Bab 63

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

#Vote and comment.

Mia Aurora melihat dirinya melalui pantulan cermin buat seketika. Tak sangka, dia kelihatan begitu cantik dipadankan dengan gaun pengantin putih yang kini tersarung pada tubuhnya.

Dengan makeup yang natural dan gaya rambut keriting ke bawah, sesiapa sahaja yang memandangnya pasti akan terpegun. Lihat sahaja reaksi para wanita di dalam rumah ini, semuanya terkesima sebaik melihat aura kejelitaan Mia Aurora.

Si gadis bengap dengan kaca mata besar. Nerd dan hodoh. Siapalah yang nak pandang dia. Tu pun nasib jelah Roland yang kahwin dengan dia sebab nakkan pangkat ketua mafia.

"Kak Mia, wahhh. Kak Mia nampak sangat lain. Maksud Riley, lain ke arah yang baik. Kak Mia sangat cantik! Lebih cantik dari Riley, lebih cantik daripada semua perempuan yang Riley pernah jumpa," jujur Riley, berasa kagum.

Teringat pula bila Riley masuk ke dalam bilik ini tadi. Terkejut beruk dia melihat Mia Aurora yang berdiri bagaikan sebuah patung. Ingatkan pompuan bunian mana yang sesat.

"Terima kasih, Riley. Tapi ini bukan Mia." Mia Aurora merendah diri.

Diambil cermin mata badutnya lalu disarungkan pada celah-celah telinga.

"Kak Mia, please! Benda tu kacau muka cantik Kak Mia," rengek Riley, tak suka.

"Mia tak lahir semata-mata nak jadi cantik," Mia Aurora tersenyum tawar sekali gus membuatkan Riley terdiam.

Okay, serius. Ayat Mia buat orang rasa sentap. Mia ni nampak sangat naif tau tapi kadangkala boleh buat orang rasa tersentap. Too deep ayat dia siak!

"Okay, then. Kak Mia boleh pakai erhh benda tu. Sekarang ni, jom turun ke bawah. Diorang dah tunggu," ajak Riley, ceria.

Namun, Mia Aurora yang masih kaku tak bergerak membuatkan Riley tak jadi melangkah. Kelihatan gadis tersebut tampak kebingungan.

"Tunggu apa lagi, Kak Mia? Karang kita lambat pula," desak Riley.

"Kita nak gi mana sebenarnya, Riley? Kenapa Mia kena pakai baju pengantin macam ni? Mia mana boleh kahwin dua kali. Lelaki je boleh," naif Mia Aurora berbicara.

"Sape suruh Kak Mia kahwin lagi? Eish, Kak Mia stop merepek, okay? Diorang pun dah nampak Kak Mia tadi and betulkan segala apa yang patut. Sekarang ni pula, Kak Mia cuma kena ikut kitorang je," terang Riley lantas menarik tangan Mia Aurora keluar dari pintu.

"Ta... Tapi... Mana Roland? Karang dia marah Mia pula sebab memandai keluar lewat malam," takut Mia Aurora.

Riley pura-pura tak mendengar. Dia menolak tubuh Mia Aurora agar masuk ke dalam kerusi sebelah pemandu lantas turut masuk ke dalam kereta BMWnya.

Sepanjang dalam perjalanan ke tempat yang tak diketahui langsung oleh Mia Aurora, dia mampu melihat jalan sekeliling hanya dihiasi dengan hutan gelap.

Riley pula langsung tak bercakap. Hal ini membuatkan Mia Aurora berasa seram. Takut kalau Riley ingin menculiknya atau dah kena rasuk. Dahlah bawa pergi hutan malam-malam macam ni en. Entah-entah Riley nak buat penyembahan setan!

Takutnya!! Sesiapa tolong kawankan Mia.

"Kak Mia," panggil Riley, mengejut.

Pantas kepala Mia Aurora ditolehkan ke arah sang adik ipar. Takut Riley betul-betul kena rasuk. Tamatlah riwayat Mia Aurora malam ini en.

Automatik, cite ni habis. Tak payah author susah-susah taip. Tak gitu? Guys, please setuju. Hehe.

"Ya, ya Riley?" sahut Mia Aurora, tergagap-gagap.

"Kak Mia suka lagu apa?" soal Riley, tiba-tiba.

"Aspalela dan Someone..."

"Maksud Riley, genre. Genre lagu tu," soal Riley, mendatar.

"Erhh.. Melayu. Hindustan, korea... Semua Mia suka," Mia Aurora tersenyum janggal.

Riley mengangguk faham. Sewaktu Mia Aurora melemparkan semula pandangannya ke arah luar tingkap, Riley mencapai telefon dari dalam beg tangan lalu mengetik sesuatu pada skrin telefon.

Beberapa minit kemudian, Riley menekan pedal brek lantas memberhentikan keretanya di tepi hutan. Lagak Riley yang termenung menyebabkan Mia Aurora semakin takut nak tegur.

"Kereta ni dah rosak. Riley keluar dulu. Kak Mia jangan keluar tau," ujar Riley lalu keluar tanpa sempat dihalang oleh Mia Aurora.

Seperti yang diarahkan, Mia Aurora tak keluar. Berani pun tak ye. Dia memang takut, tambah-tambah dengan keadaan gelap macam ni.

Yang peliknya, kenapa kereta Riley boleh rosak tiba-tiba? Bukan ke Riley sendiri yang tekan pedal break? Mesti
kereta sendiri berhenti.

Lagi satu en, ke mana semua orang pergi? Asal masa Mia Aurora turun tadi, rumah kosong macam takde orang? Ke diorang pakat ramai-ramai nak buli Mia?

Tengah tekun memikirkan kebarangkalian misteri dunia, tanpa amaran telinga Mia Aurora terdengar bunyi jeritan dari luar.

Dari jauh, tubuh Riley diseret oleh seorang lelaki dalam gelap. Agak samar-samar bayangan lelaki itu untuk dilihat memandangkan hanya cahaya rembulan menyinari jalan hutan tersebut.

"Kak Mia! Tolong Riley!" jerit Riley kepada Mia Aurora yang sudahpun keluar daripada perut kereta.

Pantas Mia Aurora cuba mengejar si penculik durjana itu. Namun, bayangan Riley semakin hilang di sebalik kepekatan malam. Walau bagaimanapun, Mia Aurora takkan berputus asa.

Dengan gaun pengantinnya dia berlari jauh masuk ke hutan. Bila sedar dia berada di tengah hutan, Mia Aurora mematikan langkah seribunya.

Dia kelelahan sedikit. Entah ke mana Riley sekarang ni. Dia risaukan gadis tersebut. Gadis yang menjadi orang pertama yang masukkan diri Mia sebagai ingatan yang paling gembira sekali di dalam otaknya.

"Riley! Riley! Awak kat mana?!" panggil Mia Aurora, risau.

Sunyi. Hanya bunyi cengkerik menguasai ruangan tersebut.

"Riley!! " jerit Mia Aurora lagi.

Dan tiba-tiba suasana hutan itu bertukar terang-benderang dengan lampu yang menyinari sebuah jalan. Mia Aurora bagaikan terpukau.

Pada setiap pokok yang berdekatan dengannya tampak dihiasi dengan gambar-gambar yang terjuntai bersama tali sebagai pengikat.

Tunak mata Mia Aurora sengaja dikecilkan untuk melihat gambar-gambar yang tergantung pada dahan pokok. Alangkah terkejutnya Mia Aurora pabila mendapati gambar tersebut merupakan wajahnya sendiri.

Dia tergamam seribu bahasa. Tak tahu nak cakap apa lagi. Hutan ni tak nampak macam hutan pun. Ia seolah-olah taman yang penuh fantasi.

"Mia," panggil Riley, lantang.

Segera Mia Aurora menoleh ke hadapan. Dari jauh, dia melihat seluruh keluarga mafia tersebut sedang berdiri di atas platform berwarna putih berkilauan. Bibir masing-masing mulai mengukirkan senyuman melihat riak wajah Mia Aurora bagaikan terkejut.

Turut berada di hadapan, seorang lelaki membelakangkan Mia Aurora dengan memakai sut berwarna hitam. Apabila lelaki itu berpusing, mata Mia Aurora terketar-ketar tak percaya.

Roland tersenyum kacak melihat ke arahnya lalu mula mengorak langkah ke arah Mia Aurora. Sang isteri turut mengatur langkah mendekati sang suami.

https://www.youtube.com/watch?v=jOfIKfh5wDk

( Sila pasang lagu kat atas tu. Serius korang akan rasa sebak.)

Sepanjang dalam perjalanan mereka ingin bertemu, Roland tersenyum lebar lalu mengucap sesuatu yang sememangnya tak mampu dijangka oleh sesiapa.

"Hai. Huh, aku tak tahu kau boleh jadi cantik macam ni," Roland tergelak kecil sehingga membuatkan Mia Aurora turut tergelak.

Sejenak, air muka Roland berubah tenang. Mia Aurora yang semakin menghampirinya direnung sedalam yang mungkin.

"Aku tahu aku jahat pada kau selama ni. Aku sorang mafia yang keji dan tak layak pun bersama seorang gadis baik macam kau. Aku tak romantik macam orang lain. Aku tak baik. Aku sedar diri aku jahat. Aku teruk dan layak dihina. Aku takde apa-apa. Cuma satu yang aku pasti. Aku ada sekeping hati yang sentiasa mencintai kau sehingga hujung nafas aku," luah Roland, penuh perasaan.

Sebagai ibu bapa, Putri Risha berasa sebak. Pinggangnya dipeluk oleh Tengku Fazril sebaik sahaja air matanya keluar membasahi pipi.

Ciko dan Jethan dah lama nangis tengok babak romantik Roland. Uwarghh!!! Sedihhhh macam ni.

"I love you, Mia. Only you can give me this feeling. I want to be the person on your mind every single day," kata Roland, bersungguh-sungguh.

Sejurus dia menyudahkan ayat tersebut, Roland tiba-tiba mematikan langkahnya di tengah-tengah ruangan lalu melutut di hadapan sang isteri.

Mia Aurora terkedu. Pelupuk mata ia mulai dibasahi dengan manik-manik halus. Dia bagaikan tak percaya dengan apa yang sedang berlaku. Roland si ego tinggi mengalahkan ribut petir, sedang melutut di hadapannya!

"Mia Aurora," lembut Roland memanggil.

Mia Aurora tak membalas. Cuma matanya merenung dalam bebola mata sang suami.

"Will you marry me....again?" ucap Roland, penuh pengharapan.

Serentak itu, empangan air mata Mia Aurora pecah jua. Dia menutup wajahnya menggunakan kedua-dua tangan manakala bahunya terhincut-hincut menahan seribu perasaan.

Dia benar-benar terharu sampaikan tiada kata yang mampu terucap. Tangisannya memecahkan keheningan malam sehingga membuatkan seluruh ahli keluarga tersebut berasa sebak.

"Sa... Saya tak layak dengan semua ni," rintih Mia Aurora sambil mendekati Roland.

"Percayalah, sayang. Hanya kau layak ada kat hati aku," pujuk dia.

Mia Aurora semakin menangis kuat. Tak menunggu lama, dia menganggukkan kepalanya perlahan-lahan. Dia terima Roland. Sekarang, hari ini dan selama-lamanya.

Senyuman ikhlas terlakar pada bibir Roland. Dia menarik perlahan jari manis Mia Aurora lalu disarungkan sebentuk cincin berlian hijau gelap yang dibeli tempoh hari.

Semakin lebat deraian air mata Mia Aurora dibuatnya. Ketika Roland bangkit berdiri, dahi lelaki itu bertemu rapat dengan dahi si gadis.

Mia Aurora dengan tangisan manakala Roland dengan perasaan bersyukur. Dia sungguh lega. Tak menunggu lama, dagu Mia Aurora ditarik rapat lantas bibir gadis tersebut disambar lembut.

Untuk pertama kalinya, Mia Aurora langsung tak menolak. Dibiarkan bibir Roland bermain dengan bibirnya bersama air mata yang berjuraian di pipi.

Bila Roland menerima tindak balas positif daripada Mia Aurora, pinggang gadis tersebut ditarik ke dalam pelukan manakala satu lagi tangannya memegang belakang leher sang isteri.

Dari jauh, Triple Han, Ryan dan Grey berpelukan terharu. Mereka tumpang gembira dengan aksi romantik Roland. Tak sia-sia Roland buat rancangan selama seminggu untuk buat kejutan pada Mia Aurora bertemakan hutan gelap ini.

Kelima-lima mereka menangis sambil memeluk tubuh antara satu sama lain.

"Takpe, kita single. Uwarghhh!!" nangis Jethan.

"Kitorang pun single!"

Fakhrul dan Joshua merapati mereka berlima lalu turut berpelukan sama. Hanya orang single selama-lamanya yang akan faham.

Putri Risha dan Tengku Fazril tergelak kecil. Teringat kisah mereka dahulu semasa zaman You Are My Life. Kisah percintaan Roland dan Mia Aurora hampir sama dengan kisah mereka berdua.

"Lelaki sejati," gumam Tengku Fazril merujuk kepada putera sulungnya.

"Macam daddy," usik Putri Risha lantas melentokkan kepalanya di bahu Tengku Fazril.

Dia gembira melihat kebahagiaan Roland sekarang. Tapi satu perkara yang manusia leka, kebahagiaan datang dan pergi.

Seluruh keluarga mafia itu tak sedar bahawa kebahagiaan ini akan bertukar menjadi satu tragedi yang teruk bila-bila masa.

#Sape kata Roland tak reti pujuk? Ele,tu lah mengkome mengumpat pasal Roland hari tu. Tengok Roland sekarang. Epic comeback.

Kome semua, hai! YOU ARE MY LIFE VERSI E-BOOK AKAN KELUAR TAK LAMA LAGI! Kalau korang nak, korang boleh chat agent author kat gambar atas tu atau pm author je.

Korang tentu ingat versi E-BOOK ni sama je dengan cite kat wattpad sebelum ni. Maaf, tekaan korang salah! Sinopsis baharu dan juga jalan citenya telah banyak diubahsuai.

Tak caya? Cuba tengok cite You Are My Life sekarang. Author baru pub 3 bab yang dah dieditkan semula. Sangat berlainan ye. Pada bab 1, author citekan macam mana Risha boleh putus dengan Fazril.

Pada bab 2, perangai kerek Alex dah keluar masa bercall dengan Fazril manakala pada bab 3, dialog Tengku Haikal dan Putri Risha telahpun berubah.

So, sesiapa yang berminat boleh pm pembantu author atau pm author sekarang. Harga Rm18 sementara pre-order dan TAKDE POSTAGE dikenakan. Free.

Yang dah comment 'nak' semalam, author dah chat korang. Sila check private message korang masing-masing. Tata!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro