Bab 70

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Vote and comment.

"Sakit lagi ke? "

Mia Aurora mengukirkan senyuman tawar lantas menurunkan semula tangan dari kawasan dadanya. Sedar perilakunya ditenung oleh Roland dia berpura-pura baik. Acah tak sakit.

Nampaknya, penawar yang diberikan oleh Black Eryn dan Maisara hanya mampu bertahan sebentar saja. Dilihat peratus nyawa ia mulai menurun secara perlahan-lahan.

Mungkin denda ini selayaknya dia harus terima. DIA sengaja nak bagi kesakitan pada Mia Aurora sebagai peringatan bahawa DIA lah yang paling berkuasa dalam dunia ini.

"Saya okay," bohong Mia Aurora.

Roland diam tak bereaksi. Bila tangan Mia Aurora mulai terangkat ke atas untuk mengikat rambut barulah Roland membuka mulutnya semula.

"Jangan! Biarkan dia macam ni, " halang Roland, mendatar.

Mia Aurora terdiam. Dia menurunkan semula tangannya bila mata Roland mulai merenung dari lehernya sehingga turun ke hujung rambut. Pendek kata, mendarat pada pinggangnya.

"Cantik. Aku suka," bisik Roland, halus.

Tak lama kemudian, Roland mulai mengelus rambut Mia Aurora lalu perlahan-lahan mendekatkan bibirnya pada telinga gadis itu. Cuping telinga si isteri digigit manja lantas bibir Roland sempat mendarat pada leher isterinya.

Tak cukup dengan itu, bibir Mia Aurora turut dihadiahkan ciuman romantis. Dibiarkan Mia Aurora terbuai manja barulah Roland berundur.

"2 bulan aku tunggu kau sedar. Cukup buat hati aku terseksa," bisik Roland.

Dia mendaratkan kepalanya pada bahu Mia Aurora dengan tangan yang sengaja didaratkan tepat ke arah jantung si isteri. Berharap kesakitan Mia Aurora dapat dikurangkan walaupun dia takde sebarang kuasa seperti isterinya sendiri.

At least dia ada kuasa bulan akan menghukummu. Sailor Moon! Tak, tu tipu. Dia cuma ada kuasa istimewa. Kuasa kasih dan sayang sebagai seorang suami paling kacak dan terbaik dari langit. Ehek.

Lain pula pada Mia Aurora. Hampir terjerit dia dibuatnya bila perkataan 2 bulan terpancul daripada bibir Roland sekejap tadi. 2 bulan dia koma?!  Kau gila? Sempat lagi orang gila kira bulu beruang tau.

Patutlah panjang semacam rambut dia. Ingatkan panjang tanpa sebab. Tak terasa pula 2 bulan tu. Ingatkan 2 hari. Bangun-bangun aje, buka mata. Memanglah orang bangun kena buka mata. Takkanlah tutup.

"Saya minta maaf. Saya.. "

"Shh.. Bukan salah kau pun," balas Roland.

Dia mengusap-usap bahagian dada Mia Aurora. Bukan sebab bernafsu,  bukan juga kerana keinginan batinnya. Dia cuma berharap yang Mia Aurora akan jujur pada rasa sakit yang dialaminya sekarang ini.

"Awak... Macam mana dengan mummy? Maksud saya hmmm.. "

"Mummy memang sedih. Tak terima kenyataan yang diorang dah takde. Tapi aku tengok mummy dah makin okay semenjak ni. Mungkin disebabkan daddy selalu ada dengan dia," beritahu Roland seraya anak rambut Mia Aurora mulai diusik.

Mia Aurora terdiam sebentar. Hebat betul penangan Tengku Fazril. Sampai Putri Risha boleh terima nasib malangnya. Tak macam dia. Sampai sekarang masih berdendam. Pembetulan, sedikit berdendam ye.

Entahlah. Semenjak Roland sentiasa bersama dengannya, hidup Mia Aurora mulai berubah. Walaupun lambat but yeah, at least ada perubahan.

Tapi nak ke Roland terima sisi buruknya kalau lelaki tu tahu nanti?  Maksud Mia, kalau semua dah terbongkar, apa reaksi yang bakal Roland utarakan? Jijik? Benci? Marah? Sudah pasti Mia diusir.

Argh, kampret! Fikir aja otak gue makin mereng! Apatah lagi pelajar yang uda cemas ingin yiapin kerja sekolah. Nah, enaknya guys?

"Mia, " panggil Roland, mendatar.

Mia Aurora sedikit tersentak. Entah bila masa lelaki itu sudah berada di belakangnya. Duduk pula dalam keadaan posisi berkangkang. Sengaja dia mendekatkan celah kelangkangnya pada punggung Mia Aurora sehingga sedikit pun tiada jarak.

"Hmmm? " sahut Mia Aurora, acuh tak acuh.

"Kau fikirkan apa? "

"Takde. "

Takde? Cuma takde?  Roland tahu Mia Aurora banyak sembunyikan sesuatu daripada dia. Dirasakan isterinya itu tak banyak cakap hari ini. Cuma lebih kepada tertunduk menahan sakit dan mengukirkan senyuman tawar.

Tiap kali Roland bertanyakan sama ada dia okay ataupun tidak, tiap kali tu jugalah Mia Aurora jawap okay. Tah mananya yang okay kalau dah sampai muka tu jadi pucat?

Nak cakap mati pun takleh weh. Bini tu. Sape tak sayang bini? Kau tak sayang? Ele, kau mana ada bini. Jaga hati pasangan pun kau tak pandai lagi.

Itu situasi kat hospital. Lain pula kat rumah Tengku Zamil. Jam menginjak tengah malam. Seperti biasa, akhir-akhir ini pasti Tengku Fazril takkan tidur.

Dia tunggukan sesuatu. Sesuatu yang pastikannya bukan orang yang baca cite ni. Sesuatu yang hanya dia seorang sahaja yang tahu selepas kematian Dato Fikri sekeluarga.

Tepat pada jam 4 pagi, mata Putri Risha terbuka luas. Seluruh anak matanya bertukar hitam dan tajam merenung pada bebola mata Tengku Fazril. Entahlah tapi Tengku Fazril dah hilang rasa terkejut tu lagi.

Dia dah lali dengan semua ini. 2 bulan dia kena hadap perubahan Putri Risha yang datang secara mendadak. Drastik plastik sangat.

"Mummy, it's okay. Daddy ada kat sini," lembut Tengku Fazril berbisik seraya pipi Putri Risha diusap dengan penuh kasih sayang.

Bila perempuan itu masih merenungnya dengan pandangan yang tajam, Tengku Fazril tersenyum lebar. Dikucup bibir Putri Risha sampaikan isterinya itu memejamkan mata ia semula.

Tak sampai lima minit, Tengku Fazril melepaskan ciuman lalu bibirnya naik pada atas dahi Putri Risha. Tanpa sengaja matanya terarah pada sebiji bola kristal berwarna biru di atas kabinet.

Bebola tersebut bersinar sederhana. Itulah peninggalan terakhir milik Datin Melia yang sempat diambil oleh Tengku Fazril dalam diam-diam. Cuma dia seorang sahaja yang tahu apa kandungan bola yang bukan berasal dari dunia manusia itu.

Dan dari bola kristal aneh tersebut, Tengku Fazril dapat tahu rahsia besar yang disimpan oleh Datin Melia. Rahsia bagaimana Putri Risha boleh ada dalam dunia ni. Bukanlah suatu kebetulan namun, dirancang.

Isterinya itu bukan hidup sempurna seperti manusia lain. Ada satu kuasa jahat mampu menguasai tubuh Putri Risha bila-bila masa. Kuasa yang boleh menghancurkan dunia. Kuasa yang bakal dibongkarkan dalam cite The Last Survivor.

Patutlah Putri Risha tak sama macam pompuan kat luar sana. Sifatnya kadangkala boleh jadi seorang yang sangat kuat. Atau lebih tepat lagi, seram.

Keesokan paginya, Tengku Fazril membawa Putri Risha untuk berjumpa dengan Mia Aurora. Dengar khabar anak menantu diorang dah bangun dari tidur 100 tahun. Okay, tu membongak aje.

Usai mereka masuk ke dalam bilik Mia Aurora, kelihatan Tazaki Genji bersama Tengku Nurfaiza, Tengku Haikal dan Anneliese serta Alex yang duduk di sisi Tasya.

Yang lain jaga rumah dan office sementara Roland tak masuk kerja. Sebaik saja Putri Risha melabuhkan punggungnya di atas kerusi, tangan Mia Aurora dicapai lembut.

"Cantik rambut Mia. Panjang mengurai, " puji Putri Risha, ikhlas.

Mia Aurora tersenyum nipis. Mampu dilihatnya anak mata Putri Risha masih jelas menunjukkan kesedihan atas kehilangan keluarganya.

"Banyak benda dah berubah semenjak dua menjak ni," tunduk Putri Risha.

Dia cuba tergelak kecil bersama air mata yang mulai bergenang. Dia dah takde keluarga asal tapi dia dah ada keluarga baharu. Keluarga mafia.

"Mummy, kitorang kan ada," pujuk Roland.

Putri Risha tak membalas. Dia sekadar memberikan senyuman tawar lalu kembali termenung kenangan-kenangan gembiranya bersama arwah keluarga ia. Saat itu, mata Tengku Fazril tertumpu pada Tazaki Genji lalu diikuti Anneliese dan akhir sekali pada Tasya.

Lama dia memerhati sehingga dia tak sedar dirinya dipandang oleh Roland. Dan Roland pula sekadar berlagak selamba. Seperti biasa, otaknya cuba berfikiran positif.

Positif tu memang penting weh. Supaya hidup tak jadi susah. Tak susah camne kau susahkan mak bapak kau. Hmm.

Tiba-tiba fokus mereka terganggu pabila Tasya jatuh di atas lantai bersama jeritan nyaring. Posisinya dalam merangkak seraya tepi dahi dipegang sekejap. Sempat Tengku Fazril melihat anak mata Tasya bertukar hitam tanpa disedari yang lain.

"Arghhh!!"

"Tasya!"

"Kau cuba bunuh aku!!"

"Aku tak bunuh kau, 03. Aku bagi kau peluang untuk sembuhkan diri kau sendiri. Aku cuma biarkan bisa kesakitan mengalir pada tubuh orang yang dah khianati aku."

Mia Aurora mencengkam kuat dadanya. Dia berasa sakit. Sakit yang teramat sehingga jeritannya bergema di segenap rumah. Dia tak kesah pada mereka yang mengetuk atau cuba memecahkan pintu bilik.

Dia cuma rasa menderita. Berharap kesakitan ini akan berakhir. Namun, DIA YANG TAK DIKETAHUI ASAL USULNYA terlalu kejam! Mia Aurora cuma nak sembuhkan Datin Melia dan DIA dah naik berang!

Apa yang Mia Aurora lakukan sudah melanggar perjanjian konsep pemujaan hitam mereka. 03 dilarang buat kebaikan! Ini hukuman pada orang yang berlagak baik!

"Sakit!! Arghhhh!!"

"Mia!! Mia!! Buka pintu ni aku kata!!! Kau dengar tak?!!" marah Roland.

Entah pintu jenis apalah yang Tengku Fazril tempah ni sampai takleh buka langsung. Walhal diorang tak tahu bahawa pintu tersebut telah disekat oleh satu kuasa asing yang datang daripada pihak DIA.

Mia Aurora tak mampu menahan lagi kesakitan ini. Tak terhitung banyaknya. Mata dia terbelalak luas manakala dia sudah rebah menyembah bumi. Sempat lagi Mia Aurora melihat peratus nyawanya yang menunjukkan 1% sebelum mata dia tertutup untuk selama-lamanya.

"Miaaaa!!"

Dan pintu pun terbuka.

"Arghhh!! Sakit!!"

"Mama!!"

Mata Tasya kembali normal. Dia jatuh ke dalam pelukan Alex sebelum kepalanya terasa dielus lembut oleh lelaki itu. Terasa damai sebentar.

"Tasya, awak okay tak?" soal Anneliese, prihatin.

Tasya mengangguk lemah. Dia turut membalas pelukan Alex agar suaminya tak berasa risau.

"Biar aku panggil Qis," cadang Tazaki Genji.

"Takyah. Ak...aku okay. Aku cuma entahlah. Aku tetiba rasa pening," tipu Tasya seraya tubuhnya dibantu agar bangkit semula oleh Alex.

Dalam pada itu, matanya terarah pada Mia Aurora yang turut merenungnya dengan pandangan yang tajam. Gadis itu tak tahu bahawa nyawanya bakal berakhir tak lama lagi.

Sakit pada jantungnya bukan biasa-biasa. Lama kelamaaan pasti Mia Aurora akan mati sama seperti dalam ramalan yang dilihat oleh Tasya sebentar tadi.

"Kan I dah kata, jangan banyak sangat hisap gam semalam," bisik Alex sambil mengusap pipi si isteri.

"Pernah termakan selipar Jepun tak?" jeling Tasya. Orang boleh tumbang macam tu, sempat mamat ni buat lawak.

"Selipar Jepun tak pernah rasa lagi. Selipar Malaysia pernah," kerek Alex.

"Elok matilah papa ni," geram Tasya.

"Aummmss!!"

Ya, macam biasa. Kalau bukan kurang ajar, bukan Alex dan Tasya namanya. Amaran keras! Jangan contohi mereka. Amaran lembut! Contohilah mereka.

#Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro