak manusianya mentafsir bahawa penjaga Anneliese lah yang selama ini mendampingi tidur Putri Risha sehingga membuatkan mata si isteri menjadi hitam.

Black Eryn yang dapat merasakan bahaya pada Tasya, terbangun dari lena. Dia segera melesapkan diri lalu muncul tepat di belakang Triple Ko.

"Tasya!" kejut Black Eryn.

Ciko terjerit pondan tak cukup sifat. Tak silapnya, tadi dia sorang je paling belakang. Alih-alih ada suara lain pula menyebok. Terkejut jiran sebelah kita tau.

"Eryn! Sejak bila kau kat sini?" pelik Alex.

"Erhhh , lama dah. Korang buat apa kat sini?" Black Eryn mengubah topik.
"Ada sesuatu yang dah ganggu Risha. Aku rasa dia kena rasuk dengan jembalang tandas. Fuhh seram!" memandai Riko teka.

Black Eryn terdiam seketika. Matanya benar-benar tak percaya apa yang dilihat dengan mata kepalanya sekarang.

Dari dalam bilik dia terpaku pada penjaga Anneliese serta Anneliese yang terbaring bersama darah di tepi kepalanya.

Sudah dapat diagak perkara ini akan berlaku jua! Tapi ke mana Putri Risha pergi? Sampaikan Tengku Haikal berani pula melintasi penjaga Anneliese lalu mendukung isterinya untuk ke hospital.

"Fakh! Jos! Ikut aku sekarang!!" desak Tengku Haikal lantas berlari menuruni anak-anak tangga.

Tanpa diarah pun, Joshua dan Fakhrul akan sentiasa menemani Tengku Haikal.

Saat kaki Tengku Haikal melangkah ke anak tangga terakhir, tiba-tiba Putri Risha muncul di hadapan Tengku Haikal dengan senyuman yang sungguh menakutkan.

"Peekaboo! I'm back!"

Bushhh!!

Perut Tengku Haikal ditendang kuat sehingga dia terbuang ke belakang mengenai Joshua dan Fakhrul. Tubuh Anneliese yang nazak pula disambut oleh Putri Risha.

Merasakan tuannya dalam bahaya, makhluk berbulu hitam itu segera lesap lalu muncul dekat Putri Risha. Diserang belakang perempuan itu tetapi Putri Risha lebih pantas mengelak.

Setakat penjaga, mana boleh lawan tuan. Dasar pendek akal!

Bila serangan hendap makhluk tersebut berjaya dielak dengan mudah, Putri Risha tersenyum sinis. Dia memanggil penjaganya agar bangkit semula lalu menyerang penjaga Anneliese.

Maisara menerima arahan lagi. Diambil pedang merah terangnya lalu ditusuk pada dada si penjaga merangkap rakan seperjuangannya dulu.

"Mai!!!"

Black Eryn yang melihat adegan itu terkejut tahap matahari. Serius, dia tak percaya Maisara sanggup menyerang sesama penjaga. Walhal, diorang seharusnya melindungi antara satu sama lain. Bukan macam ni!

Black Eryn tiada lagi pilihan. Nampaknya penjaga Anneliese benar-benar kelihatan berang kali ini. Dan bila makhluk itu terasa ancaman, ia akan menggunakan kuasa terkuatnya yang selama ini sengaja disembunyikan.

Tekaan Black Eryn sudahpun mengena! Penjaga Anneliese melolong kuat sebanyak 3 kali menandakan laungannya ingin memanggil sesuatu.

"Ohhh shit! Mai!" gumam Black Eryn, geram.

Nak tak nak, dia terpaksa melibatkan dirinya dalam perlawanan. Tatkala itu juga, dia terlihat Putri Risha meletakkan tubuh Anneliese di atas lantai lalu membisikkan sesuatu.

"Tasya! Kau duduk kat sini diam-diam! Walau apapun terjadi pada aku atau Mai, please stay away from Risha!" tegas Tasya.

Dia tak sedar semua mata mulai memandangnya termasuk Zack dengan pandangan bingung.

"Xender, aku tahu kau risau dengan keadaan Risha sekarang. Tapi tolong, jauhkan diri kau dari dia. Kau tak setanding dengan Risha sekarang," ujar Black Eryn, serius.

Tengku Fazril tampak sangat bingung. Nampak gaya Putri Risha kena rasuk. Habistu kenapa Black Eryn suruh stay kat atas je?

Sejenak, Black Eryn mengambil telefonnya lantas menghantar mesej pada seseorang. Seseorang yang boleh lupakan ingatan diorang semua kejap lagi.

Selesai menghantar mesej kecemasan, Black Eryn terjun dari tingkat atas lalu mendarat ringan ke tingkat bawah. Ternganga diorang dibuatnya.
"Mai! Berhenti Mai! Tolonglah! Kau tak mampu lawan diorang!" pekik Black Eryn sambil mendekati Maisara.

Hairan juga kenapa Maisara diam tak menjawap. Bila figura perempuan itu direnung lama, barulah Black Eryn faham bahawa Maisara terikat pada arahan tuannya.

Gelang jingga gelap yang bersinar pada lengan Maisara membuktikan perempuan itu takde lagi perasaan seperti manusia.

Pada masa yang sama, Black Eryn menoleh ke arah penjaga Anneliese. Makhluk tersebut sudah habis memanggil 2 lagi tenteranya.

Itulah kuasa utama setiap penjaga. Mereka mempunyai bala tentera yang lagi ramai tak terkira. Cuma kali ini, penjaga Anneliese hanya memanggil dua daripada bala tenteranya untuk melawan Maisara.

Hanya Black Eryn dan Maisara sahaja tidak lagi mempunyai kuasa istimewa ini memandangkan mereka berdua sudahpun melanggar perjanjian alam semesta.

Maka, mereka mendapat hukuman setimpal. Hukuman yang digelar hukuman abadi. Nak tahu apa perjanjian tu? Terjawap pada buku terakhir, "The Last Survivor."

Makhluk-makhluk berbulu hitam tadi tiba-tiba bertukar kepada bentuk manusia berbadankan sayap burung. Sayap mereka pula terlalu panjang dan lebar sehingga mencecah lantai.

Si ketua mulai menyeringai geram lalu menyerang Maisara diikuti pengikut-pengikutnya. Ada yang terbang tinggi lantas menarik tangan Maisara sehingga tergapai di udara.

Lagi dua makhluk mencarik-carik setiap cebisan daging perut perempuan itu sehingga Miko sendiri tak mampu mengawal kesabarannya.

Dia turun dengan amarah yang meluap-luap lantas diikuti ahli keluarga yang lain pula. Tasya yang tak faham apa-apa turun ikut ke tingkat bawah.

Buat masa sekarang, dia tak ingat sebarang kuasanya memandangkan dia sendiri tak seimbang. Sekejap dia ingat dan sekejap dia tak ingat.

"Miko, jangan dekat!!"

Black Eryn muncul di hadapan Miko seraya dada lelaki kepada rakan baiknya ditahan kuat.

Terbuntang mata masing-masing melihat kemunculan Black Eryn secara mengejut. Walhal, kejap tadi perempuan tu ada kat depan. Tiba-tiba depan mata diorang pula.

"How..." Zack tersekat-sekat nak berbicara.

"Apa semua ni?" gumam Riko, bingung.

Alex, Tengku Fazril dan Akim kelihatan membantu Tengku Haikal, Fakhrul dan Joshua untuk bangkit walaupun ketiga-tiga mereka masih tak sedarkan diri selepas diserang oleh Putri Risha.

"Kau nak aku duduk kat sini sementara bini aku tengah diserang?!" marah Miko.

Mata Black Eryn terketar-ketar. Apa yang Miko cakap tu betul. Tapi Miko hanyalah manusia biasa. Kalau dia tolong Maisara, confirm Miko yang mati. Maisara pula takleh mati.

Black Eryn menarik nafas panjang. Keputusan telahpun dibuat. Dia akan tolong Maisara dengan cara tak menyakiti sesama penjaga.

Dia segera hilang lalu muncul di hadapan ketua penjaga Anneliese. Tangan makhluk tersebut ditarik ke belakang lalu anak matanya sayu memandang anak mata penjaga Anneliese.

Mereka berbicara di dalam hati menggunakan bahasa penjaga. Mereka tak pakai bahasa manusia.

Hampir berjaya memujuk makhluk tersebut agar mengarahkan pengikutnya melepaskan Maisara, tiba-tiba penjaga Anneliese diam tak berkutik.

Perlahan-lahan kepalanya ditoleh ke arah belakang di mana Anneliese dan Putri Risha bangkit bersama senyuman sinis di bibir. Black Eryn terdiam.

"Ja..jangan... Kau tak boleh ikut diorang," halang Black Eryn. Dia memegang tangan penjaga Anneliese.

Segala-galanya telahpun terlambat. Anneliese yang telah dihasut oleh Putri Risha segera mengaktifkan kuasa antara tuan dan si penjaga.

Pergelangan tangan makhluk itu kelihatan bercahaya dihiasi dengan seutas gelang berwarna ungu gelap. Tanda penjaga harus mengikuti segala arahan si tuan.

"Ke mari penjagaku!" panggil Anneliese.

Matanya bertukar hitam seperti Putri Risha. Maisara pula pulih semula lantas muncul di belakang Putri Risha diikuti makhluk berbulu besar yang turut berdiri di belakang Anneliese.

Pengikut-pengikut bagi penjaga Anneliese sudah lama hilang selepas si ketua mengarah agar balik semula ke dunia mereka.

Black Eryn tak percaya. Jantungnya berdegup kencang tak berirama. Sekarang 02 dan 04 sudahpun bergabung. Macam mana kalau diorang sakiti...

"05! Giliran kau!!" pekik Anneliese lantas muncul di hadapan Tasya.

Dek terkejut kemunculan Anneliese, mereka tak sempat berbuat apa-apa melainkan tubuh mereka semua ditendang kuat oleh perempuan itu.

"Jangan!!! "

Black Eryn cuba melindungi tuannya tetapi Anneliese lebih laju menghentak tubuh Black Eryn ke atas lantai. Sehinggakan lantai itu pecah berderai menjadi serpihan-serpihan nipis.

"Ke..kembalikan tuan aku!!" Black Eryn bangkit perlahan.

"Shhh... Kau tak layak dengan diorang, wahai si penjaga. Tempat kau adalah di sisi 05!" jengil Anneliese.

Black Eryn meraung bengang. Banyak kali manapun dia dibelasah, dia setia melindungi Tasya yang sejak tadi menangis kerana tangannya dicengkam ganas oleh Anneliese.

Terasa kuku perempuan itu mencucuk dagingnya.

"Eryn, tolong aku!" takut Tasya.

Black Eryn mengesat darah di tepi bibirnya. Anneliese pula kelihatan seronok 'bermain' dengan Black Eryn. Sikit pun peluhnya tak terkeluar.

Tak tahan tengok kesetiaan Eryn pada Tasya, Putri Risha jadi malas menunggu. Dipandang sesiapa sahaja yang masih sedarkan diri untuk mengalihkan perhatian Black Eryn.

Putri Risha tahu anak mereka masing-masing bersembunyi di dalam bilik. Dia dapat dengar bunyi tangisan budak-budak di dalam almari. Pendengaran dia kan jauh lebih tajam.

Tapi bukan itu yang menarik perhatian Putri Risha sekarang melainkan kelibat Tengku Fazril yang cuba menyedarkan Tengku Haikal.

Pantas dia menghilangkan diri lalu muncul di hadapan suaminya. Leher Tengku Fazril dicengkam ganas tanpa belas kasihan.

Wajah lelaki itu jadi merah padam. Putri Risha suka tengok suaminya macam ni. Nampak kesian.

Tak dipedulikan gelagat Tengku Fazril yang meronta-ronta ingin dilepaskan. Untuk membuat situasi lagi bahagia, Putri Risha mengeluarkan kuku tajamnya lalu cuba dihunus ke arah perut Tengku Fazril.

Black Eryn yang kebetulan ternampak segera berlari lantas melindungi Tengku Fazril dengan memeluk tubuh lelaki itu ke tepi agar menjauhi Putri Risha.

Kesempatan ini diambil oleh Anneliese untuk membisik sebaris mantera " Vakeleta Ulos Zalah!" yang bermaksud "Kau milik DIA!"

"Jangannnn!!!" Jerit Black Eryn, tak rela.

Semuanya tak berguna lagi. Sekarang, fikiran Tasya diracuni oleh Anneliese. Mata perempuan itu bermata hitam serta tubuhnya mulai mengeluarkan aura berwarna biru gelap.

Perlahan-lahan lengan Tasya dilepaskan apabila perempuan tersebut sudah mengaktifkan kuasa ia sebagai 05.

"Hmmmm darah! Darah manusia! Sudah lama aku tak hidu darah manusia!"

Tasya tergelak terbahak-bahak disambuti gelak 02 dan 04. Tak lama kemudian, dia duduk di atas kepala sofa dengan kaki yang disilangkan ala-ala supermodel terkenal.

"Ta..Tasya..maa..maafkan aku," gumam Black Eryn dalam tangisan.

Mungkin Tasya masih tak sedar Black Eryn belum bertukar jahat seperti penjaga-penjaga yang lain. Sebab tu pergelangan tangan Black Eryn tak dirantai dengan gelang kawalan penjaga.

"Kita kena bunuh manusia-manusia ni," usul Anneliese, sinis.

Putri Risha dan Tasya tersenyum jahat. Mereka mengangguk setuju lalu memandang pada Maisara dan penjaga Anneliese.

"Apa kata kalau kita panggil 01 dulu?" Senyum Tasya.

"Cadangan yang baik, sahabat. Wahai penjaga-penjaga, bawakan 01 ke mari!"

Arahan diterima. Penjaga Anneliese dan Maisara hilang untuk menuju ke kediaman Tazaki Genji. Nampaknya, mereka akan bergabung semula sama seperti 1800 tahun yang lalu.

#Kita lek jap. Jangan stress. Author sengaja nak bagi scene action kat sini supaya korang boleh bayangkan perlawanan diorang.

#Okay, mengenai kes semalam tentang apa orang kata, plagiat cite. Yes, semua cite author pun ada kat sana. Author terima ramai mesej kat wp dan ws sama ada kat group dan pm.

Author tak tahu apa-apa sebenarnya. Readers yang laporkan pada author. Prihatin betul korang ni. Nah 20 sen. Ramai tanya author "Author, tak unpub cite author macam yang lain ke?"

Lek semua. Wattpad yang kena copy ye. Bukan cite kita kena plagiat. Lagipun kan masih ada nama kita sebagai penulis. Cubalah fikir positif. Pembaca dari Vietnam pun nak baca cite kita walaupun diorang tak faham. En en?

Lepastu ada pula yang tanya "Author tak takut ke cite author kena ambik? Kan dah bermillion tu. Sayang pula."

Macam mana erk nak cakap? Tipulah kalau kata tak takut en. Korang terlalu risau. Kan ramai yang kata web tu dah hadir masa tahun lalu. Asal diorang tak ambik dari dulu je en?

Lepastu ramai chat author supaya jangan unpub macam penulis yang lain. Ya, sayang-sayang author. Author takkan unpub semua cite author. Sebab author tahu akan menyusahkan ramai pihak. Noti muncul berpuluh kali.

Ingatkan pakwe yang chat. Eh, lupa pula diri single.

Ada pula readers kata "Authors lain dah unpub cite masing-masing. Author Babyfik pula selamba update. Baguslah author ni."

Hehehe. Masa ni author tak tahu apa-apa pasal plagiat. Tu pasal author update je. Lepas terima laporan dari readers melalui private message kat wp, baru author tahu.

Cayalah, author jenis lambat tahu pasal benda ni. Sebijik otak Mia dulu.

So, jangan risau ye. Author takkan unpub. Chill guys. Makan kitkat. Berehat kat hotel Trivago. Kekal positif. Tingkatkan hidrat anda dengan coca cola!





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro