Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Langit yang diwarnai malam tampak berseri dihiasi bulan dan bintang. Lolongan anjing di luar sana membuatkan seorang gadis keluar lalu matanya melilau ke serata tempat.

Mia Aurora memejam erat matanya. Lolongan anjing diselang-seli dengan salakan yang tak tahu dari mana datang. Mia Aurora menarik nafas perlahan.

Saat mata dibuka, pandangannya terarah pada sekujur tubuh berpakaian hoodie hitam di sebalik pagar halaman belakang. Mia Aurora mengecilkan mata.

Ingin dilihat dengan lebih teliti namun bayangan orang tersebut hilang sekelip mata. Mia Aurora terkebil-kebil. Hantu ke?

Sah lagi disahkan! Hantu! Tu sebab anjing melolong! Jangan-jangan rumah ni berpuaka tak? Logik! Tu pasal mulut orang-orang kat dalam rumah ni berpuaka semacam.

"Mia!"

Mia Aurora tersentak. Kepalanya ditoleh ke belakang melihat empunya suara yang memanggil.

"Kau dengar tak apa yang aku cakap tadi?" dingin Roland menyoal.

"Erhh..sorry. Sa..saya anjing.."

"Hah? Kau anjing?"

"Tak! Tak! Maksud saya ada anjing bising tadi. Rasanya ada han..hantu.."

"Stop. Kitorang dah ada Aunty Liese sebagai 'penyiasat paranormal'. Kitorang tak perlu orang baru macam kau," perlekeh Roland.

Mia Aurora terdiam. Betul juga kata Roland. Tapi apa maksud 'penyiasat paranormal?'

"Apa maksud awak tentang Aunty Liese?"

"Well, dia boleh nampak hantu."

Terkedu Mia Aurora dibuatnya. Okay, keluarga ni mafia dan ada yang boleh nampak hantu. Apa lagi benda pelik akan muncul lepas ni?

"Kau dah ready ke esok?" soal Roland.

Mia Aurora masih diam. Matanya terarah pada tubuh Roland yang sedang menyandar pada pintu. Selamba lalat gergasi Roland tak berbaju di hadapannya. Saje ke nak usik iman Mia Aurora?

"Tegapnya," gumam Mia Aurora, perlahan.

"Apa?" Roland mendekati Mia Aurora.
Setapak demi setapak langkah diatur sehingga dia tiba di hadapan gadis itu. Tanpa kebenaran, tangannya dilekapkan pada dahi Mia Aurora.

"Tak demam. Esok kita nak kahwin. Kau dah ready ke?" soal Roland lantas menjarakkan tubuhnya dari Mia Aurora.

Sejahat-jahat dia pun, dia masih tahu perihal agama. Insan bergelar wanita wajib dihormati. Itu penegasan daripada Tengku Fazril sejak dia kecil lagi.

"Hmmm.. Okay. Saya dah ready," was-was Mia Aurora berbicara.

"Oh, ya. Esok adik aku, Aunty Maisara Aunty Black Eryn and Aunty Liese tak dapat datang. Riley ada exam akhir, Aunty Liese demam panas, yang lain pula ada hal penting," beritahu Roland, mendatar.

Mia Aurora sekadar mengangguk. Kalau Roland cakap semua orang dalam rumah ni, memang dia tak ingat. Ingatannya bukan macam Roland.

"Adios!"

Lamunan Mia Aurora terbantut sebaik sahaja Roland ingin beredar. Belum pun pintu ditutup, Roland menoleh semula ke arah Mia Aurora. Pandangan redup daripada gadis itu membuatkan matanya ingin melihat Mia Aurora dengan lebih lama.

Ada sesuatu yang istimewa mengenai gadis yang bakal dia nikahi esok. Mia Aurora tak nampak nervous. Riak wajahnya lebih menunjukkan bahawa dia banyak berfikir.

"Ya, awak?"

Roland berdehem. Mia Aurora tak senyum cuma matanya tampak bersinar. Cantik!

"Kau takde spek mata lain ke?" Roland mencipta perbualan.

"Erhh..kenapa? Spek mata ni jelah yang awak bagi hari tu," peringat Mia Aurora.

"Ya, tapi tu spek mata bekas orang gaji aku. Kau pakai tak sesuailah. Nampak besar lepastu nerd," komen Roland, pedas.

Mia Aurora tak banyak bercakap. Dia sekadar mengangguk tanda faham. Roland tak suka dia. Tu yang dia set kat dalam otak.

"Kau angguk buat apa?" pelik Roland.

"Saya angguk sebab faham yang awak tak suka saya," polos Mia Aurora menjawap.

"Aku tak suka orang asing," dingin Roland.

"Tapi..saya bakal isteri awak," sayu Mia Aurora berkata.

"Still orang asing."

Bersama ayat itu, Roland beredar tanpa memandang ke arah Mia Aurora. Melalui ekor matanya, dia dapat melihat wajah sayu Mia Aurora.

Bagi Roland, Mia Aurora harus diberi jarak. Dia tak nak Mia Aurora terlalu dekatnya. Menjadi ketua mafia bukan senang. Musuh sentiasa target orang-orang yang dia sayang. Dan dia tak nak jatuh sayang pada Mia Aurora. Takut jika gadis itu punca kelemahan terbesarnya.

___________________________

"Aku terima nikahnya.."

Dengan sekali lafaz, Mia Aurora sah menjadi isteri kepada seorang lelaki yang baru sahaja bergelar ketua mafia. Kepala ditunduk sambil menadah tangan apabila doa dibaca.

Dari jauh, Elivia mengetap rahangnya melihat Mia Aurora. Angan-angannya untuk bersama Roland hancur begitu sahaja walhal selama ini dia setia pada Roland.

Mereka berdua sudah banyak berjuang. Dia tak faham bagaimana lelaki sehebat Roland boleh kahwin dengan si mata empat macam ni!

Setianya dibalas dusta. Cintanya dibalas dengan rasa sakit. Tak tahu pula Roland selama ni ada kekasih hati. Sepanjang mereka berjuang di sisi Tengku Fazril, Roland memang dikenali sebagai lelaki pendiam. Namun, aksinya lebih banyak memukau semua orang.

And hari ni dia kahwin? Dengan nerd sial! Apa aku ni tak cukup sempurna ke kat mata dia!

"El, dahlah tu. Jom balik," Olivia menarik lembut tangan rakan baiknya ke luar dewan.

Wajah Elivia memerah menahan marah. Apakan tidak, buah hatinya dah dimiliki orang.

"Aku rasa nak bunuh betina tu," bisik Elivia, bengang.

Olivia mengeluh berat. Dia faham rasa sakit hati Elivia. Buat masa sekarang, sahabatnya tak mampu berfikir dengan waras. Sesiapa sahaja bergelar ahli keluarga Tengku Zamil, takkan ada sesiapa yang boleh disentuh.

Kau cari nahas, kau mati. Itu ayat simple yang diamal oleh keluarga kerabat diraja itu.

Selesai sahaja majlis perkahwinan tersebut, Mia Aurora masuk ke bilik Roland. Katanya semua barang milik dia dah dipindah masuk ke dalam bilik suaminya.

Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik lelaki itu, mulut Mia Aurora ternganga luas. Bilik Roland..mak aih.. Dua kali ganda lebih besar daripada bilik yang dihuninya sebelum ni.

Tapi ada sesuatu yang pelik menjengah mata Mia Aurora. Bilik Roland kelihatan suram. Tak banyak warna kecuali warna hitam.

Kali pertama dia melihat Roland, lelaki itu berpakaian sut hitam. Kereta hitam dan dinding bilik ni pun hitam. Black metal ke?

"Wooooo bilik pengantinn!!"

Bahu Mia Aurora terhincut ke atas bila matanya melihat lima jejaka kacak sudahpun masuk ke dalam bilik yang dihuninya.

"Pergh! Roland tukar katil baru sial!! Lebih empuk!!" gelak Ryan.

Triple Han terkekeh-kekeh ketawa. Kelopak-kelopak bunga ros yang disediakan di atas katil khas untuk pengantin dilompat-lompat sehingga segala hiasan di atasnya rosak habis.

"Yes! Takde lagi yang susahkan kita!" sorak Ethan, gembira.

"Aku gembira doh Roland dah kahwin!" sambung Nethan.

"Eh, pengantin perempuan ada kat sinilah."

Mia Aurora hanya berdiam diri. Pandangan kelima-lima jejaka di hadapannya dirasakan pelik. Dalam pada itu, tiba-tiba Grey menuju ke arahnya seraya menghala sebuah kamera tepat pada wajah ia.

"Mia Aurora! Apa perasaan kau lepas kahwin dengan ketua mafia?" soal Grey, selamba.

Mia Aurora yang masih berpakaian pengantin hanya mampu terkebil-kebil. Dipandang Ryan dan Triple Han yang sedang tersengih di atas katil. Habis rosak segala hiasan.

"Grey, tanya soalan lain lah," cadang Jethan.

Grey akur apabila soalannya tidak dibalas.

"Okay, okay. Kau rasa best tak first night kau dengan Roland kejap lagi?"

Ryan dan Triple Han bertepuk tangan mendengar soalan nakal daripada Grey. Mia Aurora yang masih terkebil-kebil membuatkan diorang semakin ligat mengusik.

"Mia, kau rasa en. Roland nak guna skill apa malam ni?" sengih Grey.

"Hah?" bingung Mia Aurora.

Otak lembapnya gagal mentafsir. Skill apa ni?

"Woi!"

Hampir jatuh kamera Grey tatkala terdengar jeritan kuat di muka pintu. Ryan dan Triple Han pula cepat-cepat bangun dan seperti biasa tersengih bagai orang tak bersalah.

"Tahniah bro! Wow, dah kahwin," Ethan berpura-pura menutup kenakalan mereka.

"Kalau aku tak ingat penat, aku dah lama cucuk bontot korang guna ekzos!" geram Roland melayan karenah orang-orang kanannya.

"Lah janganlah marah. Kitorang saje nak temankan bini kau ni sementara kau sebok layan tetamu," terang Ryan.
"Temankan atau rosakkan katil aku?!"

"Lek arh. Bucuk-bucuk takleh marah hari ni. Kan dah kahwin," pujuk Nethan seraya pipi Roland dicubit-cubit manja.

"Eish! Tepi arh!" tepis Roland.

Matanya terlihat pula Mia Aurora yang sedang mengetap bibirnya seraya memandang ke arah lain. Buat-buat tak nampak konon.

"Bro, lepas mandi jom main ML kat bilik aku," ajak Jethan.

Kelima-lima jejaka kacak itu kelihatan ingin keluar dari bilik tersebut.

"Okay, jap!!" Gembira Roland menyahut.

Usai pintu ditutup, Mia Aurora duduk di tepi birai katil. Jari-jemarinya yang berinai dipandang lama.

"Mia Aurora," panggil Roland.

Sepi. Jantung Mia Aurora berdegup kencang sebaik sahaja namanya dipanggil lembut. Begitu gemersik sekali. Ini kali kedua Roland memanggil namanya dengan betul selepas lafaz akad nikah tadi.

"Ya awak?" sahut Mia Aurora, segan.

"Nak join aku mandi tak?" nakal Roland bertanya bersama senyuman yang sukar ditafsir.

"Ma..mandi?"

Mata bundar Mia Aurora terketar-ketar. Dilihat Roland yang lengkap bersut hitam sedang menuju ke arahnya. Bersama pandangan yang sukar difahami, Roland menaikkan dagu Mia Aurora agar mata mereka saling bertentangan.

"Mandi dengan aku. Nak?"

Mia Aurora menelan air liur. Mengigil seluruh badannya bila kaca mata miliknya ditanggalkan oleh Roland secara perlahan.

Bukan itu juga, mata nakalnya terarah pada bibir mungil milik lelaki itu. Terbayang jika bibir tersebut mengucup bibir merahnya pula.

"Mia..." bisik Roland, romantik.

"Erhh ya?" sahut Mia Aurora, perlahan.

"Kau...." Roland menyentuh bibir merah milik isterinya.

"Ya..sa..saya?"

"Busuk!"

"Hah?!"

"Kau busuk! Pergilah mandi!"

Mia Aurora terkebil-kebil apabila Roland menjauhkan jaraknya lalu berlagak selamba. Walhal kejap tadi, Roland beraksi romantik dengannya.

"Erhh.. Okay. Saya mandi dulu," pamit Mia Aurora.

Dia menuju ke bilik air tanpa memandang ke arah Roland. Dalam hatinya, menahan resah. Ini baru hari pertama, dah mengigil habis. Cuba bayangkan hari-hari yang akan datang.

Arghh! Malu!

#Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro